Friday, 22 August 2014

SEE U IN JANNAH KAWANKU - AL-Fatihah [ MH17 ]

Assalamualaikum..

Al-fatihah dan salam takziah buat mangsa tragedi MH17.

 "Ya allah, kau ampunkanlah dosa2 mereka, tempatkanlah mereka di Kalangan orang2 yang beriman. Kau berikanlah kekuatan kepada keluarga mangsa, cekalkan hati mereka, berikan mereka ketabahan dalam menghadapi ujianMu ini."

Amin.


Allah, sebak hati aku tatkala melihat gambar yang orang share kat Facebook. Gambar yang menunjukkan anak kepada Arwah Ahmad Hakimi bin Hanapi yg sama usia dengan anaknda aku, zahraa iaitu 9 bulan yang turut sama menunaikan solat jenazah buat arwah bapanya sendiri. Sang anak kecil yang masih belum mengerti, tetapi seakan2 tahu bahawa ayahnya telah pergi buat selama2nya. Air mata aku gugur sepantas kilat. Fikiranku terus terfikir bagaimana sekiranya berlaku kepada aku? Mampukah aku hadapi semua ini? 

Sedih, sebak, sayu hati..mengenangkan nasib si kecil dan juga balu arwah. Aku yang tengok depan tv sahaja pun boleh menangis teresak-esak, apatah lagi mereka keluarga terdekat? Ya allah, sesungguhnya Kau kuatkanlah hati-hati mereka. Jangan Kau rapuhkan perasaan mereka. Semoga mereka mampu teruskan sasi baki hidup tanpa insan kesayangan mereka.

Aku hanya sempat mengikuti perkembangan proses perkabungan tu melalui berita jam 8 malam. Hari ni aku agak sibuk di pejabat kerana esok pejabat aku ada majlis rumah terbuka aidilfitri yang telah dirancang sekian lama. Dalam membuat persiapan yang agak sederhana, insyaallah majlis akan diadakan pada esok hari. Insyaallah dalam suasana yang bersederhana. -[Maafkan kami (bagi keluarga dan kenalan mangsa tragedi MH17).]

Al-fatihah sekali lagi buat arwah ahmad hakimi hanapi:- 

  • arwah merupakan senior aku masa sekolah menengah kebangsaan dato' ahmad maher, kota bharu kelantan (2000-2002)
  • arwah merupakan sesepupu kepada kawan aku (Ameen Fahmy dan isteri dia Siti Khadijah-dua2 ni ex-SM teknik Bachok, Kelantan)




Al-fatihah dan salam takziah.



-Sorry mat min, aku copy gambar kat FB mung - ( kot2 mung terbaco blog aku...huhu)










-SEE U IN JANNAH-



1 comment:

azizah :) said...

sebak.. sedih.. sayu! bila org share tentang mh17 ni menitik air mata.. muka keluarga mangsa tabah hadapi dugaan..

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016