Tuesday, 28 October 2014

BERUS GIGI PERTAMA NUR SAFIYYA IZZ ZAHRAA

Assalamualaikum & hai...

Gigi pertama Izz Zahraa mulai tumbuh pada usia dia 7 Bulan. Masa baru² gigi dia nak tumbuh tu aku tak perasan pun, orang pertama yang perasan adelah pengasuh zahraa, Umie Yah. Lepas dia nampak something wrong dekat gusi Zahraa [masa tu dia ingatkan gusi Zahraa luka]..Then dia bagitau Abah Zahraa [husband Umie]..Lepas tu baru dia bagitau aku. Patutlah dua tiga hari sebelum tu aku rase cam dia kerap menggigit, nak tumbuh gigi rupenye..

Gambar 1st gigi xde dalam telefon, ade dalam lappy..hhuhuuu..
                                                        yang ni je..dah nak masuk 7 batang



Lepas tu gigi dia keluar 2 batang sekaligus, gigi bawah je dulu..Masuk 8 bulan, tumbuh pula 1 batang gigi ke-3 bahagian atas, tapi tak lama kemudian tumbuh gigi ke-4. Bila masuk 9 bulan tumbuh lagi gigi ke-5 dan 6 secara berjemaah gitu..Selang tak lama jugak la..cepat pulak gigi anak aku ni tumbuh, yang risaunye mak pak nye lah, kang cepat tumbuh, cepat pulak rosaknye..huhu,mintak jauh..

Sepanjang Izz Zahraa ade 6 batang gigi, iasenye aku cuci gigi dia dengan kain tuala lembut je. tu pun susah nak beri kerjasama. Dia tak suka orang usik gigi dia. Nak belek tengok gigi pun dia marah.  

Masuk bulan ke 11 ni, baru2 ni tumbuh lagi sebatang gigi dia kat bahagian bawah. Jumlah gigi Zahraa dah masuk 7 batang. 4 batang atas, dan 3 batang bawah. Gigi ke-7 tu kat bahagian kanan belah bawah. Semalam aku tengok, sebelah kiri pulak dah macam ade tanda nak tumbuh lagi satu. Adui, cepat je rasa huhu.

Hari jumaat aritu aku ade beli set ubat gigi dan berus gigi Kodomo Lion, terjumpa kat pasaraya Giant masa tengah window shopping time lunch. Terus beli. RM3.89 satu set untuk 6m-2yrs.

comel je terus grab kaler pink =]

bahagian belakang

Muka eksaited dapat benda baru

lepas ibu bukak terus nak gigit

Zahraa test je ibu..

ehh macam best pulak,..
Lucu pulak nengoknye rambut Zahraa, mase ni dia tengah berpeluh² wat penat merangkak.., melekat je rambut tu..sebelum tu aku dah sikat kat tepi [versi budak nerd]...hehe..
Kotor tu cayang...ibu kene steril dulu, buang kuman² dulu baru awak boleh pakai..hehe..keesokan harinye bila aku nak berus gigi dia mana dia nak kasi, kene dia amik gosok n main² sendiri baru ok..hee....

p/s : semoga zahraa rajin gosok gigi n jaga gigi baik².. =]

Ini gigi Izz Zahraa ye IBu.... 





2 comments:

InaYusoff said...

cepatnyee zahraa tumbuh gigi...

dia tak demam ke?..
risau gak kalau safiyya demam time giginye nak tumbuh...

safiyya kawan awak same name tu, belum tumbuh gigi lagi nur safiyya izz zahraa...

ziezah.com said...

ehh sama pula entry kita hari ni..hehe cepat juga zahra tumbuh gg yer.. hakimi 10bulan baru tumbuh skrg pon sama gan zahra ada 7batang..

tu la baru nak belikan hakimi berus gigi ni..nk gosok. sebelum ni lap gan tuala basah je

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016