Friday, 10 October 2014

TIPS UNTUK SEGALA HAJAT ( DAN SEGALA MASALAH )

Assalamualaikum & hai,

Panduan untuk kita bersama, salam Jumaat.

Petikan ini diambil dari laman sosial Facebook : Mudahnya Menjemput Rezeki [syukran jazilan]

**********************************
- Sesuai untuk semua orang

***********************************
Syaratnya jangan tanya mengapa. Buat dahulu.
***********************************
1) Berhenti menceritakan kesusahan atau hajat kepada orang. Cukuplah semalam. Mulai hari ini tiada orang baru yang tahu kisah dan hajat kita. ( buat biasa saja... )
2) Solat di awal waktu. (Cari jalan . Cukuplah dengan alasan yang sudah-sudah ). Bagi lelaki solatlah berjemaah (seboleh-bolehnya cari peluang untuk berjemaah di surau atau di masjid )
3) Setiap lepas solat doa begini; " Ya, Allah, saya serahkan urusan ini kepada-Mu; berilah jalan keluar yang terbaik ya Allah. Amin. (mulakan doa dengan selawat dan istighfar dan tutup dengan selawat )
4) Doakan orang lain juga (banyak-banyak )
***************************************
Tidak perlu lama:
Jika saudara bersungguh, jalan keluarnya (atau hajatnya ) Allah beri dalam tempoh:
3 hari
40 hari
4 bulan.
************************************
Sekali lagi, jangan tanya dahulu mengapa; buatlah dahulu.
*************************************
Saya (kongsikan rasa yakin ), bahawa apa yang kononnya ( sebelum ini sukar ) sebenarnya mudah sahaja. Kerana apa...?
Kerana Allah sudah bantu kita.
***********************************



1 comment:

azizah :) said...

tips yang bagus... boleh kita sama2 amalkan.. inshaaAllah berkesan

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016