Wednesday, 23 July 2014

Kisah cuti raya

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Hai bloggers,

Korang semua apa khabar? Sihat? Macamana puasa? Ok ke? Aku harap semuanya ok lah ye. Kali ni aku bersiaran dari kampung. Yup, alhamdulillah aku dah berpijak di bumi kelate pada hari sabtu hari tu, bersamaan 19/7/2014. Awal giler kan? 

Untuk pengetahuan semua, kiteorang laki bini ni memang dah plan nak balik awal seminggu sebab nak merasa puasa kat kelate. So waktu bos aku suruh hantar perancangan cuti, aku adalah antara orang yang paling ter awal start cuti. Iaitu 19haribulan. Orang lain 25, 26haribulan baru start cuti.

Motifff??

Kiteorang kemaruk nak raya kat kampung.!! Ape tu kemaruk? Lebih kurang berkempunan nak raya kt kampung la. Haha pandai2 je aku nih. Ye arr, tahun lepas (2013) aku kan pregnant, so awal2 puasa kiteorang ada berkesempatan nak balik berpuasa kat kampung beberapa hari masa awal2 puasa. Lepas tu bila raya aku dah tak available untuk naik flight. So terpaksa lah kiteorang beraya di perantauan termasuklah raya haji. So kirenye tahun ni memang WAJIB la balik raya..rindu wehhh kat family kiteorng..hohohoho..

Tapiii..sebelum kiteorang balik tu ada la sedikit kontroversi, eh bukan kontroversi tapi ape lah ayat yang sesuai aku tulis ye? Hmmm lebih kurang satu mainan perasaan jugak lah..

Hmm..kalau korang ikut perkembangan isu semasa, mesti korang tau kes di Semporna, sabah. Kes penculikan seorang anggota PDRM iaitu PGM (pasuka gerakan marin) yang juga telah meragut nyawa seorang rakannya.. Kes nj masih dalam siasatan pihak berkuasa dan aku taknak cakap panjang.

Ape yang aku boleh ceritakan kat sini ade lah besar kemungkinan sesuatu yang buruk dijangka bakal berlaku. So sebagai anggota keselamatan seharusnya kenalah berkorban demi negara. Maknanya kami perlu bersiap sedia sekiranya cuti dibekukan(tak boleh cuti) untuk menjaga keamanan negara tatkala rakyat sedang bergenbira di hari raya..

Wah panjang pulak mukkaddimah aku..tapiiii...kiteorang dah start cuti awal, so agak sedikit ralat lah di situ, dengan nak hadap kawAn2 yang belum pasti lagi cuti raya atau tak? Huhu..
Tapi nak buat macam mane, bos aku sendiri yang cakap .." Emi..ko dah terlepas la..sbb ko cuti awal..nasib ko lah.."(nasib yang agak baik)

Tp bagi kami, agak sedikit ralat..sebab mungkin tak dapat menyumbang dalam saat2 genting..(mungkinlah) 

Tapi semua tu belum pasti..sebab aku tengok status kawan2 lain..ok je cuti diorang..mungkin ok lah kot.. Jauh di sudut hati aku berdoa moga2 tiada yang buruk bakal berlaku..moga2 cuti raya kawan2 aku diluluskan..insyaallah..aaminn..


1 comment:

azizah :) said...

kawan jijah yg duk semporna pon balik awal cuti 2mggu. keadaan sana sampai perintah berkurung. harap2 selamat la semuanya.. jijah kat KK pon takut2

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016