Sunday, 31 August 2014

PERBARISAN SEMPENA HARI MERDEKA 2014

Assalamulaikum & selamat petang

Salam kemerdekaan yang ke-57 aku ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA. Tema merdeka tahun ni, betul2 memberi erti buat kita semua. 

Alhamdulillah aku bersyukur tahun ni aku dapat menyertai perbarisan sambutan hari merdeka. Acara ni merupakan acara tahunan yang wajib kiteorang sertai sebagai anggota pasukan keselamatan negara. Tahun lepas kan aku preggy, time tu aku tengah sarat dah 6 bulan lebih kalau tak silap aku. Memang awal2 lagi nama aku dah kena reject dari join kawad. Sebenarnya tiap2 tahun sebelum ni aku dah join kawad tu. Makanya tahun ni awal2 lagi aku dah bagitau penyelia aku yang aku nak join perbarisan hari kemerdekaan ni. Best tau, time ni lah nak sambut dan rasai sambutan hari yang bersejarah dalam negara kita ni. 

Selfie welfie dan ber fiee fieee lah kamuuu..hehe..aku dengan buddy aku tu kena pegang plate card.jalan depan sekali masa kawad. Si mamat pakai speck tu bekas budak praktikal di ofis aku dari Saito college. Namanya vincent @ mike. Dia adelah antara student2 praktikal yang paling best yang pernah aku kenal la. Yang tudung merah tu fadylah @ dyll..dia pun student yang tengah praktikal kat ofis aku. Kirenye dia tu junior kepada c vincent ni la..di pun best jugak. Pendek kata semua best2 lah.. Hehee

Sebelum aku dapat kerja ngan gov ni, aku tak pernah lagi hadir mana2 sambutan hari merdeka.  Paling cokia pun aku sambut dekat sekolah je lah. Bila dah kerja ni setiap tahun acara wajib yang aku dapat join adelah perbarisan kemerdekaan, dan jugak perbarisan sempena harijadi Tuan Yang Terutama (TYT) @ kalau kat negeri lain hari keputeraan sultan. Kat sabah ni Hari TYT disambut pada 16 september. So lepas kiteorang kawad merdeka, seterusnya kena kawad TYT la pulak. :)


Sempat lagi posing dengan abang2 komando / special branch Jabatan penjara. Dan jugak dari PDRM ( pic atas)  

Sebut pasal jabatan penjara, sempat aku terjumpa dan bersembang dengan pegawai penjara yang jadi pembantu pegawai pemilihan fiZikal bagj jawatan penolong penguasa penjara KX27 baru2 ni. 

Aku yang cam dia, dia tak cam pun aku, tapi lepas aku bagitau yang hsband aku ikut naik van sekali tu baru dia cam. Siap kutuk aku lagi yang semput2 masa habiskan larian tu. Muahahaa. Malu aku ko kutuk akh depan abang2 komando tu!! Hihi tapi biase je la aku, dah memang aku semput2 pun hahahaa..[janji nak citer pasal pemilihan fizikal dan interview tu tapi masih tak cite2 lagi]

Pagi tadi aku keluar awal sebab taknak tersangkut dalam jem. Paling awal aku keluar pukul 6.02 pagi. Bersemangat sakan. Ni lah kalau dah kemaruk nak berkawad kan. Hihi. Rindu weh, setahun tak kawad..camni lah jadinyaaa..mih mih mih..

15 minit je aku dah Sampai dekat stadium likas, jalan clear, mungkin srbab aku awal dan jugak mungkin sebab hari cuti...kat sana dah kelihatan ramai peserta2 kawad tengah ambil tempat. Nasib lah ada parking kereta, cuma jauh sikit la. Tak pe memang aku sengaja letak jauh so that nanti senang nak keluar. 

Lepas breakfast terus kiteorang ambil tempat..dari jam 6 suku aku smpai, lepak sampai pukul 9 ke gitu lah, baru stat perbarisan. Aku tak pakai jam, handphone pun aku tak tengok sangat. Yang aku perasan masa aku jalan keluar tu dah dekat pukul 9.45pagi. Kirenye kejap je la perbarisan tu. 


Ni antara beberapa peserta yang sempat bergambar. Masing2 dah nak cepat balik, termasuk lah aku. Penat jugak weyh dari pukul 6.30 lagi berdiri. Tadi pun ada 2-3 orang yang kena usung.budak2 sekolah kot..aku pun risau jugak kot2 aku pitam ke pengsan ke..maklumlah lepas beranak ni stamina dah makin kurang. Kalau dulu bleh je berdiri 3-4 jam, sekarang baru je 2jam dah agak semput..tu belum jogging lagi...Phewwww.. Kna start exercise balik nih..x cukup setakat makan jamu je gahahahaahahahaa

Ok lah dah panjang aku merapek..selamat hari merdeka daripada aku sekeluarga. 



1 comment:

azizah :) said...

bestnyaaa... serius last dulu perbarisan masa sekolah je..

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts