Wednesday, 11 June 2014

Buah tangan ; tanda ingatan.

Assalamualaikum & selamat pagi..

Rezeki pagi ni, walaupun datang kerja dengan mood yang tak berapa nak ok..tapi alhamdulillah jadi sejuk balik bila tiba-tiba dapat hadiah buah tangan dari Tanah Suci Mekah. Terima kasih banyak2 aku ucapkan buat pegawai aku iaitu Lt (M) Nazeefah coz ingat kat aku n kawan-kawan lain..yang juga dah selamat pulang dari mngerjakan umrah. Syukur semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. 

Ni hadiah yang aku dapat, air zam2 untuk di spray (pn nazeefah suruh spray kat baby aku yg ade ruam2 panas sekarang - nanti aku citer pasal ni kat entry lain) dan jugak satu cermin kecil yang senang di bawa ke mana-mana yang banyak manfaatnya. Dengan ada gambar kaabah, insyaallah akan membuatkan sesiapa yang melihat gbar kaabah tersebut n membuatkan kita sentiasa ingat tempat suci ni dan membuatkan kita rasa nak pergi jugak..aduii berapa kali 'membuatkan' dah ayat aku ni. Failed betul ayat aku ni kan? Haha lantak lah, blog aku suka ati aku la kan? Hihihi



Syukur dengan rezeki yang diterima ini. Syukur dengan ingatan orang terhadap diri ini. Walaupun aku bukan lah sesiapa, tp masih juga diingati. Alhamdulillah. 

plastik tu pun rare jugak tu. Kena simpan baik2 tu. Mmm..teringat pulak kat tin air pepsi yang cute sangat dari Tanah Suci jugak, arwah atuk sebelah hubby yang bagi kat hubby. Tapi sayang nya tertinggal kat rumah MiL..hope balik raya ni ada lagi la huhuhu..nak buat kenangan..

Aku suka simpan barang yang dihadiahi orang kpd aku. Tapi kadang-kadang sebab dah terlampau banyak aku sendiri pun dah lupa mana aku letak. Kena cari balik ni.huhu..

Ni lagi salah satu souvenir dari pn nazeefah yang pernah aku dapat; dari bandung; indonesia kalau x silap (maafkan aku) .dapat perfume gantung2 yang comel sangat coraknye. Kaler purple botolnya tu yang aku suka! Aku letak kat workspace aku. Sayang nak letak dalam kereta takut habis baunye yang wangi tu. Hehe. Pastu dia pergi lagi bercuti kat guangzou, china (kalau x silap aku laagii)  n dia bagi kat aku fridge magnet.. Huhu segan pulak aku ngan dia..selalu ingat kat aku..insyaallah semoga aku pun tak lupa juga kat dia nanti kalau pegi mane2...huhu

P/s : doakan aku murah rezeki jugak..teringin nak pegi Tanah Suci..insyaallah..



No comments:

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts