Friday, 15 August 2014

Adik lelaki tolong belikan Jelly Bunny Sandals untuk kakak2 nye.

Malam tadi, tengah kiteorang adik beradik bergossip dalam whatsapp family group tiba-tiba adik lelaki aku, iwan hantar gambar dia dekat butik Jelly Bunny di OU, damansara. Dia dengan beberapa member dia lelaki dan perempuan keluar makan-makan dan jenjalan hilangkan tension. Pastuh geng2 perempuan ni biase lah mesti akan singgah je mane2 kedai yang diorang suka kan. 

Adik aku dengan member dia tu pun sama lah join sekaki tumpang masuk tengok2 barang dalam kedai tu. Pastu dia post lah gambar kat kedai tu dalam group watsapp kami. 


Adik aku tu cepat2 tanya aku n kakak2 aku nak kirim or tak? Kiteorang ape lagi dah alang2 dia dh dekat sana terus la order skali. Sebelum ni aku memang dah pernah usyar IG jelly2 shoes ni kebanyakannya cute mute ke kan? Cuma belum terbeli je lagi. 


Tadaa..ni sandal aku. Comel je kaler pinky2. Thanks iwan. Love u! 

Gelak sakan kami adik beradik bila iwan bagitau member2 dia terkejut iwan beli sampai 3 pasang, diorang beli satu sorang je. Hehe. Macam over pulak. Tapi diorang tau iwan ada kakak2 yang very2 rapat n sayang-menyayang to each other. N iwan ni pulak jenis yang tak kisah  siap tanya lagi dekat akak2 dia ni kot2 nak beli.

Pernah jugak sebelum ni, iwan sanggup call aku tanya nak beli pape tak sebab masa dia jalan2 ada warehouse sales barang baby. Aku kan, ape lagi order jugak la sedikit sebanyak..hehe. Sebab dekat kK ni bukan selalu ada warehouse sales barang2 baby ni. Jeles tau dengan korang2 yang duduk semenanjung..huhu




Adik aku n member2 dia ni dah tahun akhir study medic kat UITM shah alam, sekarang ni attach di Hospital Selayang. Geng2 ni jugak yang buat research sekali dengan iwan masa kat Australia dulu. Best je tengok diorang, selalu hangout sama2. Kate BFF kan..hehe.

kalau adik lelaki korang, sanggup ke beli tuk korang camni? Hehe..

P/s:- aku bersyukur dikurniakan adik beradik ramai dan semuanya sporting❤️❤️❤️❤️❤️ 


1 comment:

Eca Dwinky Asha said...

adik lelaki eca lgsg xsnggup.tp klu akak dia shopping, dy tukang angkat barang...muahahaha..
jelly bunny dah buka kat oceanus ^-^

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts