Tuesday, 9 September 2014

Misi mencari babysitter sementara



Rentetan kisah 1..secara tak langsung juga memberi sedikit kesan buat aku sekeluarga...kami pasrah dan akur dengan ketentuanNya..Allah menguji kami..buat pertama kalinya masalah yang menimpa sepanjang 7bulan umie menjaga zahraa.. Selama ni alhamdulillah tidak pernah lagi timbul masalah untuk menjaga anaknda tercinta. Tapi ape kan daya, langit tak selalunya cerah. Dan kejadian yang berlaku bukan secara disengajakan. Semua sudah tertulis olehNya.

******************

Bantuan segera diperlukan. Kerana esoknya tu (isnin,8-9-2014) ..aku Call akak N, namun dukacita sebab akak N tu dah ramai anak asuhan. Dan tak mampu nak menolong aku. Its ok, aku pun faham. Then cubaan kedua kepada akak z. Alhamdulillah beliau sudi menolong aku untuk beberapa hari. Syukur ya allah. Pada fikiran aku, kalau boleh cari babysitter untuk hari isnin sahaja pun dah CUKUP BERSYUKUR..kalau tak jumpa jugak terpaksa lah aku Emergency Leave (EL). 

Akak z tu merupakan isteri kepada rakan sekerja jugak..tapi permasalahan adelah akak tu rupanya sekarang tengah mengandung 7 bulan, aku memang tau dia mengandung tapi tak ku sangka dah masuk 7 bulan..aku ingatkan dia baru beberapa bulan...huhu. Sebenarnya aku tak berapa nak call dia.sebab aku tahu orang pregnant ni penat die macam mana...n perlukan banyak rehat..tapi dah terdesak sangat terpaksa jugak mintak tolong dia..(malu

Ya allah Kau kurniakanlah akak z dan keluarganya rezeki yang melimpah ruah di atas pertolongan beliau terhadap kami sekeluarga..aku tak tau macamana nak balas jasa baik dia sekeluarga.

****************

Saat ini. Sehari sudah izz zahraa menumpang di rumah akak Z..alhamdulillah allah permudahkan. Aku dapat Agak sukar jugak akak Z uruskan zahraa..selama 7 bulan dia dah dimanjakan oleh umie n abah...dah serasi ngan umie n abah..dan tiba2 diuruskan oleh orang asing baginya...mungkin bila dah "bertukar tangan" ni dia dapat rasai kelainannya. Mungkin dia memberontak secara kecil..tu aku tak tau..wallahuallam..

akak Z cakap smuanya ok..senang nak urus n jaga zahraa..tapi aku dapat rasai yang zahraa mungkin dah seharian memenatkan akak Z..huhu..ya allah malunya aku dekat akak Z sekeluarga. Adekah malam ni akan Z sakit2 badan sebab seharian menjaga anak aku yang  makin banyak idea3 baru untuk meneroka itu dan ini? Allah, kau berikanlah akak Z kesihatan...huuuhu...maafkan sy ye akak..

***********

Balik dari umah akak Z..,kami berbincang  kepada siapa lagi harus diminta pertolongan. Akak Z tak boleh dibebankan lagi dengan anaknda tercinta kami.. Walaupun akak tu cakap tak pe lagi untuk beberapa hari..tapi  perasaan tak nak menyusahkan dia tu tetap aDe.. Jalan terakhir yang terlintas dalam kepala aku adelah dengan bawak ma aku datang sini..tu je lah jalan pengelesaiannya. Tapi bila tengok tiket flight..ya allah mahal la pulak..huhuhu..(nanges)

************

Alhamdulillah...allah kurniakan aku kawan2 yang masih membantu aku...

Ada yang menghulurkan bantuan..tolong carikan pengasuh baru..dan tak lupa jugak yang nak turut sama bantu menjaga anaknda..

Syukur.. Aku dikelilingi insan2 yg amat baik budi pekerti dan ikhlas menolong ketika kami susah...

Insyaallah esok aku akan jumpa akak A...akak A akan bawak aku jumpa akak S tuk berkenalan...akak A dan S pun sama..kesemuanya isteri kawan2 skerja jugak...

Semoga allah permudahkan urusan aku hari ni...


In sha allah







2 comments:

intan akmar said...

Pening jgk pk psl babysitr ni kan..kesian ibu zahra ni...nt anta ats ..dpt zahra geng ngn dzarif..hihi

azizah :) said...

Allah! jijah dapat bayangkan tu yunk.. kita sebagai ibu kelam kabut nak cari BS kan.. kalau awak dekat leh la BS jijah ni.. dia ok sgt2

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016