Wednesday, 12 November 2014

BELI STORAGE BOX DENGAN HARGA PROMOSI


Dah lama saya mencari storage box macam ni. Tapi kebanyakan kedai2 yang saya dah pegi (sekitar kota kinabalu) ada kedai yang jual dalam harga rm15-19 camtu lah (bagi size sederhana). Kat kedai onestop (rm2.00 shop) pun paling murah saya tengok baru2 ni harga RM14.90. Percaya atau tak, di pasaraya Giant (saya beli di Giant Kolombong, giant lain saya tak pasti) sekarang tengah buat promosi dengan harga RM 10.99 @ RM11 sahaja. 

Tanpa berfikir panjang saya terus sambar 2 kotak. Kawan saya pun ambil 2 kotak.  Kalau ikutkan hati nak je saya beli banyak2..tapi susah nak bawak, dengan saya dukung zahraa, kalau saya datang dengan mat shah..sah2 saya terus beli banyak. Hehe.

-ada roda di bahagian bawah-

Kotak macam ni banyak kegunaannya. Saya nak simpan pakaian zahraa yang dah tak muat. Kain tudung saya yang dah tak selalu dipakai lagi..peralatan baking-baking saya, pinggan mangkuk kesayangan saya yang jarang dipakai..dah bermacam-macam lagi boleh saya simpan dalam tu. 

Sebenarnya saya nak cari yang jenis lutsinar, senang nampak apa yang saya simpan. Tapi mahal la pulak. Huhu. So ada yang ni pun, dah bersyukur. Nanti saya akan tampal label di setiap kotak, menandakan apa jenis barang yang ada di dalamnya-supaya senang cari kelak. =)

Bila mat shah balik dari kerja tadi, saya bagitau harganya hanya RM10.99, dia tanya saya kenapa saya tak beli banyak2? Ohmaiii...hehe, ok nanti esok saya beli sebelum habis promosi. Banyak tak de lah bnyak mana pun, setakat nak simpan barang2..supaya senang dicari apabila diperlukan, dan jugak kelihAtan kemas. Mak saya di kampung juga menggunakan storage box macam ni untuk menyimpan pinggan mangkuk kesayangan beliau. Supaya tidak kotor dan tidak di"diami" oleh haiwan2 yang selalu mengganggu barang2 di rumah kampung (lipas,tikus dan sebagainya).

Kawan-kawan sekitar kota kinabalu, jom serbu pasaraya Giant.. =)






1 comment:

ziezah.com said...

Giant kolombong ye.. ok2.. weekand ni pegi.. harap2 ada lagi la..hehe

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016