Friday, 31 October 2014

BANNER GOOGLE YANG OHSEMMM


Bila tekan butang "play" dia jadi bergerak2..
cam kat bawah nie..





Kena kejar hantu...hehe



pastu hantu pulak kena kejar ngan anjing,,,apekah?? hehe..




Thursday, 30 October 2014

SUSUN ATUR PAKAIAN

Gambar ni sebenarnya agak personal, tapi dah ku tapis siap-siap. 
[maaf, tak de niat nak menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi semata-mata...tak seberapa je pun]

Aku dok kuarters kerajaan, cuma kawasan tempat aku tinggal ni kerajaan sewa di kawasan awam. Duduk di kejiranan awam. Jiran sebelah-menyebelah adelah dari  kalangan orang awam. Bila dah sebut kuarters kerajaan, perabot pun dibekalkan..So sedikit jimat kat situ, [alhamdulillah] tak payah nak beli-beli lagi [tapi ade jugak yang dah terrrbeli..]

Tapi, ada tapi nya.
Bergantung pada rezeki masing-masing. Kalau dapat rumah yang elok, elok lah. Begitu jugak yang sebaliknya. [alhamdulillah] aku dapat rumah tingkat 1 je. Sebelum ni dah pernah duduk kat rumah tingkat 3, penat sikit lah..kena naik tangga coz tak de lift. Sengsara time diri tak berapa sihat.

Ni lah almari pakaian aku. Bersyukur seadanya. Gambar ni aku amik lepas kemas elok-elok. Tak kan nak tunjuk gambar tengah bersepah. Kah kah kah. Biasanya seminggu sekali aku kemas wardrobe kami bertiga. [satu sorang ok]. Nak kemas cantik2 macam ni hari-hari...memang tak lah..huhu..biase aku cuba tuk jangan nampak bersepah..kemas sikit2 ...gitu...bukannye nakk je biarkan lemari ni berterabur..bukan tunggu betul2 seminguu baru nak kemas...[kang penat pulak hari cuti aku tu duduk mengemas almari je..bila nak keluar jalan2? kihkihkih]
 
Pakaian aku tak banyak pun, yang aku layout kat sini hanyalah pakaian yang aku selalu pakai. yang aku tak suka pakai aku letak dalam bagasi besar. Pakaian uniform aku ngan mat cah semuanya aku simpan dalam bilik tetamu, ada almari 1 biji kat dalam tu. Baju kurung aku sikit je...sebab aku g keje kan pakai uniform, hari jumaat je lah kena pakai baju kurung, tu pun kadang2 pakai baju kemeja, xpun skirt, jubah..kalau duty, kena pakai uniform..Dalam sebulan tu, adelah 2-3 kali je pakai baju kurung.

Almari ni ada 2 laci, simpan barang-barang comel, stoking, singlet, ngan anak tudung.. hehe.

Ekceli aku bukan jenis yang rajin sangat pon. Tapi aku tak suka tengok benda bersepah, sakit mata aku tau. Walaupun aku sendiri yang sepahkan, aku tetap akan pastikan benda tu duduk elok-elok "sikit" supaya tak de lah sangat menyakitkan mata aku ni.

Kekadang, ade je yang tak sempat kemas, biase la kan....balik keje la pulak baru terhegeh2 nak kemas. 
Aku cuba jugak la..cuba tuk disiplinkan diri..Cari masa untuk kemas ape yang patut..


Ni pulak almari Mat cah..Dia banyak pakaian, sebab dia suka shopping. [terbalik?]. =]
Kat bahagian bawah tu aku simpan semua jenis tuala, cadar, ngan kain telekung.


Yang cute-mute ni almari Izz Zahraa. Almari boboi boy. Aku nak beli almari comel2 [hello kitty ke...miney mouse ke..frozen ke]..tapi matcah tak kasi..dia cakap senang nanti nak kongsi-kongsi ngan adik2 Zahraa, apekah? ehmmm..stress aku, tak blh nak fefeling anak perempuan sangat huhu..Padahal almari je pun, tak kan nak kongsi2..esok2 kena beli lain jugak tuk adik2 zahraa..[ecececeeh...xnak kalah weii,,] hihi..tapi, aku layankan je, tak kisah pun sebenarnye..plus..malas gadoh..lagipun dia yang bayarkan...mihmihmih..

PAkaian Izz Zahraa pun same, baju seluar dia yang dah tak muat tu, aku dah asing-asingkan n dah simpan dalam bag lain.

Bila dah kemas, sejuk mata memandang. Nak cari pakaian pun senang..Tak de lah sakit hati bila cari baju seluar tak jumpa.. =]


p/s : Jangan meluat pulak..tapi aku tak nafikan ..mesti ade je nanti stalker aku yang cakap..[elehhhh ni pun nak cerita ke kat orang ke?]

Tapi...



 -ade aku kisah? blog aku, suke ati aku la kan,.... =D



Tuesday, 28 October 2014

BIHUN SUP TULANG RUSA @ PAYAU

Assalamualaikum & hai,

Selamat malam. Sekadar berkongsi santapan hari ini. Bihun sup tulang rusa @ dalam loghat sabahan dipanggil PAYAU. Bukan "payau" air  tu ye. =]
-dengan tulang2 sekali aku letak dalam pinggan, Nak sedut lemak2 kat dalam tu hihihi-

*tulang rusa, saya beli dengan harga rM10.00 sekilo dengan seorang kenalan.

Saya masak sup. Kebetulan ada bihun, terus terlintas untuk buat bihun celup @ bihun sup. Tapi saya sediakan ala2 nasi air kelate, iaitu ada telur rebus, set nasi air (serbuk lada siam, bawang putih goreng tumbuk, dan ikan bilis). Tapi saya sertakan sekali sambal kicap, pemberian rakan saya baru2 ni. Sedap & pedas!

Alhamdulillah syukur nikmat yang Kau berikan.


BERUS GIGI PERTAMA NUR SAFIYYA IZZ ZAHRAA

Assalamualaikum & hai...

Gigi pertama Izz Zahraa mulai tumbuh pada usia dia 7 Bulan. Masa baru² gigi dia nak tumbuh tu aku tak perasan pun, orang pertama yang perasan adelah pengasuh zahraa, Umie Yah. Lepas dia nampak something wrong dekat gusi Zahraa [masa tu dia ingatkan gusi Zahraa luka]..Then dia bagitau Abah Zahraa [husband Umie]..Lepas tu baru dia bagitau aku. Patutlah dua tiga hari sebelum tu aku rase cam dia kerap menggigit, nak tumbuh gigi rupenye..

Gambar 1st gigi xde dalam telefon, ade dalam lappy..hhuhuuu..
                                                        yang ni je..dah nak masuk 7 batang



Lepas tu gigi dia keluar 2 batang sekaligus, gigi bawah je dulu..Masuk 8 bulan, tumbuh pula 1 batang gigi ke-3 bahagian atas, tapi tak lama kemudian tumbuh gigi ke-4. Bila masuk 9 bulan tumbuh lagi gigi ke-5 dan 6 secara berjemaah gitu..Selang tak lama jugak la..cepat pulak gigi anak aku ni tumbuh, yang risaunye mak pak nye lah, kang cepat tumbuh, cepat pulak rosaknye..huhu,mintak jauh..

Sepanjang Izz Zahraa ade 6 batang gigi, iasenye aku cuci gigi dia dengan kain tuala lembut je. tu pun susah nak beri kerjasama. Dia tak suka orang usik gigi dia. Nak belek tengok gigi pun dia marah.  

Masuk bulan ke 11 ni, baru2 ni tumbuh lagi sebatang gigi dia kat bahagian bawah. Jumlah gigi Zahraa dah masuk 7 batang. 4 batang atas, dan 3 batang bawah. Gigi ke-7 tu kat bahagian kanan belah bawah. Semalam aku tengok, sebelah kiri pulak dah macam ade tanda nak tumbuh lagi satu. Adui, cepat je rasa huhu.

Hari jumaat aritu aku ade beli set ubat gigi dan berus gigi Kodomo Lion, terjumpa kat pasaraya Giant masa tengah window shopping time lunch. Terus beli. RM3.89 satu set untuk 6m-2yrs.

comel je terus grab kaler pink =]

bahagian belakang

Muka eksaited dapat benda baru

lepas ibu bukak terus nak gigit

Zahraa test je ibu..

ehh macam best pulak,..
Lucu pulak nengoknye rambut Zahraa, mase ni dia tengah berpeluh² wat penat merangkak.., melekat je rambut tu..sebelum tu aku dah sikat kat tepi [versi budak nerd]...hehe..
Kotor tu cayang...ibu kene steril dulu, buang kuman² dulu baru awak boleh pakai..hehe..keesokan harinye bila aku nak berus gigi dia mana dia nak kasi, kene dia amik gosok n main² sendiri baru ok..hee....

p/s : semoga zahraa rajin gosok gigi n jaga gigi baik².. =]

Ini gigi Izz Zahraa ye IBu.... 





Monday, 27 October 2014

RESTORAN D"BULAN, TAMAN PUTRAJAYA TELIPOK

Assalamualaikum & hai...

Ape khabar korang? hope sentiasa sihat walafiat disamping keluarga tersayang. Alhamdulillah kesihatan aku dan Izz Zahraa makin baik. Pagi tadi dia dah tak batuk² lagi dah. So cancel dulu plan nak bawak dia pegi klinik pagi ni, tapi nak jugak kena pantau hari ni, if tak ok baru nak bawak pegi cek. Bukan ape, selagi dia tak demam, or tak de tanda² yang merunsingkan sangat, aku tak nak bawak dia pegi klinik disebabkan pengalaman sebelum² ni. =]

Just nak share hari sabtu [mareng dulu-baca dengan loghat kelate] mat cah ajak breakfast kat luar, breakfast lah sangat,? lepas solat zohor baru kiteorang keluar. kah kah kah. Tu dah namenye BRUNCH [breakfast + Lunch]. Restoran pilihan adelah D'Bulan, Tmn Putrajaya Telipok. Memandangkan tu je kedai makan yang menarik hati matcah, aku layankan aje. Sebelum ni aku pernah makan nasi kerabu ngan nasi dagang kat kedai tu tapi tekak aku ni kureng berkenan sangat. Tapi menu nasi berlauk dia sedap, aku blh bagi 4 bintang kat restoran D'Bulan. Yang ni aku biasa makan sebab matcah selalu tapau kat aku. Kire ok lahh, dari tak de kann..hihi

Tapi sorry aku lupe snap gambar nasi belauk aku tu...huhu..dah siap makan baru teringat nak amik gambar..


ni antara menu² D'Bulan:-Credit to : Facebook D'Bulan Restoran 

Nasi kerabu

char kuey Teow

Nasi arab

Kuey tiow celup

Hari tu Izz Zahraa masih selesema, tapi terpaksa jugak bawak keluar sebab lepas makan tu kiteorang dah plan nak shopping barang sikit. Pampers, susu dan jugak barang dapur.

 Stoking baru je bukak. masa ni dia dah berpeluh²..nampak cam rimas je..Sibuk nak main...



Muncung mulut²

n last....








Friday, 24 October 2014

Video Klip Lucah Ustaz Azhar Idrus - FITNAH-

pic keredit to : http://www.erieadnpictures.com/
Assalamualaikum dan hai,

Salam Jumaat...penghulu segala hari..
Semalam, aku terkejut bila bukak fB, tersebarnya cerita mengenai Video Klip Lucah Ustaz Azhar Idrus (UAI). Aku sendiri dah tengok video klip tu. Masyaallah. Sampai macam tu sekali orang buat untuk jatuhkan beliau. Fitnah. Terang-terang video tu di edit. Jahat betul orang buat macam tu.

Moga2 UAI kekal tabah hadapi ujian dariNya. Aku yakin, beliau tidak akan gentar walau sedikit pun. First time jumpa UAI masa aku, Mat shah & Izz Zahraa jalan2 dekat KB Mall. Orangnya sangat2 humble, mesra dan sejuk je mata memandang. Sebelum sempat matshah hulurkan tangan untuk bersalam, dia yang hulurkan dulu. Dek kerana terkejut dan terpegun, sampaikan terlupa untuk mintak bergambar.[rugi sangat2]

Sekadar INFO....
Ustaz Azhar Idrus memiliki followers / Pengikut di Facebook seramai : 1,479,738 orang..



p/s : Semoga Allah swt memberi hidayah kepada kita semua agar sentiasa jauh sikap fitnah-memfitnah,dan sentiasa dilindungi olehNya...kita bukanlah insan yang sempurna, sentiasa tak boleh lari dari segala godaan shaitonnnn...Namun kita harus sentiasa berdoa, agar sentiasa mendapat hidayah dan juga perlindungan dariNya..insyaallah





Wednesday, 22 October 2014

SELESEMA DAN PREGNANT?

Assalamualaikum & hai!

22 Oktober 2014, happy deepavali!!!

Selesema datang lagi. Last aku demam, pakej batuk dan selesema adelah mase bulan 6. Bersaing saing dengan demam izz zahraa (demam masuk 7 bulan). 

Start hari jumaat lagi, pedih2 je dalam tekak ni. Pastu bersin n batuk mula lah datangnye. Sekarang bersin dan hidung dah kurang berair, cuma yang tinggal suara yang masih belum ok. Berdengung je bila bercakap. Telinga aku masih pekak sebelah. Cam jauh2 je bunyi nye.

Yang kesian iZz zahraa la, sekarang dok batuk2, bunyi cam berkahak.pastuh hingus start meleleh. Aduhai, kesian berjangkit dengan ibu.

Nasib baik dia tak merengek. Makin membuas aktif ade lah. Budak baru nak bertatih, sikit2 ade je dapat sakit. Sikit2 jatuh, cium lantai, cium kerusi, kalau mata tak hinggap duo puloh pat jee meme sie lah ke dio. Huhuhu.

-Dah start nak repair kipas.-

Mood membaking dah menurun dengan jayanya bila aku kene selesema ni. Nak buat kek or congo bars pun dah tak larat. Masak nasi pun coz terpaksa masak je, tu yg kadang2 tapau je. Tapi tekak kiteorang ni,selera kelate 100%. Kalau tapau bukannye puas hati dengan masakan orang. Setakat nak buat alas perut tu boleh la. Baik la aku masak(oklah, walaupun bukan dikategorikan terror memasak!)

Bila kena flu secara tetiba ni,mulalah kepala hotak ni dok terpikir, "am i pregnant?!" Mihmihmih..

Fyi, aku belum cek...(malas beli UPt kit or malas g klinik)
Fyi, aku TAK DATANG PERIOD LAGI AFTER DELIVER IZZ ZAHRAA.(aku masih Breastfeeding)
Fyi, aku TAK AMIK MANA2 PERANCANG KELUARGA.(aku amik majun cap tiga kunci emas sahaja-KALAU NAK ORDER SILA WHATSAPP AKU LAJU2 okeehhh.. 0148188973)

Ok jawapan aku dah clear, kot2 lah ada sesapee nak jadi nujum pak belalang..silalah buat spekulasi cepat2 ye..(ko bajet ko retissss??) kihkihkih...



Wednesday, 15 October 2014

CONGO BARS FOR SALE

-STICKY POST ENTRY-

OPEN FOR ORDERS [[ SEDAP...CONFIRM TAK MENYESAL]

CONGO BARS by HAMELIA HAMID
TO ORDER : ---> PM / WHATSAPP / WECHAT : 0148188973 

AREA : KOTA KINABALU / BANDAR SIERRA / TELIPOK / TMN PUTRAJAYA / INDAH PERMAI / SEPANGGAR / KOLOMBONG







































Beruntunglah kamu, surirumah

Surirumah, yang satu ketika dahulu ada sesetengah pihak menganggap surirumah ni tak ada apa-apa kelebihan. Ape tanggapan diorang?
 
Tak bagus : sebab ko tak kerja. 
Tak bagus : sebab ko mengharapkan duit laki ko semata-mata. 
Tak bagus : sebab kesian laki ko kene keje sorang2 nak sara anak bini.

Pernah orang cakap dengan aku, nak berkawan pun sampaikan ada yang memilih : maksudnya ko hanya nak berkawan dengan orang2 yang bekerja sahaja. 

Ko pikir? Orang tak kerja ni tak lawa, tak gojes macam ko yang keje.? Kirenye ko ni lawa sangat laa sampaikan kawan pun kena pilih paras rupa? Ko ingat ko ni diva? [banyak cantik muke ko]

Alahai kuno nye pemikiran ko kan..
 Abaikan tanggapan orang, yang sentiasa  berfikiran negatif tu.

Kalaulah aku..aku bangga jika aku dapat jadi seorang surirumah..

-->Aku bangga aku tak payah hantar anak kat rumah pengasuh : aku boleh 24 jam duduk dengan anak aku(suami x blh la sbb dia g keje kan)

-->Aku bangga aku boleh sediakan makanan dekat family aku dengan air tangan aku sendiri (wpun tak bape pandai masak,at least kita belajar) : tak payah makan kat luar or beli bungkus..

-->aku punyai lebih baaanyak masa, nak uruskan anak, nak uruskan pakaian suami, uruskan rumah, nak main2 dengan anak,...

Tapi tu hanya angan2 aku je..

Quality time tu hanya akan muncul bila aku off duty, hari cuti umum, tak pun time aku sesaje ambil cuti rehat..

Seronok sangat2..bila Tak payah nak risau sangat tentang keselamatan anak kita..bila kita sendiri jaga dia..bukan aku tak yakin dengan orang lain jaga anak sendiri, tapi tahap kerisauan tu la yang sentiasa ada..maklumlah budak tengah nak belajar.. Semuanya nak di explore, dan of kos tu yang bahaya sentiasa ada kat mana2.

Tapi tu semua dah ditentukan olehNya, dah tertulis tu bukan rezeki aku untuk jadi seorang surirumah sepenuh masa. Aku ngaku, aku amat jeles dengan korang yang jadi surirumah. Jeles yang amat. 

Tapi apekan daya, tanpa pekerjaan aku sekarang, aku takkan berjumpa dengan abi zahraa, dan tak mungkin akan ada anak secomel Nur Safiyya Izz Zahraa. Alhamdulillah, allah swt dah aturkan yang terrbaikk buat aku. 

So korang yang jadi surirumah, sila berbangga dengan diri anda. Saya amat jeles. Huhuhu. Sekian.


-via telepon 

-feeling nok bereti kijo...huhuhu


Tuesday, 14 October 2014

Mood Bercuti


Assalamualaikum dan hai,

Saya bercuti (14 oktober - 18 oktober 2014)
Saya cuti sempena saje2...[boleh pulak macam tu?]
Yup..memang sesaje je nak cuti..
Nak berehat kat rumah..nak habiskan masa dengan anak..
Nak fefeling saya ni surirumah..
Sekali sekala...Bukan selalu pun dapat berangan cam ni kan..

Sebenarnya..
Saya cuti sebab saya nak jaga anak saya..[alasan]
Pengasuh Zahraa (Umie Yah) sambung cuti lagi seminggu (minggu ni)..
Sebenarnye..boleh je mintak tolong Umie Sue (pengasuh sementara Zahraa baru2 ni)..
Tapi dah alang2 aku ade lagi off day yang saya  belum ambil..tu yang saya sambung je terus cuti ni..
Memang saya nak rehat kat umah je pon..tak ppegi mane2...Nak release tension...err...tak de tension pun..
Nak tengok TV...nak bawak zahraa pegi berenang,,,nak jogging...errrrkkkk??

Angan2...ntah2 saya tido je kat umah..malam2 jadi musang..tak boleh tido...

OK lah...kepada yang bekerja..selamat bekerja..saya ada misi yang hendak dilancarkan..[ewahh]

:P




Monday, 13 October 2014

Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM


Wish me best of luck!

Jom Join.. :)

2nd CAR : PROTON IRIZ KE?



Boleh tahan jugak, keyless..Kebanyakan kereta moden dah ada sistem kunci yang canggih. Jom kita check Proton Iriz punya spec. Macam best je kan? :D

Sunday, 12 October 2014

14 CPUV ONGOING, ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum dan hai,

Terima kasih NUFFNANG kerana sudi memberi BE lagi buat saya. Syukur, ni yang makin bersemangat nak update blog ni. hehe.

macam mimpi pun ade!
Tapi,....[ada tapinye] saya masih blurr macamana nak buat entry berkaitan dengan iklan2 tu semua ye? Ada ke sape2 sudi ajar saya? huhu.. Sedih..Puas google da tips2 tapi tak de pulak jumpa. Kalau ade sape2 yang sudi share cara2 nak buat entry berkaitan iklan nuffnang ni bolehlah tinggalkan link, nanti saya follow blog korang balik dan baca entry tu. Thanks korang!

SELAMAT PENGANTIN BARU ERIN MALEK DAN FARRIZ FAUZY

Assalamualaikum dan hai..

Jalan² dekat IG ternampak ada orang post gambar pelakon drama misiku kuza, erin malek. Rupanya dia baru melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Farriz Fauzy. Sama cantik dan sama padan. Tahniah saya ucapkan, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. 


Gambar kredit kepada : Instagram erinmalekofficial 

Sesuai sangat, sama cantik sama padan.

Fasha Sanda, Jejai dan baby-bump. Tahniah Fasha jugak! Very gojezz

Sekali tengok husband erin ni macam muka pelakon indonesia tu, Randy Pangalila. Hensem!

Bapak besar kek! :)


Saturday, 11 October 2014

DIY Stiker/label produk saya

Assalamualaikum dan hai!


Alhamdulillah, Congo bars 27pieces ni Dah selamat jadi milik po daydee cool (nama glemer sahaja)...harap2 kena lah dengan selera PO sekeluarga ye. 
Terima kasih, saya jual. 😀 korang bila nak try congo bars saya ni? Jangan lupa wassap saya kalau nak order ye (014-8188973) ☺️😊

Sticker produk tu saya design sendiri; DIY (do it yourself) - inspired by google je. Thanks google. Buat permulaan ni rasa macam tak berbaloi buat saya untuk nak tempah sticker/label produk yang gempak2 sangat. Nanti kalau bissness dah maju, inshaallah boleh la tempah sticker yang lawa2.


Ceritanya malam tadi, ingat nak jual macam tu je(bekas sebekas2nya-takde sticker). Pastu tetiba datangnya idea nak design sendiri stiker/label produk yang simple2. Lagipun printer hubby memang ada, photopaper pun masih banyak dalam bilik study my sayang tu. Siap design terus print out. Alhamdulillah ok lah mata memandang, nak cakap lawa tu jauh panggang dari api la jawab nye ngeh3.

Tapi bagi saya ok lah kan? Tak ada lah nampak kosong sangat bekas tu. Oh ye yang doylies tu saya beli kat kedai barang2 kek dekat je dengan ofis saya, iaitu Bake With me, harga : RM6.00 untuk size 5.5" 250 pages.(saya tak tahu harga ni mahal ker murah, main beli je)


Saje je beli kertas doylies ni sebab nak lapik kat bawah bekas tu biar nampak menarik sikit. Hehe. Semua nak cantik!


Posing dengan oatchoco chocolate flavour, sedap jugak oat tu. Kawan saya yang bagi kat saya. Sedap ok! 





Friday, 10 October 2014

BAJET 2015 : AKU TAK PERNAH DAPAT BR1M

Hari ni hari pembentangan Bajet 2015. 
sepanjang aku kerja dengan government aku tak pernah lagi merasa duit BR1M tu.
Tapi aku tetap bersyukur, at least abah aku, abah mertua aku..ngan kakak² aku dapat.
Dapatlah meringankan beban diorang. Walaupun bukan aku dan matshah yang dapat. Dah tumpang happy je yang mampu.

Terima kasih PM. #najibrazak [nak hash tag jugak ko!!!!]


Aku cuba untuk ikhlas, tapi mampu ke aku nak ikhlas...? dengan kos makin meningkat..semua benda mahal..dah la duduk di negeri orang, jauh dengan family. Harap² adalah pemimpin yang boleh faham jiwa masayarakat ni. :(

Terkadang, terasa jugak. Tapi bersyukur dan bertawakkal sajalah kepadaNya. Bila dah berserah keseluruhan padaNya, insyaallah jiwa tenang..n sentiasa rasa cukup dengan rezeki yang sedia ada..

Harap² lah ada berita gembira buat kita semua..
Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016