Saturday, 27 September 2014

RAWATAN PERGIGIAN DI KLINIK PERGIGIAN LUYANG

Perkara yang paling aku tak suka adalah bila aku ada masalah dengan gigi. Ya allah, sakitnya. Silap aku jugak, tak jaga gigi baik2. Last servis gigi adalah sebelum aku kawen. Masa tu dalam tahun 2010. Gigih aku ulang-alik ke Klinik Pergigian Luyang, Kota Kinabalu. Terpaksa ulang-alik dekat 6-7 kali sebab pada waktu tu tiapkali buat rawatan gigi perlu ambil appoinment dahulu. Setiap kali pergi buat rawatan, then akan diberi lagi tarikh lain pulak sehinggalah habis kesemua rawatan.

Lepas gigi dah elok, aku kawen..[tahun 2011] then nak pergi lagi buat rawatan susulan selepas 6 bulan,..Pernah aku pegi ambil appointment, tapi nurse kat kaunter pendaftaran cakap dah full, sampai ke hujung tahun...kalau ade pun satu tarikh je hujung bulan 12..aduii lame kot?lepas tu aku dah malas nak pegi..Nak buat kat swasta memang tak lah...maunya kena beratus2..

Sepanjang tahun 2011 aku tak de masalah gigi..means tak sakit2 or gigi berlubang..sampai lah tahun 2013, aku dah mula rasa menyesal sebab tak buat rutin rawatan gigi tu...tup2 aku dah pregnant..[alhamdulillah]..Melalui nurse dan doktor, aku dinasihatkan tidak membuat sebarang rawatan pergigian sewaktu mengandung kerana dikhuatiri akan memberi kesan terhadap kandungan dan jugak kesihatan aku. Nak tak nak terpaksalah aku tangguhkan niat untuk membuat rawatan tersebut.

Sehinggalah aku habis pantang bulan 1 2014,, masa tu aku teman adik aku buat rawatan gigi - bahagian akar [projek student pergigian HUSM bagi budak2 sekolah menengah] dekat Hospital USM, Kubang Kerian Kelantan. Tergerak hati aku untuk buat rawatan kat sana. Masa tu Izz Zahraa aku tinggal kat ma aku je..aku pegi HUSM dengan adik aku, Apit.

Lepas daftar [free] dekat 2 jam jugak aku tunggu barulah aku dipanggil masuk. Aku tak kisah pun bab menunggu tu, dah nama pun free kan terpaksalah sabar sikit. Lagipun Izz Zahraa pun ok je duduk ngan ma aku kat umah..Adik aku Apit pulak belum siap lagi buat rawatan akar,.Masuk je dalam bilik pemeriksaan, tekanan darah aku perlu diperiksa dulu..Hal ini bagi mengelakkan berlakunya masalah dengan rawatan yang bakal dilakukan. [orang ada darah tinggi tak boleh buat weiii..,especially kalau yang nak cabut gigi tu la]

LEpas semuanya ok..terus aku diperiksa..doktor cakap gigi aku tak de masalah yang kronik..cuma kena buat scalling (cuci) sahaja. Sahaja ok.. grrr...tunggu punyalah lama..at least bagitau la kena semen ke ape ke kan..sebab aku rase gigi aku ade je yang dah berlubang [masa tu]...
Agak kecewa jugak la (sikit)..Lepas buat scalling, doktor cakap lepas 6 bulan datang lagi. Dah 6 bulan tu cnfirm2 lah aku dah kat KK doktor oii..aku diamkan je. 

Dan kali ni, september 2014..aku memberanikan diri pergi ke Klinik Kesihatan Luyang,,,setelah 2-3 minggu ni aku rasa gigi aku ni dah teruk sangat..kadang2 menyucuk2 pun ade..Kat KK ni Klinik tu je (yang aku tahu) untuk buat rawatan pergigian secara percuma...klinik lain tak tahu pulak aku. 

Aku pegi aritu naik motor, dengan matshah. Sengaja aku ajak dia sebab dia tak kerja aritu. LAgipun senang nak cari parking, kalau pergi dengan kereta memaaang susah sangat2 ..tambah2 sekarang aku tengok dah macam2 divider ngan tiang dah naik kat tepi2 jalan depan klinik tu..Sebelum ni boleh jugak panjat2 divider kalau tak jumpa cari parkir. hihihii..

matshah tengah buat rawatan

Lepas daftar..kiteorang tunggu tak lama jugak lah dalam sejam,matshah buat dulu dari aku, tapi dengan doktor n bilik lain...aku kat bilik lain..nasib baik datang awal pagi lagi..pastu sampai turn aku tu..jumpa doktor perempuan berbangsa india..cantik orangnya..aku cakap dengan dia yang gigi aku ni ade masalah..lepas tu dia cek2,,n betul la gigi aku tu dah tak dapat diselamatkan lagi..Jawabnya terpaksalah aku korbankan dikau wahai gigi..

Sakit jugak kena cucuk ngan jarum bius..Lepas setengah jam baru doktor panggil masuk..dan bye-bye lah kau wahai gigi..Adoooiii sakit jugakkkk...hu3..dah lama tak cabut gigi..sampaikan aku lupa camane sakitnye sakit gigi tu,..Nasib baik matshah ok..boleh la dia bawak motor,,,dia hanye kena buat scalling..coz nanti kena datang lagi untuk 'semen' gigi dia tu,,aku dah agak pening dah mase tu..sebabny? kiteorang tak sempat breakfast pun pagi tu! hua hua hua...sengaja amik risiko tak bfast..doktor dah tanye aku kenapa tak makan? ok ke? aku cakap tak pe..sy ok! wah ko...konon...macamlah kuat sangat kann....huhu..Last2 sampai je rumah..terus fengsann..

Dengan sakitnye kat tempat cabut tu...allah je tahu...

Lepas makan panadol..terus aku tido..dapat MC yeayyy...

MC sehari pun nak kecoh! hehe

Tapi hari ni, dah masuk hari ke-2 gigi aku dicabut..tapi aku ade lagi satu masalah..iaitu gigi sebelah ggi yang kena cabut tu sakit2..aku dapat rase cam sakit2 je bila aku ketuk2 ngan kuku...aduiii.takkanlah nak kena cabut lagi??? seram wehhhh...aku tak nak lagi kena cabut..sayang...huhuhuhuu..umur tak sampai 30 lagi tapi ggi dah kurang 3 batang ok!!!

SayangiLah gigi anda...huk3..

Jawab dia hari Isnin nanti kalau masih tak ok, masih sakit2...terpaksalah kena pegi lagi Klinik Luyang..Sekarang ni aku bertahan pakai panadol dengan ubat sakit gigi yang biasa tu je..

Oh ye..di sini aku sertakan maklumat yang aku dapat dari Nurse kat bahagian pendaftaran :- 

Klinik kesihatan Luyang (Pergigian- Tingkat 1)
Hari : Isnin hingga Khamis
Waktu Pendaftaran : 7.30 pagi hingga 10.00 pagi..

Alamat : Klinik Pergigian, d/a Klinik Kesihatan Luyang, Off Jln. Lintas, 88300 Kota Kinabalu
 Tel : 088-719424 
Faks : 088-715006

Boleh jugak refer kat website KKM 

Ko datang je klinik tu..sekarang dah tak ade sistem2 ambil appoinment,..ko datang je kalau nak buat rawatan, cuma if sekali ko datang, hanya satu jenis rawatan je diorang akan buat dalam sehari..contoh macam kes aku..fist skali dia cabut gigi yang aku betul2 sakit tu..then next [bila aku dah ready untuk rawatn seterrusnya] aku hanya perlu datang je ke klinik tu bawak buku klinik tu..Kes matshah pulak, dia ade dua pilihan..samaada nak cuci dulu or nak semen dulu..tapi dia dah pilih untuk cuci je dulu..sebab dia cakap belum ready lagi nak 'sakit' untuk semen tu hahahhhaaa.... seram ok...

Next time kitorang akan pegi lagi buat rawatan susulan..tak nak dah tangguh2 lagi..Lagipun untung jugak lah dah tak de sistem ambik2 appoinment cam dulu2 tu..kirenye lebih senang la..walk in je terus settle.. =)

kredit to BLOG INI 







2 comments:

azizah :) said...

nak pegi gak klinik gg kat situ.. utk baya hakimi pon boleh buat kan... tp xde ms lagi nak g...

gg jijah pon nak kena cabut tapi takut ya amat..

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Sakit gg la sakit paling hazab sekali..huhuhu

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016