Wednesday, 15 October 2014

Beruntunglah kamu, surirumah

Surirumah, yang satu ketika dahulu ada sesetengah pihak menganggap surirumah ni tak ada apa-apa kelebihan. Ape tanggapan diorang?
 
Tak bagus : sebab ko tak kerja. 
Tak bagus : sebab ko mengharapkan duit laki ko semata-mata. 
Tak bagus : sebab kesian laki ko kene keje sorang2 nak sara anak bini.

Pernah orang cakap dengan aku, nak berkawan pun sampaikan ada yang memilih : maksudnya ko hanya nak berkawan dengan orang2 yang bekerja sahaja. 

Ko pikir? Orang tak kerja ni tak lawa, tak gojes macam ko yang keje.? Kirenye ko ni lawa sangat laa sampaikan kawan pun kena pilih paras rupa? Ko ingat ko ni diva? [banyak cantik muke ko]

Alahai kuno nye pemikiran ko kan..
 Abaikan tanggapan orang, yang sentiasa  berfikiran negatif tu.

Kalaulah aku..aku bangga jika aku dapat jadi seorang surirumah..

-->Aku bangga aku tak payah hantar anak kat rumah pengasuh : aku boleh 24 jam duduk dengan anak aku(suami x blh la sbb dia g keje kan)

-->Aku bangga aku boleh sediakan makanan dekat family aku dengan air tangan aku sendiri (wpun tak bape pandai masak,at least kita belajar) : tak payah makan kat luar or beli bungkus..

-->aku punyai lebih baaanyak masa, nak uruskan anak, nak uruskan pakaian suami, uruskan rumah, nak main2 dengan anak,...

Tapi tu hanya angan2 aku je..

Quality time tu hanya akan muncul bila aku off duty, hari cuti umum, tak pun time aku sesaje ambil cuti rehat..

Seronok sangat2..bila Tak payah nak risau sangat tentang keselamatan anak kita..bila kita sendiri jaga dia..bukan aku tak yakin dengan orang lain jaga anak sendiri, tapi tahap kerisauan tu la yang sentiasa ada..maklumlah budak tengah nak belajar.. Semuanya nak di explore, dan of kos tu yang bahaya sentiasa ada kat mana2.

Tapi tu semua dah ditentukan olehNya, dah tertulis tu bukan rezeki aku untuk jadi seorang surirumah sepenuh masa. Aku ngaku, aku amat jeles dengan korang yang jadi surirumah. Jeles yang amat. 

Tapi apekan daya, tanpa pekerjaan aku sekarang, aku takkan berjumpa dengan abi zahraa, dan tak mungkin akan ada anak secomel Nur Safiyya Izz Zahraa. Alhamdulillah, allah swt dah aturkan yang terrbaikk buat aku. 

So korang yang jadi surirumah, sila berbangga dengan diri anda. Saya amat jeles. Huhuhu. Sekian.


-via telepon 

-feeling nok bereti kijo...huhuhu


4 comments:

Syima Kamal said...

sy ada persepsi tak bagus pada surirumahtangga sebab 70% yang saya kenal adalah mereka yang tidak terbuka minda dan bangga menghabiskan duit laki. sebab nila setitik rosak susu sebelanga...

pya pysha said...

saya surirumah xdelah bangga sgt just bersyukur di beri peluang itu :)tp skrang tgh blajar berbisnes dr rumah tlg suami ckt2

azizah :) said...

kalau la laki jijah kaya.. dah lama benti keje jadi suri rumah.. besarkan anak2.. tp hutang pon banyak camner la nak benti keje.. hohoho

Puteri Wanita said...

abaikan kata-kata orang. saya sekolah di mrsm, belajar di uni petronas, tapi memilih untuk jadi surirumah demi menjaga anak-anak. ada yang mengata saya bodoh, belajar pandai-pandai tapi jadi suri rumah :) abaikan

bukan semua surirumah harapkan duit suami. saya sendiri kumpul duit sebelum berhenti kerja dan buat perniagaan dirumah. ada income walaupun tak banyak, yang penting dapat jaga anak sendiri dan tidak meminta-minta duit suami.

bukan senang jadi surirumah. bila dah jadi surirumah ni baru tau betapa penatnya jadi surirumah. kekadang terniat juga nak kerja semula dan ambil maid. tapi bila ada rasa tak percaya pada maid, terus padamkan niat nak kerja tu ;)

ok apa jadi surirumah :)

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016