Saturday, 8 November 2014

Selamat hari jadi : Nur Safiyya Izz Zahraa

Sekejap je setahun. Pejam celik pejam celik. Syukur, alhamdulillah sayang ibu membesar dengan sihat dan baik. Sakit sewaktu melahirkan zahraa masih terngiang-ngiang di ingatan saya. Sakit sewaktu contraction, sakit sewaktu dipecahkan air ketuban oleh doktor, sakit ketika zahraa betul2 hendak keluar..sakit ketika dijahit (kerana digunting dan terkoyak)..semua kesakitan tu hilang bila dapat peluk dan cium anugerah Allah yang tiada nilainya.

Maaf sayang, ibu tak sempat menulis pengalaman sewaktu melahirkanmu.  Allah dah permudahkan segala urusan ibu sewaktu mengandung, melahirkan, menyusukan kamu. Tersangat mudah dan senang, alhamdulillah. Hikmah disebalik penantian selama 2 tahun sebelum kehadiranmu.  

Ibu berharap kamu menjadi anak yang solehah, sentiasa mendoakAn ibu dan abi kelak, berguna kepada bangsa dan negara. Insyaallah.

Adik zahraa?
Insyaallah..coming soon. Tak bermaksud saya dah mengandung lagi. Rasanya belum masanya lagi, tapi sekiranya diberikan rezeki lagi, alhamdulillah. =)


Pembantu ibu, jantung hati ibu. =)

Selamat hari lahir, sayang kamu selamanyA.
Muahmuah.




1 comment:

ziezah.com said...

selamat hari lahir izz zahra! membesar jadi buadak yg kuat.sihat dan jadi anak solehah yer syg...

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts