Sunday, 31 August 2014

PERNIKAHAN EINA AZMAN DAN DATUK PADUKA KAISER

Selamat pengantin baru buat pelakon kontroversi : eina azman dan pilihan hatinya DATUK PADUKA KAISER GURMEET HARDEN @ datuk gmix. Semoga berkekalan hingga akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata..

Info : FB  rotikaya . Tq.



eina ni baru 19 tahun, Muda2 dah dapat gelaran Datin Paduka uollss... :)

PERBARISAN SEMPENA HARI MERDEKA 2014

Assalamulaikum & selamat petang

Salam kemerdekaan yang ke-57 aku ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA. Tema merdeka tahun ni, betul2 memberi erti buat kita semua. 

Alhamdulillah aku bersyukur tahun ni aku dapat menyertai perbarisan sambutan hari merdeka. Acara ni merupakan acara tahunan yang wajib kiteorang sertai sebagai anggota pasukan keselamatan negara. Tahun lepas kan aku preggy, time tu aku tengah sarat dah 6 bulan lebih kalau tak silap aku. Memang awal2 lagi nama aku dah kena reject dari join kawad. Sebenarnya tiap2 tahun sebelum ni aku dah join kawad tu. Makanya tahun ni awal2 lagi aku dah bagitau penyelia aku yang aku nak join perbarisan hari kemerdekaan ni. Best tau, time ni lah nak sambut dan rasai sambutan hari yang bersejarah dalam negara kita ni. 

Selfie welfie dan ber fiee fieee lah kamuuu..hehe..aku dengan buddy aku tu kena pegang plate card.jalan depan sekali masa kawad. Si mamat pakai speck tu bekas budak praktikal di ofis aku dari Saito college. Namanya vincent @ mike. Dia adelah antara student2 praktikal yang paling best yang pernah aku kenal la. Yang tudung merah tu fadylah @ dyll..dia pun student yang tengah praktikal kat ofis aku. Kirenye dia tu junior kepada c vincent ni la..di pun best jugak. Pendek kata semua best2 lah.. Hehee

Sebelum aku dapat kerja ngan gov ni, aku tak pernah lagi hadir mana2 sambutan hari merdeka.  Paling cokia pun aku sambut dekat sekolah je lah. Bila dah kerja ni setiap tahun acara wajib yang aku dapat join adelah perbarisan kemerdekaan, dan jugak perbarisan sempena harijadi Tuan Yang Terutama (TYT) @ kalau kat negeri lain hari keputeraan sultan. Kat sabah ni Hari TYT disambut pada 16 september. So lepas kiteorang kawad merdeka, seterusnya kena kawad TYT la pulak. :)


Sempat lagi posing dengan abang2 komando / special branch Jabatan penjara. Dan jugak dari PDRM ( pic atas)  

Sebut pasal jabatan penjara, sempat aku terjumpa dan bersembang dengan pegawai penjara yang jadi pembantu pegawai pemilihan fiZikal bagj jawatan penolong penguasa penjara KX27 baru2 ni. 

Aku yang cam dia, dia tak cam pun aku, tapi lepas aku bagitau yang hsband aku ikut naik van sekali tu baru dia cam. Siap kutuk aku lagi yang semput2 masa habiskan larian tu. Muahahaa. Malu aku ko kutuk akh depan abang2 komando tu!! Hihi tapi biase je la aku, dah memang aku semput2 pun hahahaa..[janji nak citer pasal pemilihan fizikal dan interview tu tapi masih tak cite2 lagi]

Pagi tadi aku keluar awal sebab taknak tersangkut dalam jem. Paling awal aku keluar pukul 6.02 pagi. Bersemangat sakan. Ni lah kalau dah kemaruk nak berkawad kan. Hihi. Rindu weh, setahun tak kawad..camni lah jadinyaaa..mih mih mih..

15 minit je aku dah Sampai dekat stadium likas, jalan clear, mungkin srbab aku awal dan jugak mungkin sebab hari cuti...kat sana dah kelihatan ramai peserta2 kawad tengah ambil tempat. Nasib lah ada parking kereta, cuma jauh sikit la. Tak pe memang aku sengaja letak jauh so that nanti senang nak keluar. 

Lepas breakfast terus kiteorang ambil tempat..dari jam 6 suku aku smpai, lepak sampai pukul 9 ke gitu lah, baru stat perbarisan. Aku tak pakai jam, handphone pun aku tak tengok sangat. Yang aku perasan masa aku jalan keluar tu dah dekat pukul 9.45pagi. Kirenye kejap je la perbarisan tu. 


Ni antara beberapa peserta yang sempat bergambar. Masing2 dah nak cepat balik, termasuk lah aku. Penat jugak weyh dari pukul 6.30 lagi berdiri. Tadi pun ada 2-3 orang yang kena usung.budak2 sekolah kot..aku pun risau jugak kot2 aku pitam ke pengsan ke..maklumlah lepas beranak ni stamina dah makin kurang. Kalau dulu bleh je berdiri 3-4 jam, sekarang baru je 2jam dah agak semput..tu belum jogging lagi...Phewwww.. Kna start exercise balik nih..x cukup setakat makan jamu je gahahahaahahahaa

Ok lah dah panjang aku merapek..selamat hari merdeka daripada aku sekeluarga. 



Saturday, 30 August 2014

Resepi puding roti Izz Zahraa



Bahan-bahannya :-

  • 4 buku Roti (aku guna roti bulat panjang tu)
  • 10oz Susu EBM @ susu tepung (dibancuh) -aku guna susu tepung sebab dah tak buat stok EBM sekarang
  • 1 biji telur 
  • 1 cawan air
  • sedikit pewarna hijau
  • racik²kan roti.
  • campurkan susu, air dan sedikit pewarna hijau [boleh juga gunakan air daun pandan-kena blender dan tapis pastu ambil air dia. aku tak buat sebab leceh.]
  • kacaukan telur pastu campurkan sekali dengan bahan² tadi.
  • Separuh daripada bahan tadi dikisar dengan menggunakan blender.
  • Panaskan pengukus, setelah air mendidih, kukus bahan tadi lebih kurang 25 minit.
  • Sejukkan dan sedia untuk di makan.


Cara-caranya :-




Bekal Zahraa. masa teman aku g keja. :) 

Resepi ni sesuai untuk baby 9 bulan ke atas. Sebab ade telur. Sebenarnya tak letak telur pun takpe. Zahraa dah biasa makan telur dan dia tak de alahan ape². ibu² kat luar tu kalau nak bagi makan kat anak² pastikan anak anda tidak ada alahan terhadap makanan tu. Lain anak lain alahannye. Kadang² kita tak boleh terlampau ikut sangat dengan orang. Kita, kita. Orang, orang.  PAham? hehe. 

Moms know the best kan?

Sebab tu aku rujuk mak dan mak mertua aku je kalau ade pape. Tempat lain pun aku rujuk, cuma peratusan yang aku ikut tu adelah berat kepada kedua orang penting dalam hidup aku tu je. :)






Friday, 29 August 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA - PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J29 (KEJURUTERAAN ELEKTRONIK)

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih lagi bernafas di pagi Jumaat yang mulia ini.HAri ni dah boleh semak keputusan temuduga yang aku hadir bulan Jun baru-baru ni. Dan keputusannya adalah seperti yang dijangka. Tidak syak lagi.....



DUKACITA anda tidak berjaya dalam urusan ini. sobbss..sobbs...sobbss... [sedih itu tetap ada]

memang aku dah agak dah, masa interview haritu pun penemuduga tu macam dah bagi hint dah dekat aku coz diorang nak pakai sikit je. Calon lain pun sama jugak ade yang dah bagitau kiteorang awal² lagi benda yang sama. So haruslah diorang pilih yang betul² berkelayakan, fresh graduate, tak kan nak pilih orang yang tak fresh cam aku ni muahahahhahhaaaa

Nah tengok statistik yang SPA bagi, boleh nampak sendiri betapa tipis nye peluang nak dapat tu..Persaingan yang sengit. tapi aku tetap bersyukur, sekurang²nya aku dah terpilih untuk dipanggil temuduga [dari tak terpilih langsung tu...huhuhu]




See? Susah nya nak kerja kerajaan sekarang ni. So kepada sesiapa yang masih belum dapat rezeki kerja ngan gov tu diharapkan bersabar, dan jangan putus asa untuk mencuba. Yang dah dapat pun [walaupun jawatan tu tak setanding dengan sijil yang ko ade]  baik ko terima je coz kalau ko tolak, ko dah rugi sangat² coz berduyun² lagi graduate yang masih menunggu untuk kerja ngan gov.

p/s : Alhamdulillah tetap bersyukur dengan rezeki yang sedia ada. :)








Monday, 25 August 2014

TERIMA KASIH NUFFNANG

TQ Nuffnang


Assalamualaikum,

Alhamdulillah buka je akaun nuffnang pagi tadi, aku tengok ada satu lagi iklan yang masuk dekat blog kecil aku ni. Walaupun bukan ramai followers dan pageviews pun beberapa kerat je alhamdulillah aku tetap bersyukur. Ye lah cukuplah sekadar aku ni yang bukan blogger tegar pun. Aku punya caption pun dah "saya update kalau saya rajin" so nampak tak dia punya permainan kat situ? itu menunjukkan aku ni bukanlah seorang blogger yang TEGAR.

Walaupun aku ber-blog start dari 2011 lagi, ni lah first time aku mula nak belajar ape itu CPUV, CPC, BE...bla..bla..bla...hehe..sebelum ni masa register akaun nuffnang aku tak peduli sangat semua tu. Just daftar je and bukan nak ambil pot sangat.

Sekarang bila semak balik akaun nuffnang aku tu tengok² 'eh rupanya ada je iklan yang masuk?' [walaupun tak seberapa].  Maknanya nuffnang pedulik jugak kat blog kecik aku ni. Thanks sangat² ye nuffnang!!!

Sorry jugak sebab aku masih belajar, dan tak tahu macamana nak bahagi² masa supaya sempat je update 1 entry setiap hari [minimum, sepatutnya banyak entry setiap hari -untuk menaikkan jumlah pembaca yang masuk ke blog]

Insyaallah aku akan update setiap hari. Set target dulu, hihi. Baik ada dari tak de kan?


Korang yang newbie macam aku ni dah register ke akaun nuffnang? kalau belum SILA daftar secepat mungkin, kerana itu adelah sangat rugi untung okeh!

Bagi yang nak daftar boleh DAFTAR KAT SINI .


- Thanks for reading -

Friday, 22 August 2014

SEE U IN JANNAH KAWANKU - AL-Fatihah [ MH17 ]

Assalamualaikum..

Al-fatihah dan salam takziah buat mangsa tragedi MH17.

 "Ya allah, kau ampunkanlah dosa2 mereka, tempatkanlah mereka di Kalangan orang2 yang beriman. Kau berikanlah kekuatan kepada keluarga mangsa, cekalkan hati mereka, berikan mereka ketabahan dalam menghadapi ujianMu ini."

Amin.


Allah, sebak hati aku tatkala melihat gambar yang orang share kat Facebook. Gambar yang menunjukkan anak kepada Arwah Ahmad Hakimi bin Hanapi yg sama usia dengan anaknda aku, zahraa iaitu 9 bulan yang turut sama menunaikan solat jenazah buat arwah bapanya sendiri. Sang anak kecil yang masih belum mengerti, tetapi seakan2 tahu bahawa ayahnya telah pergi buat selama2nya. Air mata aku gugur sepantas kilat. Fikiranku terus terfikir bagaimana sekiranya berlaku kepada aku? Mampukah aku hadapi semua ini? 

Sedih, sebak, sayu hati..mengenangkan nasib si kecil dan juga balu arwah. Aku yang tengok depan tv sahaja pun boleh menangis teresak-esak, apatah lagi mereka keluarga terdekat? Ya allah, sesungguhnya Kau kuatkanlah hati-hati mereka. Jangan Kau rapuhkan perasaan mereka. Semoga mereka mampu teruskan sasi baki hidup tanpa insan kesayangan mereka.

Aku hanya sempat mengikuti perkembangan proses perkabungan tu melalui berita jam 8 malam. Hari ni aku agak sibuk di pejabat kerana esok pejabat aku ada majlis rumah terbuka aidilfitri yang telah dirancang sekian lama. Dalam membuat persiapan yang agak sederhana, insyaallah majlis akan diadakan pada esok hari. Insyaallah dalam suasana yang bersederhana. -[Maafkan kami (bagi keluarga dan kenalan mangsa tragedi MH17).]

Al-fatihah sekali lagi buat arwah ahmad hakimi hanapi:- 

  • arwah merupakan senior aku masa sekolah menengah kebangsaan dato' ahmad maher, kota bharu kelantan (2000-2002)
  • arwah merupakan sesepupu kepada kawan aku (Ameen Fahmy dan isteri dia Siti Khadijah-dua2 ni ex-SM teknik Bachok, Kelantan)




Al-fatihah dan salam takziah.



-Sorry mat min, aku copy gambar kat FB mung - ( kot2 mung terbaco blog aku...huhu)










-SEE U IN JANNAH-



Wednesday, 20 August 2014

happy babywearing @pasar Jelawat

Oppss maaf, muka daku terpaksa hide kan sedikit..kerana agak kureng manis di situ hhihihi..
BerSSC Di pasar Jelawat, Bachok Kelantan. Tempat wajib singgah sekiranya daku pulang ke kampung halaman.

Barang murah, sedap dan takkan jumpa di tempat lain.

Miss u Kelantan, my hometown..

Tapi aku agak pelik, kenapa mak cik pak cik kat situ tengok aku pakai Ssc semacam je. Pelik kot..huhu..tak pe lah mak cik..saya taknak berprasangka buruk dengan makcik. Mungkin makcik tak pernah tengok orang zaman sekarng gendong anak pakai macam tu kan.

Balik rumah aku citer kat mak aku , n abah aku terdengar, Abah aku cakap (abah aku ni orang kampung je) "kali terakhir abah tengok orang gendong bayi masa berpuluh tahun yang lalu."

Erkkkk...patut pun..huhu..

Happy babywearing..tapi aku dah tak dapat nak ber Ssc lg coz ssc aku tertinggal kat kampung. Cuainye aku kan, maka nya masa balik KK haritu terpaksa lah matshah dukung, nasib baik flight 1 way je pergi KK (tak payah transit lagi)..kalau tak mau naik lenguh tangan ni nak dukung dak zahra yang dah dekat 8kilo tu huhu..ni tengah tunggu adik ipar aku poskan balik dari kampung..

Kenangan Aku Menaiki Trak Penunda


Teringat zaman aku sekolah menengah dulu...masa tu tahun 2000 di mana aku berada di tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'Ahmad Maher, Kota Bharu Kelantan. Aku [waktu tu aku menginap di asrama], setiap 2 minggu sekali aku akan balik ke rumah, dan bila tibanya  petang sabtu, aku akan bertolak dari rumah aku ke tempat kerja abah aku dengan menaiki bas. Masa tu abah aku masih lagi mengusahakan bengkel motor beliau dekat Lundang, tak jauh dari sekolah aku. 

Kemudian abah aku akan hantar aku ke asrama sekolah dengan menaiki motosikal. Kadang-kadang aku naik motor biasa yang abah aku tengah repair. kadang² dengan motor klasik yang kawan dia punya, tak pun dengan koleksi motor² klasik lain yang ada kat bengkel abah aku [ada yang milik abah aku, ada yang kawan² dia punya] - Abah aku ni pomen moto, dan juga berkebolehan membaiki moto klasik - motor antik yang berkuasa besar. 

Lebih kurang macam ni :-

sumber : google


   dan jugak ini :-
sumber : google


Kadang-kadang jugak naik kereta abah aku, (kalau dia bawak kereta antik dia- masa tu abah aku pakai kereta ford cortina. macam dalam gambar kat bawah ni.




Tapi.............Bukan pasal kereta ni aku nak ceritakan. 

Sebenarnya aku nak ceritakan pasal kereta yang kat bawah ni...


ni


ha


huhuhuhu....

Sumber : google
Tu merupakan towing truck.. a.k.a trak penunda. Pernah satu ketika, abah aku terlampau sibuk dengan bengkel motor dia, ramai customer tengah tunggu abah aku siapkan motor yang rosak.  Dah hal itu telah menyebabkan abah tak sempat nak hantar aku ke asrama. Masa tu dah dekat pukul 6 petang, iaitu waktu paling lewat masuk asrama pada ketika tu.

Kebetulan tu jugak lah, datang pulak kawan abah lepak kat kedai abah aku, dengan menaiki trak penunda macam gambar kat atas tu. Pastu abah aku surh pak cik tu tolong hantarkan aku. Aku ni dalam hati, aduh buat ape lah pak cik ni nak datang time² tu jugak! huhu.. Malu weii..g asrama sekolah naik towing truck!!! Muncung je mulut aku. Nak menangis pun ada.. dengan kawan abah aku yang duk usik² aku - dia gelakkan aku sebab aku muncung dengan abah aku. hehe. Tapi aku terpaksa jugak sebab masa tu dah dekat nak lewat dah. Tebalkan muka je lah, lagipun aku ni bukannye sesiapa pun kat sekolah masa tu. Budak kecil lagi [form 1 kot?] junior sangat. Bukan ada orang nak kenal pun aku ni, lain lah kalau aku ni femes. hehe.

Aku dah hampir lupa citer ni, samaada aku call ma aku bagitau citer ni...or abah aku sendiri yang balik citer kat ma aku. Aku lupakan je kes tu. Entah la, mungkin masa tu aku kecil lagi aku pun bukan nak simpan dalam hati sangat. Masa tu aku lebih dikatakan tidak matang, selalu homesick...nak balik....call ma aku just nak bagitau suruh datang melawat aku kat asrama, bawak air masyok...[air masak]- dah macam tak de benda lain aku nak suruh mak aku bawak..hahahhahaaa...

Seboleh² nya aku nak berenti je dari sekolah tu, kenape? sebab aku tak nak berjauhan dan taknak tinggal di asrama...huhu...

Tapi bila aku dah besar..dah dewasa...baru aku tahu cerita sebenar.tau pun masa akak aku dan adik beradik lain sama² imbas kembali zaman kecil² kami,cerita tu cerita ni sampai terkeluar balik citer aku naik towing truck ni..rupa²nya ma aku marah sangat dekat abah aku lepas tau yang abah suruh kawan dia hantar aku ke sekolah dengan menaiki trak penunda. Mula² aku dengar ma cakap, aku tersentuh hati. Tak ku sangka ma aku yang dulu selalu marah²kan aku sebab selalu buat hal [ call...nangis nak balik..ngade²...dan sekutu² dengannye]..rupa²nya amat pentingkan perasaan anak dara dia ni. Love u ma! Love u too abah! 

Aku? Tak kesah pun sebenarnya naik motor ke naik towing truck ke, malu ke tak malu ke..diorang tetap ma abah aku, tanpa mereka siapalah aku.

Aku tahu kenapa dan sebabnya .....

satu je...

coz mereka sayangkan aku...dan adik beradik yang lain....dan mereka sehabis baik berusaha untuk melaksanakan tugas mereka sebagai ibu dan ayah buat kami semua.


Tapi yang pastinya, tu kali pertama dan terakhir aku naik trak penunda! hahahahaaa Tak sanggup dah woiiii...hihi

















Tuesday, 19 August 2014

Resepi ayam singgang kelantan

Assalamualaikum,

Biasa korang selalu dengar ikan singgang dan daging singgang kan? kali ni jom aku share satu lagi resepi iaitu resepi ayam singgang kelate. 



-versi aku, tapi sepatutnya warna kuah tu kena merah² sikit-

Sebenarnya lauk ayam singgang ni kiteorang tak familiar sangat di area kampung aku. First time aku makan adalah beberapa tahun yang lepas di rumah tok sedara aku (bapa saudara mak aku) di kuala krai, kelantan. Mula² jumpa lauk tu aku rasa pelik jugak sebab belum pernah makan lagi..tapi bila dah makan, berpinggan² lah nasi yang aku bedal. :)

Resepi ayam singgang kelate

Bahan-bahan :-
  • 1/2 ekor Ayam - potong ikut suka
  • 3 keping asam keping
  • lengkuas [lebih kurang 2cm]
  • bawang merah - 1 ulas
  • bawang putih - 3 ulas
  • cili kering 
  • lada besar
  • kacang bendi
  • garam e
  • gula
Cara-cara :-

1) Tumbuk kasar halia, bawang merah, bawang putih, cili kering, dan lengkuas.

2) Satukan ke dalam periuk, masukkan kesemua bahan tumbuk tadi bersama2 asam keping.

3) Bila dah mendidih, masukkan ayam, garam dan gula. Kemudian bila dah masak, masukkan kacang bendi serta lada besar. 

4) Siap dan sedia untuk dihidangkan, bersama2 ulam dan budu. Lebih enak jika ikan goreng disertakan sekali. Makan berpinggan2 pun tak sedar..hehe..







Ikan goreng aku tu dah kenape hitam sangat? Hehe.

Monday, 18 August 2014

Bercinta dengan jericho rosales

Huwa haha hahahaha.. Mimpi tak boleh blah betul. Petang semalam aku bf zahraa, last2 skali dengan aku pun join sekaki si zahraa ni pergi ke bulan..hehe..zzzzzzz

Sampai temimpi kan bercinta dengan dak encem jericho rosales ni. Dulu minat sangat citer dia dengan tizz zaqyah ngan abang aaron aziz, kusinero cinta. Tapi yang frustnye pas cuti raya tu dah tak tengok sambungan seterusnya coz kat kampung xde channel 134. Hmmm.. Nak kena tunggu ulangan cite tu la nanti.



Bangun je tido terus tergelak sorang2 n cepat2 citer dekat matshah..gelak je la matshah dengar aku cite..hahaaha..

Saturday, 16 August 2014

Pengecas bateri iphone 5S

Bila dah beralih arah dekat apple (baru je 4 bulan) semua kena belajar balik satu-satu. Dari A-Z. Dahla aku zero knowledge.

Kenapa aku beralih dari samsung kepada apple? 
Jawapan dia satu je : saje suka2. Eheh. Boleh pulak camtu ko.

Sebenarnya aku terpikat dekat iphone ni dah lama dah. Cuma kali ni je aku terus nekad nak jugak pakai. Huhu. Banyak kelebihan apple ni kalau nak dibandingkan dengan jenama lain. Si pemakai2 apple sahaja tahu ape kelebihan itu..(korang google sendiri k..) hehe.

Mula2 pakai iphone, benda pertama yang aku belajar adalah cara nak masukkan simkad ke dalam telefon. 

Jakun keyyy...

Nak kena potong dulu simkad tu baru boleh pasang. Dah la x boleh suka2 ati nak potong sendiri, kena potong ikut size dia dah.

Kang tersilap potong terkena cip ke ape ke..pandai sendiri la korang pegi buat balik simkad tu hehe. 

Dan waktu nak pasang simkad dekat iphone pulak, satu hal. Kena ada alat die sendiri. Tak boleh guna kuku kite. Kalau hilang alat penyucuk (bagi nama sendiri) tu susah la nak bukak simkad tu huhu.

Pastu pasal charger.. Cerewetnye ya ampun. Kena jaga baik2 tak boleh selambe badak gulung sesuka ati aku macam dolu-dolu. 

kaler kabel aku ni dah jadi buruk ntah kenape jadi camtu. huhu

Tetiba ada sticker mickey mouse. Motifff?? 

Taknak berebut dengan matshah. Kang dia ngaku tu kepala charger dia hehehe. [sorry cayang]

Kalau korang perasan, ada gegelung spring kat hujung kabel tu. Spring tu aku cabut dari pen yang kita kena tekan2 kalau nak pakai..ayat ko cam ape ntah ni eamy oioiiiii..hahaha


Spring tu kena pakaikan kat kabel tu bagi menjaga kualiti kabel tu dari cepat rosak. Kan kita ni kalau tengah cas pun mesti pakai telepon jugak. Errr.. Ke aku je camtu? Haha..

Sekarang ni aku nak kena cari lagi satu spring untuk dipasangkan dekat hujung kabel lagi satu tu. Sepatut dua2 kena pasang. Cuma aritu je aku cari tak jumpa2 pun pen yang dah rosak.

Kat kedai pun ada jual kot..aksesori untuk cegah kabel tu dari rosak.tapi aku x sure lah dekat KK ni senang nak cari ke tak. Kalau korang tau boleh la bagitau aku.

Aku dah join dah group iphone5s dekat fb. Tapi kadang2 tak membantu sangat pun. Kena banyak tanya2 orang yang dah pakai n hebat bab2 iphone ni. Biase aku berguru dengan adik aku, Redha. Dia memang hebat bab2 ni n semua benda kot dia hebat. Hihihi. Pastu ada jugak aku tanya member2 yang terrer pasal iphone. Tak tahu kena tanya.  Bukan jadi bodoh sombong, tak gitu kan? Hehe..

Kabel ni kawan aku cakap harga dia je dalam RM70 satu. Harga kepala charger pun sama. Lebih kurang tu jugak. So kalau ko cuai, lupa letak charger ko kat mane, menangis jugak lah kalau nak beli charger baru.. Sobsss sobss sobbsss...

P/s : charger iphone 5s sama dengan charger ipad. 






Duty di hujung minggu

Assalamualaikum..

Hai korang, buat ape tu? Jalan kat openhouse ke? Or jalan2 ngan family? Bestnye..huhu.. Aku bertugas hari ni (on duty). Terpaksa jugak relakan diri untuk datang ke pejabat. Tapi bukan macam hari kerja biasa, duty di hari cuti adalah umpama datang berehat di pejabat je. Tak ada kerja penting yang perlu disegerakan. Tak ada customer (customer aku dari kalangan staff maritim je) yang datang nak uruskan itu dan ini. 

Kadang-kadang aku rajinkan diri siapkan mana-mana kerja hakiki aku yang perlu aku siapkan. Atau settle kan yang mana masih tertangguh. Atau kadang2 aku melayari internet je sampai tak sedar dah nak habis waktu duty. Hihi. Teruk kan aku ni. Tu kalau betul2 tak de kerja je la. Biasanya ada jugak kerja yang kena buat.    Bergantung atas arahan pegawai atasan jugak. 

Pagi tadi aku terjaga lepas dengar zahraa membebel2 dalam bahasa dia. Lepas mandi n solat, aku bangun siapkan makanan bekal dia untuk dibawa ke rumah babysitter. Menu bekal dia hari ni, puree labu, dan juga aku cuba resepi baru iaitu chicken cakes. Tepung di gaul bersama daging ayam yang tlh direbus kemudian potong kecil2 then bakar atas prmanggang ajaib. Lebih kurang nugget la kot..kelam kabut masak smpaikan tak sempat nak snap gambar. Huhu.

Matshah ada kuliah hari ni, dah banyak kuliah dia terlepas gara-gara cuti raya yang lama. Hehe. Dia mandi n siap ke kuliah, tanpa breakfast (macam biasa tak breakfast di rumah). Lepas tu aku rasa nak goreng kuey teow, nak bekal pegi pejabat, dah tau dah kalau duty hari cuti macam ni, malas nak keluar makan sorang2..huhu.. Kawan duty ada, tapi semuanya lelaki. Malas lah nak keluar dengan diaorang. 

Daku Goreng sepantas kilat, zahraa dah mula merengek, bising2 mulut dia membebel sebab aku letak dia dalam walker. Sebenarnya dia tak berapa suka duduk kat dalam tu. Paling lama mood dia ok hanya lah kurang 5 minit. Lepas tu mula lah dia bising mintak angkat.

Lepas masak terus cepat2 pack dalam bekas, n mandikan zahraa. Meragam dah dia. Mandi pun menangis. Biasa dia ok je hari ni mungkin dia protes sebab aku lambat pujuk dia. Huhu. Maafkan ibu ye sayang. 

Siap semuanya terus hantar zahraa ke rumah babysitter, umie. Tersengeh2 je la zahraa bila aku dukung nak hantar dia ke sana. 


Belanja korang gambar aku sekeping. Frust sebab gambar kuey tiow dengan bekal zahraa tak sempat nak capture. Huhu. Nampak bulat je pipi aku kan? Tak kesah lah janji berat aku masih maintain x naik2 lagi hehe. Risau jugak aku, balik kampung haritu macam2 aku makan. Maklumlah raya. Dah macam naga kelaparan aku ni melahap makanan yang ade hihihihi.. 

Ok lah aku ade keje sikit ni, bye korang. Selamat bercuti!

Friday, 15 August 2014

Adik lelaki tolong belikan Jelly Bunny Sandals untuk kakak2 nye.

Malam tadi, tengah kiteorang adik beradik bergossip dalam whatsapp family group tiba-tiba adik lelaki aku, iwan hantar gambar dia dekat butik Jelly Bunny di OU, damansara. Dia dengan beberapa member dia lelaki dan perempuan keluar makan-makan dan jenjalan hilangkan tension. Pastuh geng2 perempuan ni biase lah mesti akan singgah je mane2 kedai yang diorang suka kan. 

Adik aku dengan member dia tu pun sama lah join sekaki tumpang masuk tengok2 barang dalam kedai tu. Pastu dia post lah gambar kat kedai tu dalam group watsapp kami. 


Adik aku tu cepat2 tanya aku n kakak2 aku nak kirim or tak? Kiteorang ape lagi dah alang2 dia dh dekat sana terus la order skali. Sebelum ni aku memang dah pernah usyar IG jelly2 shoes ni kebanyakannya cute mute ke kan? Cuma belum terbeli je lagi. 


Tadaa..ni sandal aku. Comel je kaler pinky2. Thanks iwan. Love u! 

Gelak sakan kami adik beradik bila iwan bagitau member2 dia terkejut iwan beli sampai 3 pasang, diorang beli satu sorang je. Hehe. Macam over pulak. Tapi diorang tau iwan ada kakak2 yang very2 rapat n sayang-menyayang to each other. N iwan ni pulak jenis yang tak kisah  siap tanya lagi dekat akak2 dia ni kot2 nak beli.

Pernah jugak sebelum ni, iwan sanggup call aku tanya nak beli pape tak sebab masa dia jalan2 ada warehouse sales barang baby. Aku kan, ape lagi order jugak la sedikit sebanyak..hehe. Sebab dekat kK ni bukan selalu ada warehouse sales barang2 baby ni. Jeles tau dengan korang2 yang duduk semenanjung..huhu




Adik aku n member2 dia ni dah tahun akhir study medic kat UITM shah alam, sekarang ni attach di Hospital Selayang. Geng2 ni jugak yang buat research sekali dengan iwan masa kat Australia dulu. Best je tengok diorang, selalu hangout sama2. Kate BFF kan..hehe.

kalau adik lelaki korang, sanggup ke beli tuk korang camni? Hehe..

P/s:- aku bersyukur dikurniakan adik beradik ramai dan semuanya sporting❤️❤️❤️❤️❤️ 


Saturday, 9 August 2014

Cuti sudah habis


Mood : sedih. 
:(

Bye-bye kelantan, welcome back kota kinabalu!!!!


Wednesday, 6 August 2014

Happy babywearing di zon bebas cukai rantau panjang, kelantan


Zahraa yang tengah mengantuk nak tido..tangan kanan dia kat dalam tengah main3 kat baju aku hehe..

[Lokasi : zon bebas cukai rantau panjang, kelantan.

Tarikh : 6 ogos 2014

Masa : 12.30 tengahari (syukur cuaca baik)

Material babywearing : SSC patapum]


Assalamualaikum,

Hai korang..tengah kerja ke? Aku masih dalam mood cuti raya..hehe..hari ni aku ikut hubby dan MIL jalan-jalan kat rantau panjang. Hari ahad haritu dah plan nak singgah kejap lepas balik dari Jeli, tapi tengok2 dah lewat, kedai pun dah habis tutup..

Aku tak ada beli apa pun sangat..just beli sticker binatang2 comel n patung upin ipin untuk zahraa pastu bli toto narita je untuk kawan aku. Hubby pun sama tak beli ape. Ntah la tak ada yang terdetik di hati aku ni untuk beli..semua dah ada..tapi..aku terliur je kat pinggan mangkuk correlle tu..hihi..tapi aku dah tak de bajet sobb sobb sobbb....boleh beli tapi kena cut lah kat mana2 bajet aku nanti hihihi...xmahu lh beli lagipun dah cukup dah yang mana ada kat umah tu untuk makan minum..berlebih2 lagi dah hahaha..kalau ikutkan nafsu syaitonn ni semua benda aku nak beli kan? hahahahaha...

Lepas teman MIL beli pinggan, kiteorang jalan2 dekat kedai2 berdekatan..tak ada yang menarik sangat pun bagi kiteorang yang dah selalu ke sana..kalau orang luar mungkinlah terasa eksaited nye kan? Macam aku pernah baca kat blog aty aku bukan bidadari (sorry nak tag tapi x reti coz pakai handphone je)..seronok je tengok dia datang ke sini.. :)

Eh ada lah yang menarikkk..

Haha

Kiteorang tak kan pernah missed untuk beli satay lok ching (satay ikan) dan jugak mee celup kat gerai sebelah mydin.. Selalunya makan je kat situ..pekena pulak dengan teh beng pekat..auuuucchh sedaknyoooo...tapi hari ni kiteorang just tapau je coZ MIL berpuasa enam 6...
Satay lok ching...mee celup x leh nak capture lagi coz ada jauh sikit dari seat aku huhu..ni wat entry sambil BF zahraa..

Budak baru bangun tido terkejut bila tengok ada kawan dia hehe..


Saturday, 2 August 2014

DR MARTENS FOR SALE

Kepada peminat-peminat Dr. Martens.....

;
;
;
;
!
!
!







Assalamualaikum.... 



DR MARTENS 3989 BEX 




SIZE 4UK



COLOR: BLACK & WHITE



MADE IN CHINA 




For more details 


Whatsapp  : +6 011-33143231 (med garage)






more items please visit :-

Facebook : Med Garage 

Instagram : Med Garage











Friday, 1 August 2014

Panggilan Temuduga SPA - Penolong Pegawai Penjara KX27

Alhamdulillah,
www.prison.gov.my

Aku telah dipanggil untuk temuduga, 21 ogos ni.. Kali ni jawatan Penolong Pegawai Penjara, KX 27. Sepatutnya 1 Julai baru-baru ni aku perlu menjalani ujian berkomputer [secara atas talian @ online]. Tapi last minit SPA SMS mengatakan bahawa aku tak perlu lagi menjawab ujian berkomputer tersebut dan akan terus dipanggil bagi sesi temuduga.

Sebenarnya, sebelum ni aku dah hadir Pemeriksaan Fizikal untuk jawatan ni yang telah diadakan di Penjara Kepayan, Kota Kinabalu. Tapi aku segan nak heboh-hebohkan kat orang. Ni pun aku tak berniat nak hebohkan aku just share je kat dalam blog, untuk kenang-kenangan aku. Harap tak ada lah yang salah anggap pulak. Bukan nak menunjuk2 pon. Alah baru je temuduga, belum tentu lagi dapat.

Oh ye, Bulan JUN lepas juga aku dah pergi Temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PPLV) - J29. Yang tu belum lagi dapat tau keputusannya. Taaaapi, aku tak yakin sangat lah. Boleh dikatakan agak kecewa sebab aku tak dapat menjawab dengan baik. Mungkin bukan rezeki aku. Peluang nak dapa jawaan tu pun macam agak tipis, kalau ada rezeki, alhamdulillah..tapi kalau tak de..cuba lagi tahun depan...huhuhu...

Ramai pulak tanya2 aku, kenapa pihak SPA ni asyik panggil je aku pegi interviu...huhu...aku pun tak de jawapannye.Aku bukan selalu update pun permohonann tu...just isi serentak dengan permohonan 2-3 tahun yang lepas tu je..ntah la mungkin nama aku agak bertuah kot tu yang asyik kena panggil..[dapatnye tidaaaakkk...hahaa]

Insyaallah kalau ada masa free nanti aku update pengalaman temuduga tu..ok... :)

Tolong doakan aku, thanks... :)

babai...

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016