Tuesday, 16 September 2014

TERUJA DAPAT JUMPA AMY SEARCH!!


Assalamualaikum & hai!!


-Sebelum majlis-

Hari ni berlangsungnya majlis sambutan hari malaysia yang ke-51..peringkat negeri sabah..di kompleks sukan likas.,kota kinabalu sabah..aku turut serta dalam acara kawad statik bagi kontinjen APMM wilayah sabah..dan tanpa disangka2 penyanyi terkenal tanahair kita @ lagenda rock tanah air Amy Search akan buat persembahan sempena sambutan hari malaysia peringkat negeri sabah. 

Aku tak tahu pun yang dia akan datang, tadi sebelum majlis bermula, pengacara majlis cakap ada sorang artis terkenal akan buat persembahan..tak pulak di mention siapakah gerangannya. Tak lama lepas tu Amy Search datang. Wah teruja lah aku!! Amy search ok!! Hihi..

Dalam hati aku duk cakap2 nanti aku nak ambik gambar die. masa tu aku duk depan sekali dalam baris tu kena pegang bendera Negeri Sabah. Aku ni Siap save lagi bateri telefon kot2 kang time nak ambik gambar Bateri wat hal pulak,.hehe..nasib baik full lagi time majlis dah nak habis ..Amy search nyanyi lagu Isabella..meriah giler..satu dewan ikut menyanyi..pastu aku tengok semua orang (peserta2 kawad statik mcm aku jugak) pergi kerumun dia. amy nyanyi sambil2 jalan pergi kat fans dia. Pastu time die datang dekat kitorang..budak2 laki pakat hurung dia rapat2..semua sinuk nak selfie jugak..huhu..aku nak gambar pun tak boleh..susah n sesak,.sedikit frust kat situ..

Dekat dia dah nak habis nyanyi..member aku ajak pegi dekat sikit dengan amy yang tengah melayan peminat..dengan muka tak malu kami cakap dengan bodyguard dia yang kami nak bergambar..hehe..syukur budak2 tu tolong...mana tak nye...kalau tak mintak tolong camtu memang jawab dia terpaksa kena berhempas pulas dengan raaamaaii sgt fans amy yg kategori lelaki dan badan2 tu smua besar2 huhu..lepas abang bodyguard panggil amy suh bergmbar ngan aku ..hehehe...tq2..pastu kami keluar..lega hati..walaupun dapat selfie 3 keping gambar pun dah bersyukur sgt2..hehe..mb sbb pakai uniform tu yg diorang layan huhu..



Ekceli aku tak tau sape tah baju biru belakang tu...menyempat jugak dia ikut selfie sekali huhuhu 




Hehehe happy giler dapat jugak ber selfie dengan artis terkenal...kalau kawan aku x ajak aku tu..confirm lah aku takkan dapat bergambar hehe..maklumlah aku kan pemalu hihihi..btw thanks mira coz ajak aku hehehe...

Dan ni last skali..kami buat tak malu pegi dekat amy yang tengah makan..huahuahua..macam tak caye betul ke ape yang kitorang buat ni..amy search rilex n cool je melayan fans dia (masa tu ramai jugak geng2 AJK tengah bergambar ngan dia..dahla amy search duduk semeja dengan pegawai kanan army..juga selaku ketua GI, tapi nasib baik dia sporting jugak siap sengeh2 lagi kat kitorang hehe...



Alhamdulillah..Rezeki hari ni dapat bergambar dengan artis terkenal, walaupun kaki dah melecet coz pakai kasut baru pun tak ape lah...(kasut tu memang jenis kecik runcing kat depan).hgehhehehee


1 comment:

azizah :) said...

weeeewiiiitttt!! tiru style amy search...hehe

bestnyaa..meriah kaoo! jijah tak tau pula ada sambutan perbarisan.. lagipon jijah keje pula tadi

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts