Wednesday, 20 August 2014

Kenangan Aku Menaiki Trak Penunda


Teringat zaman aku sekolah menengah dulu...masa tu tahun 2000 di mana aku berada di tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'Ahmad Maher, Kota Bharu Kelantan. Aku [waktu tu aku menginap di asrama], setiap 2 minggu sekali aku akan balik ke rumah, dan bila tibanya  petang sabtu, aku akan bertolak dari rumah aku ke tempat kerja abah aku dengan menaiki bas. Masa tu abah aku masih lagi mengusahakan bengkel motor beliau dekat Lundang, tak jauh dari sekolah aku. 

Kemudian abah aku akan hantar aku ke asrama sekolah dengan menaiki motosikal. Kadang-kadang aku naik motor biasa yang abah aku tengah repair. kadang² dengan motor klasik yang kawan dia punya, tak pun dengan koleksi motor² klasik lain yang ada kat bengkel abah aku [ada yang milik abah aku, ada yang kawan² dia punya] - Abah aku ni pomen moto, dan juga berkebolehan membaiki moto klasik - motor antik yang berkuasa besar. 

Lebih kurang macam ni :-

sumber : google


   dan jugak ini :-
sumber : google


Kadang-kadang jugak naik kereta abah aku, (kalau dia bawak kereta antik dia- masa tu abah aku pakai kereta ford cortina. macam dalam gambar kat bawah ni.




Tapi.............Bukan pasal kereta ni aku nak ceritakan. 

Sebenarnya aku nak ceritakan pasal kereta yang kat bawah ni...


ni


ha


huhuhuhu....

Sumber : google
Tu merupakan towing truck.. a.k.a trak penunda. Pernah satu ketika, abah aku terlampau sibuk dengan bengkel motor dia, ramai customer tengah tunggu abah aku siapkan motor yang rosak.  Dah hal itu telah menyebabkan abah tak sempat nak hantar aku ke asrama. Masa tu dah dekat pukul 6 petang, iaitu waktu paling lewat masuk asrama pada ketika tu.

Kebetulan tu jugak lah, datang pulak kawan abah lepak kat kedai abah aku, dengan menaiki trak penunda macam gambar kat atas tu. Pastu abah aku surh pak cik tu tolong hantarkan aku. Aku ni dalam hati, aduh buat ape lah pak cik ni nak datang time² tu jugak! huhu.. Malu weii..g asrama sekolah naik towing truck!!! Muncung je mulut aku. Nak menangis pun ada.. dengan kawan abah aku yang duk usik² aku - dia gelakkan aku sebab aku muncung dengan abah aku. hehe. Tapi aku terpaksa jugak sebab masa tu dah dekat nak lewat dah. Tebalkan muka je lah, lagipun aku ni bukannye sesiapa pun kat sekolah masa tu. Budak kecil lagi [form 1 kot?] junior sangat. Bukan ada orang nak kenal pun aku ni, lain lah kalau aku ni femes. hehe.

Aku dah hampir lupa citer ni, samaada aku call ma aku bagitau citer ni...or abah aku sendiri yang balik citer kat ma aku. Aku lupakan je kes tu. Entah la, mungkin masa tu aku kecil lagi aku pun bukan nak simpan dalam hati sangat. Masa tu aku lebih dikatakan tidak matang, selalu homesick...nak balik....call ma aku just nak bagitau suruh datang melawat aku kat asrama, bawak air masyok...[air masak]- dah macam tak de benda lain aku nak suruh mak aku bawak..hahahhahaaa...

Seboleh² nya aku nak berenti je dari sekolah tu, kenape? sebab aku tak nak berjauhan dan taknak tinggal di asrama...huhu...

Tapi bila aku dah besar..dah dewasa...baru aku tahu cerita sebenar.tau pun masa akak aku dan adik beradik lain sama² imbas kembali zaman kecil² kami,cerita tu cerita ni sampai terkeluar balik citer aku naik towing truck ni..rupa²nya ma aku marah sangat dekat abah aku lepas tau yang abah suruh kawan dia hantar aku ke sekolah dengan menaiki trak penunda. Mula² aku dengar ma cakap, aku tersentuh hati. Tak ku sangka ma aku yang dulu selalu marah²kan aku sebab selalu buat hal [ call...nangis nak balik..ngade²...dan sekutu² dengannye]..rupa²nya amat pentingkan perasaan anak dara dia ni. Love u ma! Love u too abah! 

Aku? Tak kesah pun sebenarnya naik motor ke naik towing truck ke, malu ke tak malu ke..diorang tetap ma abah aku, tanpa mereka siapalah aku.

Aku tahu kenapa dan sebabnya .....

satu je...

coz mereka sayangkan aku...dan adik beradik yang lain....dan mereka sehabis baik berusaha untuk melaksanakan tugas mereka sebagai ibu dan ayah buat kami semua.


Tapi yang pastinya, tu kali pertama dan terakhir aku naik trak penunda! hahahahaaa Tak sanggup dah woiiii...hihi

















1 comment:

azizah :) said...

hahahaha sweet :) kenangan tu dear. bukan semua og dapat naik towing tu..

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016