Tuesday, 29 July 2014

Monopod dan powerbank


Ni monopod kiteorang..Benda wajib ade lah kot wat mase sekarang? (Semua orang dah ade kan ..) tapi tak wajib pon, sajr aku je cakap wajib tu hihi..

Ye arrr..kalau dulu-dulu kan time nak ambik gambar mesti kalut nak cari orang tolong snap kan..pastu tukang posing, kemain lagi posing nye. Si tukang kameraman..punya lah stress sebab kena jadi jurugambar tak bertauliah..hihi

Tapi, sebenarnye aku malu weh nak pakai bende alah ni bila kat khalayak ramai (nak2 depan orang yg tak dikenali.) kih kih kih. Rasa macam orang sekeliling duk tengok semacam je pastu tiba-tiba je Perasan/koya/poyo pun ade hak hak hak. Adik lelaki aku cakap kat tempat dia study (shah alam) ramai bapok-bapok (pondan) yang suka pakai monopod ni untuk ber 'selfie'..

Monopod ni beli kat china, adik ipar aku yang tolong belikan...kirim kat member dia..harga RM70..termasuk blutooth shutter..yang pakai bateri solar..(tak payah cas2 lagi) (katanyaaa)..so tak payah nak set timer just tekan je butang yang ada tu mengikut jenis telefon pintar dan juga aplikasi yang kita pakai..pastu dapat jugak bag shutter yg kecik tu & postage. Berbaloi lah kot..? Pastu kiteorang beli sekali powerbank pineng, PN-929 ...15000 MAh..harga RM80..ok sesangat lah kot??  :) sebab kalau tak silap aku kalau pBank yang 15000mah (pineng brand) harga dia dalam rm120 kot..?

Padahal sama je..original jugak ni...taaaapiiiii.......??
Tapi tak tau la jugak kan? Haha - minyak jauh la dari rosak tu huhuhu...



Bila ada Powerbank ni tersangat2 lah membantu..nak2 bila musim perayaan ni, dengan jadual full nye..mana nak sempat dah nak mengecas je..(bizi mengalahkan YB) hihihi..

Adoii tetibe pulak citer pasal dua bende ni..pasal raya bila pulak aku nak update? Biziiii bizii bizii huhuhu



Ps.. :- kerje makan..makan ..makan..aduh gemok la aku kali ni












Monday, 28 July 2014

Salam aidilfitri


Assalamualaikum..

Dikesempatan ini aku sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maafkan kami, zahir dan batin.

Raya tahun ni adalah giliran beraya di rumah family mat cah. Malam tadi kiteorang bertolak balik dari rumah family aku yang tak berapa jauh je pon adelah dalam 20-30 minit bergantung kepada keadaan trafik.

Pagi tadi lepas beraya di rumah sanak saudara matcah (yang agak ramai mak mak sdara beliau semuanya rapat-rapat n baik-baik belaka)..barulah bertolak balik ke rumah family aku..

Sedih agak sedih jugaklah sebab lambat balik beraya rumah mak abah aku, tapi dah nama nya dah kawen terpaksa lah gilir2 kan..

Bagi aku raya kat mana2 pun sama je sebab kedua2 keluarga baik belah aku or matcah semuanya ok je.. :)

Terima lah update ringkas dari aku, nak pegi raye umah atuk n nenek matcah pulak ni..tata..ohye..korang ati2 d jalan raya..musim raya ni paham2 la jalan jem..huhu

Wednesday, 23 July 2014

Kisah cuti raya

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Hai bloggers,

Korang semua apa khabar? Sihat? Macamana puasa? Ok ke? Aku harap semuanya ok lah ye. Kali ni aku bersiaran dari kampung. Yup, alhamdulillah aku dah berpijak di bumi kelate pada hari sabtu hari tu, bersamaan 19/7/2014. Awal giler kan? 

Untuk pengetahuan semua, kiteorang laki bini ni memang dah plan nak balik awal seminggu sebab nak merasa puasa kat kelate. So waktu bos aku suruh hantar perancangan cuti, aku adalah antara orang yang paling ter awal start cuti. Iaitu 19haribulan. Orang lain 25, 26haribulan baru start cuti.

Motifff??

Kiteorang kemaruk nak raya kat kampung.!! Ape tu kemaruk? Lebih kurang berkempunan nak raya kt kampung la. Haha pandai2 je aku nih. Ye arr, tahun lepas (2013) aku kan pregnant, so awal2 puasa kiteorang ada berkesempatan nak balik berpuasa kat kampung beberapa hari masa awal2 puasa. Lepas tu bila raya aku dah tak available untuk naik flight. So terpaksa lah kiteorang beraya di perantauan termasuklah raya haji. So kirenye tahun ni memang WAJIB la balik raya..rindu wehhh kat family kiteorng..hohohoho..

Tapiii..sebelum kiteorang balik tu ada la sedikit kontroversi, eh bukan kontroversi tapi ape lah ayat yang sesuai aku tulis ye? Hmmm lebih kurang satu mainan perasaan jugak lah..

Hmm..kalau korang ikut perkembangan isu semasa, mesti korang tau kes di Semporna, sabah. Kes penculikan seorang anggota PDRM iaitu PGM (pasuka gerakan marin) yang juga telah meragut nyawa seorang rakannya.. Kes nj masih dalam siasatan pihak berkuasa dan aku taknak cakap panjang.

Ape yang aku boleh ceritakan kat sini ade lah besar kemungkinan sesuatu yang buruk dijangka bakal berlaku. So sebagai anggota keselamatan seharusnya kenalah berkorban demi negara. Maknanya kami perlu bersiap sedia sekiranya cuti dibekukan(tak boleh cuti) untuk menjaga keamanan negara tatkala rakyat sedang bergenbira di hari raya..

Wah panjang pulak mukkaddimah aku..tapiiii...kiteorang dah start cuti awal, so agak sedikit ralat lah di situ, dengan nak hadap kawAn2 yang belum pasti lagi cuti raya atau tak? Huhu..
Tapi nak buat macam mane, bos aku sendiri yang cakap .." Emi..ko dah terlepas la..sbb ko cuti awal..nasib ko lah.."(nasib yang agak baik)

Tp bagi kami, agak sedikit ralat..sebab mungkin tak dapat menyumbang dalam saat2 genting..(mungkinlah) 

Tapi semua tu belum pasti..sebab aku tengok status kawan2 lain..ok je cuti diorang..mungkin ok lah kot.. Jauh di sudut hati aku berdoa moga2 tiada yang buruk bakal berlaku..moga2 cuti raya kawan2 aku diluluskan..insyaallah..aaminn..


Friday, 18 July 2014

PESAWAT MAS DITEMBAK #MH17 - AL-FATIHAH

Assalamualaikum,& salam sejahtera,

Ya allah, berita ni aku dapat tau dari newsfeed kat facebook. rupanya salah seorang mangsa kemalangan pesawat MH17 tu adalah senior sekolah menengah aku dulu.

Aku tak berapa ingat arwah tapi bila kawan-kawan bagitahu nama gelaran yang budak-budak bagi kat dia, terus aku ingat. 

Mark Westlife, gelaran yang budak-budak bagi dekat arwah Ahmad Hakimi bin Hanafi, co-pilot pesawat MH17.  Arwah satu batch dengan kakak kawan aku, masa aku form 3 diorang form 5. Arwah ni femes sebab budi pekerti beliau n juga kehenseman beliau dan juga seorang yang berbakat sewaktu menyertai choral speaking. 

Tu je lah yang aku ingat  pasal arwah waktu sekolah dulu di SMK Dat' Ahmad Maher, Kota Bharu Kelantan. [2000-2002]

Rupanya, arwah juga sepupu kepada kawan sekelas aku sewaktu sekolah teknik. Ya allah kecilnya dunia.


Al-fatihah,
Semoga arwah dan mangsa lain yang beragama islam dicucuri rahmatNya..Salam takziah.

#prayforGaza
#prayforSabah
#prayforMH17
#prayforMH370



:(


Ya allah, banyaknya dugaan mu pada ramadhan kali ini...


Thursday, 17 July 2014

Poney Sales (1borneo)

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Cerita tadi, Mat shah ajak aku pegi 1 Borneo untuk shopping baju raya anaknda tersayang, Zahraa. Pada mulanya plan nak pegi 1B kejap je, pastu nak ke pasar malam philiphine dekat Kota Kinabalu, coz aku ada nak beli mutiara ngan brooch buat raya [tuk aku je..] Plannye nak tinggal zahraa dekat pengasuh dia, Umie. Tapi bila dekat dengan waktu nak berbuka tu, Zahraa buat hal pulak asyik merengek je. Letak tak nak, dodoi pun tak nak. Aku dah agak yang dia letih kot sebab petang tadi dia tido kejap je. Hidung tersumbat, selesema, berhingus..Kesian anak ibu..

Bila tengok keadaan anak macam tu, tak tergamak pulak nak tinggalkan dia. Yelah kalau tinggal pun macam susahkan pengasuh pulak dengan dia yang selalu merengek..Pastu kesian jugak kat Zahraa, mungkin dia nak bermanja dengan ibu n abi dia time dia kurang sihat. Tapi sebenarnya dia tak demam, just selesema n batuk2 sikit je. Malam kelmaren tu dah bawak dia pegi klinik alhamdulillah tak de ape yang perlu dirisaukan.

Jawabnye, lepas berbuka kiteorang bertolak sekitar pukul 7.45malam. Kedai utama yang kami masuk adelah butik Poney. Memang target nak belikan sepasang baju Poney untuk Zahraa wat raya. sebab baju seluar Poney memang comel2 n selesa..Dah bincang haritu dengan mat shah yang aku beli baju, dia beli seluar [kire nye share2 la hehee] bukan kedekut tapi tu je yang aku mampu. 

Bila masuk je kedai, terbeliak jugak lah bijik mate aku, rupenye betullah kawan aku ade cakap yang ada sales kat Poney 1Borneo. Diskaun sampai 70%. Terus kiteorang grab seluar jeans, dan 4 helai t-shirt. Tapi petang esok matshah ajak lagi aku pegi Poney, kata nya nak belikan baju untuk anak sedara dia pulak n aku nak tambah lagi seluar untuk my princess iZZ zahraa.. 


Sempat lai snapsnap pic..hihi



Zara suke ibu..abi..makaceh... :)

Kalau kat semenanjung aku tengok banyak outlet Poney yang bagi promosi kaw-kaw, tapi kat sini rasanya jarang je ada sales huhu...

Lepas beli baju raya zahraa, kiteorang pegi teman matshah beli baju dia pulak, pastu beli handbag n selipar raya aku. Beraya sakan tahun ni, [ganti balik tahun lepas raya ala kadar je kat KK ..sob..sob.sob..]

Settle dah persiapan raya, cuma ada lagi sikit dalam 20% yang nak kena beli iaitu baju melayu matshah n baju kurung zahraa. Baju matshah kitorang plan nak cari dekat kota bharu je, baju zahra pulak tokma dia yang nak jahitkan...yeaayyy...Baju kurung aku? sama jugak tokma Bachok yang jahitkan, kain x beli ,dapat hadiah orang bagi..time kasihhh... :)



p/s : Kalau bercakap pasal cuti raya naik stress pulak aku. Ade lah sedikit krisis...hihi..tak pe lain kali aku cerita.



Sunday, 13 July 2014

Resepi Kek puding karamel


Hubby request nak makan kek puding karamel. Dah dekat setahun aku tak membaking ni..tools pun ntah ke mana aku simpan..tapi nasib baik jumpa tu pun kena selongkar semua tempat dulu hehe..

Gebu dan sedap ... Recommended.. Sape nak belajar buat amatlah di alu2 kan..hehe..

Ni resepi kek ni, aku pernah share satu ketika dahulu tapi takpe lah arini aku share balik k.. :)

Firstly...sediakan..
Untuk Gula hangus (dalam Loyang bulat)
-  3 sudu gula *cairkan gula sampai keperang-perangan..biarkan seketika sehingga sejuk, sementara tu buat bahan berikut :-

Bahan A (caramel)
-6 biji kuning telur (gred A)
-1 tin susu cair
-100 gram gula castor
-1/2 Sudu kecil esen vanilla
*kacau-kacaukan sampai sebati (jangan kacau kuat sangat..jangan sampai berbuih-buih tu)

Bahan B (bahan kek)
3 biji kuning telur (gred A)
- 140 gram tepung blue keys (superfine)
- 140 gram air masak sejuk
- 65 gram gula castor
65 gram minyak jagung daisy
- ½ sudu baking powder
1/2 Sudu kecil  esen vanilla
*kacau-kacaukan sampai sebati

Bahan C (meringue)
- 9 biji putih telur (lebihan bahan A dan B)
- 65 gram gula castor
-  ½ sudu cream of tar tar
1/2 Sudu kecil esen vanilla
*putar dengan mixer sehingga kembang selama 10 minit. Putar sampai buih jadi pekat (jika di angkat buihnya tidak jatuh)

Cara-caranya :

  •  Masukkan Loyang bulat (yang ada gula hangus) ke dalam Loyang 4 segi (saiz lebih besar) yang berisi air kosong sebanyak separuh loyang 4 segi tu). 
  • Masukkan bahan B ke dalam bahan C dan kacau sampai sebati kemudian bahagikan kepada 2 @ 3 bahagian dan warnakan mengikut kesukaan korang..
  • Masukkan  bahan A ke dalam Loyang.
  • Masukkan pula bahan bahan B dan C yang telah dicampur tadi secara berselang-seli mengikut warna yang korang pilih.
  • Sebelum tu, panaskan oven pada suhu 180’ selama 10 minit. Gunakan api atas bawah.
  • Bakar selama 1 jam dengan api bawah sahaja. 10 minit sebelum masak tukar kepada api atas bawah pula. (bergantung kepanasan oven masing2)


Sedap...nyum3..




Saturday, 12 July 2014

Tabung aman palestin. #prayforgaza

Kisah di bumi gaza, palestin..

Semua dah tau kan..

Alfatihah, untuk mereka yang telah pergi bertemu illahi.
 
derma lah kita seikhlasnya bagi membantu mereka di sana. Semampu kita. kita aman di sini, mereka bermandi darah di sana.

-Antara contoh cara menderma-

Kita bersyukur, kita tidak diuji sebegitu rupa. Namun sebenarnya kita juga diuji, diuji untuk kita membantu saudara islam kita atau tidak?

Aku bukanlah sesiapa. Kalian boleh meng google sendiri, bagaimana cara dan kaedah yang kalian mahu. Tak perlu meng warwarkan kpd sesiapa. Cukuplah Allah swt sahaja yang tahu, kerana hanya DIA sahaja yang bisa membalas segala perbuatan kita, buruk atau baik..

P/s : paling sebak bila melihat gambar bayi yang terbunuh dan dibunuh kejam. Laknat israel.

Friday, 4 July 2014

Free gift dan sampel diapers dari drypers

Bulan 5 baru ni (23/5/2014) aku ade tengok sorang mommies (sorry lupa nama) share pasal sample diapers. Pastu aku pun tetiba la gatal nak jugak try sampel terus aku daftar dalam website www.drypers.com.my. Dah kata free kan, bukan kena bayar pun. Hihi.

Masuk je website tu senang n kejap je isi form tu pastu siap.

20/6/2014 : aku dapat sampul dari drypers malaysia, aku ingatkan dapat la sampel diaper yang aku mintak tu tapi rupanya dapat gift dari drypers malaysia coz dah register member. Ni gift yang aku terima tu.. Comel je kan? :)

-bag comel-






Dalam tu boleh la isi diapers,botol susu n baju 2 pasang. :) tq drypers!!!!!!

Pastu semalam aku dapat lagi sampul dari drypers, dan boleh ku agak mesti kali ni sample yang aku mintak tu..

Tengok..sampul dah terbukak..pastu pos malaysia tampal sticker yang menyatakan "dijumpai terbuka (atau terkoyak) dan ditampal dengan rasminya" - tq pos malaysia.


Tadaaa..ni la yang aku mintak haritu..sample drypers - drypantz size m. Nak try pakaikan tuk zara nanti.

Ekceli sekarang ni zara pakai pampers petpet.yang ni ni saje aku je nak try pakaikan diapers yg jenis pantz..sebab belum pernah try lagi..

Yang palling best tu sebab dapat beg..Best kan kalau dapat gift ni. Korang pun boleh je kalau takde keje tu isi je cepat2 kat www.drypers.com.my ..bukan susah pun  pastu tunggu je dapat hadiah.. :) sekali lagi , tq drypers!!!!!!

P/s : sharing is caring~ :)

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts