Saturday, 16 August 2014

Pengecas bateri iphone 5S

Bila dah beralih arah dekat apple (baru je 4 bulan) semua kena belajar balik satu-satu. Dari A-Z. Dahla aku zero knowledge.

Kenapa aku beralih dari samsung kepada apple? 
Jawapan dia satu je : saje suka2. Eheh. Boleh pulak camtu ko.

Sebenarnya aku terpikat dekat iphone ni dah lama dah. Cuma kali ni je aku terus nekad nak jugak pakai. Huhu. Banyak kelebihan apple ni kalau nak dibandingkan dengan jenama lain. Si pemakai2 apple sahaja tahu ape kelebihan itu..(korang google sendiri k..) hehe.

Mula2 pakai iphone, benda pertama yang aku belajar adalah cara nak masukkan simkad ke dalam telefon. 

Jakun keyyy...

Nak kena potong dulu simkad tu baru boleh pasang. Dah la x boleh suka2 ati nak potong sendiri, kena potong ikut size dia dah.

Kang tersilap potong terkena cip ke ape ke..pandai sendiri la korang pegi buat balik simkad tu hehe. 

Dan waktu nak pasang simkad dekat iphone pulak, satu hal. Kena ada alat die sendiri. Tak boleh guna kuku kite. Kalau hilang alat penyucuk (bagi nama sendiri) tu susah la nak bukak simkad tu huhu.

Pastu pasal charger.. Cerewetnye ya ampun. Kena jaga baik2 tak boleh selambe badak gulung sesuka ati aku macam dolu-dolu. 

kaler kabel aku ni dah jadi buruk ntah kenape jadi camtu. huhu

Tetiba ada sticker mickey mouse. Motifff?? 

Taknak berebut dengan matshah. Kang dia ngaku tu kepala charger dia hehehe. [sorry cayang]

Kalau korang perasan, ada gegelung spring kat hujung kabel tu. Spring tu aku cabut dari pen yang kita kena tekan2 kalau nak pakai..ayat ko cam ape ntah ni eamy oioiiiii..hahaha


Spring tu kena pakaikan kat kabel tu bagi menjaga kualiti kabel tu dari cepat rosak. Kan kita ni kalau tengah cas pun mesti pakai telepon jugak. Errr.. Ke aku je camtu? Haha..

Sekarang ni aku nak kena cari lagi satu spring untuk dipasangkan dekat hujung kabel lagi satu tu. Sepatut dua2 kena pasang. Cuma aritu je aku cari tak jumpa2 pun pen yang dah rosak.

Kat kedai pun ada jual kot..aksesori untuk cegah kabel tu dari rosak.tapi aku x sure lah dekat KK ni senang nak cari ke tak. Kalau korang tau boleh la bagitau aku.

Aku dah join dah group iphone5s dekat fb. Tapi kadang2 tak membantu sangat pun. Kena banyak tanya2 orang yang dah pakai n hebat bab2 iphone ni. Biase aku berguru dengan adik aku, Redha. Dia memang hebat bab2 ni n semua benda kot dia hebat. Hihihi. Pastu ada jugak aku tanya member2 yang terrer pasal iphone. Tak tahu kena tanya.  Bukan jadi bodoh sombong, tak gitu kan? Hehe..

Kabel ni kawan aku cakap harga dia je dalam RM70 satu. Harga kepala charger pun sama. Lebih kurang tu jugak. So kalau ko cuai, lupa letak charger ko kat mane, menangis jugak lah kalau nak beli charger baru.. Sobsss sobss sobbsss...

P/s : charger iphone 5s sama dengan charger ipad. 






No comments:

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts