Tuesday, 11 November 2014

NYARIS NAK KENA TINGGALKAN IZZ ZAHRAA

Assalamualaikum,..selamat pagi..

Syukur alhamdulillah, kawan saya dapat gantikan tugas saya untuk ke Putrajaya pada 13 hingga 14 November ni (Khamis dan jumaat) atas tugas rasmi. Sepatutnya saya yang kena pergi selesaikan urusan kerja saya di sana (atas kehendak pihak atasan), tetapi kawan saya tu dah sanggup tolong saya-saya amat menghargainya.
sumber : google image



Bukan saya sengaja tak nak pergi. Bukan nak lari dari tugas..tetapi kalau boleh elak saya akan cuba elak dari berpisah dengan anaknda tersayang. Izz Zahraa masih breastfeeding. Saya tak biasa lagi berpisah tempat tidur dengan dia. Selama 1 tahun 4 hari usianya dia tak pernah lagi berenggang dengan susu saya pada malam hari. 

sumber : google image
Bila berjauhan dengan keluarga di kampung, saya jadi takut untuk ambil risiko (sekiranya berlaku ape-ape yang tidak diingini-nauzubillahiminzalik)

Lagi pula, sekiranya terpaksa pegi, agak leceh kerana saya perlu membawa peralatan breastpump saya ke sana jugak. Syukurlah kawan saya memahami permasalah saya, dan sanggup gantikan tugas saya tu - nanti saya belanja sebagai tanda penghargaan. in shaa allah.. =)


                                                      Lagi satu adelah kawan baik saya sewaktu politeknik dulu sedang sakit di hospital likas, dia baru selesai menjalani pembedahan laparoscopy . Mak dia dah datang dari kampung untuk temankan dia sekarang kerana dia masih bujang, cuma saya dan kawan-kawan serumah dia je yang paling dekat yang boleh bantu serba sedikit sekiranya diperlukan. Hari ni baru doktor pakar akan sahkan samada dia boleh discaj atau belum. Semoga dia cepat sembuh.



p/s : saya bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa ada di sisi saya tatkala susah mahupun senang..alhamdulillah..









2 comments:

InaYusoff said...

memang pening bila kene outstation...

tak sanggop..
pikirkan anak yang mesti cari kita waktu malam..

nasebla dulu tak jadi outstation...

tapi ni dengar2 ujung tahun ado plak..
i is seriau je ni..

ziezah.com said...

mmg pening kalau tggl jauh2 bila anak BF lagi kan.. nasib la boleh org lain cover.. ni la ibu2 bila duk jauh dgn anak mmg xboleh.

moga kawan emi cepat sihat n sembuh ye.. pantang baik2..

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts