Wednesday, 26 November 2014

FOR A COUPLE OF TIME, OR FOREVER.


Reason?

1. Busy for something.. Jeng jeng jeng..


Thanks and see u later..(ntah2 esok saya dah log in balik? Ye tak? Hihi)


Sunday, 23 November 2014

FEELING POSITIF, WALAUPUN ADA SEDIKIT RASA TERANIAYA.











Gambar Credit kepada GOOGLE IMAGES



Wednesday, 19 November 2014

PENGALAMAN DAN TIPS TEMUDUGA PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN KP27

Assalamualaikum & hai,

UNTUK MAKLUMAN : Entri ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sahaja. Tiada niat ingin berbangga-bangga. Jika anda merasakan saya berniat sebegitu, saya memohon maaf..Kalau tak suka anda tak payah baca...terima kasih..

Sebenarnya saya segan dah nak cerita kat orang pasal temuduga SPA ni. Temuduga je, dapatnye belum tentu lagi.. Huhu. Temuduga ni merupakan temuduga ke-3 yang saya hadiri tahun ni sahaja. Terasa agak "kepenatan" di situ. Cemuh pun ada. Saya rasa pegawai SPA cawangan Sabah dah kenal saya kot? Yelah muka ni je yang selalu datang jumpa dia? Haha.

Temuduga/Ujian fizikal yang saya pernah hadiri (tahun ni) 

 1) ujian fizikal penolong penguasa penjara kX27
2) temuduga penolong pegawai latihan vokasional J29
3) temuduga penolong penguasa penjara kx27

Kesemuanya gagal. Bukan rezeki saya.
4) ujian berkomputer latihan jururawat (saya tak jawab atas sebab-sebab tertentu)
Dan yang terbaru ..

Penolong penguasa imigresen KP27 Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan)  ].

Saya telah hadiri semalam, selasa 18 november 2014.

Pada mulanya saya bernekad tak nak pergi (juga atas sebab-sebab tertentu yang bersifat peribadi).. 
tapi saya ambil langkah berjaga-jaga dahulu untuk menyediakan semua dokumen yang diperlukan (sebagai penjawat awam yang sedang berkhidmat anda perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti Ringkasan kenyataan perkhidmatan, laporan penilaian prestasi terkini, pengisytiharan harta, surat akuan ketua jabatan, dan juga slip gaji terakhir,)

*Semua dokumen ni ada dinyatakan di dalam surat panggilan temuduga.

Keesokan pagi, saya bangun dan terfikir "kenapa saya perlu tarik diri awal2? Kenapa saya tak mencuba? Kenapa cepat nak putus asa? Kenapa nak jadi pengecut? Kita sendiri yang perlu berusaha untuk ubah masa depan kita. Allah tak suruh kita TAK MENCUBA DAN BERUSAHA.  Allah suruh kita mencuba sehabis baik, ikhtiar. Bukannya mengalah.!"

Kita ada pegangan agama, saat-saat kita buntu, kita kena sentiasa berdoa padaNya. kita kena ingat yang kita masih ada DIA. Yang sentiasa bersedia memberi kita sejuta Kekuatan. Insyaallah.

Dengan sedikit penyesalah ( kerana dah agak lewat..) saya bergegas ke pusat temuduga. Berbekalkan keyakinan diri yang datang secara tiba-tiba, saya pasrah. Ape nak jadi, jadi lah.

Saya cepat2 iron baju kurung ( saya ambil baju yang kainnya jenis susah berkedut) lepas iron saya lipat dan simpan dalam bag galas saya. Saya mengenakan baju-t  lengan panjang berwarna hijau, sluar track, tudung hitam dan kasut sukan kerana tu pakaian hang dinyatakan dalam surat panggilan bagi ujian fizikal. Baju untuk temuduga pun perlu bawa, yang jadi masalah sebab pusat temuduga yang saya hadir tu jarak parkir kereta agak jauh.

 Saya ambil keputusan untuk sumbat kesemuanya dalam 1 bag sahaja bersama fail sijil, resume dan juga alatulis. Tak lupa juga charger telefon coz malam tadi saya lupa charge telefon! (Cari powerbank x jumpa, mane ntah saya simpan)

Sesampai di pusat temuduga ( bilik PERAK, kompleks pentadbiran persekutuan sabah) kaunter pendaftaran masih di buka. Saya lihat jam, 9.45pagi. Cepat-cepat saya memohon maaf kepada pegawai bertugas kerana lambat. Kemudian dia memberikAn saya sekeping borang ujian fizikal untuk diisi terlebih dahulu.

Sewaktu saya sampai, saya lihat masih ramai calon yang sedang diuji. Calon lelaki dalam 10 orang, calon perempuan ada 7 orang termasuk saya.

Lebih kurang 15 minit, seorang pegawai memanggil saya untuk diuji. Dimulai dengan pemeriksaan berat badan, dan ketinggian. Berat saya 62kg. (Fuh..lega coz saya takut berat saya dah naik!) dan tinggi saya 163cm (tak berubah coz x ambik produk langsing_tinggi...ok yang ni saya melawak je hehe)

Lepas tu saya diuji oleh pegawai lain pula. Ujian mata (pemeriksaan samaada pakai kanta lekap atau tak) yang ni jangan nak menipu ye..diorang cek betul-betul. Disusuli dengan ujian rabun jauh, dan ujian pengecaman warna (macam masa nak ambik lesen memandu tu laaa..hihi)

UPDATE : disertakan gambar untuk penjelasan lanjut berkenaan ujian penglihatan

Ujian rabun jauh
gambar kredit kepada blog tanya dok


Ujian Pengecaman warna
Kredit gambar ni kepada blog Abu Naim


lebih kurang macam ni - untuk ujian rabun jauh
gambar kredit kepada blog : JPAM Sarawak
Saya melepasi kesemua ujian tersebut. Cara berjalan, cara berkawad. Semua lulus. Alhamdulillah. Kemudian last sekali. Pemeriksaan badan. Yang ni saya kurang pasti calon lelaki diperiksa jugak atau tak. Tapi yang pastinya pemeriksaan badan dilakukan oleh pegawai perempuan, dan dilakukan dalam bilik lain (one by one).

Pemeriksaan badan dilakukan bagi menentukan anggota badan ok..(nanti korang akan tau sendiri ape yang akan diperiksa - jangan terkejut je hehehehe)
Yang pastinya :- Calon  WAJIB bukan khunsa...sihat walafiat, sihat tubuh badan..[ehh macam sama je maksud die? hehe]

Selesai urusan ujian fizikal, tidak perlu ujian kecergasan seperti temuduga penolong penguasa penjara yang lepas. Dimana perlu menghabiskan larian..lompat2..huhu

Setelah dimaklumkan yang saya dah melepasi tapisan tersebut.saya (kami) diarahkan menukar pakaian untuk ditemuduga di bilik temuduga Lankayan (aras bawah pusat SPA - suruhankaya perkhidmatan awam)

Saya mendapat angka giliran 14. Calon yang lulus hanya 15 orang daripada sekian sekian (yang ni saya kurang pasti berapa orang calon yg hadir..tapi tadi saya tengok agak ramai..dalam 30 orang jugaklah.)
Saya menunggu giliran dengan penuh kesabaran, dan masa prnantian tu satu anugerah dan rahmat buat saya. Kerana masa itu adelah emas. Saya manfaatkannya untuk membuat ulangkaji (last minit punya kerja!) janganlah kamu meniru saya ok! [terima kasih kak ha coz banyak bantu saya - hantar maklumat2 berkenaan jabatan imigresen kepada saya melalui whatsapp]

Saya ringkaskan pengalaman temuduga saya : 

Sekitar jam 1.45..barulah tiba giliran saya. Hampir 3 jam juga saya menunggu.   Masuk ke bilik panel temuduga.. Ini lah kali pertama saya ditemuduga, di mana panel temuduga tidak meminta saya perkenalkan diri seperti sebelum-sebelum ni.

Saya : assalamualaikum dan slmt petang tuan-tuan.
Panel 1 : waalaikumussalam, jemput duduk puan hamelia sunita.Apa khabar? 
Saya : khabar baik tuan.
Panel 2 : ok hamelia sunita, orang semenanjung ye..asal mane?
Saya : saya berasal dari bachok , kelantan tuan..
Panel 1 : ok..dan blaa..blaa..blaaa...

Antara soalan yang ditanya..[seingat saya,,maaf andai ada yang tercicir]

Kerja di mana?
Dah berapa tahun kerja sini?
suami kerja disini jugak ke?
Jawatan suami? 
Dah ada berapa orang anak?
Umur anak?
Pinjaman peribadi berapa banyak?
Gaji sekarang dah berapa?
Ape ada pada potongan gaji awak ?
Sekiranya anda terpilih dan ditempatkan di semenanjung atau sarawak, anda dah bersediakah untuk berjauhan dengan keluarga?

Masuk kepada soalan berkaitan bidang tugas imigresen :-

Awak minat ke jawatan ni?
Kenapa awak minat?
Apa kaitan kerja awak dengan imigresen?
Apa pertindihan kuasa antara jabatan awak sekarang dgn imigresen [sekiranya ada]?
Apa akta yang imigresen pakai? 
Boleh awak jelaskan kenapa masalah PATI makin berleluasa di malaysia?
Pandangan awak tentang isu semasa - kes Pati di genting highlands/cameron highland (sorry saya lupa which one-nampak sangat saya x alert..huhu)
Boleh awak cadangkan apa langkah2 untuk membanterAs kemasukan Pati?
Boleh awak terangkan nama pintu masuk di kelantan?
Berikan nama pintu masuk di sarawak?
Apa pandangan awak mengenai integriti?


Lebih kurang 20 minit jugak..

Kemudian macam biasa panel akan tanya : ada apa2 soalan awak nak tanya?


Tips dari saya:-

Panel hanya nak uji pemikirAn dan mentaliti kita. 
Disamping uji pengetahuan kita dalam jawatan yang kita mohon ni.
Jawab dengan ikhlas,
 jangan cuba nak menipu. 
Jangan over tunjuk pandai. 
Jangan terlebih yakin. 
(Tapi kena yakin jugak..jawab ape yang kita tahu) 

Antara soalan2 yang ditanya oleh panel kepada calon2 lain ( thanks coz sudi berkongsi):-

Apa fungsi, misi, visi imigresen
Apa itu passport, permit, visa
Berkenaan urusan visa pembantu rumah asing
Berkenaan kelahiran diluar negara
Berkenaan integriti,
Pandangan2 untuk memajukan dan memantapkan lagi imigresen
Cadangan2 penambahbaikan yang lagi bagus untuk masa akan datang..
Bidang tugas penolong penguasa imigresen kp27
Kad pengenalan biru dikeluarkan oleh jabatan mana? 
Kad pengenalan merah dikeluarkan jabatan mana?
Tahanan imigresen?
Tahanan di rumah merah?

**************************************************
Lain orang lain skop soalannya..
Bergantung atas rezeki masing2..
Ada yang dapat soalan yang senang..ada yang susah..
So berdoa lah banyak3 semoga di permudahkan..

So kepada calon-calon yang bakal hadapi temuduga ni. 





Hafal ayat ni, insyaallah dipermudahkan..[ terima kasih kakak ipar saya yang ingatkan saya doa ini]


selebihnya bertawakkal padaNya..

Selamat berjuang!! alhamdulillah, Saya dah lepas!! Hehe yea yea yeaaaa


p/s : Ape2 pun keputusan kelak, saya redha.. kalau dah tertulis rezeki tu untuk saya, alhamdulillah...

:)

Sekadar perkongsian : Sempat saya hubungi ayah saya..dan beliau dah dimaklumkan lebih awal oleh kakak saya [terima kasih kak ha] abah cakap dia dah buat solat hajat untuk saya..(sama seperti sebelum2 ni jugak)[terima kasih abah,,mie sangat2 terharu...sebak..] bila saya cerita dengan dia..perihal kurangnya semangat saya untuk hadapi temuduga...perasaan cemuh saya tu..

abah pesan [dalam loghat kelate]
" kita ni hendaklah sentiasa minta (apply SPA) tak kisah la dapat ke tak, jangan putus asa. sama juga dengan Allah, kita sentiasa mintak padaNya..mintak diampunkan segala dosa2 kita..mintak dimurahkan rezeki,,mintak diberi kesihatan..mintak dipermudahkan urusan...dan sebagainya...kena selalu mintak (BERDOA).."
Calon ke 13 - ke-14 (saya) dan yang belakang sekali tu ke -15.

 :)

TEMPAT SAYA MEMBELI BARANG-BARANG KEK

Entry ini ditujukan khas buat seseorang yang ada bertanya saya melalui whatsapp.sorry x dapat reply malam tadi coz akak dah mengantuk sangat2. ;-)

Akak selalu beli barang-barang kek, dan perkakas2 kek di kedai Bake With Me, lorong Durian 5, inanam. Kedai ni kalau dari jalan menggatal-pekan inanam, lalu lepas shell inanam, dan akan jumpa trafik light menuju ke inanam stesen bas..ambik lorong kiri ada bangunan maybank lama dan bank alliance (sebelah kiri). 

Ambil jalan depan bank alliance, jalan terus je sampai jumpa simpang. Belok kanan, kemudian awak akan jumpa simpang pertama. Masuk simpang tu (belah kiri). Kalau awak pandang belah kanan jalan..ada deretan gudang2 kedai..ada satu gudang Bake with Me (ada sign board) tapi jangan masuk gudang tu coz tu store saje.

Awak jalan lurus je sampai jumpa signboard Lorong Durian 5 (signboard kaler hijau)..pastu masuk kiri..jalan sikit je akan nampak kedai Bake with me kat sebelah kiri.

Kat kedai tu macam2 barang buat kek, biskut, packaging items, cake decorations dan macam2 lagi Yang boleh didapati dengan harga murah serta berbaloi. 

Ada lagi cawangan Bake with me tapi akak tak pernah pegi lagi cawangan tu.,kalau x silap dekat lintas dan satu lagi di putatan. Boleh pakai apps waze, senang je jumpa kedai ni... :)


peta lakaran...[kalau dari pekan menggatal - inanam]



Boleh check website bake with me : http://bakewme.com/contact/contact.htm

Hope dapat membantu anda! 

Keep calm & Happy baking!

Thanks for reading..  :)




Monday, 17 November 2014

LIRIK LAGU DAN MAKSUD 'SELIMUT TETANGGA' - REPVBLIK

Lagu ni dah jadi lagu WAJIB saya mainkan di pejabat..
incas (penyelia) saya suka sangat lagu ni..
saya pun suka jugak.
layan je kan..



Lirik Lagu Repvblik - Selimut Tetangga
Bersabarlah sayang aku akan pulang
Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku
Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu
Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku
Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian
Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian
Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu
Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku
Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku
Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian
Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian
Bersabarlah sayang aku akan pulang


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pastu hari ni, tetiba je dia tanya saya..
Ape ye maksud 'selimut tetangga?'
errrr..saya pun tertanya2 jugak..
terus saya google...
dan terjumpa satu blog dari seberang..
Dewi Setyorini 
Beliau menjelaskan maksud 'selimut tetangga'
Owhh rupanya maksudnya lebih kurang macam 'perempuan simpanan'
Kiranya penulis lagu ni nak nyatakan yang dia tetap setia walaupun dilanda kesunyian percintaan jarak jauh..
Sama dengan situasi incas aku yang sorang ni..yang menjalani liku-liku hidup sebagai seorang PJJ (percintaan jarak jauh) bersama isteri dan anak-anaknya.

Semoga mereka terus tabah hadapi ujian ni. - tak semua orang 'mampu' tuk hadapinya, termasuk lah saya sdiri err tak sanggup nak fikir camane bila berjauhan dengan insan tersayang kan? huhu..kirenya saya amat respek kat korang yang berjaya hadapi hidup PJJ ni. Syabas!!





Saturday, 15 November 2014

REZEKI YANG TAK TERDUGA


Alhamdulillah, sekali lagi nama saya tercalon untuk menghadiri temuduga SPA. Tanpa disangka-sangka jugak, ingatkan dah tak tercalon lagi. Huhu. Doakan saya..terima kasih.


P/s : rezeki sentiasa ada, cuma masa dan ketika nya sahaja..berusaha, berdoa, sabar, dan bertawakkal kepadaNYA. In shaa allah..

Thursday, 13 November 2014

KENAPA SUKA SHOPPING ONLINE?

bila dah tak de kerja [petang tadi punya cerita]

daku...

ter...





mih...mih..mih...

tapi tak seberapa je pon..
tu pun atas belas ihsan husband saya
[thanks sayang ...i lebiuu]
..kalau nak harapkan duit saya sendiri..memang tak lah..
walaupun kecil nilainya..saya tetap 'sayang' tuk belanjakannye[atas kehendak peribadi].
hihihi..

tapi if belikan barang tuk zahraa, saya sanggup je belanja,,
pelik jugak. huhu..





pic : google

Seronok kan..bila shopping online ni...
bila barang sampai, rasa happy nye..macam ada orang bagi hadiah kat kita..


pic : google


Saya sebenarnya jarang shopping online. Kadang-kadang je. mengikut keperluan. tak de lah sampai setiap minggu ade je barang saya yang sampai. Nak jumpa sebulan sekali pun susah. Tak ada keperluan sangat. Terbeli yang terasa nak beli je. haha. boleh ke camtu? kirenye saya ni dalam kategori jenis orang yang bukan suka beli online sangat la..

Ada orang pernah tanya saya, kenapa orang suka beli melalui online?
Jawapan saya senang je. 
Senang, tak payah keluarkan tenaga, masa, dan kos pengangkutan untuk membeli secara online.

bukak website, pilih, bayar, tunggu je barang tu sampai. 

Tak payah nak bersusah payah ke kedai lagi..

Tetapi ada jugak sesetengah barang, yang kita perlu check sendiri depan mata, barulah berpuas hati..

Atas pandangan masing-masing jugak lah kan..

Ada orang..sambil jalan2 ...terus beli..

=]


tak sabar jugak nak tunggu 'barang' saya sampai...

surpriseeee




p/s : jom share kenapa korang suka shopping online..







Sayang kamu


Ibu amat menyayangi mu..sayang izz zahraa.

Happy 1y4d sayang...

Wednesday, 12 November 2014

BELI STORAGE BOX DENGAN HARGA PROMOSI


Dah lama saya mencari storage box macam ni. Tapi kebanyakan kedai2 yang saya dah pegi (sekitar kota kinabalu) ada kedai yang jual dalam harga rm15-19 camtu lah (bagi size sederhana). Kat kedai onestop (rm2.00 shop) pun paling murah saya tengok baru2 ni harga RM14.90. Percaya atau tak, di pasaraya Giant (saya beli di Giant Kolombong, giant lain saya tak pasti) sekarang tengah buat promosi dengan harga RM 10.99 @ RM11 sahaja. 

Tanpa berfikir panjang saya terus sambar 2 kotak. Kawan saya pun ambil 2 kotak.  Kalau ikutkan hati nak je saya beli banyak2..tapi susah nak bawak, dengan saya dukung zahraa, kalau saya datang dengan mat shah..sah2 saya terus beli banyak. Hehe.

-ada roda di bahagian bawah-

Kotak macam ni banyak kegunaannya. Saya nak simpan pakaian zahraa yang dah tak muat. Kain tudung saya yang dah tak selalu dipakai lagi..peralatan baking-baking saya, pinggan mangkuk kesayangan saya yang jarang dipakai..dah bermacam-macam lagi boleh saya simpan dalam tu. 

Sebenarnya saya nak cari yang jenis lutsinar, senang nampak apa yang saya simpan. Tapi mahal la pulak. Huhu. So ada yang ni pun, dah bersyukur. Nanti saya akan tampal label di setiap kotak, menandakan apa jenis barang yang ada di dalamnya-supaya senang cari kelak. =)

Bila mat shah balik dari kerja tadi, saya bagitau harganya hanya RM10.99, dia tanya saya kenapa saya tak beli banyak2? Ohmaiii...hehe, ok nanti esok saya beli sebelum habis promosi. Banyak tak de lah bnyak mana pun, setakat nak simpan barang2..supaya senang dicari apabila diperlukan, dan jugak kelihAtan kemas. Mak saya di kampung juga menggunakan storage box macam ni untuk menyimpan pinggan mangkuk kesayangan beliau. Supaya tidak kotor dan tidak di"diami" oleh haiwan2 yang selalu mengganggu barang2 di rumah kampung (lipas,tikus dan sebagainya).

Kawan-kawan sekitar kota kinabalu, jom serbu pasaraya Giant.. =)






Tuesday, 11 November 2014

NYARIS NAK KENA TINGGALKAN IZZ ZAHRAA

Assalamualaikum,..selamat pagi..

Syukur alhamdulillah, kawan saya dapat gantikan tugas saya untuk ke Putrajaya pada 13 hingga 14 November ni (Khamis dan jumaat) atas tugas rasmi. Sepatutnya saya yang kena pergi selesaikan urusan kerja saya di sana (atas kehendak pihak atasan), tetapi kawan saya tu dah sanggup tolong saya-saya amat menghargainya.
sumber : google image



Bukan saya sengaja tak nak pergi. Bukan nak lari dari tugas..tetapi kalau boleh elak saya akan cuba elak dari berpisah dengan anaknda tersayang. Izz Zahraa masih breastfeeding. Saya tak biasa lagi berpisah tempat tidur dengan dia. Selama 1 tahun 4 hari usianya dia tak pernah lagi berenggang dengan susu saya pada malam hari. 

sumber : google image
Bila berjauhan dengan keluarga di kampung, saya jadi takut untuk ambil risiko (sekiranya berlaku ape-ape yang tidak diingini-nauzubillahiminzalik)

Lagi pula, sekiranya terpaksa pegi, agak leceh kerana saya perlu membawa peralatan breastpump saya ke sana jugak. Syukurlah kawan saya memahami permasalah saya, dan sanggup gantikan tugas saya tu - nanti saya belanja sebagai tanda penghargaan. in shaa allah.. =)


                                                      Lagi satu adelah kawan baik saya sewaktu politeknik dulu sedang sakit di hospital likas, dia baru selesai menjalani pembedahan laparoscopy . Mak dia dah datang dari kampung untuk temankan dia sekarang kerana dia masih bujang, cuma saya dan kawan-kawan serumah dia je yang paling dekat yang boleh bantu serba sedikit sekiranya diperlukan. Hari ni baru doktor pakar akan sahkan samada dia boleh discaj atau belum. Semoga dia cepat sembuh.



p/s : saya bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa ada di sisi saya tatkala susah mahupun senang..alhamdulillah..









Saturday, 8 November 2014

Selamat hari jadi : Nur Safiyya Izz Zahraa

Sekejap je setahun. Pejam celik pejam celik. Syukur, alhamdulillah sayang ibu membesar dengan sihat dan baik. Sakit sewaktu melahirkan zahraa masih terngiang-ngiang di ingatan saya. Sakit sewaktu contraction, sakit sewaktu dipecahkan air ketuban oleh doktor, sakit ketika zahraa betul2 hendak keluar..sakit ketika dijahit (kerana digunting dan terkoyak)..semua kesakitan tu hilang bila dapat peluk dan cium anugerah Allah yang tiada nilainya.

Maaf sayang, ibu tak sempat menulis pengalaman sewaktu melahirkanmu.  Allah dah permudahkan segala urusan ibu sewaktu mengandung, melahirkan, menyusukan kamu. Tersangat mudah dan senang, alhamdulillah. Hikmah disebalik penantian selama 2 tahun sebelum kehadiranmu.  

Ibu berharap kamu menjadi anak yang solehah, sentiasa mendoakAn ibu dan abi kelak, berguna kepada bangsa dan negara. Insyaallah.

Adik zahraa?
Insyaallah..coming soon. Tak bermaksud saya dah mengandung lagi. Rasanya belum masanya lagi, tapi sekiranya diberikan rezeki lagi, alhamdulillah. =)


Pembantu ibu, jantung hati ibu. =)

Selamat hari lahir, sayang kamu selamanyA.
Muahmuah.




Friday, 7 November 2014

NAMA ANAK ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN

Sumber : instagram che'ta


Aaisyah Dhia Rana binti Mohamad Zain. Cantik nama anak che ta. Secantik rupa parasnya. Semoga menjadi anak yang baik, insyaallah..

Tahniah!


:)




FASHA SANDHA SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA

credit to : Instagram jejai (Rizal Ashram)


Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan kepada Fasha Sandha dan suaminya, jejai di atas kelahiran anak ke-2 mereka, PUTRI RAYSHA JEMAIMA. Cantik nama putri, secantik tuan empunya diri. 😘

Wednesday, 5 November 2014

MAAFKAN SAYA, DAN SAYA DAH MAAFKAN ANDA

Assalamualaikum dan hai..

Dalam kehidupan sehari-hari, kita tidak pernah sempurna. 
Tak pernah TIADA KESALAHAN.
Tak pernah TIADA MENGGURIS HATI ORANG.
Sama ada sedar ataupun tak.

Maafkan saya.


dan saya..


dah maafkan anda..



 Saya cuba untuk positifkan diri,,,




Sekiranya anda tidak mahu maafkan saya, 
dan masih lagi ingin berdendam.. 
Terpulanglah pada anda.


 Itu hak anda. 
Cukuplah buat saya, 
kerana saya 
hanya ada ALLAH swt 
disamping saya buat selama-lamanya..


Picture : Credit to google images

Monday, 3 November 2014

IZZ ZAHRAA TURNS 1 : IDEAS FOR BIRTHDAY PARTY

Assalamualaikum dan hai..

Counting days, sedar tak sedar tak lama lagi Izz Zahraa akan berusia genap 1 tahun. Insyaallah.
Jom kita tengok idea-idea yang menarik untuk majlis sambutan hari jadi. [tengok je ok..hehe]

SUMBER : GOOGLE IMAGE














Cantik kan? Kalau mampu, ape salahnye ... =] Tapi aku..tak mampu la..huhu..besar jugak bajet ni,,

Tak kisah la sayang, walaupun macam mane sekalipun cara sambutan ibu ngan abi untuk ulangtahun pertama kelahiranmu, yang penting ibu ngan abi nak kamu tahu betapa cinta dan kasih kami terhadap kamu tiada tolak bandingnya...=] 

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016