Monday, 8 September 2014

[10 Days Challenge] - Day 4 : 4 Books

Assalamualaikum dan hai!!

Buku. 4 pulak tu. Susah jugak ape lah aku nak citer ni ye? Aii nampak sangat aku ni bukan jenis sukakan buku. Yeppp aku bukanlah "pemBUKU" . Lol. Ada jugak ke istilah pemBUKU? Mintak ampunnnn. Ok aku terai mai besh la ok.

1) lagenda budak setan - ahadiat akashah


Ni novel pertama yang aku rasa paling berhantu. Semua budak2 kat asrama aku duk gile kan novel ni. Aku tak mampu nak beli novel tu just mampu pinjam je dengan kawan2. Seingat aku budak2 ni pun pinjam meminjam jugak la, lepas sorang, sorang pulak baca. Gilir2 n wajib cepat baca. Sanggup balut buku tu dengan kertas a4, pastu tulis "KAMUS" kononnye tengah rAjin baca kamus. Dah jadi trend kot pade masa tu buat camtu. Semua budak2 pmpuan buat camtu coz x nak novel tu kena rampas kat penyelia asrama. Hihi.

Novel ni memang best sangat2. Jalan cerita pun menarik. Pastu tak sangka la pulak orang akan buat filem cerita tu. Sebab tu masa filem LAgenda budak setan keluar, aku ngan matcah sanggup pas keje terus pegi tengok kt pawagam. Tapi duduk seat sorang depan dan sorang lagi belakang. Eksaited giler. Sampai tak kisah kena duduk jauh2. Huahuahua.

Novel seterusnya aku copy n paste je dia punya sinopsis dari website www.alaf21.com.my ye. TQ. Sebab keseluruhan novel2 ni sama gak aku baca zaman duk asrama dulu je. Bila dah masuk alam kerja ni tambah2 pulak dengan internet yang membngun, aku dah tak minat nak membaca novel. Masa banyak terisi dengan lama2 sosial. Kihkihkih.

Pernah jugak aku beli novel, masa tu  baru masuk unit kerja kat KK sabah.dari 2008.sampai sekarang pun aku masih tak habis2 baca lagi dua novel tu. Dah 6 tahun kot??? Hahahhaa...

2) jendela hati - aisya sofeA
Sinopsis

Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.


Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah "ganti tikar" yang berlandaskan "keterpaksaan" bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.

3) kau untukku - aisya sofea



Sinopsis

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.


Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.

Kau Untukku; indah, Romantis dan membuai perasaan. Sentuhan terbaru Aisya Sofea setelah Jauh dan Jendela Hati.

4) Projek memikat suami -  hanina abdullah

Sinopsis
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
 
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
 
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
 
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!
p/s : mintak maaf banyak2 ...copy n paste je huhuhu

1 comment:

azizah :) said...

menarik2 novel tu yunk.. lama xbaca novel ni

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016