Friday, 1 August 2014

Panggilan Temuduga SPA - Penolong Pegawai Penjara KX27

Alhamdulillah,
www.prison.gov.my

Aku telah dipanggil untuk temuduga, 21 ogos ni.. Kali ni jawatan Penolong Pegawai Penjara, KX 27. Sepatutnya 1 Julai baru-baru ni aku perlu menjalani ujian berkomputer [secara atas talian @ online]. Tapi last minit SPA SMS mengatakan bahawa aku tak perlu lagi menjawab ujian berkomputer tersebut dan akan terus dipanggil bagi sesi temuduga.

Sebenarnya, sebelum ni aku dah hadir Pemeriksaan Fizikal untuk jawatan ni yang telah diadakan di Penjara Kepayan, Kota Kinabalu. Tapi aku segan nak heboh-hebohkan kat orang. Ni pun aku tak berniat nak hebohkan aku just share je kat dalam blog, untuk kenang-kenangan aku. Harap tak ada lah yang salah anggap pulak. Bukan nak menunjuk2 pon. Alah baru je temuduga, belum tentu lagi dapat.

Oh ye, Bulan JUN lepas juga aku dah pergi Temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PPLV) - J29. Yang tu belum lagi dapat tau keputusannya. Taaaapi, aku tak yakin sangat lah. Boleh dikatakan agak kecewa sebab aku tak dapat menjawab dengan baik. Mungkin bukan rezeki aku. Peluang nak dapa jawaan tu pun macam agak tipis, kalau ada rezeki, alhamdulillah..tapi kalau tak de..cuba lagi tahun depan...huhuhu...

Ramai pulak tanya2 aku, kenapa pihak SPA ni asyik panggil je aku pegi interviu...huhu...aku pun tak de jawapannye.Aku bukan selalu update pun permohonann tu...just isi serentak dengan permohonan 2-3 tahun yang lepas tu je..ntah la mungkin nama aku agak bertuah kot tu yang asyik kena panggil..[dapatnye tidaaaakkk...hahaa]

Insyaallah kalau ada masa free nanti aku update pengalaman temuduga tu..ok... :)

Tolong doakan aku, thanks... :)

babai...

3 comments:

Anonymous said...

kita sama .. :) saya pun pegi temuduga tu .. tpy, 22 ogos .. Labuan :)

eamy milea said...

Yeke awk..good luck k.. :)

azizah :) said...

mudah2an awak dapat kerja tu yunk..gudluck

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts