Thursday, 30 October 2014

SUSUN ATUR PAKAIAN

Gambar ni sebenarnya agak personal, tapi dah ku tapis siap-siap. 
[maaf, tak de niat nak menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi semata-mata...tak seberapa je pun]

Aku dok kuarters kerajaan, cuma kawasan tempat aku tinggal ni kerajaan sewa di kawasan awam. Duduk di kejiranan awam. Jiran sebelah-menyebelah adelah dari  kalangan orang awam. Bila dah sebut kuarters kerajaan, perabot pun dibekalkan..So sedikit jimat kat situ, [alhamdulillah] tak payah nak beli-beli lagi [tapi ade jugak yang dah terrrbeli..]

Tapi, ada tapi nya.
Bergantung pada rezeki masing-masing. Kalau dapat rumah yang elok, elok lah. Begitu jugak yang sebaliknya. [alhamdulillah] aku dapat rumah tingkat 1 je. Sebelum ni dah pernah duduk kat rumah tingkat 3, penat sikit lah..kena naik tangga coz tak de lift. Sengsara time diri tak berapa sihat.

Ni lah almari pakaian aku. Bersyukur seadanya. Gambar ni aku amik lepas kemas elok-elok. Tak kan nak tunjuk gambar tengah bersepah. Kah kah kah. Biasanya seminggu sekali aku kemas wardrobe kami bertiga. [satu sorang ok]. Nak kemas cantik2 macam ni hari-hari...memang tak lah..huhu..biase aku cuba tuk jangan nampak bersepah..kemas sikit2 ...gitu...bukannye nakk je biarkan lemari ni berterabur..bukan tunggu betul2 seminguu baru nak kemas...[kang penat pulak hari cuti aku tu duduk mengemas almari je..bila nak keluar jalan2? kihkihkih]
 
Pakaian aku tak banyak pun, yang aku layout kat sini hanyalah pakaian yang aku selalu pakai. yang aku tak suka pakai aku letak dalam bagasi besar. Pakaian uniform aku ngan mat cah semuanya aku simpan dalam bilik tetamu, ada almari 1 biji kat dalam tu. Baju kurung aku sikit je...sebab aku g keje kan pakai uniform, hari jumaat je lah kena pakai baju kurung, tu pun kadang2 pakai baju kemeja, xpun skirt, jubah..kalau duty, kena pakai uniform..Dalam sebulan tu, adelah 2-3 kali je pakai baju kurung.

Almari ni ada 2 laci, simpan barang-barang comel, stoking, singlet, ngan anak tudung.. hehe.

Ekceli aku bukan jenis yang rajin sangat pon. Tapi aku tak suka tengok benda bersepah, sakit mata aku tau. Walaupun aku sendiri yang sepahkan, aku tetap akan pastikan benda tu duduk elok-elok "sikit" supaya tak de lah sangat menyakitkan mata aku ni.

Kekadang, ade je yang tak sempat kemas, biase la kan....balik keje la pulak baru terhegeh2 nak kemas. 
Aku cuba jugak la..cuba tuk disiplinkan diri..Cari masa untuk kemas ape yang patut..


Ni pulak almari Mat cah..Dia banyak pakaian, sebab dia suka shopping. [terbalik?]. =]
Kat bahagian bawah tu aku simpan semua jenis tuala, cadar, ngan kain telekung.


Yang cute-mute ni almari Izz Zahraa. Almari boboi boy. Aku nak beli almari comel2 [hello kitty ke...miney mouse ke..frozen ke]..tapi matcah tak kasi..dia cakap senang nanti nak kongsi-kongsi ngan adik2 Zahraa, apekah? ehmmm..stress aku, tak blh nak fefeling anak perempuan sangat huhu..Padahal almari je pun, tak kan nak kongsi2..esok2 kena beli lain jugak tuk adik2 zahraa..[ecececeeh...xnak kalah weii,,] hihi..tapi, aku layankan je, tak kisah pun sebenarnye..plus..malas gadoh..lagipun dia yang bayarkan...mihmihmih..

PAkaian Izz Zahraa pun same, baju seluar dia yang dah tak muat tu, aku dah asing-asingkan n dah simpan dalam bag lain.

Bila dah kemas, sejuk mata memandang. Nak cari pakaian pun senang..Tak de lah sakit hati bila cari baju seluar tak jumpa.. =]


p/s : Jangan meluat pulak..tapi aku tak nafikan ..mesti ade je nanti stalker aku yang cakap..[elehhhh ni pun nak cerita ke kat orang ke?]

Tapi...



 -ade aku kisah? blog aku, suke ati aku la kan,.... =D



2 comments:

Chekgu Azrine said...

Yg penting kemas..
Share benda2 camni bagus act..
Pembakar semangat org lain utk kemas mcm sis jugakkan..ahkak la tuh..hahaha

Ummu Athiyah Ismail said...

nampak kemas je baju2 tu duk dlm almari..mesti rajin mengemas kann

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts