Saturday, 15 February 2014

Entry pertama 2014



Alhamdulillah. Terima kasih ya allah.

Assalamualaikum, selamat tahun baru 2014...

Dah lama aku menyepi, cuti bersalin 90 hari adalah teramat sedikit buat aku. Tamak je kan. Memang tak cukup, tak puas lagi nak melekat 24 jam dengan anak. Oh macam ni rupanya perasaan bila jadi sorang ibu. Subhanallah, indah sungguh perasaan ni ya allah.

Banyaknya aku nak cerita. Tak tahu nak stat mana satu dulu. Main rojak2 je lah.boleh?? hehe. fyi,
Aku dah stat keje. Isnin minggu lepas lagi. Kiteorang balik KK hari ahad, 2 February 2014. Sampai KK jam 5 petang. Kawan kami yang ambil kat airport cz kete pun tinggalkan kat dia [thanks bitah tolong jagakan]. Alhamdulillah sepanjang perjalanan zara tersangatlah baik dan tak meragam. Syukur. Dalam flite dia menyusu n tido je. Alhamdulillah..

Malam tu je dia nanges, kuat. Sampaikan aku pun turut same nangis, takut pun ade. lepas hubby bacakan doa2 n ayat2 alquran alhamdulillah zara dah ok tak nangis2 lagi. Malam sebelum tu masa kami tengah packing barang nak balik KK pun dia dah nangis kuat macam malam tu jugak. Esoknya call mak aku tapi abah yang angkat. abah cakap biase lah baby..dia pun tau rindu kat kampung. maybe dia sedih sebab dah lama duduk kat kampung tiba2 berpisah. huhu.. sebak ok.. mujurlah malam seterusnya zara dah ok, tido awal n tak meragam. Malam-malam pun bangun untuk menyusu je.

Time aku tukar pempers dia pun dia x menangis..Alhamdulillah..Isnin tu hubby dah stat keje. Tinggal lah aku n zara je kat umah. Hari tu kawan aku, yah nak datang jumpa zara. dan yah jugaklah yang akan jagakan zara nanti. Harap2 zara tak menyusahkan umie yah la ok..oh ye..hari tu merupakan hari anniversary kami yang ke-3 tahun. Allhamdulillah, kami diberi kesempatan untuk menjadi ibu dan abi kepada zara. Semoga kebahagiaan ini dapat dikekalkan buat selama2nya..insyaallah..Takde special gift..mahupun kek..[tangguh dahulu..hehe]



nak mandi n solat jap............sambung lagi nanti k..baii...hehe








About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts