Tuesday, 30 September 2014

SUAMI CARI PEREMPUAN LAIN

Assalamualaikum & hai readers.


Gatal Gila laki tu, si pempuan tu pon sama, sexy!


Abaikan 'no service' kat HP aku tu, dalam bilik xde line Digi..huhu

Aku terbaca post ni ada orang post kat dalam satu group mommies. hmm..nak salahkan siapa? lelaki or perempuan? 


Tak kisah la..salah sape pun, benda...kalau dh nak jadi ..ade2 je lah penyebabnye kan? Tapi boleh dijadikan panduan dan iktibar...buat kita semua.. Jom sama2 kita muhasabah diri sendiri..apa lagi kekurangana yang perlu kita atasi dalam hidup berumahtangga ni..Aku terjumpa satu entry kat blog BTMARI.. Thanks for sharing...[aku tempekkan kat sini...supaya aku pun boleh baca lagi for the next time]..

KENALI 7C


CABAR 

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!" Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata 

CABUL 

Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua ... 

CELUPAR 

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ... 

COMOT 

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot. ... Ada isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ... 

CEMBURU 

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 ... 

CEREWET 

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat 

CINCAI 

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

"7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu .... " - By: Ustaz Nasir


Credit to : Blog BTMARI


Saturday, 27 September 2014

RAWATAN PERGIGIAN DI KLINIK PERGIGIAN LUYANG

Perkara yang paling aku tak suka adalah bila aku ada masalah dengan gigi. Ya allah, sakitnya. Silap aku jugak, tak jaga gigi baik2. Last servis gigi adalah sebelum aku kawen. Masa tu dalam tahun 2010. Gigih aku ulang-alik ke Klinik Pergigian Luyang, Kota Kinabalu. Terpaksa ulang-alik dekat 6-7 kali sebab pada waktu tu tiapkali buat rawatan gigi perlu ambil appoinment dahulu. Setiap kali pergi buat rawatan, then akan diberi lagi tarikh lain pulak sehinggalah habis kesemua rawatan.

Lepas gigi dah elok, aku kawen..[tahun 2011] then nak pergi lagi buat rawatan susulan selepas 6 bulan,..Pernah aku pegi ambil appointment, tapi nurse kat kaunter pendaftaran cakap dah full, sampai ke hujung tahun...kalau ade pun satu tarikh je hujung bulan 12..aduii lame kot?lepas tu aku dah malas nak pegi..Nak buat kat swasta memang tak lah...maunya kena beratus2..

Sepanjang tahun 2011 aku tak de masalah gigi..means tak sakit2 or gigi berlubang..sampai lah tahun 2013, aku dah mula rasa menyesal sebab tak buat rutin rawatan gigi tu...tup2 aku dah pregnant..[alhamdulillah]..Melalui nurse dan doktor, aku dinasihatkan tidak membuat sebarang rawatan pergigian sewaktu mengandung kerana dikhuatiri akan memberi kesan terhadap kandungan dan jugak kesihatan aku. Nak tak nak terpaksalah aku tangguhkan niat untuk membuat rawatan tersebut.

Sehinggalah aku habis pantang bulan 1 2014,, masa tu aku teman adik aku buat rawatan gigi - bahagian akar [projek student pergigian HUSM bagi budak2 sekolah menengah] dekat Hospital USM, Kubang Kerian Kelantan. Tergerak hati aku untuk buat rawatan kat sana. Masa tu Izz Zahraa aku tinggal kat ma aku je..aku pegi HUSM dengan adik aku, Apit.

Lepas daftar [free] dekat 2 jam jugak aku tunggu barulah aku dipanggil masuk. Aku tak kisah pun bab menunggu tu, dah nama pun free kan terpaksalah sabar sikit. Lagipun Izz Zahraa pun ok je duduk ngan ma aku kat umah..Adik aku Apit pulak belum siap lagi buat rawatan akar,.Masuk je dalam bilik pemeriksaan, tekanan darah aku perlu diperiksa dulu..Hal ini bagi mengelakkan berlakunya masalah dengan rawatan yang bakal dilakukan. [orang ada darah tinggi tak boleh buat weiii..,especially kalau yang nak cabut gigi tu la]

LEpas semuanya ok..terus aku diperiksa..doktor cakap gigi aku tak de masalah yang kronik..cuma kena buat scalling (cuci) sahaja. Sahaja ok.. grrr...tunggu punyalah lama..at least bagitau la kena semen ke ape ke kan..sebab aku rase gigi aku ade je yang dah berlubang [masa tu]...
Agak kecewa jugak la (sikit)..Lepas buat scalling, doktor cakap lepas 6 bulan datang lagi. Dah 6 bulan tu cnfirm2 lah aku dah kat KK doktor oii..aku diamkan je. 

Dan kali ni, september 2014..aku memberanikan diri pergi ke Klinik Kesihatan Luyang,,,setelah 2-3 minggu ni aku rasa gigi aku ni dah teruk sangat..kadang2 menyucuk2 pun ade..Kat KK ni Klinik tu je (yang aku tahu) untuk buat rawatan pergigian secara percuma...klinik lain tak tahu pulak aku. 

Aku pegi aritu naik motor, dengan matshah. Sengaja aku ajak dia sebab dia tak kerja aritu. LAgipun senang nak cari parking, kalau pergi dengan kereta memaaang susah sangat2 ..tambah2 sekarang aku tengok dah macam2 divider ngan tiang dah naik kat tepi2 jalan depan klinik tu..Sebelum ni boleh jugak panjat2 divider kalau tak jumpa cari parkir. hihihii..

matshah tengah buat rawatan

Lepas daftar..kiteorang tunggu tak lama jugak lah dalam sejam,matshah buat dulu dari aku, tapi dengan doktor n bilik lain...aku kat bilik lain..nasib baik datang awal pagi lagi..pastu sampai turn aku tu..jumpa doktor perempuan berbangsa india..cantik orangnya..aku cakap dengan dia yang gigi aku ni ade masalah..lepas tu dia cek2,,n betul la gigi aku tu dah tak dapat diselamatkan lagi..Jawabnya terpaksalah aku korbankan dikau wahai gigi..

Sakit jugak kena cucuk ngan jarum bius..Lepas setengah jam baru doktor panggil masuk..dan bye-bye lah kau wahai gigi..Adoooiii sakit jugakkkk...hu3..dah lama tak cabut gigi..sampaikan aku lupa camane sakitnye sakit gigi tu,..Nasib baik matshah ok..boleh la dia bawak motor,,,dia hanye kena buat scalling..coz nanti kena datang lagi untuk 'semen' gigi dia tu,,aku dah agak pening dah mase tu..sebabny? kiteorang tak sempat breakfast pun pagi tu! hua hua hua...sengaja amik risiko tak bfast..doktor dah tanye aku kenapa tak makan? ok ke? aku cakap tak pe..sy ok! wah ko...konon...macamlah kuat sangat kann....huhu..Last2 sampai je rumah..terus fengsann..

Dengan sakitnye kat tempat cabut tu...allah je tahu...

Lepas makan panadol..terus aku tido..dapat MC yeayyy...

MC sehari pun nak kecoh! hehe

Tapi hari ni, dah masuk hari ke-2 gigi aku dicabut..tapi aku ade lagi satu masalah..iaitu gigi sebelah ggi yang kena cabut tu sakit2..aku dapat rase cam sakit2 je bila aku ketuk2 ngan kuku...aduiii.takkanlah nak kena cabut lagi??? seram wehhhh...aku tak nak lagi kena cabut..sayang...huhuhuhuu..umur tak sampai 30 lagi tapi ggi dah kurang 3 batang ok!!!

SayangiLah gigi anda...huk3..

Jawab dia hari Isnin nanti kalau masih tak ok, masih sakit2...terpaksalah kena pegi lagi Klinik Luyang..Sekarang ni aku bertahan pakai panadol dengan ubat sakit gigi yang biasa tu je..

Oh ye..di sini aku sertakan maklumat yang aku dapat dari Nurse kat bahagian pendaftaran :- 

Klinik kesihatan Luyang (Pergigian- Tingkat 1)
Hari : Isnin hingga Khamis
Waktu Pendaftaran : 7.30 pagi hingga 10.00 pagi..

Alamat : Klinik Pergigian, d/a Klinik Kesihatan Luyang, Off Jln. Lintas, 88300 Kota Kinabalu
 Tel : 088-719424 
Faks : 088-715006

Boleh jugak refer kat website KKM 

Ko datang je klinik tu..sekarang dah tak ade sistem2 ambil appoinment,..ko datang je kalau nak buat rawatan, cuma if sekali ko datang, hanya satu jenis rawatan je diorang akan buat dalam sehari..contoh macam kes aku..fist skali dia cabut gigi yang aku betul2 sakit tu..then next [bila aku dah ready untuk rawatn seterrusnya] aku hanya perlu datang je ke klinik tu bawak buku klinik tu..Kes matshah pulak, dia ade dua pilihan..samaada nak cuci dulu or nak semen dulu..tapi dia dah pilih untuk cuci je dulu..sebab dia cakap belum ready lagi nak 'sakit' untuk semen tu hahahhhaaa.... seram ok...

Next time kitorang akan pegi lagi buat rawatan susulan..tak nak dah tangguh2 lagi..Lagipun untung jugak lah dah tak de sistem ambik2 appoinment cam dulu2 tu..kirenye lebih senang la..walk in je terus settle.. =)

kredit to BLOG INI 







Friday, 26 September 2014

IT'S OK, I'M FINE

Kalau dah rasa tak nak...buang lah...
Kalau dah rasa tak diperlukan..biarkan ianya pergi jauh...
biar menjauh...nak jauh...atau terpaksa berjauh..

Sesuatu yang pergi...tanpa sebarang tanda...
Ahh pedulikan je...Aku ok...aku ok saje..

Kalau nak mencari....cari lah..
Kalau perlukan aku...datanglah..

Sekalipun kau sudah jauh..
Sekalipun kau perlukan aku..
Aku setia di sini..

Setia menunggu....
Menunggu sesuatu...
sesuatu yang tak pasti...





nukilan rasa,
hamelia hamid.

Thursday, 25 September 2014

SPERRY TOP SIDER (for women)

-sticky post entry, for NEW entry please scroll down-




SPERRY TOP SIDER for women

Size yang ada: 35-38

Price? Whatsapp aku confirm harga cun!

Nak tau whatsapp lah 
014-8188973

Tuesday, 23 September 2014

Update ios 8.0 dan kisah bil air aku


Tugasan hari ini, update ios 8.0..Sebenarnya dari semalam lagi aku try update..tapi ntah kenapa line internet cam siput je..slow memanjang..matshah punya dia dah update hari first ios 8.0 launching lagi..laju kata nya..not bad lah..ada feedback cakap ok..dan ada jugak kata tak ok..phone cepat panas lah..mcm2 jugak.tapi aku still prefer untuk update..coz kalau x update kang last2 kna update jugak..n yg paling penting nak cuba sesuatu yang baru hihi..

Aku off day ni..semalam pun off..lately busy memanjang,..nak kemas rumah pun tak sempat..semalam dah sapu & mop seluruh rumah..tu pun pukul berapa baru start wat keje tu..lepas bangun dari tidur yg ntah berapa kali bersambung2..lepas matshah g keje..sambung tidur lagi dengan si mek zara..dak comel tu suka lah kalau aku tak keje..mengempeng je keje nye..hihi..time ni lah nak manja2 ngan anak ye tak?

Hari ni matshah ada keje kat Kampus INTAN..so dia halfday..petang ni kalau tak hujan boleh lah bawak zahraa jalan2..kesian dia asyik memerap je kat rumah.,siang hari pun keluar pegi rumah pengasuh je..huhu..emm pagi tadi aku bawak zahraa pegi beli nasi lemak kat cafe dalam ni..jalan kaki je pun..sempat aku letak dia kat atas buaian..n buat2 macam ayun dia ..happy dia..tapi kejap je..petang kang nak bawak lagi hehe...

sambil tu aku bawak skali bil air, ingat nak g bayar kat Management Centre @ MC..tapi staff situ cakap bil air aku ada tertunggak sebanyak RM20.00..katanya last aku bayar tahun lepas..ehh..biar betul? Tapi siyes aku lupa haha.dah bil air aku tu ntah knape jadi rm5 je untuk tiap 3 bulan ( kawasan aku tinggal ni bil air di kira setiap 3 bulan) ..balik rumah aku cek memang betul pun ada lagi bil2 yg aku tak bayar..huhu..nasib baik aku tak mengamuk tak tentu pasal tadi mihmihmih.tadi aku cakap "ooh yeke..nanti sy balik semak dgn husband sy dulu ye ..takut dia lupa bayar" - actually aku yang lupa bayarr..huahuahua..

Tapi yang masih jadi kemusykilan aku tu..kenapa bil air aku semurah tu? Adekah aku tak basuh kain baju? Atau aku tak mandi? Haha mengon..! Aku dah pernah tanya staff kat situ suatu ketika dulu..kenapa bil air aku banyak tu je? Dia cakap ape.."betul la miss..bacaan tu.." Aikk..macam nak marah kat aku pulak sebab tanye banyak soalan..hmm lepas tu aku dah malas nak tanya lebih2..suke ati korang lah..sape suruh tak cek meter air tu betul ke tidak? Dah tu aku dengar cite ada yang bil sama macam bil aku, and ada jugak yang bil melambung tinggi..aduh kesian! 

Ok..aku nak kemaskini bil2 ngan resit2 belanja aku ni jap..dah lama sangat tak update..berterabur dah semua..(bizi katekan..kalah YB gitu hahaha)..


Sebelum tu nak kemas menan zahraa..
Nah tengok..kemain lagi bersepahnya..hehe














Thursday, 18 September 2014

GAMBAR AKU KAT DALAM IG AMY SEARCH

hahahaaa....

Eksaited okeh!!!
Sebelum tidur sempat aku bukak Instagram (IG)
Dan-dan pulak aku tertengok ade kawan aku  Lalat Hijau, tag kat aku : "@eamy_shah_zahraa terkenal demo.. Artis kot yang upload (y) " 

sepantas kilat aku terus check kat IG Amy search... Betul2 okkkk..Teruja sgt2..terus aku tunjuk kat hubby..sengeh je dia..[layankan bini yang hover eksaited ini] muahahhahaaa...yerr arr memang aku happy sangat2...suke ati ko lah nak cakap aku ape janji aku ade, ko ade? hihihiihhiiii....

Meh tengok sini.....

peeeewiiitttt!!!!!!



cer cari kat mane aku? aku tengah tengok tepon aku yang tengah rakam video Amy tengah nyanyi, tup2 dia datang posing kat depan aku,,teruss budak2 g serbu...hamppehhh...berasak2 sebelah n depan aku..geram aku tau..tapi ok la dah tak geram coz aku dapat bergambar jugak ngan amy kat SINI. hehhee...sory....over sikit ye...



Ni yang si Lalat Hijau komen kat IG Amy search...wwwwiiiiwwiiiiittt...TQ babe..kalau tak kerana ko...aku tau jugak...cuma mb lambat sikit la hahahhahaaa....




Wednesday, 17 September 2014

APA ADA DALAM BEG KERJA AKU?

Assalamualaikum & hai,

Jom share ape yang korang selalu bawak ke pejabat?

Ni aku punye..tersangat simple. Disebabkan aku keje pakai uniform, dan aku jugak jenis yang tak pandai nak bergaya sangat...so benda2 yg aku bawak hari2..tak seberape je la.. :) 

1) bag merah
2) wallet
3) bag mekap kecil
4) set kain telekung travel



Kain telekung travel - senang nak solat kat aras aku, coz kekadang aku banyak kerja..time rehat pun kekadang aku malas nak turun bawah.jadi aku solat je kat bilik stor.coz sejadah pun ade kat sana..


Ni bag yang aku selalu pakai..senang nak galas if tumpang matcah naik moto g keje.bag ni ada dwi-function..boleh sandang je kat bahu,dan jugak galas.beg ni dah lame jugak la aku bli, kalau xsilap tahun 2012, kat pasar malam depan pasar philipine kat KK tu je..kalau x silap aku rm20 lepas tawar menawar..tapj still ok sampai sekarang.. :) .

So 4 barang tu aku letak je dalam bag comel ni hehe



Ni pulak bag alatulis, pencil case lah kan..tapi macam2 jugak aku boleh isi dalam tu sebab bag ni panjang. Aku isi power bank kecik, kabel charger HP, pen, handphone,..kertas kat dalam tu adelah sampul duit collection..letak kejap kat situ..hehe.

Oh ye bag ni aku beli kat kedai 100% Mega Store, RM1.80 je. Murah kan? Aku suke...aku suke.. :)


 Last but not least..bag mekap yang sama gak aku beli sekali dengan bag alatulis tu. Yang ni RM2.80 je..hihi..macam x caya pun ade gak..comel dan murah..:) 


Tengok..muat2 je barang2 mekap yg aku selalu bawak dalam bag..hihi..dalam tu aku selalu bawak:- bedak yg dah ade foundation, eye liner n lip balm(aku suke pakai yg magic color tu je..coz x de la nampak meriah sangat) hehe..pastu tisu dan gula2 fresh mint..

Ni pandangan depan bag mekap comel aku tu.

Kadang2 aku g keje bawak handbag yang APMM issue. Warna hitam. Nanti la kalau rajin kang aku upload gambar kat entry lain pulak..pastu kadang2 jgk aku nak senang aku campak2 je dalam bag sekolah aku kaler purple..hihi..bag tu senang je nak galas.tapi nampak cam budak sekolah..

Pendek kata 3 bag ni je la aku rajin gilir2 bawak g keje..kalao rajin sikit aku tukar handbag yang agak "jangok" sikit untuk hari jumaat coz tiap hari jumaat kitorang kena berpakaian planters..berbaju kurung dan lelaki berbaju kemeja..

Bag "jangok" tu ade..cuma aku je yang tak berapa rajin nak tukar2 bag..[malas] hehe

..thanks for reading.. :)

P/s : jangok - loghat kelantan..jangok means :- lawa..cantik..menarik..berseri2..(mcm mak datin) hehehehe

Wordless wednesday : sup sihat

Sup sayur.boleh pilih2 isi dia tu...Dalam kacang bendi tu ade isi ikan..(dia buat cam bentuk solod lada,letak ikan dalam tu)..tauhu, fish cake, sosej ikan..best jugak, antara menu yang aku suka makan kat foodcourt Giant Kolombong. Xsampai 2 minit pun dari ofis aku. Harga RM5.50 satu set ni. :)




Tengah mencari mood nak diet,,,hehe

Tuesday, 16 September 2014

TERUJA DAPAT JUMPA AMY SEARCH!!


Assalamualaikum & hai!!


-Sebelum majlis-

Hari ni berlangsungnya majlis sambutan hari malaysia yang ke-51..peringkat negeri sabah..di kompleks sukan likas.,kota kinabalu sabah..aku turut serta dalam acara kawad statik bagi kontinjen APMM wilayah sabah..dan tanpa disangka2 penyanyi terkenal tanahair kita @ lagenda rock tanah air Amy Search akan buat persembahan sempena sambutan hari malaysia peringkat negeri sabah. 

Aku tak tahu pun yang dia akan datang, tadi sebelum majlis bermula, pengacara majlis cakap ada sorang artis terkenal akan buat persembahan..tak pulak di mention siapakah gerangannya. Tak lama lepas tu Amy Search datang. Wah teruja lah aku!! Amy search ok!! Hihi..

Dalam hati aku duk cakap2 nanti aku nak ambik gambar die. masa tu aku duk depan sekali dalam baris tu kena pegang bendera Negeri Sabah. Aku ni Siap save lagi bateri telefon kot2 kang time nak ambik gambar Bateri wat hal pulak,.hehe..nasib baik full lagi time majlis dah nak habis ..Amy search nyanyi lagu Isabella..meriah giler..satu dewan ikut menyanyi..pastu aku tengok semua orang (peserta2 kawad statik mcm aku jugak) pergi kerumun dia. amy nyanyi sambil2 jalan pergi kat fans dia. Pastu time die datang dekat kitorang..budak2 laki pakat hurung dia rapat2..semua sinuk nak selfie jugak..huhu..aku nak gambar pun tak boleh..susah n sesak,.sedikit frust kat situ..

Dekat dia dah nak habis nyanyi..member aku ajak pegi dekat sikit dengan amy yang tengah melayan peminat..dengan muka tak malu kami cakap dengan bodyguard dia yang kami nak bergambar..hehe..syukur budak2 tu tolong...mana tak nye...kalau tak mintak tolong camtu memang jawab dia terpaksa kena berhempas pulas dengan raaamaaii sgt fans amy yg kategori lelaki dan badan2 tu smua besar2 huhu..lepas abang bodyguard panggil amy suh bergmbar ngan aku ..hehehe...tq2..pastu kami keluar..lega hati..walaupun dapat selfie 3 keping gambar pun dah bersyukur sgt2..hehe..mb sbb pakai uniform tu yg diorang layan huhu..



Ekceli aku tak tau sape tah baju biru belakang tu...menyempat jugak dia ikut selfie sekali huhuhu 




Hehehe happy giler dapat jugak ber selfie dengan artis terkenal...kalau kawan aku x ajak aku tu..confirm lah aku takkan dapat bergambar hehe..maklumlah aku kan pemalu hihihi..btw thanks mira coz ajak aku hehehe...

Dan ni last skali..kami buat tak malu pegi dekat amy yang tengah makan..huahuahua..macam tak caye betul ke ape yang kitorang buat ni..amy search rilex n cool je melayan fans dia (masa tu ramai jugak geng2 AJK tengah bergambar ngan dia..dahla amy search duduk semeja dengan pegawai kanan army..juga selaku ketua GI, tapi nasib baik dia sporting jugak siap sengeh2 lagi kat kitorang hehe...



Alhamdulillah..Rezeki hari ni dapat bergambar dengan artis terkenal, walaupun kaki dah melecet coz pakai kasut baru pun tak ape lah...(kasut tu memang jenis kecik runcing kat depan).hgehhehehee


Monday, 15 September 2014

SELAMAT HARI MALAYSIA - 16/9/2014

Assalamualaikum & hai.

Hari ni aku ade raptai sambutan hari malaysia yg ke-51 bagi negeri sabah. Acara wajib sama cam hari merdeka yang perlu kiteorang sertai sebagai penjawat awam di negeri sabah. 

Kali ni kami hanya kawad statik sahaja. Iaitu berdiri je sebagai penonton, tetapi dalam konsep unit beruniform..masih mempunyai protokol yang harus diikuti.

Petang semalam aku dah iron uniform siap2..malam ni aku cuma perlu pasang aksesori dan letakkan kat satu tempat supaya esok pagi aku tak kelam kabut. 


Kasut baru..sempena sambutan hari malaysia! Jangan ingat time raya je nak pakai kasut baru ok...? Hehe..


P/s ;- teringat balik mase raptai tadi..best sgt tengok adik2 sekolah menengah dan rendah buat persembahan.. :)

Sunday, 14 September 2014

[10 Days Challenge] - Day 10 : 10 secrets

Assalamualaikum & Hai readers!


Day 10 : 10 secrets..wah dah last day...tak kisah la aku ni update ntah pape..kadang2 taip entry nn terus publish..kadang2 pakai handphone..kadang2 buat sticky post entry..errr..tak lupa jugak post pastu edit balik..muahahaaa..sowieee....

ok bebeh jum bace 10 secrets aku. eh secrets sangat ke???

1) Aku ade 1 masalah iaitu kalau dah tido susah bangun pagi. errrr..dah ramai tau kot...kirenye bukan rahsia la kan..?

2) Masa kecik2 aku suka pakai seluar pendek..paras lutut,,dan pakai singlet.pastu naik basikal keliling kampung. [ngeri bila ingat balik..]

3) Aku pernah kena denda cium tiang dekat sekolah rendah. Beramai2. sebabnye aku dah lupa, samaada tak dapat A, atau pun tak siap kerja sekolah..Cikgu yang denda tu CIkgu Zul, ajar aku matapelajaran Sains. hihihii..

4) Refer no.3. Aku dapat A subjek Sains tau mase UPSR. alhamdulillah.

5) Aku pernah tolak tawaran sekolah agama masa form 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tangok, (Sekarang dah tukar nama jadi Sekolah Menengah Agama Tok Bachok). Sebabnye aku tak nak pakai tudung labuh macam ustazah. HUHUHU..bodo nye kn aku mase tu. Sekarang adik aku dah 2 orang sekolah kat situ. Aku pulak jadi kempunan bila pegi hantar diorang kat sana. lol.

6) Aku ni seorang yang pemalu. [cisss..yeke?]

7) Aku pernah selamatkan adik aku, Iwan dari lemas kat sungai. Yang aku pelik aku bukannye pandai berenang pun mase tu. dan air kat sungai pade masa tu dalam jugak. MB sebab takut adik aku mati lemas, tu yang tetibe je jadi pandai berenang, pastu lupe dah camne cara aku berenang tu. huhuhu.

8) Aku suka makan nasi. Sekali aku makan, aku boleh habiskan berpinggan2..hehe

9) Aku ade sorang abang kandung tapi mak lain. Ayah aku kawen dulu ngan mak abang aku tu pastu umor x panjang mak pegi dulu.. pastu baru abah aku kawen ngan ma aku sekarang.. :) Abang aku dah kawen ngan org negeri sembilan, n dah ade 4 orang anak2 yg semuanya comel2. Mereka sekarang tinggal kat Riyadh, Arab Saudi cz abang aku keje kat sana.

10) Aku suka warna purple.





Saturday, 13 September 2014

[10 Days Challenge] - Day 9 : 9 Loves

1)  Ma & abah

2)  Mat Shah & Zahraa

3)  MIL  & FIL

4)   My Siblings

5)  My In-Laws

6) My Friends

7) My relatives

8) My Teachers

9) Allah & Rasulullah


Friday, 12 September 2014

[10 Days Challenge] - Day 8 : 8 Fears

Assalamualaikum & hai readers !!

 Day 8 : 8 Fear

sumber : google image

Tajuk 10 Days challenge aku pada hari ini adalah Fear : membawa maksud ketakutan ...Ketakutan pula adalah satu tanggapan emosi terhadap ancaman..[yang ni aku ambil dekat wikipedia., kalau nak copy semua sekali panjang sangat..hehe]

Aku sebenarnya penakut. Yerrr..ade jugak perkara² yang aku selalu takutkan. Jom baca!

1) ALLAH SWT.


Bagi aku setiap orang yang beragama Islam, WAJIB TAKUTI ALLAH. Hanya DIA yang maha Kuasa ke atas segalanya.




2) ULAR
Geli dan takut kepada serangannya. Walaupun tak pernah lagi terkena patuk [alhamdulillah]..tapi aku still fobia bila nampak haiwan ni. Nak sebut perkataan 'ular' pun takut...dulu² masa kat kampung, kalau bercerita pasal ular kiteorang takkan sebut 'ular'...tapi hanya sebut "u" sahaja. 

COntohnya "ma, saknih kae..maso mi nok g ngaji umah ustak Loh..ado 'u' nitah atas jale! Kkejuk blekar mi,!! mujur tok reboh basika" 

Bila diterjemah :-
" Ma, tadi masa mi(nama manja aku) nak pergi mengaji al-quran kat rumah ustaz Lah, ada ular melintas atas jalan, Terkejut gila mi!! nasib baik tak jatuh basikal..." 

hehe.


3) ORANG JAHAT
Tak kesah la, penyamun, penyangak, perogol, pencuri..segala jenis adik beradik die aku takot..Pendek kata aku takutkan 'manusia' berbanding hantu. Sebab tu aku lebih dan lebih lagi berhati² kalau pergi mane² secara berseorangan mahupun berdua dengan Zahraa. Kalau kat rumah pun sama, if Matcah takde aku akan pastikan pintu sentiasa berada dalam keadaan berkunci. Takut ok...walaupun aku ada seni mempertahankan diri, tapi perasaan takut tu tetap ade. 

sumber : google image

4) BILA KENA JADI PENGACARA MAJLIS
Ni satu lagi ketakutan aku, Jadi pengacara majlis @ m.c. Dahla bos aku suruh aku jadi pengacara majlis bagi program Sahabat Maritim next week! Memang jawab die sorry la bos, saya rasa tak yakin dapat lakukan dengan terbaik. Boleh tu boleh, tapi perlukan kekuatan yang tahap tingginya langit ke awan biru lah ye. 

sumber : google image

Bukan setakat tangan je yang menggeletar, pakej dengan kaki sekali tau!


5) BILA TERLALU RAPAT DENGAN SESEORANG
Yup, Teramat takut sebenarnya. Sebab dah banyak sangat pengalaman jadi macam ni..[antara KAWAN LELAKI dan juga PEREMPUAN].. Kekadang tu aku sampaikan tak faham kenapa boleh jadi masalah, Sedangkan selama ni baik-baik je, makan sepinggan, tidur boleh sebantal, ko pegi situ ajak aku, aku pegi situ ajak ko..ko ade masalah aku tolong..aku ade masalah ko tolong aku...sehari tak chit chat adelah satu kejanggalan...[selalunya ada je yang nak diceritakan].Tapi bila ade je satu salah faham, ataupun mungkin ade yang terguris hati ..tetiba boleh memutuskan persahabatan yang dah terjalin sekian lama..dan bila difikir-fikirkan balik Tu semua hanyalah JODOH. Jodoh kita dan dia hanya setakat tu. Persahabatan dan perhubungan yang terjalin hanya setakat tu je. Allah dah tetapkan..so aku terima je...dan pengalaman ni telah membuatkan aku sentiasa Takut untuk rapat dengan seseorang.
eh..yeke?





6) BILA ORANG KESAYANGAN AKU JATUH SAKIT
Hanya Allah je yang tahu macamana perasaan ni. Mintak jauh,..


7) BILA BARANG-BARANG PERIBADI AKU TERCICIR / HILANG
Takut, nak2 bila hilang pendrive, external hard disk..or memory kad kamera digital/handphone. Bagi aku tu adelah antara benda yang paling personal yang perlu disimpan baik-baik. Bila dah hilang mula lah hati tak keruan, gelisah..tidur malam pun asyik fikirkan benda yang hilang tu. Semua tu menyimpan seribu barang yang berharga..especially gambar dan video..kalau dah hilang...aduh sayangnye..pastu lagi satu aku takutkan adelah sekiranya dijumpai oleh seseorang yang mempunyai niat yang tak baik..huhu...mintak jauh..


8) LAUT

Macam tak logik je kan? tapi tu lah hakikatnye. Skop kerja adelah LAUT tapi aku takut laut. huhuhu..Aku takutkan laut sebab tu aku pilih kerja ni. [nak atasi lah konon]....Aku takut laut sebab laut tu sangat luas,.andai kata kita hanyut ke tengah2 laut kita akan sesat dan SUSAH jumpa jalan darat...Dalam laut pulak..dalammm sangat dan kat dalam pun bermacam jenis haiwan dan bahaya lain lagi yang ada..Sekalipun berada kat dalam laut [walaupun ade bekalan oksigen-scuba diving ke....] aku tetap takut...









Thursday, 11 September 2014

[10 Days Challenge] - Day 7 : 7 most wanted wishlist

Assalamualaikum & hai readers!

Day 7 : 7 most wanted wishlist

1) Hantar ma & abah pergi Mekah



2) Rumah



3) Lesen Motosikal Berkuasa Tinggi



4) Set Pinggan mangkuk vantage



5) Water rafting



6) Refer no 3. Wajiblah Motosikal berkuasa tinggi. macam ni kerr.r.....[eh??]
amik sini


7) Anak ke-2, ke-3 dan seterusnya. hahahahahaa...

Update kebizian aku (konon) dan jugak kisah zahraa

Assalamualaikum & hai readers...

Sorry semalam aku tak sempat nak update blog. 10 days challenge pun sempat buat sticky post entry je. Huhu. Penat, 24 jam sehari tak mencukupi bagi aku. Sehari tu terasa macam cepat je berlalu..errr KONOn bz sangat ko...hahaa

Kalau 2 minggu lepas sibuk dengan persediaan audit drpd Jabatan Audit Negara & jugak perbarisan hari kemerdekaan, minggu ni (ekceli start minggu lepas lagi) bz dengan program sahabat maritim, dan jugak pelupusan ekshibit. Bermula hari selasa, aku start buat tugasan luar..bersama AJk2 dan pegawai2. Masing2 ada tugas yang perlu diselesaikAn..bermula dengan meninjau tapak projek..ukur tu..ukur ni..semak tu semak ni..dan jugak plan itu..plan ni..semalam kami buat tugas luar lagi..untuk mencari supplier bagi cenderahati dan juga banner..backdrop..pendek kata banyak yang perlu dibuat.kami start srvey awal2..tak nak kelam kabut kalau nanti last2 minit baru nak buat..

Hari ni pulak, bizi dengan proses pelupusan barang eksibit. Alhamdulillah selesai satu hal tugas sebenar..belum lagi  selesai program sahabat maritim..dah dapat lagi satu arahan untuk perbarisan sempena harijadi TYT negeri sabah. Perbarisan tu lebih kurang dengan perbarisan merdeka baru2 ni.. Keanggotaan pula adelah dari peserta2 perbarisan yang lepas jugak.ahad dan isnin reheasal.. Manakala hari sebenar adelah hari selasa, 16 september..( cuti umum)😭😭😭 nanges....

-Izz Zahraa dan pengasuh baru-

Alhamdulillah semalam aku dah start hantar zahraa dengan pengasuh baru, iaitu umie su a.k.a akak S. Rumah umie su tu sebelah blok aku ni je, cuma dia tingkat 3. Aku tingkat 1..tak kisah la..janji dia sudi dan larat jaga zahraa..huhu..aku tak kisah pun sape2 yg sudi dan mampu dari segi kesihatan dan tenaga untuk jaga anak aku..cuma aku kisahkan adelah kalau BOLEH..aku tak nak membebankan pengasuh je..takut kalau2 anak aku ni menyusahkan kerja dia je...yer kerja mengasuh anak orang ni bukan kerja yang senang..kerja ni memenatkan..nak layan lagi kerenah anak orang..kalau mood tgh ok tak pe lah..buatnye meragam nak tu nak ni..pendek kata aku ni risau dan segan...kalau2 pengasuh tu sendiri terasa 'agak terbeban..' Atau pun terlintas dalam hati..'susahnye jaga budak ni' huhuhu...wallahuallam..

Mintak2 la umie su tak terasa terbeban sgt dengan kehadiran zahraa..buat sementara waktu ni..dah la umie su pun ada sorang lagi anak asuhan kat rumah dia..hope semuanya ok la..

Petang semalam aku duty..balik kerja lambat..aku dah call n bagitahu yg aku x dapat ambil zara..abi zara yang akan ambil nanti..

So tak sempat nak sembang panjang2 dengan umie su..aku hanye call tanyakan keadaan zara..

Tengahari semalam umie su dah call aku..bagitau zara tak nak minum susu dan makan...makan dan minum sikit2 je..dia risau..tapi aku dah bgtau awal2..zara memang kurang menyusu botol (susu formula)..sekali minum pun paling banyak 3oz je..kalau x 1-2oz.
Mungkin sebab zara kuat BF dengN aku malam2.. Sbb tu dia kurang suka botol...pastu nestum pun sama..bukannye dia nak pun..aku bagi tu just standby je incase xde pape yg dia nak mkn..tapi dah tau yang dia akan makan paling banyak pun 2 sudu kecil kfc tu je. Same jugak dengan biskut2..tapi biskut tu dia makan jugak..coz dia suka pegang makanan tu..kekadang kalau aku ada masa aku buat puree buah2an..kurma..labu..pisang ..n bawak bekal dekat umah pengasuh..bubur pun selalu jugak buat tapi dia tak suka..makan sikit je..selalu dia tak nak makan..

Lepas aku cakap yg zara dh blh makan nasi lenyek2..umie su bagi makan nasi..alhamdulillah zara makan dengan penuh berselera.dia suka kunyah2 nasi yg dimasak lembut2 tu....umie su cakap seronok tengok dua org anak asuhan dia tu berselera bila bagi makan nasi..

Malam tadi aku tak dapat lelapkan mata..imsonia kah orang panggil? Selalu jadi cam tu kalau dah terlampau penat..dekat pukul 2 lebih baru dapat tido..dah 2-3 malam aku jadi cmtu..

-hari ni- 

Aku  harap zahraa ok la duduk dengan umie su..ibu harap adik behave..jangan manja2 sangat..adik kena berdikari..duduk baik2..jangan noty2..ibu ngan abi kerja..umie yah ngan abah pun masih kat kampung..nasib baik ada orang sudi jaga adik..kalau tak..terpaksa ibu ambil EL..sebulan..huhuhuhu.. *nanges*


P:s : penat, panas..tak cukup tido..tak cukup rehat..


I need a holiday.......








Wednesday, 10 September 2014

[10 Days Challenge] - Day 6 : 6 Place

Assalamualaikum & hai..

Day 6 : 6 places

1) bachok, kelantan.

Tempat lahir aku. Tempat aku membesar. 21 tahun aku berada di bumi kelantan..tak pernah sekalipun aku keluar dari negeri kelantan untuk satu tempoh yang lama. Paling lama pun beberapa hari je tu pun lepas SPM..aku pegi umah kakak aku kat KL..

2) tanjung pengelih, pengerang, johor

Buat pertama kali dalam hidup, terpaksa berpisah jauh dengan ma, abah & adik beradik..nenek (mok)..che ngah..aku menerima jawatan sebagai laskar kelas 1 maritim dan terpaksa menjalani latihan rekrut perajurit muda TLDM dan APMM dari Julai-disember 2008.. Banyak kenangan pahit dan manis..suka dan duka kat sana.. Kat situ tempat aku kenal erti ketenteraan..sakit dan sakit..(eh macam banyak pulak sakit aku tu?) hehe.. Kenangan manis pun banyak..banyakk sangat..kalau nak cerita satu hari pun tak habis..belum lagi cerita pasal kenangan tak berapa manis..yang agak banyak jugak lah..semua terpahat dalam ingatan..takkan sekali2 ku lupakan..kat situ aku dapat belajar pelbagai ilmu dan pengalaman yang sungguh berharga..berenang, menembak, kawad dan perbarisan....terima kasih buat tenaga2 pengajar..jurulatih2 semua ..

3) kuantan, pahang

Halatuju seterusnya selepas rekrut TLDM..kat sini aku menjalani latihan lanjutan selama lebih kurang 4 bulan..latihan lebih kepada teori..banyak kuliah dan exam yang perlu ditempuhi..alhamdulillah semua dapat akhiri dengan jayanya....

4) pantai bukit keluang, besut terengganu

Kat sini aku menghadiri kursus Biro Tatanegara (BTN)..masa tu wajib ade kursus tu...nama tempat kiteorang menginap tu pun aku dah lupe..-'adui teruk je kan huhuhu..mungkin tak best sgt so aku tak berapa ingat...ampunn...

5) melaka bandaraya bersejarah

First time ke melaka..kerana perlu hadiri kursus BASIC SAFETY TRAINING @ BST.. Kursus ni dijalankan di ALAM(akademi laut malaysia)..TERUJA!! Kami diatur gerakkan secara berperingkat..dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan..kelas teori dan amali dilaksanakan..antara modul yang paling aku tak dapat lupakan..modul MKMA(melawan kebakaran memadamkan api - ehh yeke????) hahaha nyanyuk sudaa tapi lebih kurang lah.. Di mana aku dan beberapa rakan kumpulan..dikehendaki melakukan latihan amali - masuk dalam rumah yg gelap dan terbakar..dengan memakai BA SET.. @ breathing apparatus set..latihan ni adelah untuk memberi persediaan kepada semua anggota sekiranya ada kebakaran di kapal ( mintak jauh )..

Latihan yang aku lalui kat sini tersangat best..antaranya jugak..latihan menaiki pelampung keselamatan (life raft).. Pada mulanya kami dikehendaki terjun ke dalam kolam latihan..dari satu ketinggian yang agak tinggi.(menggigil kaki i tau x) ...dengan memakai jaket keselamatan..
Kemudian berenang ke atah life raft.. Dan  belajar cara2 terbalikkan life raft..sekiranya ( life raft tu berada dAlam keadaan tak stabil..) satu pengalaman yang sangat2 best.. :)

6) kota kinabalu, sabah

Unit pertama aku, permulaan dalam hidup untuk bekerja..berbakti pada negara..datang ke KK SEORANG DIRI (ditemani rakan2 se-kelas) hanya dengan sebiji bagasi shj..skrg dah selori kot(ntah ape lah bnyk pulak barang aku ni)..alhamdulillah...syukur...dgn rezeki yg diberiNya..tempat di mana aku menerima harta dunia dan akhirat yang paling mahal dan berharga sekali..iaitu SUAMI DAN ANAK...alhamdulillah..

Tahun ni, tahun ke-5 aku masih di sini..kalau ada rezeki dapat pindah ke semenanjung..aku bersyukur..tapi masih belum pernah buat surat untuk dipindahkan...sebab? Aku masih ok kat sini..alhamdulillah masih tak ada ape2 masalah yang 'membebankan' aku dan suami kat sini..lagipula, suami masih dalam proses menyambung pengajian..dah semester 5..insyaallah kalau x ada aral melintang..tahun depan dia dah dapat segulung diploma..insyaallah..tak kisahlah diploma ke ijazah.janji dia masih ber minat nak belajar.,insyaallah jugak..lepas tu kami plan nak sambung degree sama2..doakan kami..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk menyambung pengajian bersama2 kelak.. :) terima kasih..love u..


Tuesday, 9 September 2014

Kematian

Assalamualaikum & hai..

Al-fatihah..jom sama2 kita sedekahkan al-fatihah buat kesemua umat islam yang telah pergi bertemu Illahi. Hari ahad bersamaan 7 sept. 2014 pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan berita kematian IBU kepada kawan baik aku n matcah, iaitu abah zara [husband kepada umie]. Punca kematian adalah kerana sesak nafas dan serangan asma.. Ya allah, betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 

Tanpa melengah2kan masa, aku, zara, hubby dan seorang lagi rakan menghantar abah dan umie zara ke airport KKIA T2. Jam menunjukkan pukul 8.25pagi. Sepantas yang mampu hubby drive untuk ke pejabat terlebih dahulu bcoz abah zara masih berada kat sana [duty malam tu]. Sampai je pejabat terus berkejar ke airport.

Setibanya di airport, kiteorang bergegas ke kaunter, dengan harapan dan doa moga2 mereka sempat menaiki flight yang paling awal, iaitu flight pukul 9.30. Namun staff di kaunter berkeras mengatakan "tiket sudah tidak boleh dibeli" kerana masa tu [kalau penumpang biasa yang nak cek-in pun dah tak boleh] dek kerana Kuasa Allah taala, setelah berunding dengan manager [melalui panggilan telefon] abah dan umie zara dapat menaiki flight pukul 9.30 di atas kes kecemasan. Alhamdulillah ya allah..Engkau permudahkan..syukrann.

Selesai menghantar mereka, kami bertolak balik..sempat singgah di kedai mamak untuk mengisi perut yang kosong.

********************

Dugaan di perantauan, Dugaan yang tidak kenal masa dan ketika. Hakikat yang perlu ditempuhi. Seandainya ada berita buruk yang tidak diingini terjadi...namun terpaksa juga kita hadapinya. Kun Fa Ya Kun. Kalau Dia katakan akan terjadi. Maka jadilah ia.

********************

Misi mencari babysitter sementara



Rentetan kisah 1..secara tak langsung juga memberi sedikit kesan buat aku sekeluarga...kami pasrah dan akur dengan ketentuanNya..Allah menguji kami..buat pertama kalinya masalah yang menimpa sepanjang 7bulan umie menjaga zahraa.. Selama ni alhamdulillah tidak pernah lagi timbul masalah untuk menjaga anaknda tercinta. Tapi ape kan daya, langit tak selalunya cerah. Dan kejadian yang berlaku bukan secara disengajakan. Semua sudah tertulis olehNya.

******************

Bantuan segera diperlukan. Kerana esoknya tu (isnin,8-9-2014) ..aku Call akak N, namun dukacita sebab akak N tu dah ramai anak asuhan. Dan tak mampu nak menolong aku. Its ok, aku pun faham. Then cubaan kedua kepada akak z. Alhamdulillah beliau sudi menolong aku untuk beberapa hari. Syukur ya allah. Pada fikiran aku, kalau boleh cari babysitter untuk hari isnin sahaja pun dah CUKUP BERSYUKUR..kalau tak jumpa jugak terpaksa lah aku Emergency Leave (EL). 

Akak z tu merupakan isteri kepada rakan sekerja jugak..tapi permasalahan adelah akak tu rupanya sekarang tengah mengandung 7 bulan, aku memang tau dia mengandung tapi tak ku sangka dah masuk 7 bulan..aku ingatkan dia baru beberapa bulan...huhu. Sebenarnya aku tak berapa nak call dia.sebab aku tahu orang pregnant ni penat die macam mana...n perlukan banyak rehat..tapi dah terdesak sangat terpaksa jugak mintak tolong dia..(malu

Ya allah Kau kurniakanlah akak z dan keluarganya rezeki yang melimpah ruah di atas pertolongan beliau terhadap kami sekeluarga..aku tak tau macamana nak balas jasa baik dia sekeluarga.

****************

Saat ini. Sehari sudah izz zahraa menumpang di rumah akak Z..alhamdulillah allah permudahkan. Aku dapat Agak sukar jugak akak Z uruskan zahraa..selama 7 bulan dia dah dimanjakan oleh umie n abah...dah serasi ngan umie n abah..dan tiba2 diuruskan oleh orang asing baginya...mungkin bila dah "bertukar tangan" ni dia dapat rasai kelainannya. Mungkin dia memberontak secara kecil..tu aku tak tau..wallahuallam..

akak Z cakap smuanya ok..senang nak urus n jaga zahraa..tapi aku dapat rasai yang zahraa mungkin dah seharian memenatkan akak Z..huhu..ya allah malunya aku dekat akak Z sekeluarga. Adekah malam ni akan Z sakit2 badan sebab seharian menjaga anak aku yang  makin banyak idea3 baru untuk meneroka itu dan ini? Allah, kau berikanlah akak Z kesihatan...huuuhu...maafkan sy ye akak..

***********

Balik dari umah akak Z..,kami berbincang  kepada siapa lagi harus diminta pertolongan. Akak Z tak boleh dibebankan lagi dengan anaknda tercinta kami.. Walaupun akak tu cakap tak pe lagi untuk beberapa hari..tapi  perasaan tak nak menyusahkan dia tu tetap aDe.. Jalan terakhir yang terlintas dalam kepala aku adelah dengan bawak ma aku datang sini..tu je lah jalan pengelesaiannya. Tapi bila tengok tiket flight..ya allah mahal la pulak..huhuhu..(nanges)

************

Alhamdulillah...allah kurniakan aku kawan2 yang masih membantu aku...

Ada yang menghulurkan bantuan..tolong carikan pengasuh baru..dan tak lupa jugak yang nak turut sama bantu menjaga anaknda..

Syukur.. Aku dikelilingi insan2 yg amat baik budi pekerti dan ikhlas menolong ketika kami susah...

Insyaallah esok aku akan jumpa akak A...akak A akan bawak aku jumpa akak S tuk berkenalan...akak A dan S pun sama..kesemuanya isteri kawan2 skerja jugak...

Semoga allah permudahkan urusan aku hari ni...


In sha allah







[10 Days Challenge] - Day 5 : 5 foods

Assalamualaikum dan hai!!

5 foods yang aku paling suka.







Homesick. Miss u mom!

Monday, 8 September 2014

[10 Days Challenge] - Day 4 : 4 Books

Assalamualaikum dan hai!!

Buku. 4 pulak tu. Susah jugak ape lah aku nak citer ni ye? Aii nampak sangat aku ni bukan jenis sukakan buku. Yeppp aku bukanlah "pemBUKU" . Lol. Ada jugak ke istilah pemBUKU? Mintak ampunnnn. Ok aku terai mai besh la ok.

1) lagenda budak setan - ahadiat akashah


Ni novel pertama yang aku rasa paling berhantu. Semua budak2 kat asrama aku duk gile kan novel ni. Aku tak mampu nak beli novel tu just mampu pinjam je dengan kawan2. Seingat aku budak2 ni pun pinjam meminjam jugak la, lepas sorang, sorang pulak baca. Gilir2 n wajib cepat baca. Sanggup balut buku tu dengan kertas a4, pastu tulis "KAMUS" kononnye tengah rAjin baca kamus. Dah jadi trend kot pade masa tu buat camtu. Semua budak2 pmpuan buat camtu coz x nak novel tu kena rampas kat penyelia asrama. Hihi.

Novel ni memang best sangat2. Jalan cerita pun menarik. Pastu tak sangka la pulak orang akan buat filem cerita tu. Sebab tu masa filem LAgenda budak setan keluar, aku ngan matcah sanggup pas keje terus pegi tengok kt pawagam. Tapi duduk seat sorang depan dan sorang lagi belakang. Eksaited giler. Sampai tak kisah kena duduk jauh2. Huahuahua.

Novel seterusnya aku copy n paste je dia punya sinopsis dari website www.alaf21.com.my ye. TQ. Sebab keseluruhan novel2 ni sama gak aku baca zaman duk asrama dulu je. Bila dah masuk alam kerja ni tambah2 pulak dengan internet yang membngun, aku dah tak minat nak membaca novel. Masa banyak terisi dengan lama2 sosial. Kihkihkih.

Pernah jugak aku beli novel, masa tu  baru masuk unit kerja kat KK sabah.dari 2008.sampai sekarang pun aku masih tak habis2 baca lagi dua novel tu. Dah 6 tahun kot??? Hahahhaa...

2) jendela hati - aisya sofeA
Sinopsis

Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.


Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah "ganti tikar" yang berlandaskan "keterpaksaan" bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.

3) kau untukku - aisya sofea



Sinopsis

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.


Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.

Kau Untukku; indah, Romantis dan membuai perasaan. Sentuhan terbaru Aisya Sofea setelah Jauh dan Jendela Hati.

4) Projek memikat suami -  hanina abdullah

Sinopsis
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
 
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
 
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
 
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!
p/s : mintak maaf banyak2 ...copy n paste je huhuhu

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts