Wednesday, 19 November 2014

PENGALAMAN DAN TIPS TEMUDUGA PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN KP27

Assalamualaikum & hai,

UNTUK MAKLUMAN : Entri ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sahaja. Tiada niat ingin berbangga-bangga. Jika anda merasakan saya berniat sebegitu, saya memohon maaf..Kalau tak suka anda tak payah baca...terima kasih..

Sebenarnya saya segan dah nak cerita kat orang pasal temuduga SPA ni. Temuduga je, dapatnye belum tentu lagi.. Huhu. Temuduga ni merupakan temuduga ke-3 yang saya hadiri tahun ni sahaja. Terasa agak "kepenatan" di situ. Cemuh pun ada. Saya rasa pegawai SPA cawangan Sabah dah kenal saya kot? Yelah muka ni je yang selalu datang jumpa dia? Haha.

Temuduga/Ujian fizikal yang saya pernah hadiri (tahun ni) 

 1) ujian fizikal penolong penguasa penjara kX27
2) temuduga penolong pegawai latihan vokasional J29
3) temuduga penolong penguasa penjara kx27

Kesemuanya gagal. Bukan rezeki saya.
4) ujian berkomputer latihan jururawat (saya tak jawab atas sebab-sebab tertentu)
Dan yang terbaru ..

Penolong penguasa imigresen KP27 Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan)  ].

Saya telah hadiri semalam, selasa 18 november 2014.

Pada mulanya saya bernekad tak nak pergi (juga atas sebab-sebab tertentu yang bersifat peribadi).. 
tapi saya ambil langkah berjaga-jaga dahulu untuk menyediakan semua dokumen yang diperlukan (sebagai penjawat awam yang sedang berkhidmat anda perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti Ringkasan kenyataan perkhidmatan, laporan penilaian prestasi terkini, pengisytiharan harta, surat akuan ketua jabatan, dan juga slip gaji terakhir,)

*Semua dokumen ni ada dinyatakan di dalam surat panggilan temuduga.

Keesokan pagi, saya bangun dan terfikir "kenapa saya perlu tarik diri awal2? Kenapa saya tak mencuba? Kenapa cepat nak putus asa? Kenapa nak jadi pengecut? Kita sendiri yang perlu berusaha untuk ubah masa depan kita. Allah tak suruh kita TAK MENCUBA DAN BERUSAHA.  Allah suruh kita mencuba sehabis baik, ikhtiar. Bukannya mengalah.!"

Kita ada pegangan agama, saat-saat kita buntu, kita kena sentiasa berdoa padaNya. kita kena ingat yang kita masih ada DIA. Yang sentiasa bersedia memberi kita sejuta Kekuatan. Insyaallah.

Dengan sedikit penyesalah ( kerana dah agak lewat..) saya bergegas ke pusat temuduga. Berbekalkan keyakinan diri yang datang secara tiba-tiba, saya pasrah. Ape nak jadi, jadi lah.

Saya cepat2 iron baju kurung ( saya ambil baju yang kainnya jenis susah berkedut) lepas iron saya lipat dan simpan dalam bag galas saya. Saya mengenakan baju-t  lengan panjang berwarna hijau, sluar track, tudung hitam dan kasut sukan kerana tu pakaian hang dinyatakan dalam surat panggilan bagi ujian fizikal. Baju untuk temuduga pun perlu bawa, yang jadi masalah sebab pusat temuduga yang saya hadir tu jarak parkir kereta agak jauh.

 Saya ambil keputusan untuk sumbat kesemuanya dalam 1 bag sahaja bersama fail sijil, resume dan juga alatulis. Tak lupa juga charger telefon coz malam tadi saya lupa charge telefon! (Cari powerbank x jumpa, mane ntah saya simpan)

Sesampai di pusat temuduga ( bilik PERAK, kompleks pentadbiran persekutuan sabah) kaunter pendaftaran masih di buka. Saya lihat jam, 9.45pagi. Cepat-cepat saya memohon maaf kepada pegawai bertugas kerana lambat. Kemudian dia memberikAn saya sekeping borang ujian fizikal untuk diisi terlebih dahulu.

Sewaktu saya sampai, saya lihat masih ramai calon yang sedang diuji. Calon lelaki dalam 10 orang, calon perempuan ada 7 orang termasuk saya.

Lebih kurang 15 minit, seorang pegawai memanggil saya untuk diuji. Dimulai dengan pemeriksaan berat badan, dan ketinggian. Berat saya 62kg. (Fuh..lega coz saya takut berat saya dah naik!) dan tinggi saya 163cm (tak berubah coz x ambik produk langsing_tinggi...ok yang ni saya melawak je hehe)

Lepas tu saya diuji oleh pegawai lain pula. Ujian mata (pemeriksaan samaada pakai kanta lekap atau tak) yang ni jangan nak menipu ye..diorang cek betul-betul. Disusuli dengan ujian rabun jauh, dan ujian pengecaman warna (macam masa nak ambik lesen memandu tu laaa..hihi)

UPDATE : disertakan gambar untuk penjelasan lanjut berkenaan ujian penglihatan

Ujian rabun jauh
gambar kredit kepada blog tanya dok


Ujian Pengecaman warna
Kredit gambar ni kepada blog Abu Naim


lebih kurang macam ni - untuk ujian rabun jauh
gambar kredit kepada blog : JPAM Sarawak
Saya melepasi kesemua ujian tersebut. Cara berjalan, cara berkawad. Semua lulus. Alhamdulillah. Kemudian last sekali. Pemeriksaan badan. Yang ni saya kurang pasti calon lelaki diperiksa jugak atau tak. Tapi yang pastinya pemeriksaan badan dilakukan oleh pegawai perempuan, dan dilakukan dalam bilik lain (one by one).

Pemeriksaan badan dilakukan bagi menentukan anggota badan ok..(nanti korang akan tau sendiri ape yang akan diperiksa - jangan terkejut je hehehehe)
Yang pastinya :- Calon  WAJIB bukan khunsa...sihat walafiat, sihat tubuh badan..[ehh macam sama je maksud die? hehe]

Selesai urusan ujian fizikal, tidak perlu ujian kecergasan seperti temuduga penolong penguasa penjara yang lepas. Dimana perlu menghabiskan larian..lompat2..huhu

Setelah dimaklumkan yang saya dah melepasi tapisan tersebut.saya (kami) diarahkan menukar pakaian untuk ditemuduga di bilik temuduga Lankayan (aras bawah pusat SPA - suruhankaya perkhidmatan awam)

Saya mendapat angka giliran 14. Calon yang lulus hanya 15 orang daripada sekian sekian (yang ni saya kurang pasti berapa orang calon yg hadir..tapi tadi saya tengok agak ramai..dalam 30 orang jugaklah.)
Saya menunggu giliran dengan penuh kesabaran, dan masa prnantian tu satu anugerah dan rahmat buat saya. Kerana masa itu adelah emas. Saya manfaatkannya untuk membuat ulangkaji (last minit punya kerja!) janganlah kamu meniru saya ok! [terima kasih kak ha coz banyak bantu saya - hantar maklumat2 berkenaan jabatan imigresen kepada saya melalui whatsapp]

Saya ringkaskan pengalaman temuduga saya : 

Sekitar jam 1.45..barulah tiba giliran saya. Hampir 3 jam juga saya menunggu.   Masuk ke bilik panel temuduga.. Ini lah kali pertama saya ditemuduga, di mana panel temuduga tidak meminta saya perkenalkan diri seperti sebelum-sebelum ni.

Saya : assalamualaikum dan slmt petang tuan-tuan.
Panel 1 : waalaikumussalam, jemput duduk puan hamelia sunita.Apa khabar? 
Saya : khabar baik tuan.
Panel 2 : ok hamelia sunita, orang semenanjung ye..asal mane?
Saya : saya berasal dari bachok , kelantan tuan..
Panel 1 : ok..dan blaa..blaa..blaaa...

Antara soalan yang ditanya..[seingat saya,,maaf andai ada yang tercicir]

Kerja di mana?
Dah berapa tahun kerja sini?
suami kerja disini jugak ke?
Jawatan suami? 
Dah ada berapa orang anak?
Umur anak?
Pinjaman peribadi berapa banyak?
Gaji sekarang dah berapa?
Ape ada pada potongan gaji awak ?
Sekiranya anda terpilih dan ditempatkan di semenanjung atau sarawak, anda dah bersediakah untuk berjauhan dengan keluarga?

Masuk kepada soalan berkaitan bidang tugas imigresen :-

Awak minat ke jawatan ni?
Kenapa awak minat?
Apa kaitan kerja awak dengan imigresen?
Apa pertindihan kuasa antara jabatan awak sekarang dgn imigresen [sekiranya ada]?
Apa akta yang imigresen pakai? 
Boleh awak jelaskan kenapa masalah PATI makin berleluasa di malaysia?
Pandangan awak tentang isu semasa - kes Pati di genting highlands/cameron highland (sorry saya lupa which one-nampak sangat saya x alert..huhu)
Boleh awak cadangkan apa langkah2 untuk membanterAs kemasukan Pati?
Boleh awak terangkan nama pintu masuk di kelantan?
Berikan nama pintu masuk di sarawak?
Apa pandangan awak mengenai integriti?


Lebih kurang 20 minit jugak..

Kemudian macam biasa panel akan tanya : ada apa2 soalan awak nak tanya?


Tips dari saya:-

Panel hanya nak uji pemikirAn dan mentaliti kita. 
Disamping uji pengetahuan kita dalam jawatan yang kita mohon ni.
Jawab dengan ikhlas,
 jangan cuba nak menipu. 
Jangan over tunjuk pandai. 
Jangan terlebih yakin. 
(Tapi kena yakin jugak..jawab ape yang kita tahu) 

Antara soalan2 yang ditanya oleh panel kepada calon2 lain ( thanks coz sudi berkongsi):-

Apa fungsi, misi, visi imigresen
Apa itu passport, permit, visa
Berkenaan urusan visa pembantu rumah asing
Berkenaan kelahiran diluar negara
Berkenaan integriti,
Pandangan2 untuk memajukan dan memantapkan lagi imigresen
Cadangan2 penambahbaikan yang lagi bagus untuk masa akan datang..
Bidang tugas penolong penguasa imigresen kp27
Kad pengenalan biru dikeluarkan oleh jabatan mana? 
Kad pengenalan merah dikeluarkan jabatan mana?
Tahanan imigresen?
Tahanan di rumah merah?

**************************************************
Lain orang lain skop soalannya..
Bergantung atas rezeki masing2..
Ada yang dapat soalan yang senang..ada yang susah..
So berdoa lah banyak3 semoga di permudahkan..

So kepada calon-calon yang bakal hadapi temuduga ni. 





Hafal ayat ni, insyaallah dipermudahkan..[ terima kasih kakak ipar saya yang ingatkan saya doa ini]


selebihnya bertawakkal padaNya..

Selamat berjuang!! alhamdulillah, Saya dah lepas!! Hehe yea yea yeaaaa


p/s : Ape2 pun keputusan kelak, saya redha.. kalau dah tertulis rezeki tu untuk saya, alhamdulillah...

:)

Sekadar perkongsian : Sempat saya hubungi ayah saya..dan beliau dah dimaklumkan lebih awal oleh kakak saya [terima kasih kak ha] abah cakap dia dah buat solat hajat untuk saya..(sama seperti sebelum2 ni jugak)[terima kasih abah,,mie sangat2 terharu...sebak..] bila saya cerita dengan dia..perihal kurangnya semangat saya untuk hadapi temuduga...perasaan cemuh saya tu..

abah pesan [dalam loghat kelate]
" kita ni hendaklah sentiasa minta (apply SPA) tak kisah la dapat ke tak, jangan putus asa. sama juga dengan Allah, kita sentiasa mintak padaNya..mintak diampunkan segala dosa2 kita..mintak dimurahkan rezeki,,mintak diberi kesihatan..mintak dipermudahkan urusan...dan sebagainya...kena selalu mintak (BERDOA).."
Calon ke 13 - ke-14 (saya) dan yang belakang sekali tu ke -15.

 :)

74 comments:

ziezah.com said...

soalannyaa tak terjawab dek akal. tp rasanya mgkin soalan emi lbh senang berbnding calon lain..hehe

apa2 pon gudluck yer emi.. mudahan2 berjaya! Amin

anyss syuhada said...

thanks bg info berguna . May Alah bless you and gudluck!

Norasiken Zaki said...

Sape nama panel interview awak

Julia Johari said...

Bangga dengan kamu dear...byk rezeki temuduga SPA...jgn mudah putus asa ye...Allah nk bg ujian dulu sebelum dapat rezeki tu...gud luck dear

Chekgu Azrine said...

Good luck sis..doa akk sis dpt kerja ni ye..

sofi balqis said...

salam sis, masa sis interview ade x dorg srh speak in english?

Tengku Emelia said...

tq sb sharing...kite suka info awk bg...Gud Luck tuk awk

Chris Laurence said...

utk membantu keluarga dan juga utk masa depan sendiri, jadi apa salahnya jika mencuba jika tdk dapat pun jangan mengalah, sampai bila nak mengalah kalau cam tu..hehe tapi apa2pun, cerita ni sekurang2 dpt mengambarkan suasana bila temuduga itu nanti..hehe, just yakin saja ni, dapat ka tidak yg penting dah mencuba...Good Luck sesiapa yg telah dan yg akan menghadiri temuduga..

eamy milea said...

Ada yang senang, ada yang susah..tapi saya dh cuba sehabis baik..selebihnya berserah padaNya. Terima kasih ziezah.com :)

eamy milea said...

Terima kasih dear anyss syuhada. same goes to u dear! Hehe

eamy milea said...

Maaf saudari Nurasiken Zaki..saya betul2 tak dapat menjawab soalan saudari kerana saya tak sempat mencuri2 pandang pada name tag panel penemuduga. Mata bertemu mata katakan..(hehe)..

eamy milea said...

Terima kasih dear julia johari, semoga Allah merahmati ju sekeluarga.. :)

eamy milea said...

Terima kasih kak... :*

eamy milea said...

Wslm saudari sofi balqis, semasa akak interview hari tu tiada pula disuruh speaking english. sewaktu sesi jawab-menjawab ada juga yang kami speaking. Bila panel tanya dalam bahasa inggeris, cuba jawab dalam bahasa inggeris juga coz tu juga tips untuk mendapatkan markah lebih. : - ni tips daripada bekas pegawai akak dahulu,) . Tapi ready juga lah sikit2..sebAb skill speaking kita juga akan diuji sewaktu temuduga. Good luck tau!

eamy milea said...

Terima kasih tengku emelia, nama kita lebih kurang sama lah tengku. Hehe

eamy milea said...

Hi chris laurence .. Thanks awak...good luck for u too :)

aku dan sebuah kisah,, said...

Nice info,,,sye pon bru je IV ari tu 19/11/14xramai yg lps utk ujian fizikal kan,,,Sbb kitorang calon srwk just 11 je lps dripd 84 org,,

eamy milea said...

aku dan sebuah kisah : owh ye kan...sy pun perasan yang tu jugak..tak pe lah harap2 ada rezeki :)

anyss syuhada said...

lepas dah lulus ujian fizikal/pancaindera dengan interview. nnt akan ada ujian kecergasan jugak ke? soory bnyak tanya. hehehe

Ahmad Zulkifli said...

TenQ atas perkongsian, sy minta izin untuk dibuat rujukan...Semoga Berjaya.

ketentuan ILahi said...

thanks sbb berkongsi maklumat yg berguna ni..sy iv senin ni....tp....mcam..over weight je.........bmi msti xleh cpai 19-26...so nk g ke x ye...

eamy milea said...

Anyss syuhada : dah x ada ujian kecergasan lagi dah. Terus tunggu masuk jumpa panel penemuduga pula. :) takpe..saya cuba jawab mana yg mampu hehe

Umiey Zalora said...

Sy iv on sunday.. wish me luck.. ada rabun sikit.. hope sume bjln lncar..

Hasnieda Mohamad said...

aduhhh... banyaknya soalannya yer... kalau interview dengan private sector pun tak banyak macam ni kena soal siasat... hehee

putri adiaz said...

Tq dear..info yg sgt2 membantu.info yg sgt detail dan berguna.sy juga akan hadir ujian/interview jawatan yg sama 29 nov nnt.smoga awak berjaya kali ni ok..amin.

anyss syuhada said...

awakkkk . nak tnaya dpat info pasal imigresen kat mana? sekarang website takboleh bukak . hmm .

eamy milea said...

Umiey Zalora : Good luck dear.. :)

Hasnieda Mohamad : yup banyakk..ada yang lagi banyak kena tanya dari sy.. :D

putri adiaz : terima kasih saudari..semoga awk berjaya jgk k.. :D

anyss syuhada : sy baca dlm website www.imi.gov.my (website rasmi imigresen) tapi saya try bukak tadi sama jugak x dapat masuk..

eamy milea said...

Umiey Zalora : Good luck dear.. :)

Hasnieda Mohamad : yup banyakk..ada yang lagi banyak kena tanya dari sy.. :D

putri adiaz : terima kasih saudari..semoga awk berjaya jgk k.. :D

anyss syuhada : sy baca dlm website www.imi.gov.my (website rasmi imigresen) tapi saya try bukak tadi sama jugak x dapat masuk..

Mama Ilham said...

Tq dear...sangat membantu....wish me luck...:)...ujian fizikal/temuduga 25hb 11 ni...untuk jawatan pen penguasa imigresen....di pejabat spa kota bharu..

eamy milea said...

mama ilham : sama@..goodluck deh? :)

nurul aiman said...

Assalamualaikum...
Info yang sangat membantu..
sy pn dapat ujian fizikal hujung bulan nie..SPA amat particular ke tentang ketinggian..kalau ikotkan tinggi sy xlps...hehe

LyLo MicHie said...

Hai, saya pun baru lepas temuduga pada 19/11/14 di seremban .. Alhamdulillah saya lepas semua ujian fizikal dan ditemuduga . Soalan pun lebih kurang je ngan awk punya.. Santai2 je .. sape yg akan ditemuduga jgn lupa utk tahu lebih lanjut mengenai isu semasa yg berlaku di cameron highland .. soalan tuh femes .. hihihi :D

muhammad syahir said...

sapa-sapa boleh kongsikan fungsi, misi, visi jabatan imigresen malaysia? dah berapa hari website www.imi.gov.my down. tq

eamy milea said...

Nurul aiman : waalaikumussalam..cuba la dulu.. =)

eamy milea said...

Lylobmichie : hi, tahniah sbb dah selesai temuduga..semoga berjaya! Dan thanks juga coz bagi tips2 tu. :)

eamy milea said...

Mohd shahir : maaf lambar balas.. Awak dah temuduga ke belum?

elah Dikemaskini pada Selasa, 28 Februari 2012 08:41
Visi/Misi Kami

1. Visi Jabatan

"Peneraju Perkhidmatan Imigresen"

2. Misi Jabatan

Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan selaras dengan pembangunan ekonomi dan keselamatan negara dengan penuh integriti.

3. Objektif Jabatan

Objektif utama Jabatan Imigresen Malaysia ialah untuk menguruskan hal-hal Imigresen selaras dengan kepentingan negara.

4. Moto Jabatan

'Memudah dan Mengawal'

5. Slogan Jabatan

Perkhidmatan Berkualiti dan Berintegrit

danish aurora said...

wah banyak soalan saya dapat soalan simple jer last last tak dapat mungkin dah kawin anak dua kot hehehe

Dhia Eiyla said...

assalamuaikum, terima kasih atas perkongsian sis.. sy dpt pgilan yg sama pd 27hb ni. part sy plg tkut berkawad. sbb sumur hidup sy xprnh berkawad. T.T perasaan saya, eishhh.. sgt2 gementar.

muhammad syahir said...

dak lagi. saya interview 26/11. terima kasih :)

Mama Ilham said...

Alhamdullilah..sy dah lepas ujian fizikal semalam...interview semalam tibe2 keluar soalan pasal bajet 2012...dah la tak prepare pasal tu..hehe...untuk kawan2 yg lain...gud luck...masa intv, jangan nampak sangat yg kita ni nebes....buat cool jer....:)

Anonymous said...

terima kasih..
bkgsi pengalaman dan info ujian dn intvw jwtn pen penguasa imigresen..gud luck utk kamoo...mg ad rezeki kali ni Amin....

Anonymous said...

Tahniah buat akak emiey.. terlebih dahulu saya mgucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya, interview untk penolong penguasa penjara kx27 hari tu mcm mana? Urusan kptsan jadi simpanan lantikan?..
Wan - Keningau

Anonymous said...

Slm... bleh tak bg contoh resume yg awk bwk tu. Sy pun dpt interview mggu depan

Anonymous said...

Salam,
Terima kasih di atas info yang sangat berguna ni. Boleh saya tau resume macam mana yang diperlukan untuk temuduga ni? boleh kak bg format dia tak? ni email sy ferrerorocher83@yahoo.com
TQ, wish you all the best!

Anonymous said...

Salam, boleh tak saya tau format resume yang diperlukan untuk temuduga spa dan apa lagi yang dibawa semasa interview? Ni email saya : ferrerorocher83@yahoo.com
Terima kasih atas maklumat yang sangat berguna ni..wishing you all the best. InsyaAllah :)

sofi balqis said...

tq sis..rs bgegar plk lutut ni nk iv 6hb nih. semangat rs da ilang lps failed iv kastam ritu..huhu

Anonymous said...

Pemeriksaan badan tu die periksa apa je sis? Boleh explain detail? (Female)

eamy milea said...



Hi dhia : good luck ye sis...cuba sehabis baik tau!

mama ilham : alhamdulillah...moga2 ada rezeki k.. :)

hi anon : tq u tooo... :)

hi wan - keningau : thanks for dropping here.. :) akak tak dapat enjara haritu.. :( kamu dapat?

hi Anonymous : hi sorry lambat reply ..akak ada hantar email kat awak..thanks n sorry again..


Hi Sofi Balqis : Kuatkan semangat, jangan lupa baca allahuayassir wala tuassir... :)

eamy milea said...

hi anonymous : sorry tak dapat nak terangkan kat sini...kalau cik betul2 berminat nak tahu boleh emailkan kpd sy.. zimie0302@gmail.com thanks.. :)

sofi balqis said...

sis sy nk jgk cth .bole x syer cth resume..hihi..

Mahadir Mudding said...

Slm kak eamy.. blh tak kak email cth resume yg kak gne ms intrvw ... adie_chang@yahoo.com

Azeda Ahmad said...

tinggi saya cume 152cm je. tapi dapat jawatan nie..apa pandangan awk? patt ke saya pergi?

hazida ismail said...

salam, result untuk iv kp27 dah keluar kan. anyone tau bile tarikh lapor diri?

byezaini said...

result da klua.sape yg dpt?

Anonymous said...

Saya dpt,tp xconfirm lg kn...

kett kazaril said...

saya pon dah dpat..tp surat x dpat lagi..

Anonymous said...

Result sblom ni sy calon simpanan...bdebar tggu esok....nasib baik sempat print result calon simpanan bleh guna utk t.duga akan dtg...in syaa allah...allahuakhbar bdebar pula rs...

eyla joe said...

Siapa dapat? Kena tunggu surat jugak kan? siapa dapat meh wssap kite 0187943495 .. Nak tanya =D Tahniah semua

Anonymous said...

yeke...beshnye..tahniah eyla td sy col spa mmg sy under waiting list reserved...dia bg email atau awk semak online spa?

muzz ezanie said...

result yang sebenag keluag bila ye... sebab dlm surat panggilan temuduga kata 6/1/2015.. tapi dah keluar result dah katanya... saya xdapt tahu keputusan saya...

Anonymous said...

hye muzz ezanie...sy hari2 open portal tetiba pd 15/12/2014 aritu link keputusan kp 27 ni timbul sy klik enter ic no dan keluar keputusan calon simpanan ....saya sempat print keputusan itu utk tindakan selanjutnye...incae jika email atau surat x sampai pd sy...muzz awk cuba col spa bhgn tawaran...no ni 03 8885 6275 dia akan minta no ic awk utk semak...

Anonymous said...

Sape dpt simpanan lg... wat group wasap nk.. sy pn simpanan

kett kassim said...

Tahniah eyla...saya pon dapt iv haritu...skrg tgah tunggu surat rasmi je lagi..bla ntah agak nya surat tu ye

Terubuk Masin said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ye sy juga simpanan lantikan ...ayuh kt wat grup simpanan lantikan kp27 mau x...kalo x kberatan...bleh leave ur ctc no..tq

Nurul Hidayah said...

saya juga dapat calon simpanan...agak2 bila la nak dipanggil....huhuhuhu....no. fon saya (wassap) 011-26380648....masukkan saya dalam group k....tq....

Anonymous said...

dayah sy br wassap awk...tq..sy cadangkn awk jd admin grup blehkn dayah...no sy 019 tu

eyla joe said...

surat memang belum dapat lagi.. kena sabar ya semua.. harap2 yang simpanan pun cepat dipanggil ya.. kita semak kat portal SPA.. kat situ ada status lantikan kan.. siapa nak tanya apa2 just wssap saya ya.. 0187943495 , no problem..

kett kassim said...

salam..pada 14.1 lepas saya ada call spa diaorang kata surat tawran akan diedarkan dalam masa 2-3minggu lagi melalui pos biasa.

Mmy DJ said...

Eamy milea: Hai sis emiey..sy doreen..sy bru bca entri sis..rsa tkut pula nk try penolong penguasa imigresen kp27..byk nye soalan2 yg mrk tnya msa interview..tp nk x nk kna jga brusaha kn.. Sis emiey, blh x sis emiey share cth2 resume sis emiey..x pndai la nk buat resume.. Tq sis.. d_doreeny@yahoo.com

Nurul Hidayah said...

Assalam...kawan2...ada tak sapa2 ada info pasal calon simpanan kp27...bila akan dipanggil bekerja atau pengambilan seterusnya....boleh share tak....

fara dee said...

saya pun nak tahu info pasal calon simpanan kp27 ni

fara dee said...

saya pun nak tahu info pasal calon simpanan kp27 ni

fara dee said...

saya pun nak tahu info pasal calon simpanan kp27 ni

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016