Sunday, 13 July 2014

Resepi Kek puding karamel


Hubby request nak makan kek puding karamel. Dah dekat setahun aku tak membaking ni..tools pun ntah ke mana aku simpan..tapi nasib baik jumpa tu pun kena selongkar semua tempat dulu hehe..

Gebu dan sedap ... Recommended.. Sape nak belajar buat amatlah di alu2 kan..hehe..

Ni resepi kek ni, aku pernah share satu ketika dahulu tapi takpe lah arini aku share balik k.. :)

Firstly...sediakan..
Untuk Gula hangus (dalam Loyang bulat)
-  3 sudu gula *cairkan gula sampai keperang-perangan..biarkan seketika sehingga sejuk, sementara tu buat bahan berikut :-

Bahan A (caramel)
-6 biji kuning telur (gred A)
-1 tin susu cair
-100 gram gula castor
-1/2 Sudu kecil esen vanilla
*kacau-kacaukan sampai sebati (jangan kacau kuat sangat..jangan sampai berbuih-buih tu)

Bahan B (bahan kek)
3 biji kuning telur (gred A)
- 140 gram tepung blue keys (superfine)
- 140 gram air masak sejuk
- 65 gram gula castor
65 gram minyak jagung daisy
- ½ sudu baking powder
1/2 Sudu kecil  esen vanilla
*kacau-kacaukan sampai sebati

Bahan C (meringue)
- 9 biji putih telur (lebihan bahan A dan B)
- 65 gram gula castor
-  ½ sudu cream of tar tar
1/2 Sudu kecil esen vanilla
*putar dengan mixer sehingga kembang selama 10 minit. Putar sampai buih jadi pekat (jika di angkat buihnya tidak jatuh)

Cara-caranya :

  •  Masukkan Loyang bulat (yang ada gula hangus) ke dalam Loyang 4 segi (saiz lebih besar) yang berisi air kosong sebanyak separuh loyang 4 segi tu). 
  • Masukkan bahan B ke dalam bahan C dan kacau sampai sebati kemudian bahagikan kepada 2 @ 3 bahagian dan warnakan mengikut kesukaan korang..
  • Masukkan  bahan A ke dalam Loyang.
  • Masukkan pula bahan bahan B dan C yang telah dicampur tadi secara berselang-seli mengikut warna yang korang pilih.
  • Sebelum tu, panaskan oven pada suhu 180’ selama 10 minit. Gunakan api atas bawah.
  • Bakar selama 1 jam dengan api bawah sahaja. 10 minit sebelum masak tukar kepada api atas bawah pula. (bergantung kepanasan oven masing2)


Sedap...nyum3..




3 comments:

azizah :) said...

wowww... mmg nampak gebuss.. sedapp ni!

eamy milea said...

Try la jijah buat...sedap nie hehe

Eca Dwinky Asha said...

order boleh?hikhikhik.

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016