Thursday, 25 December 2014

PENYUSUNAN MASA

Sebaiknya ke atas setiap orang mukmin itu, menyusun waktu dengan teratur. Ini adalah sebagai penyusunan pekerjaan setiap hari, di antara pekerjaan dunia dan akhirat. Yang amat penting dengan yang kurang penting yang patut disegerakan dan yang boleh di tangguhkan. Perlunya penyusunan ini supaya pekerjaan itu tepat pada waktunya dan ia tidak menzalimi dirinya sendiri kerana terlalu sibuk.

Diriwayatkan di dalam kitab suhuf Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Sepatutnya ke atas seorang yang berakal itu, ia mempunyai empat waktu; waktu untuk berdoa memohon kepada Allah Subhanahu wata’ala. Waktu ia menghitung dirinya sendiri. Waktu untuk ia memikirkan segala kejadian Allah dan suatu waktu untuk ia menikmati hajatnya daripada makanan dan minuman”.

Mereka yang sangat sibuk dengan tugas dan tanggungjawab setiap hari, adalah sangat perlu kepada penyusunan masa. Pekerjaan tanpa penyusunan yang teratur akan mempercepatkan keletihan.

Kadar penyusunan masa itu mestilah diperuntukkan untuk masa berehat. Badan yang sentiasa bekerja akan mengalami keletihan, seterusnya akan membawa kesan kepada hati. Sayidina Ali bin Abi Talib pernah berkata, maksudnya: Rehatkanlah hati kamu suatu waktu selepas satu waktu, sesungguhnya hati akan menjadi buta, apabila membenci sesuatu.

Seseorang muslim juga, adalah tidak digalakkan melakukan sesuatu pekerjaan di luar kemampuannya, walaupun dengan alasan beribadat kepada Allah, seperti sembahyang-sembahyang sunat, puasa dan sebagainya. Ini kerana akan mengabaikan atau menzalimi hak terhadap diri sendiri , keluarga dan masyarakat. Ketika Rasulullah melihat sahabat-sahabat Baginda terlalu banyak menunaikan sembahyang malam dibelakangnya, lalu Baginda bersabda, yang bermaksud:

Lakukanlah daripada amalan (ibadat) yang kamu mampu. Kerana sesungguhnya Allah tidak jemu, sehinggalah kamu yang akan jemu. Sebaik-baik amalan kepada Allah itu ialah berterusan walaupun sedikit”.

Inilah sunnah Rasulullah, suatu cara hidup yang sederhana dengan menepati kehendak rohani dan jasmani . Juga memelihara hak-hak kemanusiaan dan kewajipan terhadap Allah. Justeru itu kita melihat Islam tidak melupai kehendak manusia untuk menikmati keduniaan. Begitulah cara hidup seorang Muslim, ada masa untuk tuhannya dan ada masa untuk orang lain juga.


Oleh: PW 1 Maritim Ramli bin Ismail
Dari Pusat Sumber Ibu Pejabat APMM  (Bil. 8)
Seksyen Pembangunan Insan P&K

Sumber: Pengurusan masa menurut Islam oleh Dr. Yusuf al Qardhawi



SEMOGA BERMANFAAT, TAK SALAH BERKONGSI ILMU. :)

2 comments:

ziezah.com said...

setuju.. penyusunan masa yang teratur buat hidup lebih berkualiti

mardiana abu darin said...

Diana setuju. Masa yg ade ni terlalu singkat....jadi pengurusan masa tu amat penting. Supaya hidup lebih teratur Dan berkualiti.

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts