Saturday, 16 August 2014

Duty di hujung minggu

Assalamualaikum..

Hai korang, buat ape tu? Jalan kat openhouse ke? Or jalan2 ngan family? Bestnye..huhu.. Aku bertugas hari ni (on duty). Terpaksa jugak relakan diri untuk datang ke pejabat. Tapi bukan macam hari kerja biasa, duty di hari cuti adalah umpama datang berehat di pejabat je. Tak ada kerja penting yang perlu disegerakan. Tak ada customer (customer aku dari kalangan staff maritim je) yang datang nak uruskan itu dan ini. 

Kadang-kadang aku rajinkan diri siapkan mana-mana kerja hakiki aku yang perlu aku siapkan. Atau settle kan yang mana masih tertangguh. Atau kadang2 aku melayari internet je sampai tak sedar dah nak habis waktu duty. Hihi. Teruk kan aku ni. Tu kalau betul2 tak de kerja je la. Biasanya ada jugak kerja yang kena buat.    Bergantung atas arahan pegawai atasan jugak. 

Pagi tadi aku terjaga lepas dengar zahraa membebel2 dalam bahasa dia. Lepas mandi n solat, aku bangun siapkan makanan bekal dia untuk dibawa ke rumah babysitter. Menu bekal dia hari ni, puree labu, dan juga aku cuba resepi baru iaitu chicken cakes. Tepung di gaul bersama daging ayam yang tlh direbus kemudian potong kecil2 then bakar atas prmanggang ajaib. Lebih kurang nugget la kot..kelam kabut masak smpaikan tak sempat nak snap gambar. Huhu.

Matshah ada kuliah hari ni, dah banyak kuliah dia terlepas gara-gara cuti raya yang lama. Hehe. Dia mandi n siap ke kuliah, tanpa breakfast (macam biasa tak breakfast di rumah). Lepas tu aku rasa nak goreng kuey teow, nak bekal pegi pejabat, dah tau dah kalau duty hari cuti macam ni, malas nak keluar makan sorang2..huhu.. Kawan duty ada, tapi semuanya lelaki. Malas lah nak keluar dengan diaorang. 

Daku Goreng sepantas kilat, zahraa dah mula merengek, bising2 mulut dia membebel sebab aku letak dia dalam walker. Sebenarnya dia tak berapa suka duduk kat dalam tu. Paling lama mood dia ok hanya lah kurang 5 minit. Lepas tu mula lah dia bising mintak angkat.

Lepas masak terus cepat2 pack dalam bekas, n mandikan zahraa. Meragam dah dia. Mandi pun menangis. Biasa dia ok je hari ni mungkin dia protes sebab aku lambat pujuk dia. Huhu. Maafkan ibu ye sayang. 

Siap semuanya terus hantar zahraa ke rumah babysitter, umie. Tersengeh2 je la zahraa bila aku dukung nak hantar dia ke sana. 


Belanja korang gambar aku sekeping. Frust sebab gambar kuey tiow dengan bekal zahraa tak sempat nak capture. Huhu. Nampak bulat je pipi aku kan? Tak kesah lah janji berat aku masih maintain x naik2 lagi hehe. Risau jugak aku, balik kampung haritu macam2 aku makan. Maklumlah raya. Dah macam naga kelaparan aku ni melahap makanan yang ade hihihihi.. 

Ok lah aku ade keje sikit ni, bye korang. Selamat bercuti!

4 comments:

Pn Sheila said...

selamat bekerja... mesti sedap kue teow tu... nak gak... hihi :)

amal said...

Selamat bertugas!hehe.. Ya Allah besar dah rupanya zahraa.. dah boleh makan rupanya. ore dok ingat dia kecik lg. lama sgt x jupo tekpom huhu

eamy milea said...

Tq dear.. Masak sendiri je blh la hehe..

eamy milea said...

Tq wani heheh ho bsr dh ank dara ..tunggu adik baby la pulok baru blh jmpa hehe

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts