Wednesday, 17 December 2014

KES KEHILANGAN MESIN PANCING HUBBY


Assalamualaikum dan hai..

Alhamdulillah, dengan Kuasa Allah s.w.t, barang kami yang hilang telah kembali semula kepada kami. (rujuk entry : REDHALAH JIKA DITAKDIRKAN BUKAN MILIK KITA) ..
Cerita penuh kejadian :-

Hari/Tarikh :Sabtu, 13 Disember 2014
Lokasi : Kedai Peralatan Memancing SFTS (kedai tingkat 1, atas pizzahut Inanam Taipan) (FB :  Sabah Fishing Tackle Supplies @ SFTS)
Masa : lebih kurang pukul 3.15 petang

Kami berlima [saya, matshah , umi, abah dan zahraa] dalam perjalanan pulang ke rumah dari menghadiri majlis resepsi perkahwinan sahabat saya di Wisma Wanita. Abi memang dah bagitahu yang dia nak singgah ke kedai SFTS. Sesampainya di lokasi, Zahraa sedang meragam kepenatan dan mahu tidur.. saya ambil keputusan untuk menunggu di dalam kereta sahaja dan tak mengikut abi ke kedai tersebut seperti kebiasaannya. 

Sejam kemudian kami menyedari yang abi dan abah keluar dengan begitu lama, umi menghubungi abah melalui telefon. Rupa-rupanya mereka sedang mengejar 3 orang customer (2 lelaki dan 1 perempuan) yang dah tersilap ambil barang abi. Katanya tersilap ambil. hmm..masih relevan kah perkataan 'ambil' ???  Sedangkan Kau [si pengambil] dah menyusahkan matshah dan abah tuk mengejar mencari kauorang 1 bangunan tu tau tak? berpeluh2 lagi mereka..dengan pakaian smart kasual..berkasut bagai..maklum sajalah baru balik dari majlis kenduri kan...

 Sakit pulak hati mak tau! Kesiankan hubby yang kepenatan, kecewa dan sedih bila barang miliknya senang2 diambil orang. err sape tak sakit hati..Walaupun harga tak seberapa..{mencecah ratus2 juga ok} barang pulak import dari oversea..bukan beli kat malaysia, KAU senang2 kebas...grrr..

Ni dia mesin pancing yang saya maksudkan....err sorry saya tak tau apa nama saintifik bagi mesin ni ...saya masih kosong dalam ilmu memancing ni hihihi...

Yang ni sumber google..

Lepas gagal mengenalpasti mane pegi nya ketiga2 customer tu, staff kedai, hubby dan abah kembali ke kedai SFTS untuk melihat rakaman CCTV. yang jelas menunjukkan lelaki tersebut dah terambil plastik bag yang mengandungi mesin pancing hubby.yang paling sakit hati adelah dia dah belek kedua2 plastik tu..Sedangkan dia tahu dia hanya membeli tali dan batu ladum sahaja. So buat apa kamu gatal lagi mengambil barang lain yg bukan milik kau!

hubby dan abah pada waktu kejadian tengah membelek2 barang lain tanpa disedari oleh sesiapa pun, then barang sendiri dikebas orang di kaunter pembayaran..sungguh cepat dan pantas keje ko kan...

Rakaman CCTV tu hanya sempat di snap video oleh abah je.tu yang saya dapat tengok...tak dapat senang2 nak copy ke dalam pendrive, kena buat laporan polis terlebih dahulu. Tu antara sebabnya saya tak dapat nak sebarkan ke dalam media sosial yang lain. Kalau ikutkan hati memang nak je pergi buat laporan polis, tapi rasa macam tak berbaloi sebab harganya tak seberapa sangat..saya cakap dengan hubby ...'tak pe lah kira sedekahkan je..mudah2an dia dapat hikmah..nanti abi beli je baru....'

Berdasarkan perbualan abi dan abah dengan si pengambil tu...dia orang semenanjung jugak...terengganu..perempuan tu pulak teman wanita kawannya..

......................Malam tu rasanya abi tak dapat tidur fikirkan barang dia yang hilang tu........huhuhu....


Ahad, 14 Disember 2014

Pertandingan memancing anjuran pejabat tempat saya bekerja, hubby pinjam mesin pancing kawan dia je... [masih lagi mood sedih...tak ada maklumat2 atau petanda yang mesin nya akan dipulangkan...]

Petang - balik daripertandingan memancing..ahamdulillah..hubby terima panggilan daripada kedai SFTS tuan kedai minta iin untuk release video/gambar tersebut ke dalam media sosial untuk minta bantuan rakan-rakan kaki pancing..


Isnin ,  15 Disember 2014...

Jam 5 petang, selesai saya bertugas [outstation ke papar] saya sempat melayari Facebook..dan melihat ada rakan-rakan hubby kaki pancing share gambar si pengambil [yang di snapshot melalui rakaman cctv] ..terang dan jelas gambarnya..namun sayang sekali saya tak sempat untuk copy dan save gambar tu..tp saya sempat membaca komen2 kenalan2 dan customers tuan kedai SFTS yang komen bahawa dia adalah salah seorang daripada 3 orang suspek tu. dan mengatakan bahawa dia baru sedari yang rakannya tu dah tersalah ambil, mungkin dia{si pengambil] tak sedar!
kes dianggap selesai bila tuan kedai dapat contact rakan dan juga si pengambil tu..

Malam tu hubby pergi jumpa si pengambil, dan dipulangkan kembali barang milik hubby..Alasan? terlalu banyak sangat bersembang sampaikan secara tak sengaja telah terambil barang orang?? errr adekah logik? sedangkan dalam rakaman cctv dah terbukti Kau dah check dua2 plastik tu bro!
 wallahualam..

Ape pun niat ko....hubby dah maafkan..hubby taknak besarkan kes..kalau saya, taknak lepaskan macamtu je..senang2 je..sebab bukti dah depan mata..jelas lagi terang.

mungkin...

ko rasa dah tergugat...
Sebelum jadi viral...
baik ko cepat2 hantar balik kan...


Tapi yang saya baca whatsapp antara si pengambil dan hubyy...'

'buke nok kecek besar la deh..setakat mesin Daiwa tu ambo x minat lah...xheran pun...lainlah kalu shimano ko...jolo jugok ' ---> ohhmaiii...so memang ko dah ade niat jugak lah kannn..nak kebas barang orang...lagi ko dah salah lagi pulak ko nak berlagak...ciss

dah ko tahu ko dah ambil barang orang..kenapa tak cepat2 pergi pulangkan kat kedai tu....bongekkk je mung! ni tunggu dah tersebar kat FB baru nak terhegeh2 pulangkan....loser!

ni antara last2 mesej dia...

'ambo x sengajo ambik...duk bual ralek sangat..bereh la kalu jupo smula2 tegur2 la deh.


Tak de makne nye ....jgn harap lerrr saya memang tak berkenan nak tambah kawan2 yg berlagak macam tu [walaupun actually bukan menjadi rakan saya, sebab semua kawan hubby adelah kawan2 saya jugak] 

puiii

its ok...saya pun dah maafkan.harapan saya moga2 jangan lagi jadi kes-kes macam ni..coz kamu dah menyusahkan semua orang..ok..

P/s : Saya dan suami ingin merakamkan sejuta penghargaan buat rakan2 yang terlibat dalam kejadian ini samaada secara langsung atau tak.. Sayang korang....:)

actually x de lah sedih pun bila hilang, cuma terkilan sikit sbb kecuaian sendiri tak awasi barang elok2..lagipun kami banyak redho padaNYa. ni baru sedikit allah tarik,..orang lain banyak lagi dah kena..huhu..bersyukur di uji olehNYA... =)

2 comments:

Scdha Sein said...

Hisss... Rasa geram plak...

ziezah.com said...

aduh... geram pula rasa! nasib baik la ada CCTV boleh juga detect..

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016