Friday, 12 September 2014

[10 Days Challenge] - Day 8 : 8 Fears

Assalamualaikum & hai readers !!

 Day 8 : 8 Fear

sumber : google image

Tajuk 10 Days challenge aku pada hari ini adalah Fear : membawa maksud ketakutan ...Ketakutan pula adalah satu tanggapan emosi terhadap ancaman..[yang ni aku ambil dekat wikipedia., kalau nak copy semua sekali panjang sangat..hehe]

Aku sebenarnya penakut. Yerrr..ade jugak perkara² yang aku selalu takutkan. Jom baca!

1) ALLAH SWT.


Bagi aku setiap orang yang beragama Islam, WAJIB TAKUTI ALLAH. Hanya DIA yang maha Kuasa ke atas segalanya.




2) ULAR
Geli dan takut kepada serangannya. Walaupun tak pernah lagi terkena patuk [alhamdulillah]..tapi aku still fobia bila nampak haiwan ni. Nak sebut perkataan 'ular' pun takut...dulu² masa kat kampung, kalau bercerita pasal ular kiteorang takkan sebut 'ular'...tapi hanya sebut "u" sahaja. 

COntohnya "ma, saknih kae..maso mi nok g ngaji umah ustak Loh..ado 'u' nitah atas jale! Kkejuk blekar mi,!! mujur tok reboh basika" 

Bila diterjemah :-
" Ma, tadi masa mi(nama manja aku) nak pergi mengaji al-quran kat rumah ustaz Lah, ada ular melintas atas jalan, Terkejut gila mi!! nasib baik tak jatuh basikal..." 

hehe.


3) ORANG JAHAT
Tak kesah la, penyamun, penyangak, perogol, pencuri..segala jenis adik beradik die aku takot..Pendek kata aku takutkan 'manusia' berbanding hantu. Sebab tu aku lebih dan lebih lagi berhati² kalau pergi mane² secara berseorangan mahupun berdua dengan Zahraa. Kalau kat rumah pun sama, if Matcah takde aku akan pastikan pintu sentiasa berada dalam keadaan berkunci. Takut ok...walaupun aku ada seni mempertahankan diri, tapi perasaan takut tu tetap ade. 

sumber : google image

4) BILA KENA JADI PENGACARA MAJLIS
Ni satu lagi ketakutan aku, Jadi pengacara majlis @ m.c. Dahla bos aku suruh aku jadi pengacara majlis bagi program Sahabat Maritim next week! Memang jawab die sorry la bos, saya rasa tak yakin dapat lakukan dengan terbaik. Boleh tu boleh, tapi perlukan kekuatan yang tahap tingginya langit ke awan biru lah ye. 

sumber : google image

Bukan setakat tangan je yang menggeletar, pakej dengan kaki sekali tau!


5) BILA TERLALU RAPAT DENGAN SESEORANG
Yup, Teramat takut sebenarnya. Sebab dah banyak sangat pengalaman jadi macam ni..[antara KAWAN LELAKI dan juga PEREMPUAN].. Kekadang tu aku sampaikan tak faham kenapa boleh jadi masalah, Sedangkan selama ni baik-baik je, makan sepinggan, tidur boleh sebantal, ko pegi situ ajak aku, aku pegi situ ajak ko..ko ade masalah aku tolong..aku ade masalah ko tolong aku...sehari tak chit chat adelah satu kejanggalan...[selalunya ada je yang nak diceritakan].Tapi bila ade je satu salah faham, ataupun mungkin ade yang terguris hati ..tetiba boleh memutuskan persahabatan yang dah terjalin sekian lama..dan bila difikir-fikirkan balik Tu semua hanyalah JODOH. Jodoh kita dan dia hanya setakat tu. Persahabatan dan perhubungan yang terjalin hanya setakat tu je. Allah dah tetapkan..so aku terima je...dan pengalaman ni telah membuatkan aku sentiasa Takut untuk rapat dengan seseorang.
eh..yeke?





6) BILA ORANG KESAYANGAN AKU JATUH SAKIT
Hanya Allah je yang tahu macamana perasaan ni. Mintak jauh,..


7) BILA BARANG-BARANG PERIBADI AKU TERCICIR / HILANG
Takut, nak2 bila hilang pendrive, external hard disk..or memory kad kamera digital/handphone. Bagi aku tu adelah antara benda yang paling personal yang perlu disimpan baik-baik. Bila dah hilang mula lah hati tak keruan, gelisah..tidur malam pun asyik fikirkan benda yang hilang tu. Semua tu menyimpan seribu barang yang berharga..especially gambar dan video..kalau dah hilang...aduh sayangnye..pastu lagi satu aku takutkan adelah sekiranya dijumpai oleh seseorang yang mempunyai niat yang tak baik..huhu...mintak jauh..


8) LAUT

Macam tak logik je kan? tapi tu lah hakikatnye. Skop kerja adelah LAUT tapi aku takut laut. huhuhu..Aku takutkan laut sebab tu aku pilih kerja ni. [nak atasi lah konon]....Aku takut laut sebab laut tu sangat luas,.andai kata kita hanyut ke tengah2 laut kita akan sesat dan SUSAH jumpa jalan darat...Dalam laut pulak..dalammm sangat dan kat dalam pun bermacam jenis haiwan dan bahaya lain lagi yang ada..Sekalipun berada kat dalam laut [walaupun ade bekalan oksigen-scuba diving ke....] aku tetap takut...









1 comment:

azizah :) said...

jijah pon takut bila jadi m.c sebab jijah ni berdarah gemuruh..hee

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts