Tuesday, 9 September 2014

Kematian

Assalamualaikum & hai..

Al-fatihah..jom sama2 kita sedekahkan al-fatihah buat kesemua umat islam yang telah pergi bertemu Illahi. Hari ahad bersamaan 7 sept. 2014 pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan berita kematian IBU kepada kawan baik aku n matcah, iaitu abah zara [husband kepada umie]. Punca kematian adalah kerana sesak nafas dan serangan asma.. Ya allah, betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 

Tanpa melengah2kan masa, aku, zara, hubby dan seorang lagi rakan menghantar abah dan umie zara ke airport KKIA T2. Jam menunjukkan pukul 8.25pagi. Sepantas yang mampu hubby drive untuk ke pejabat terlebih dahulu bcoz abah zara masih berada kat sana [duty malam tu]. Sampai je pejabat terus berkejar ke airport.

Setibanya di airport, kiteorang bergegas ke kaunter, dengan harapan dan doa moga2 mereka sempat menaiki flight yang paling awal, iaitu flight pukul 9.30. Namun staff di kaunter berkeras mengatakan "tiket sudah tidak boleh dibeli" kerana masa tu [kalau penumpang biasa yang nak cek-in pun dah tak boleh] dek kerana Kuasa Allah taala, setelah berunding dengan manager [melalui panggilan telefon] abah dan umie zara dapat menaiki flight pukul 9.30 di atas kes kecemasan. Alhamdulillah ya allah..Engkau permudahkan..syukrann.

Selesai menghantar mereka, kami bertolak balik..sempat singgah di kedai mamak untuk mengisi perut yang kosong.

********************

Dugaan di perantauan, Dugaan yang tidak kenal masa dan ketika. Hakikat yang perlu ditempuhi. Seandainya ada berita buruk yang tidak diingini terjadi...namun terpaksa juga kita hadapinya. Kun Fa Ya Kun. Kalau Dia katakan akan terjadi. Maka jadilah ia.

********************

1 comment:

azizah :) said...

ya kan yunk.. bila duk jauh2 ni inilah dugaan haus terima bila ada kematian di semenanjung..

takziah buat keluarga arwah tu

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016