Wednesday, 24 December 2014

Pengurusan Masa Menurut Islam

MEMASTIKAN SETIAP MASA MEMPUNYAI AMALAN

Sebaiknya setiap muslim memikirkan terlebih dahulu masa yang sesuai untuk setiap pekerjaan, supaya bersesuaian dengan kehendak dirinya dan seterusnya mencapai kejayaan dan diterima oleh Allah.

Ketika Sayidina Umar al Khatab hendak dilantik sebagai Khalifah, Sayidina Abu Bakar telah menyampaikan satu wasiat kepadanya:
“Ketahui olehmu, sesungguhnya bagi Allah itu amalan (ibadat) di siang hari tidak diterima pada malam hari, dan amalan di waktu malam tidak diterima pada waktu siang.
Allah berfirman dalam surah al Nisa’ ayat 103, yang bermaksud

 “ Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan  ke atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya”

Begitu jugalah amalan lain seperti puasa tertentu dalam bulan Ramadhan, haji dalam bulan-bulan tertentu.  Tentang urusan keluar zakat bila datangnya masa menuai hasilnya.
Seorang muslim bertanggungjawab terhadap masanya di hadapan Allah. Barangsiapa yang menggunakan masanya untuk ketaatan kepada Allah hendaklah ia bersyukur atas kurnia Allah kepadanya. Barangsiapa yang menghabiskan masanya di atas kemaksiatan hendaklah ia bertaubat kepada Allah, memohon keampunanNya. Begitu jugalah orang yang sentiasa diuji dengan kesusahan, kesempitan, kesusahan dan berbagai ujian hendaklah ia bersabar, dengan menyakini bahawa semuanya itu berlaku adalah hasil ketentuan Allah belaka.

Firman Allah “Katakanlah (wahai Muhammad), kedatangan al Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan al Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan” (dari segala benda yang tidak kekal)
Maksud ayat 58 Surah Yunus

Tentang nikmat daripada Allah –Allah berfirman yang bermaksud
Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) yang amat pengampun”
Maksud surah Saba’ ayat 15

Tentang kemaksiatan - Allah berfirman yang bermaksud 
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampun segala dosa”
Maksud surah az Zumar ayat 53

Tentang menghadapi cubaan - Allah berfirman yang bermaksud 
Demi sesungguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
“(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali”

Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud:
Pelik sungguh orang-orang yang beriman, semuanya baik, kebaikan itu tidak diperolehi oleh sesiapa pun kecuali terhadap orang-orang yang beriman sahaja. Apabila dianugerahkan kegembiraan, dia bersyukur, oleh itu baiklah baginya. Dan apabila ditimpa penderitaan , lantas dia bersabar, oleh itu baiklah baginya.”


Oleh: PW 1 Maritim Ramli bin Ismail
Dari Pusat Sumber Ibu Pejabat APMM  (Bil. 9)
Seksyen Pembangunan Insan P&K
Sumber: Pengurusan masa menurut Islam oleh Dr. Yusuf al Qardhawi


SEMOGA BERMANFAAT, TAK SALAH BERKONGSI ILMU. :)

1 comment:

ziezah.com said...

paling penting bersyukur walau apa pun jua..

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts