Monday, 30 June 2014

1 ramadhan : bazaar ramadhan kem lok kawi



Salam ramadhan..first day puasa pun dah malas nak masak? No no no..walaupun aku ni bukanlah selalu rajin tapi tu tak bermaksud aku sesaje je malas nak masak di hari pertama menyambut ramadhan ni..hehehhehe
Dah la malam tadi sahur ngan beger mcd, sambil tengok bola brazil lwn chile...ish2 western lah sgt...!!
Mihmihmihmih.. #selfieituperluuuu

Hubby la..balik je kelas terus ajak aku ke bazar ramadhan kem lok kawi, dekat ngan putatan. Dia bagi Cuti masak hari ni kat aku, sambil nak tengok kemeriahan hari pertama di bazar lok kawi. Jarak dari rumah kami di bandar sierra adelah agak jauh, lebih kurang 45km kot? Tadi aku set time, bertolak pukul 4 suku, sampai sane pukul 5 suku. 

Dah sejam membazir atas jalan raya. Nak buat macamana jem di depan pintu masuk bazar tu start dari traffik light putatan lagi. Hari ni cuti, esok hari keje tak tahu lah macam mana jem nye tu. Aku diamkan je, zahraa pun tengah tido atas riba aku. lagipun hubby yang bawak kete..malas la aku nak komplen lambat sebab jem. Kang marah pulak hubby hehe. 

Hubby nak beli nasi kerabu yang femes dekat sana, tapi cari punya cari tak pulak jumpa gerai org kelantan tu. Hubby cakap mungkin org tu dah draft? Hehe. Takpelah dah nama pun nak jalan2 cari makan kan..so jalan je lah..sampai je sana zahraa dah bangun..mamai2 lagi then hubby pakai carrier patapum..(kete kena parking sebelah jalan satu lagi coz parking dah takde dah)..so nak kena melintas jalan yang agak sibuk tu. Nasib baik ada polis trafik yang jaga...

Oh ye tadi tu kiteorang pegi berlima. Hubby ajak abah n umie zahraa (pengasuh)..tapi diaorg pegi kereta sendiri coz katanya nak beli barang kat cKS..sampai je kat kawasan bazarr tu, hubby n abah zahraa jalan bertiga ( abah dukung zahraa, hubby pakai je la carrier tu kat belakang) ..n aku ngan umi berdua je jalan macam orang bujang hehe..

Dah lain sangat keadaan kawasan bazaar tu. Kalau sebelum ni padang rumput n pasir macam tu je sekarang dah berturap dengan semen. Tak de lah comot n kotor kalau hujan. Persekitaran nampak lebih bersih..orang pun punyalah ramai..sakit kepala aku ngan sesak2 ramai orang..


Sorry gambar tak clear...aku beli sebiji murtabak semenanjung, umie pun beli sebiji. Kata nak try kan, so jangan lah mengikut amalan shaiton, kang tak sedap kang membazir namanya. Rasanya, ok lah~ daripada takde langsung tu kan..huhu

Separuh je lagi yang tinggal. Aku dah bedal sorang2 tadi lepas tidurkan zahraa..tengok akak tu isi air penyicah tu macam banyak jugak tadi tapi nape dah kurang..adekah bawang2 tu dah menyerap? Wallahuallam..

Murtabak kat sini yang femes murtabak jawa...berendam dalam minyak..macam murtabak goreng pun ade huhuhu..






Ade satu gerai jual apam (betul ke apam namanya?) tapi tak sempat beli coz ramai sangat yg beratur..tapi aku tak berapa suka beli apam ni untuk berbuka, kalau beli time bukan bulan puasa takpe sebab boleh makan panas2 dalam kete lagi hihi..


Chicken wings everywhere~ dan ikan2 bakar yang tak tau lah macamane rasanya tu...Huhu..

Makanan akak ni nampak macam sedap..nampak je la tapi aku tak terliur nak beli coz aku dah jumpa makanan yang aku nak beli tu hihi..umie beli nasi tomato..dia cakap ok la tapi x de la menjadi sangat huhu...


Sekejap je dah habis putu bambu pakcik ni..mula2 lalu banyak lagi..grrr..nyesal tak beli awal2..tapi siyes nampak sedap..aduii takde rezeki aku..huhu

Nah ko tengok besar tak daging burger tu..aku pernah makan beger besar macam tu..hubby balik je dari ngeteh dia beli kat aku mase tu tahun 2011..tapi cukuplah sekali tu je makan..tak nak dah..huhu..

Alhamdulillah dah selamat masuk dalam perut aku..nasi ambeng johor..boleh tahan la..nasi ambeng ni la yang aku kempunan nak makan mase peknen aritu..kempunan ke??huhu..ntah la nak kata kempunan sangat tu taklah jugak, tak makan pun takpe cuma bila teringat kat nasi tu je mase peknen... :)

Hubby punye nasi kerabu, jangan tanya mana pegi ayam goreng ngan solod lada..ade je bertenggek kat piring sebelah tu..hubby memang macam tu kalau makan dia suka letak lauk kat piring lain..semak dia cakap..huhu..ok la dia cakap..aku tak try pun..kenyang dengan nasi ambeng aku..


Anak dara silang panggung lagi tido..penat kot sebab dia tidur sekejap je tadi dalam kete..ok lah gud nite..nak angkat zahraa tido dalam bilik. Tadi dia dah tido dalam bilik ngan aku (mengempeng) pastu terjaga n nangis2 tu yang aku letak atas anduk(bouncer/rocker) dia tu..ni dah nyenyak balik boleh la aku angkat..karang nak bangun masak sahur pulak..hubby request nak makan ikan sardin masak resepi mak dia..adeh dah lama tak masak sardin tu..errr hope menjadik lah..time sahur makan panas2 barulah berselera..


P/s : panjang pulak entry aku ni..

Sunday, 29 June 2014

ramadhan 2014



Selamat menyambut bulan ramadhan, selamat berpuasa & selamat meningkatkan ibadah di bulan yg mulua ini.

Tahun ke-5 aku berpuasa di negeri di bawah bayu. Semoga aku diberi kesihatan dan kekuatan untuk aku terus menyusukan anakku. Insyaallah.


Thursday, 19 June 2014

Rezeki.

Rezeki. Insyaallah aku akan cuba lagi. Doakan aku. 


Wednesday, 18 June 2014

Wordless wednesday


Homemade kari ketam ku & kerabu kaki ayam for dinner semalam. 





Monday, 16 June 2014

aku terkunci dalam tandas

Kejadian berlaku beberapa minggu yang lepas iaitu pada 22 mei 2014: oh dah hampir sebulan lah kan. 

Hari tu aku duty..buddies (partner) duty aku malam tu ialah pak dollah, tapi pak dolah telah menukarkan duty nye dengan adnan. So aku ber partner lah dengan si nan (slangg org sini mesti ade 'si' kat depan) hehe..

Sekitar pukul 5 suku merapat 5.20pm..aku dengan fokusnye berusaha mennyiapkan update data dalam sistem e-spa coz kami hanya diberi masa selama seminggu untuk menyelesaikan pendaftaran aset ke dalam sistem tu. Bagi aset pejabat aku, po sarbini dan mior dah cuba complete kan pengisian data tu. Sekarang ade lah dalam 5% lebih kurang yg belum lengkap. Tapi bagi unit kapal dan bot pegawai bahagian masing2 kena lah sendiri siapkan bahagian masing2. (Zzzzz..ngantok pulak  bila bcakap pasal kerja ni..)

Okeh sebenarnye aku nak bagitau masa tu yang tinggal kat pejabat adelah Sorang pegawai kapal ni, yang tengah gigih menyiapkan update data bagi kapal beliau. Dan jugak po johny yang masih belum balik kerja (dah kebiasaan po johny selalu balik keje lambat - coz dia married bachelor kat sini @ PJJ dengan family)..nan rasanya tengah duduk layan fb kat meja dia, tak jauh dari meja aku dan po johny (meja kami berhadapan). Manakala puan ppkd masih belum balik. Juga tengah buat keje dalam bilik dia. 

Lepas tu aku rasa boring coz suasana senyap je dan aku pun bukaklah mp3 kat komputer aku , volume aku up sikit. Maklumlah dah x ramai yang ade kan. Terus aku g tandas nak buang air dan nak ke pantry untuk top up air mineral.kadang2 aku bawak handphone, kadang2 aku tinggal je kat atas meja pantry.tak pun aku tinggal atas meja tulis aku. Tapi haritu aku terbawak sebab seluar action rig aku ni banyak poket..dan handphone tu juga lah yAng telah menyelamatkan aku daripada terperangkap dalam tandas!!!!!!!

Ya allah, tak boleh aku nak bayangkan macamana lah sekiranya aku tak bawak handphone, terjerit3 sorang kat dalam tandas, kalau dari tandas tak apa lah besar lagi peluang orang nak dengar jeritan aku tu tpi masalahnya aku ni terkunci kat dalam tandas dalam tu.dan malangnya pintu tandas kat depan pun aku kunci sekali!!!!!!

Masuk je dalam tandas macam biasa aku tekan kunci pintu, tapi belum Sempat aku duduk aku dah rasa lain macam. Aku cuba bukak balik tombol pintu namun dah gagal. Aku cuba lagi pun masih gagal. Aku dah mula berpeluh. Aduh, macamana nih?? Nak call diorang kat luar ke? Atau nak panjat dari tandas ke pintu yang satu lagi? Tapi kenapa macam tinggi pulak dinding tandas ni? Eh tak pecah ke mangkuk tandas ni kalau aku panjat!? Dah la aku ni berat! Pastu kang kalau aku terjatuh, patah riuk pulak tulang yang dah tak berapa nak kuat ni camne?? 

Pastu malu pun malu lah janji aku selamat, aku buat tebal muka aku call kat nombor pejabat aku tu kat depan sana. Dengan harapan po johnny boleh tolong aku coz aku dah watsapp dia tapi dia tak balas. Tak lama pastu dia ngan si nan datang cuba bukakkan pintu luar tu dulu, tapi macam susah jugak aku dengar, kemudian aku dengar suara si din yang jugak duty hari tu.. Cuba tuk bukak pintu tu. Alhamdulillah kurang 5 minit diorang dah berjaya bukakkan pintu luar dan pintu dalam.
-tombol pintu yang rosak-

Syukur. Tak payah la aku panjat, tapi tu lah cara yang terakhir aku perlu buat sekiranya aku tak bawak handphone ke tandas!! Dan peringatan!!!!sila pastikan handphone ade kredit n internet..sangat2 lah membantu. Thanks kepada po johny, nan n din yang susah payah tolong aku si mangsa terkunci dalam tandas ni. Semoga allah merahmati kalian. Aku cerita kat hubby masa terkunci dalam tandas tu lagi, lepas bagitau kawan2 ade boleh tolong baru lah dia lega..kalau x maunya dia xnak datang tolong insan kecayangan dia ni hhehe..

terima kasih aku kat mereka ...aku yang dah Betul2 susah masa tu weh!!! Hahaha..gilerrr lah.. xleh pk aku kalau tak de sape dengar aku melolong melalak panggil suruh bukak pintu tu...huaaaahuaahuaaa menangis sorg2 la dlm tu huhu..paling penting aku pk kat anak aku je malam tu nak tido macam mane lah bila aku tak de huhu...ya allah mintak jauh dari segala yang buruk berlaku kat aku, keluarga aku dan jugak kawan2 aku..insyaallah..aaamiinn...


-tandas kat pejabat aku-



-lepas ni tiapkali pegi Toilet WAJIB bawak telepon wehhhhh-




Wednesday, 11 June 2014

Simply siti : first trial

Assalamualaikum & selamat petang

Tengahari tadi keluar lunch dengan petronella @ pet ngan pn nazeefah di Giant kolombong foodcourt. Tempat biasa aku selalu lepak dulu dengan kak ika, pn halijah @ jaja n jugak kak aisyah dulu2. Tapi sekarang diorang dah pindah keluar dari DM15 ni so makin berkurang la geng makan aku ni hehe. Tadi aku makan char kuey tiow penang (RM5.00) Boleh la dari tak de tu. Huhu. Pet makan kuey tiow ipoh (cam goreng biasa je) n pn.nazeefah makan nasi putih n lauk biasa.

Lepas makan kiteorang terus ke guardian sebab aku nak beli set travel simply siti. 

Harga : RM29.90

Taddaaa~comel kan bag purple ni ( salah satu sebab kenape aku beli)... Aku nak try je dulu. Sebab aku tengok cam best je hehe. Actually pencuci muka aku dah nak abis tu yang aku nak beli yang baru, tapi dalam masa yang sama aku nak try satu produk yang kalau boleh complete set. Sebab kulit muka aku ni cam ape tah tak terjaga (malas) hehe..kering..x bermaya..lesu..berminyak jugak..mmm mcm2 la..huhu...

See? Teruk bebenau kan? :P


Errrrkkk.tapi.kenApe muka aku cam cengkung je ni? Mmmmm ..cam kurang zat pun ade...phewwww...bila dah kurus nak gemuk ckit, bila dah gemuk naknkurus ckit, mane satu nih? Huhu

Ye berat aku sekarang dah tak lagi 65kg ke atas..tak lagi 67 - 68kg.. Semalam aku timbang di klinik, berat dah jadi 61 kg.alhamdulillah.happy tu happy jugak. Tapi bila dah nampak cengkung, aku jadi risau la pulak..huhu 

Takpe lah, at least aku tau sekarang aku sihat walafiat..semoga aku sekeluarga sentiasa diberi kesihatan..insyaallah.
Cuma buat masa sekarang ni aku nak repair balik kulit muka aku yang kusam ni..wish me luck, thanks. 

✌️

Buah tangan ; tanda ingatan.

Assalamualaikum & selamat pagi..

Rezeki pagi ni, walaupun datang kerja dengan mood yang tak berapa nak ok..tapi alhamdulillah jadi sejuk balik bila tiba-tiba dapat hadiah buah tangan dari Tanah Suci Mekah. Terima kasih banyak2 aku ucapkan buat pegawai aku iaitu Lt (M) Nazeefah coz ingat kat aku n kawan-kawan lain..yang juga dah selamat pulang dari mngerjakan umrah. Syukur semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. 

Ni hadiah yang aku dapat, air zam2 untuk di spray (pn nazeefah suruh spray kat baby aku yg ade ruam2 panas sekarang - nanti aku citer pasal ni kat entry lain) dan jugak satu cermin kecil yang senang di bawa ke mana-mana yang banyak manfaatnya. Dengan ada gambar kaabah, insyaallah akan membuatkan sesiapa yang melihat gbar kaabah tersebut n membuatkan kita sentiasa ingat tempat suci ni dan membuatkan kita rasa nak pergi jugak..aduii berapa kali 'membuatkan' dah ayat aku ni. Failed betul ayat aku ni kan? Haha lantak lah, blog aku suka ati aku la kan? Hihihi



Syukur dengan rezeki yang diterima ini. Syukur dengan ingatan orang terhadap diri ini. Walaupun aku bukan lah sesiapa, tp masih juga diingati. Alhamdulillah. 

plastik tu pun rare jugak tu. Kena simpan baik2 tu. Mmm..teringat pulak kat tin air pepsi yang cute sangat dari Tanah Suci jugak, arwah atuk sebelah hubby yang bagi kat hubby. Tapi sayang nya tertinggal kat rumah MiL..hope balik raya ni ada lagi la huhuhu..nak buat kenangan..

Aku suka simpan barang yang dihadiahi orang kpd aku. Tapi kadang-kadang sebab dah terlampau banyak aku sendiri pun dah lupa mana aku letak. Kena cari balik ni.huhu..

Ni lagi salah satu souvenir dari pn nazeefah yang pernah aku dapat; dari bandung; indonesia kalau x silap (maafkan aku) .dapat perfume gantung2 yang comel sangat coraknye. Kaler purple botolnya tu yang aku suka! Aku letak kat workspace aku. Sayang nak letak dalam kereta takut habis baunye yang wangi tu. Hehe. Pastu dia pergi lagi bercuti kat guangzou, china (kalau x silap aku laagii)  n dia bagi kat aku fridge magnet.. Huhu segan pulak aku ngan dia..selalu ingat kat aku..insyaallah semoga aku pun tak lupa juga kat dia nanti kalau pegi mane2...huhu

P/s : doakan aku murah rezeki jugak..teringin nak pegi Tanah Suci..insyaallah..



Monday, 2 June 2014

Balik awal, datang lambat




Ni jalan yang selalu aku lalui bila balik kerja. Jalan ni jugak jalan utama menuju ke bandar kota kinabalu jika dari Kolombong, Inanam dan jugak Menggatal (Menggatal ni nama pekan ye..). err..tapi ada lagi jalan lain iaitu Jalan Tuaran Bypass, tapi kalau kita dah ade di Menggatal orang akan ikut jalan ni je nak pergi bandar KK. Lagi dekat. Jem sangat nak2 kalau dah masuk pukul 4.45 petang. Hari ni aku terlewat keluar dari pejabat. Ada sedikit kerja yang perlu aku settle kan sebelum balik.

 Sebenarnya boleh je aku siapkan esok tapi bila dah penyelia aku macam sindir-sindir aku je aku pun sendiri kena mau ingat la..hehe..so terpaksa lah aku siapkan.. Dia cakap "ko datang lambat balik lah lambat" ..err..walaupun dalam nada bergurau aku tetap dapat rasa yang dia betul2 maksudkannye.. :) hihi...

Yerrrr laahh dah betul pun aku selalu datang keje lambat..bila diperhatikan balik laporan kehadiran keje bulanan aku tuh memang memanjanggg je latenessss..errr...segan jugak aku weyh!! Navy cakap melantung hangit (lebih kurang macam "teruk sgt perangai ko ni!!") huhu...

Kenape lah ngan aku ni, prestasi kehadiran kerja aku ni makin merosot..bila lah nak berubahnye. Tu nasib baik bos aku belum bising sangat, tapi selalu jugak lah aku dengar dia macam cakap2 pasal laporan kehadiran ni. Mungkin dia nak suruh aku dengar, ( sudah pasti) :D

Yerrlahh..bukannya aku sengaja nak datang lambat,,,bukan suka2 nak buat waktu kerja sendiri..dah aku ni memang susah nak bangun awal dari dulu sampaiii lah sekarang..dari zaman sekolah sampai lah ke zaman dah jadi mak orang ni. Ayo yo yooo~~~

Nasib baik lah hubby dah tau peel buruk aku ni  sebelum kawen lagi kalau tak punye lah malu aku kannn..kannn..huhu..ngan family belah mertua la kalau aku naik segan yang amat pun..gila x malu, asik lambat bangun je..tapi tak se-lambat aku kat tumah sendiri ni la kat KK. Kalau kat umah mak aku kat kampung, awal sikit jugak coz mak aku bising,,huhu..

Tiap2 tahun aku tanam azam untuk bangun pagi awal. Supaya dapat patuhi masa kerja aku iaitu kul 7.30pg sampai 4.30petang. Takde lah aku ni mencuri masa kerja, dan makan gaji yang tak berkat,,huhu..sebenarnya aku ni kalau datang lambat aku dah tak keluar dah time lunch. Tak pun aku balik kerja lambat sikit dari biasa. Bukan nak tunjuk rajin tapi aku cuba topup balik waktu2 kerja yang aku selalu datang lambat or time aku keluar g mane2 time keje. Biarlah orang tak nampak tapi aku harap ni dapat bantu berkatkan balik rezeki yang aku terima. 

Azam untuk esok !!!

"Bangun awal lagi dari hari ini!!!!" Chaiyok2 eamyyyy



:)


p/s : Jalanraya kat sini lain dari semenanjung, kena lebih berhati-hati bila driving. Cara pemanduan orang kat sini pun amat berbeza dengan semenanjung. Ada yang extra baik. Tak kurang jugak extra cuai. Sepupu aku yang duk KL datang sini terkejut bila tengok pemandu kat sini yang sopan dalam pemanduan (tak de kes hon-hon, angkat lampu tinggi, n cucuk-cucuk belakang kete). Tapi tak kurang juga terkejutnye dia bila tengok orang tukar jalan tak bagi signal, n drive perlahan di lorong kanan, hehehee... macam-macam jugak...









About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts