Wednesday, 3 September 2014

BILA BAYI ANDA MULA MENGGIGIT


Izz Zahraa yang suka menggigit!

Assalamualaikum & hai! 
Hari ni aku off day, sama macam semalam. Dua hari off berturut2 disebabkan minggu lepas aku bizi kat pejabat untuk audit daripada jabatan audit negara. 

Semenjak dua tiga menjak ni, zahraa dah mula gatal gusi, gatal gigi dan gatal nak menggigit segala benda. Sebelum ni gigi dia dah tumbuh sebanyak 3 batang. Dua gigi tengah bahagian bawah, dan satu batang gigi atas (gigi kapak). 

Gigi kapak atas yang sebatang tu sebelum ni kecil je. Sekarang dah makin panjang n besar. Disebabkan itu, aku dah mula terasa kesannye sewaktu breastfeeding. Tambahan pula sekarang gigi kapak yang ke-2 mulai tumbuh tapi masih kecil. So Total gigi zahraa sekarang dah 4 batang la.

Pegghhh sakit jugak weh..bila dia menyusu. Pedih2 n ngilu2 gitu. Kekadang kalau dia menggigit secara mengejut, aku akan berteriak jugak lah. Mau nya tak sakit. Pastu dia diam n tengok je kat aku. Buat muka macam kesian kat aku, aduh comel betul. Terus hilang rasa sakit. Lepas tengok aku senyum baru dia sambung menyusu. 

Berteriak tu bukannya marah, cuma terkejut je. Baru sekarang aku faham sakit yang ma aku rasai dulu macamana. Seingat aku, masa adik2 aku kecil dulu, selalu jugak ada yang menggigit breast ma aku tu. Dan situasi pun sama dengan aku sekarang! Ma aKu berteriak terkejut! Hehe. 

8hb 9 ni Izz zahraa dah nak cukup 10 bulan. Alhamdulillah aku bersyukur walaupun tak dapat bagi susu badan sepenuhnya dekat dia, namun aku masih berkesempatan diberi peluang untuk menyusukan dia time aku cuti, dan juga setiap petang dan malam selepas balik dari rumah babysitter. Kirenye zahraa minum susu fM kat rumah pengasuh dia. Tapi kadang2 kalau kat rumah dengan aku pun ada masa nya yang dia tak nak breastfeeding.. 

Dan satu lagi zahraa ni dia tak nak hisap susu aku kalau bukan aku baring sebelah dia(waktu dia nak tido) melainkan kalau dalam kereta je baru die nak. Kalau siang hari time aku cuti, kalau dia meragam tak nak susu aku, terpaksa la buat susu FM dan bagi dia tapi kena berayun berendoi dulu la kat atas bouncer dia tu. Huhuhu.

Kenapa zahraa tak sepenuhnya breastfeed? Nantikan entry selepas ni. Coz aku nak uruskan zahraa dulu. Heheee tata!





3 comments:

CikNaa said...

rania skrg dah pandai gigit mama..gigit abg bila dia geram..sabo jelah..

azizah :) said...

hehehe nasib hakimi bukan jenis pengigit... hehe

amal said...

adeiii xleh bayang kesakitan tu

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts