Friday, 18 July 2014

PESAWAT MAS DITEMBAK #MH17 - AL-FATIHAH

Assalamualaikum,& salam sejahtera,

Ya allah, berita ni aku dapat tau dari newsfeed kat facebook. rupanya salah seorang mangsa kemalangan pesawat MH17 tu adalah senior sekolah menengah aku dulu.

Aku tak berapa ingat arwah tapi bila kawan-kawan bagitahu nama gelaran yang budak-budak bagi kat dia, terus aku ingat. 

Mark Westlife, gelaran yang budak-budak bagi dekat arwah Ahmad Hakimi bin Hanafi, co-pilot pesawat MH17.  Arwah satu batch dengan kakak kawan aku, masa aku form 3 diorang form 5. Arwah ni femes sebab budi pekerti beliau n juga kehenseman beliau dan juga seorang yang berbakat sewaktu menyertai choral speaking. 

Tu je lah yang aku ingat  pasal arwah waktu sekolah dulu di SMK Dat' Ahmad Maher, Kota Bharu Kelantan. [2000-2002]

Rupanya, arwah juga sepupu kepada kawan sekelas aku sewaktu sekolah teknik. Ya allah kecilnya dunia.


Al-fatihah,
Semoga arwah dan mangsa lain yang beragama islam dicucuri rahmatNya..Salam takziah.

#prayforGaza
#prayforSabah
#prayforMH17
#prayforMH370



:(


Ya allah, banyaknya dugaan mu pada ramadhan kali ini...


1 comment:

azizah :) said...

Alfatihah untuk mangsa2 ni kan..

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts