Monday, 16 June 2014

aku terkunci dalam tandas

Kejadian berlaku beberapa minggu yang lepas iaitu pada 22 mei 2014: oh dah hampir sebulan lah kan. 

Hari tu aku duty..buddies (partner) duty aku malam tu ialah pak dollah, tapi pak dolah telah menukarkan duty nye dengan adnan. So aku ber partner lah dengan si nan (slangg org sini mesti ade 'si' kat depan) hehe..

Sekitar pukul 5 suku merapat 5.20pm..aku dengan fokusnye berusaha mennyiapkan update data dalam sistem e-spa coz kami hanya diberi masa selama seminggu untuk menyelesaikan pendaftaran aset ke dalam sistem tu. Bagi aset pejabat aku, po sarbini dan mior dah cuba complete kan pengisian data tu. Sekarang ade lah dalam 5% lebih kurang yg belum lengkap. Tapi bagi unit kapal dan bot pegawai bahagian masing2 kena lah sendiri siapkan bahagian masing2. (Zzzzz..ngantok pulak  bila bcakap pasal kerja ni..)

Okeh sebenarnye aku nak bagitau masa tu yang tinggal kat pejabat adelah Sorang pegawai kapal ni, yang tengah gigih menyiapkan update data bagi kapal beliau. Dan jugak po johny yang masih belum balik kerja (dah kebiasaan po johny selalu balik keje lambat - coz dia married bachelor kat sini @ PJJ dengan family)..nan rasanya tengah duduk layan fb kat meja dia, tak jauh dari meja aku dan po johny (meja kami berhadapan). Manakala puan ppkd masih belum balik. Juga tengah buat keje dalam bilik dia. 

Lepas tu aku rasa boring coz suasana senyap je dan aku pun bukaklah mp3 kat komputer aku , volume aku up sikit. Maklumlah dah x ramai yang ade kan. Terus aku g tandas nak buang air dan nak ke pantry untuk top up air mineral.kadang2 aku bawak handphone, kadang2 aku tinggal je kat atas meja pantry.tak pun aku tinggal atas meja tulis aku. Tapi haritu aku terbawak sebab seluar action rig aku ni banyak poket..dan handphone tu juga lah yAng telah menyelamatkan aku daripada terperangkap dalam tandas!!!!!!!

Ya allah, tak boleh aku nak bayangkan macamana lah sekiranya aku tak bawak handphone, terjerit3 sorang kat dalam tandas, kalau dari tandas tak apa lah besar lagi peluang orang nak dengar jeritan aku tu tpi masalahnya aku ni terkunci kat dalam tandas dalam tu.dan malangnya pintu tandas kat depan pun aku kunci sekali!!!!!!

Masuk je dalam tandas macam biasa aku tekan kunci pintu, tapi belum Sempat aku duduk aku dah rasa lain macam. Aku cuba bukak balik tombol pintu namun dah gagal. Aku cuba lagi pun masih gagal. Aku dah mula berpeluh. Aduh, macamana nih?? Nak call diorang kat luar ke? Atau nak panjat dari tandas ke pintu yang satu lagi? Tapi kenapa macam tinggi pulak dinding tandas ni? Eh tak pecah ke mangkuk tandas ni kalau aku panjat!? Dah la aku ni berat! Pastu kang kalau aku terjatuh, patah riuk pulak tulang yang dah tak berapa nak kuat ni camne?? 

Pastu malu pun malu lah janji aku selamat, aku buat tebal muka aku call kat nombor pejabat aku tu kat depan sana. Dengan harapan po johnny boleh tolong aku coz aku dah watsapp dia tapi dia tak balas. Tak lama pastu dia ngan si nan datang cuba bukakkan pintu luar tu dulu, tapi macam susah jugak aku dengar, kemudian aku dengar suara si din yang jugak duty hari tu.. Cuba tuk bukak pintu tu. Alhamdulillah kurang 5 minit diorang dah berjaya bukakkan pintu luar dan pintu dalam.
-tombol pintu yang rosak-

Syukur. Tak payah la aku panjat, tapi tu lah cara yang terakhir aku perlu buat sekiranya aku tak bawak handphone ke tandas!! Dan peringatan!!!!sila pastikan handphone ade kredit n internet..sangat2 lah membantu. Thanks kepada po johny, nan n din yang susah payah tolong aku si mangsa terkunci dalam tandas ni. Semoga allah merahmati kalian. Aku cerita kat hubby masa terkunci dalam tandas tu lagi, lepas bagitau kawan2 ade boleh tolong baru lah dia lega..kalau x maunya dia xnak datang tolong insan kecayangan dia ni hhehe..

terima kasih aku kat mereka ...aku yang dah Betul2 susah masa tu weh!!! Hahaha..gilerrr lah.. xleh pk aku kalau tak de sape dengar aku melolong melalak panggil suruh bukak pintu tu...huaaaahuaahuaaa menangis sorg2 la dlm tu huhu..paling penting aku pk kat anak aku je malam tu nak tido macam mane lah bila aku tak de huhu...ya allah mintak jauh dari segala yang buruk berlaku kat aku, keluarga aku dan jugak kawan2 aku..insyaallah..aaamiinn...


-tandas kat pejabat aku-



-lepas ni tiapkali pegi Toilet WAJIB bawak telepon wehhhhh-




1 comment:

azizah :) said...

serius mmg wajib bawak telipon kalau mcm ni

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts