Wednesday, 10 September 2014

[10 Days Challenge] - Day 6 : 6 Place

Assalamualaikum & hai..

Day 6 : 6 places

1) bachok, kelantan.

Tempat lahir aku. Tempat aku membesar. 21 tahun aku berada di bumi kelantan..tak pernah sekalipun aku keluar dari negeri kelantan untuk satu tempoh yang lama. Paling lama pun beberapa hari je tu pun lepas SPM..aku pegi umah kakak aku kat KL..

2) tanjung pengelih, pengerang, johor

Buat pertama kali dalam hidup, terpaksa berpisah jauh dengan ma, abah & adik beradik..nenek (mok)..che ngah..aku menerima jawatan sebagai laskar kelas 1 maritim dan terpaksa menjalani latihan rekrut perajurit muda TLDM dan APMM dari Julai-disember 2008.. Banyak kenangan pahit dan manis..suka dan duka kat sana.. Kat situ tempat aku kenal erti ketenteraan..sakit dan sakit..(eh macam banyak pulak sakit aku tu?) hehe.. Kenangan manis pun banyak..banyakk sangat..kalau nak cerita satu hari pun tak habis..belum lagi cerita pasal kenangan tak berapa manis..yang agak banyak jugak lah..semua terpahat dalam ingatan..takkan sekali2 ku lupakan..kat situ aku dapat belajar pelbagai ilmu dan pengalaman yang sungguh berharga..berenang, menembak, kawad dan perbarisan....terima kasih buat tenaga2 pengajar..jurulatih2 semua ..

3) kuantan, pahang

Halatuju seterusnya selepas rekrut TLDM..kat sini aku menjalani latihan lanjutan selama lebih kurang 4 bulan..latihan lebih kepada teori..banyak kuliah dan exam yang perlu ditempuhi..alhamdulillah semua dapat akhiri dengan jayanya....

4) pantai bukit keluang, besut terengganu

Kat sini aku menghadiri kursus Biro Tatanegara (BTN)..masa tu wajib ade kursus tu...nama tempat kiteorang menginap tu pun aku dah lupe..-'adui teruk je kan huhuhu..mungkin tak best sgt so aku tak berapa ingat...ampunn...

5) melaka bandaraya bersejarah

First time ke melaka..kerana perlu hadiri kursus BASIC SAFETY TRAINING @ BST.. Kursus ni dijalankan di ALAM(akademi laut malaysia)..TERUJA!! Kami diatur gerakkan secara berperingkat..dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan..kelas teori dan amali dilaksanakan..antara modul yang paling aku tak dapat lupakan..modul MKMA(melawan kebakaran memadamkan api - ehh yeke????) hahaha nyanyuk sudaa tapi lebih kurang lah.. Di mana aku dan beberapa rakan kumpulan..dikehendaki melakukan latihan amali - masuk dalam rumah yg gelap dan terbakar..dengan memakai BA SET.. @ breathing apparatus set..latihan ni adelah untuk memberi persediaan kepada semua anggota sekiranya ada kebakaran di kapal ( mintak jauh )..

Latihan yang aku lalui kat sini tersangat best..antaranya jugak..latihan menaiki pelampung keselamatan (life raft).. Pada mulanya kami dikehendaki terjun ke dalam kolam latihan..dari satu ketinggian yang agak tinggi.(menggigil kaki i tau x) ...dengan memakai jaket keselamatan..
Kemudian berenang ke atah life raft.. Dan  belajar cara2 terbalikkan life raft..sekiranya ( life raft tu berada dAlam keadaan tak stabil..) satu pengalaman yang sangat2 best.. :)

6) kota kinabalu, sabah

Unit pertama aku, permulaan dalam hidup untuk bekerja..berbakti pada negara..datang ke KK SEORANG DIRI (ditemani rakan2 se-kelas) hanya dengan sebiji bagasi shj..skrg dah selori kot(ntah ape lah bnyk pulak barang aku ni)..alhamdulillah...syukur...dgn rezeki yg diberiNya..tempat di mana aku menerima harta dunia dan akhirat yang paling mahal dan berharga sekali..iaitu SUAMI DAN ANAK...alhamdulillah..

Tahun ni, tahun ke-5 aku masih di sini..kalau ada rezeki dapat pindah ke semenanjung..aku bersyukur..tapi masih belum pernah buat surat untuk dipindahkan...sebab? Aku masih ok kat sini..alhamdulillah masih tak ada ape2 masalah yang 'membebankan' aku dan suami kat sini..lagipula, suami masih dalam proses menyambung pengajian..dah semester 5..insyaallah kalau x ada aral melintang..tahun depan dia dah dapat segulung diploma..insyaallah..tak kisahlah diploma ke ijazah.janji dia masih ber minat nak belajar.,insyaallah jugak..lepas tu kami plan nak sambung degree sama2..doakan kami..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk menyambung pengajian bersama2 kelak.. :) terima kasih..love u..


1 comment:

azizah :) said...

2008 tanjung pengerlih yunk? macam suami jijah pon rekrut navy time tu..

best kan duk sabah.. enjoy duk sini.. tp rindu kampung

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016