Tuesday, 19 August 2014

Resepi ayam singgang kelantan

Assalamualaikum,

Biasa korang selalu dengar ikan singgang dan daging singgang kan? kali ni jom aku share satu lagi resepi iaitu resepi ayam singgang kelate. 



-versi aku, tapi sepatutnya warna kuah tu kena merah² sikit-

Sebenarnya lauk ayam singgang ni kiteorang tak familiar sangat di area kampung aku. First time aku makan adalah beberapa tahun yang lepas di rumah tok sedara aku (bapa saudara mak aku) di kuala krai, kelantan. Mula² jumpa lauk tu aku rasa pelik jugak sebab belum pernah makan lagi..tapi bila dah makan, berpinggan² lah nasi yang aku bedal. :)

Resepi ayam singgang kelate

Bahan-bahan :-
  • 1/2 ekor Ayam - potong ikut suka
  • 3 keping asam keping
  • lengkuas [lebih kurang 2cm]
  • bawang merah - 1 ulas
  • bawang putih - 3 ulas
  • cili kering 
  • lada besar
  • kacang bendi
  • garam e
  • gula
Cara-cara :-

1) Tumbuk kasar halia, bawang merah, bawang putih, cili kering, dan lengkuas.

2) Satukan ke dalam periuk, masukkan kesemua bahan tumbuk tadi bersama2 asam keping.

3) Bila dah mendidih, masukkan ayam, garam dan gula. Kemudian bila dah masak, masukkan kacang bendi serta lada besar. 

4) Siap dan sedia untuk dihidangkan, bersama2 ulam dan budu. Lebih enak jika ikan goreng disertakan sekali. Makan berpinggan2 pun tak sedar..hehe..







Ikan goreng aku tu dah kenape hitam sangat? Hehe.

2 comments:

CikNaa said...

euwww..macam sedap! boleh cuba..

eamy milea said...

Selamat mencuba ye ciknaa :)

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016