Saturday, 11 October 2014

DIY Stiker/label produk saya

Assalamualaikum dan hai!


Alhamdulillah, Congo bars 27pieces ni Dah selamat jadi milik po daydee cool (nama glemer sahaja)...harap2 kena lah dengan selera PO sekeluarga ye. 
Terima kasih, saya jual. 😀 korang bila nak try congo bars saya ni? Jangan lupa wassap saya kalau nak order ye (014-8188973) ☺️😊

Sticker produk tu saya design sendiri; DIY (do it yourself) - inspired by google je. Thanks google. Buat permulaan ni rasa macam tak berbaloi buat saya untuk nak tempah sticker/label produk yang gempak2 sangat. Nanti kalau bissness dah maju, inshaallah boleh la tempah sticker yang lawa2.


Ceritanya malam tadi, ingat nak jual macam tu je(bekas sebekas2nya-takde sticker). Pastu tetiba datangnya idea nak design sendiri stiker/label produk yang simple2. Lagipun printer hubby memang ada, photopaper pun masih banyak dalam bilik study my sayang tu. Siap design terus print out. Alhamdulillah ok lah mata memandang, nak cakap lawa tu jauh panggang dari api la jawab nye ngeh3.

Tapi bagi saya ok lah kan? Tak ada lah nampak kosong sangat bekas tu. Oh ye yang doylies tu saya beli kat kedai barang2 kek dekat je dengan ofis saya, iaitu Bake With me, harga : RM6.00 untuk size 5.5" 250 pages.(saya tak tahu harga ni mahal ker murah, main beli je)


Saje je beli kertas doylies ni sebab nak lapik kat bawah bekas tu biar nampak menarik sikit. Hehe. Semua nak cantik!


Posing dengan oatchoco chocolate flavour, sedap jugak oat tu. Kawan saya yang bagi kat saya. Sedap ok! 





2 comments:

azizah :) said...

semoga bisness emi berjaya.. nnt ada rezeki jijah order pula..hee

Eca Dwinky Asha said...

woww...bookmark entry ne,nnti eca boleh order :)

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts