Wednesday, 31 December 2014

RESEPI IKAN PARI BAKAR


Resepi ikan pari @ baby pari @ ike ttukoo bakar

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan pari kecil (baby pari)

Bahan kisar :
6 ulas bawang merah (saya guna bawang merah jenis yg kecil)
3 ulas bawang putih
1/4 ulas bawang besar 
4 batang serai
1 inci kunyit ( tak letak pun tak apa)
3 inci halia
3 sudu besar cili kering yg sudah dikisar
1 sudu kecil belacan

Bahan lain :-
Garam
Gula
Air asam jawa 
Sos cili - 2 sudu
Sos tiram - 1 sudu
Kicap manis - 1 sudu

Cara- caranya:-

1. Bersihkan ikan. Memandangkan ikan pari ni encik asben yang pancing sendiri so terpaksalah saya bersihkan dengan lebih teliti kerana badan ikan yang dipancing biasanya akan berlendir dan kotor sedikit, dan juga untuk cari serpihan2 mata kail atau tali pancing..mana lah tau kan kot2 ada..selesai cuci ikan, toskan sekejap.

2. Blend ke semua bahan2 kisar. Kisar sampai halus.

3. Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar sehingga masak. Masukkan garam, gula dan juga air asam jawa (anggaran dan ikut selera sendiri nak lebihkan ape..).coz lain orang lain citarasa dia kan..*bagi saya yg berasal dari kelantan, saya tak pandai nak gunakan serbuk perasa contohnya ajinomoto, cukup rasa atau sebagainya..sebab tu mak saya ajar supaya tambahkan gula dalam masakan.-mohon jangan merasakan ianya sesuatu yang aneh ye..sebab nye kami memang dah biasa meletakkan gula dalam masakan..hihi..betul lah orang selalu cakap orang kelantan suka makan manis2..)

4. Tambahkan sos cili, sos tiram dan juga kicap manis sebagai perasa tambahan.

5. Tutup api dan biarkan seketika.

6. Sapu bahan tumis tadi ke badan ikan pari, kemudian bakar macam biasa je..tak kisah samaada nak pakai pemanggang ajaib, pemanggang biasa atas arang atau pun nak bakar pakai oven(saya tak biasa pakai oven,,hanya pakai pemanggang ajaib je..senang..hihi)

7. Bakar agak2 macam dah masak tu..kemudian angkat dan tuangkan sedikit lebihan bahan tumis tadi ke atas badan ikan..sedia untuk dimakan..

Rupa cam tak menarik je..hihi..tapi kalau makan...mavelesss tau..hihi..

Kalau nak sedap cam makan kat selera ikan bakar tu kita alaskan daun kunyit @ daun pisang masa bakar..memang terangkat tau. Saya tak pakai daun2 pun just bakar macam tu je..



Ni pulak lebihan bahan tumis, sejukkan sekejap kemudian simpan dalam peti ais bahagian chiller je..kalau nak bakar lagi ikan hanya siapkan ikan dan terus bakar atas pemanggang je...senang keje n jimat masa..boleh tahan seminggu jugak bergantung jenis peti ais.kalau nak simpan dalam sejuk beku pun boleh cuma saya tak pernah frozenkan bahan tumis ni sebab biasanya saya buat tak banyak.,sekadar untuk 2-3 kali pakai je..lagipun yang nak makan hanya kami berdua je kan..buat banyak2 takut membazir pulak hehe..




p/s : 
#prayforQZ801
#prayforKelantan
#PrayforMalaysia




Monday, 29 December 2014

BANJIR 2014



Assalamualaikum 

Ya Allah..pagi ini saya menangis mengenangkan nasib kaum keluarga dan semua sahabat yang menjadi mangsa banjir. Saya berharap semoga Allah swt melindungi mereka semua. Cukuplah diberi kesihatan yang baik, yang lain-lain tu tak penting. Itu sahaja yang saya mohon dariMu, hamba yang kerdil. Dari jauh ni, tak dapat nak tolong apa-apa..hanya mampu berdoa, dan terus berdoa.. :(








Kalau nak print screen kat sini memang baaanyak sangat.. :( 
 Sampaikan tak sanggup nak tengok kesengsaraan mereka..

Semoga mereka semua tabah...

Semoga keluarga saya di Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai  [belah mak saya ]  selamat2 dan sentiasa dilindungi Allah swt selalu...semoga mereka tabah hadapi UjianNya.

Pak Chu Hussin
Mok Long 
Pok Long
Abe Long + Kak Long + family 
Abe yen + Kak ngoh + family
Abe jidi + Kak chik + famili
adik2..
sedara mara sepupu sepapat kat sana..
Family mekna BFF saya..
family zamri dan syimah..
Seluruh mangsa2 banjir..

semoga tabah hadapi ujian ini..

ALLAH MENGUJI KITA..KERANA DIA SAYANGKAN KITA SEMUA..





Saturday, 27 December 2014

Pesanan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Sama2 kita muhasabah diri. Memang benar. Byk silaturrahim terjalin. Byk org mendekati allah. Byk org menghargai makanan minuman rezeki yg masih berbaki. Byk hikmah nya. Allahuakbar.

Pesanan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang;
"Peristiwa besar yang berlaku di Kelantan pada masa ini adalah sebagai tanda Allah SWT hendak menyucikan kembali negeri Kelantan sebelum terlaksananya hukum hudud di negeri tersebut pada tahun hadapan. Kisah sebegini kita boleh lihat dalam peristiwa banjir besar yang melanda kota Makkah ketika pembukaan awal kota Makkah. Makkah dahulunya dijadikan tempat himpunan patung-patung berhala, kemudiannya Allah SWT mendatangkan banjir besar di Makkah untuk menyucikan kembali kota Makkah darpada perkara-perkara kufur. Begitu jugalah peristiwa banjir paling besar berlaku ini di Kelantan pada masa ini kerana Allah SWT hendak menyucikan keseluruh negeri Kelantan sebelum terlaksanya hukum Allah di bumi kelantan pada tahun hadapan. InsyaAllah..."
Iktibar dari banjir .
Banjir dan hujan berlaku apabila Allah mahu menunjukkan kuasa mutlaknya kpd sang hamba, tdk ramai yg merespon dgn hati y g tawadhuk, mengaku bhw, kami perlu takut pd yg membuat arahan kpd hujan utk turun selebat2nya!Jgn berhenti selagi Allah tdk perintahkan spy berhenti.
Bknkah Allah itu Maha Penyayang, lg Maha Mengasihani?
Takkan Allah x kesian kat mangsa2 banjir tu? Allah yg Maha bijaksana Maha Tahu knp banjir sedahsyat itu perlu berlaku?
Ia utk buat hamba2 nya dptkan rasa takut dan gerun dgn kuasaNya yg Maha hebat itu..

Bila manusia terdesak, mrk akan cari Allah! merayu padaNya..hingga acara2 hiburan utk menyambut tahun baru dibatalkan di seluruh negara dan ditukar dgn prg selawat dan budget 2 utk acara itu digunaan utk kebajikan mangsa banjir!

Alangkah berjasaNya Allah demi utk mnyelamatkan bumi Malaysia dr dosa dan maksiat di Ambang 2015, diciptakan satu bencana yg mengandungi hikmah yg besar disebalik musibah itu.
Allah nak buat hingga hamba2 Nya hilang selera utk sambut Tahun 2015 ini dgn pesta hiburan, dia buat kita tukar acara sambutan itu dgn ibadah!
Perlu diingat Maha Suci Allah dr menzalimi hamba2Nya..sblknya kitalah yg menzalimi diri kita sdri..
Dapatkan rasa Takutkan Allah, Gerun dan patuh pd syariatNya.. Nescaya bencana besar akan berkurangan..
Kpd mangsa2 banjir, kita sama2 memohon ampun, bertaubat bermati-matian kene dibuat sgra di pusat2 pelindungan banjir, terima ujian ini dgn penuh sangka baik kpd Tuhan pencipta langit dan bumi.
Dia penguasa alam semesta.. Jika Allah Mahu, dgn serta merta diarahkan sja hujan agar berhenti, dan bumi telan segera air yg membasahimu agar hamba2 ku boleh hidup spt sediakala.
Spt yg berlaku kpd Nabi Noh.. banjir dan hujan itu hanya berlaku dgn arahan TuanNya..
Ia itulah Tuhan Yg Maha Berkuasa! Jd mari kita muhasabah diri atas peristiwa yg dianggap bencana besar ini..
Kalau kita hubungkan dgn bencana di akhirat, kita akan rasa bencana ini kecil sgt..
Bukann kita tidak tahu setiap kali smbtn tahun baru diadakan akan ramai lah yg terlibat dgm zina, arak dan hiburan yg sgt merosakkan..manusia lupa Allah dn Rasulnya..
Demi utk menyelamatkan manusia dr neraka yg disediakan utk penzina, peminum arak, dan bergaul bebas menyaksikan konsert2 yg melalaikn, Hujan dan banjir diutuskan agar manusia terpaksa tunduk dan mengaku bhw, mahu x mahu kenalah rapat dan berdamping dgn Allah .
Gugurkanlah airmata penyesalan dan taubat krn selama ini manusia x peduli pun akan kehebatan kuasa Tuhan!
Sesungguhnya banjir dan hujan ini membawa isyarat dr Allah spy Jgn takut pd banjir, hujan ataupun cuaca, tetapi takutilah Aku! itu semua tentera2 ku .
Jika Aku berkehendak, Aku boleh kerahkan air yg lebih besar dari ini lg utk mengugut kamu..
Bknkah Tsunami pernah aku utuskan? Tidak cukupkah lg?..Menagislah wahai hambaku...air mata yg engkau alirkan krn takutkan Aku itu amat mahal, ia pemadam api neraka! Banjir ini utk itu...


sumber : facebook.

Thursday, 25 December 2014

PENYUSUNAN MASA

Sebaiknya ke atas setiap orang mukmin itu, menyusun waktu dengan teratur. Ini adalah sebagai penyusunan pekerjaan setiap hari, di antara pekerjaan dunia dan akhirat. Yang amat penting dengan yang kurang penting yang patut disegerakan dan yang boleh di tangguhkan. Perlunya penyusunan ini supaya pekerjaan itu tepat pada waktunya dan ia tidak menzalimi dirinya sendiri kerana terlalu sibuk.

Diriwayatkan di dalam kitab suhuf Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Sepatutnya ke atas seorang yang berakal itu, ia mempunyai empat waktu; waktu untuk berdoa memohon kepada Allah Subhanahu wata’ala. Waktu ia menghitung dirinya sendiri. Waktu untuk ia memikirkan segala kejadian Allah dan suatu waktu untuk ia menikmati hajatnya daripada makanan dan minuman”.

Mereka yang sangat sibuk dengan tugas dan tanggungjawab setiap hari, adalah sangat perlu kepada penyusunan masa. Pekerjaan tanpa penyusunan yang teratur akan mempercepatkan keletihan.

Kadar penyusunan masa itu mestilah diperuntukkan untuk masa berehat. Badan yang sentiasa bekerja akan mengalami keletihan, seterusnya akan membawa kesan kepada hati. Sayidina Ali bin Abi Talib pernah berkata, maksudnya: Rehatkanlah hati kamu suatu waktu selepas satu waktu, sesungguhnya hati akan menjadi buta, apabila membenci sesuatu.

Seseorang muslim juga, adalah tidak digalakkan melakukan sesuatu pekerjaan di luar kemampuannya, walaupun dengan alasan beribadat kepada Allah, seperti sembahyang-sembahyang sunat, puasa dan sebagainya. Ini kerana akan mengabaikan atau menzalimi hak terhadap diri sendiri , keluarga dan masyarakat. Ketika Rasulullah melihat sahabat-sahabat Baginda terlalu banyak menunaikan sembahyang malam dibelakangnya, lalu Baginda bersabda, yang bermaksud:

Lakukanlah daripada amalan (ibadat) yang kamu mampu. Kerana sesungguhnya Allah tidak jemu, sehinggalah kamu yang akan jemu. Sebaik-baik amalan kepada Allah itu ialah berterusan walaupun sedikit”.

Inilah sunnah Rasulullah, suatu cara hidup yang sederhana dengan menepati kehendak rohani dan jasmani . Juga memelihara hak-hak kemanusiaan dan kewajipan terhadap Allah. Justeru itu kita melihat Islam tidak melupai kehendak manusia untuk menikmati keduniaan. Begitulah cara hidup seorang Muslim, ada masa untuk tuhannya dan ada masa untuk orang lain juga.


Oleh: PW 1 Maritim Ramli bin Ismail
Dari Pusat Sumber Ibu Pejabat APMM  (Bil. 8)
Seksyen Pembangunan Insan P&K

Sumber: Pengurusan masa menurut Islam oleh Dr. Yusuf al Qardhawi



SEMOGA BERMANFAAT, TAK SALAH BERKONGSI ILMU. :)

Wednesday, 24 December 2014

Pengurusan Masa Menurut Islam

MEMASTIKAN SETIAP MASA MEMPUNYAI AMALAN

Sebaiknya setiap muslim memikirkan terlebih dahulu masa yang sesuai untuk setiap pekerjaan, supaya bersesuaian dengan kehendak dirinya dan seterusnya mencapai kejayaan dan diterima oleh Allah.

Ketika Sayidina Umar al Khatab hendak dilantik sebagai Khalifah, Sayidina Abu Bakar telah menyampaikan satu wasiat kepadanya:
“Ketahui olehmu, sesungguhnya bagi Allah itu amalan (ibadat) di siang hari tidak diterima pada malam hari, dan amalan di waktu malam tidak diterima pada waktu siang.
Allah berfirman dalam surah al Nisa’ ayat 103, yang bermaksud

 “ Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan  ke atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya”

Begitu jugalah amalan lain seperti puasa tertentu dalam bulan Ramadhan, haji dalam bulan-bulan tertentu.  Tentang urusan keluar zakat bila datangnya masa menuai hasilnya.
Seorang muslim bertanggungjawab terhadap masanya di hadapan Allah. Barangsiapa yang menggunakan masanya untuk ketaatan kepada Allah hendaklah ia bersyukur atas kurnia Allah kepadanya. Barangsiapa yang menghabiskan masanya di atas kemaksiatan hendaklah ia bertaubat kepada Allah, memohon keampunanNya. Begitu jugalah orang yang sentiasa diuji dengan kesusahan, kesempitan, kesusahan dan berbagai ujian hendaklah ia bersabar, dengan menyakini bahawa semuanya itu berlaku adalah hasil ketentuan Allah belaka.

Firman Allah “Katakanlah (wahai Muhammad), kedatangan al Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan al Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan” (dari segala benda yang tidak kekal)
Maksud ayat 58 Surah Yunus

Tentang nikmat daripada Allah –Allah berfirman yang bermaksud
Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) yang amat pengampun”
Maksud surah Saba’ ayat 15

Tentang kemaksiatan - Allah berfirman yang bermaksud 
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampun segala dosa”
Maksud surah az Zumar ayat 53

Tentang menghadapi cubaan - Allah berfirman yang bermaksud 
Demi sesungguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
“(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali”

Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud:
Pelik sungguh orang-orang yang beriman, semuanya baik, kebaikan itu tidak diperolehi oleh sesiapa pun kecuali terhadap orang-orang yang beriman sahaja. Apabila dianugerahkan kegembiraan, dia bersyukur, oleh itu baiklah baginya. Dan apabila ditimpa penderitaan , lantas dia bersabar, oleh itu baiklah baginya.”


Oleh: PW 1 Maritim Ramli bin Ismail
Dari Pusat Sumber Ibu Pejabat APMM  (Bil. 9)
Seksyen Pembangunan Insan P&K
Sumber: Pengurusan masa menurut Islam oleh Dr. Yusuf al Qardhawi


SEMOGA BERMANFAAT, TAK SALAH BERKONGSI ILMU. :)

Tuesday, 23 December 2014

KEPUTUSAN TEMUDUGA PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN KP27

Assalamualaikum & hai..

Maaf lambat update blog, mesti ramai yang ternanti-nantikan saya update berkenaan temuduga penolong penguasa imigresen KP27  baru-baru ni.

ok keputusannye adelah.....

"Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini" - feeling positive.. =]


Tahniah saya ucapkan buat rakan-rakan yang berjaya. Good luck dan semoga dapat laksanakan tugas dan tanggungjawab yang bakal dipikul.

Sebenarnya saya dah agak tak lulus iv kali ni..sama seperti iv2 yang sebelum2 ni..asyik tak de luck je huhu..

Takpe..saya ok je..semoga ada lagi rezeki untuk ditemuduga lagi..hihi..

Jangan jemu, jangan pernah rasa mengalah!

Tu pesanan abah saya. 

Keep on tryinggg..

=)

P/s :- sebenarnya saya happy sebab x dapat..coz x payah saya semakkan otak untuk fikir kena berjauhan dengan suami dan anak kelak.. :D


Sunday, 21 December 2014

TEMPAT MAKAN : RESTORAN D'BULAN, TAMAN PUTRAJAYA TELIPOK

Assalamualaikum dan hai ...

Tengah saya kemaskini album gambar, banyak rupanya koleksi gambar yang tak sempat share kat sini.

Sebelum saya delete jom saya share dengan anda semua..
Antara menu yang pernah saya cuba di restoran D'bulan, Taman Putrajaya Telipok.
Insyaallah akan kena dengan selera anda jugak. Tapi bergantung jugak la kan..tak semestinya selera kita sama kan..? =)

Kuey Teow Kungfu



Kuey Teow Ladna
 [sebenarnya saya kurang pasti betul ke tak namanya..sebab lebih kurang je rupanya dengan kuey teow kungfu..cuma bezanya kuey teow kungfu digoreng dengan telur dulu..]


Sup Belut
hubby cakap sedap, saya? sorry saya tak pandai makan belut. huhu





Roti Nan
Sedap jugak, =)





Thursday, 18 December 2014

PENANGAN CLASH OF CLANS [GAMES]

tergelak sorang-sorang saya bila terdengar rakan-rakan lelaki tengah bersembang dengan serius sekali.
Lagak perbincangan mengalahkan engineer, ketua misi peperangan, dan ketua pasukan elit..
Serius gilerr...
Teknik-teknik peperangan...cara-cara menguatkan kubu...aduhh...macam2 strategi yang perlu digunakan..

ihsan google



ihsan google


hehe..saya pun dah terjebak..tapi tak berapa pandai..nak kena belajar ngan senior2 COC ni dulu..










Wednesday, 17 December 2014

KES KEHILANGAN MESIN PANCING HUBBY


Assalamualaikum dan hai..

Alhamdulillah, dengan Kuasa Allah s.w.t, barang kami yang hilang telah kembali semula kepada kami. (rujuk entry : REDHALAH JIKA DITAKDIRKAN BUKAN MILIK KITA) ..
Cerita penuh kejadian :-

Hari/Tarikh :Sabtu, 13 Disember 2014
Lokasi : Kedai Peralatan Memancing SFTS (kedai tingkat 1, atas pizzahut Inanam Taipan) (FB :  Sabah Fishing Tackle Supplies @ SFTS)
Masa : lebih kurang pukul 3.15 petang

Kami berlima [saya, matshah , umi, abah dan zahraa] dalam perjalanan pulang ke rumah dari menghadiri majlis resepsi perkahwinan sahabat saya di Wisma Wanita. Abi memang dah bagitahu yang dia nak singgah ke kedai SFTS. Sesampainya di lokasi, Zahraa sedang meragam kepenatan dan mahu tidur.. saya ambil keputusan untuk menunggu di dalam kereta sahaja dan tak mengikut abi ke kedai tersebut seperti kebiasaannya. 

Sejam kemudian kami menyedari yang abi dan abah keluar dengan begitu lama, umi menghubungi abah melalui telefon. Rupa-rupanya mereka sedang mengejar 3 orang customer (2 lelaki dan 1 perempuan) yang dah tersilap ambil barang abi. Katanya tersilap ambil. hmm..masih relevan kah perkataan 'ambil' ???  Sedangkan Kau [si pengambil] dah menyusahkan matshah dan abah tuk mengejar mencari kauorang 1 bangunan tu tau tak? berpeluh2 lagi mereka..dengan pakaian smart kasual..berkasut bagai..maklum sajalah baru balik dari majlis kenduri kan...

 Sakit pulak hati mak tau! Kesiankan hubby yang kepenatan, kecewa dan sedih bila barang miliknya senang2 diambil orang. err sape tak sakit hati..Walaupun harga tak seberapa..{mencecah ratus2 juga ok} barang pulak import dari oversea..bukan beli kat malaysia, KAU senang2 kebas...grrr..

Ni dia mesin pancing yang saya maksudkan....err sorry saya tak tau apa nama saintifik bagi mesin ni ...saya masih kosong dalam ilmu memancing ni hihihi...

Yang ni sumber google..

Lepas gagal mengenalpasti mane pegi nya ketiga2 customer tu, staff kedai, hubby dan abah kembali ke kedai SFTS untuk melihat rakaman CCTV. yang jelas menunjukkan lelaki tersebut dah terambil plastik bag yang mengandungi mesin pancing hubby.yang paling sakit hati adelah dia dah belek kedua2 plastik tu..Sedangkan dia tahu dia hanya membeli tali dan batu ladum sahaja. So buat apa kamu gatal lagi mengambil barang lain yg bukan milik kau!

hubby dan abah pada waktu kejadian tengah membelek2 barang lain tanpa disedari oleh sesiapa pun, then barang sendiri dikebas orang di kaunter pembayaran..sungguh cepat dan pantas keje ko kan...

Rakaman CCTV tu hanya sempat di snap video oleh abah je.tu yang saya dapat tengok...tak dapat senang2 nak copy ke dalam pendrive, kena buat laporan polis terlebih dahulu. Tu antara sebabnya saya tak dapat nak sebarkan ke dalam media sosial yang lain. Kalau ikutkan hati memang nak je pergi buat laporan polis, tapi rasa macam tak berbaloi sebab harganya tak seberapa sangat..saya cakap dengan hubby ...'tak pe lah kira sedekahkan je..mudah2an dia dapat hikmah..nanti abi beli je baru....'

Berdasarkan perbualan abi dan abah dengan si pengambil tu...dia orang semenanjung jugak...terengganu..perempuan tu pulak teman wanita kawannya..

......................Malam tu rasanya abi tak dapat tidur fikirkan barang dia yang hilang tu........huhuhu....


Ahad, 14 Disember 2014

Pertandingan memancing anjuran pejabat tempat saya bekerja, hubby pinjam mesin pancing kawan dia je... [masih lagi mood sedih...tak ada maklumat2 atau petanda yang mesin nya akan dipulangkan...]

Petang - balik daripertandingan memancing..ahamdulillah..hubby terima panggilan daripada kedai SFTS tuan kedai minta iin untuk release video/gambar tersebut ke dalam media sosial untuk minta bantuan rakan-rakan kaki pancing..


Isnin ,  15 Disember 2014...

Jam 5 petang, selesai saya bertugas [outstation ke papar] saya sempat melayari Facebook..dan melihat ada rakan-rakan hubby kaki pancing share gambar si pengambil [yang di snapshot melalui rakaman cctv] ..terang dan jelas gambarnya..namun sayang sekali saya tak sempat untuk copy dan save gambar tu..tp saya sempat membaca komen2 kenalan2 dan customers tuan kedai SFTS yang komen bahawa dia adalah salah seorang daripada 3 orang suspek tu. dan mengatakan bahawa dia baru sedari yang rakannya tu dah tersalah ambil, mungkin dia{si pengambil] tak sedar!
kes dianggap selesai bila tuan kedai dapat contact rakan dan juga si pengambil tu..

Malam tu hubby pergi jumpa si pengambil, dan dipulangkan kembali barang milik hubby..Alasan? terlalu banyak sangat bersembang sampaikan secara tak sengaja telah terambil barang orang?? errr adekah logik? sedangkan dalam rakaman cctv dah terbukti Kau dah check dua2 plastik tu bro!
 wallahualam..

Ape pun niat ko....hubby dah maafkan..hubby taknak besarkan kes..kalau saya, taknak lepaskan macamtu je..senang2 je..sebab bukti dah depan mata..jelas lagi terang.

mungkin...

ko rasa dah tergugat...
Sebelum jadi viral...
baik ko cepat2 hantar balik kan...


Tapi yang saya baca whatsapp antara si pengambil dan hubyy...'

'buke nok kecek besar la deh..setakat mesin Daiwa tu ambo x minat lah...xheran pun...lainlah kalu shimano ko...jolo jugok ' ---> ohhmaiii...so memang ko dah ade niat jugak lah kannn..nak kebas barang orang...lagi ko dah salah lagi pulak ko nak berlagak...ciss

dah ko tahu ko dah ambil barang orang..kenapa tak cepat2 pergi pulangkan kat kedai tu....bongekkk je mung! ni tunggu dah tersebar kat FB baru nak terhegeh2 pulangkan....loser!

ni antara last2 mesej dia...

'ambo x sengajo ambik...duk bual ralek sangat..bereh la kalu jupo smula2 tegur2 la deh.


Tak de makne nye ....jgn harap lerrr saya memang tak berkenan nak tambah kawan2 yg berlagak macam tu [walaupun actually bukan menjadi rakan saya, sebab semua kawan hubby adelah kawan2 saya jugak] 

puiii

its ok...saya pun dah maafkan.harapan saya moga2 jangan lagi jadi kes-kes macam ni..coz kamu dah menyusahkan semua orang..ok..

P/s : Saya dan suami ingin merakamkan sejuta penghargaan buat rakan2 yang terlibat dalam kejadian ini samaada secara langsung atau tak.. Sayang korang....:)

actually x de lah sedih pun bila hilang, cuma terkilan sikit sbb kecuaian sendiri tak awasi barang elok2..lagipun kami banyak redho padaNYa. ni baru sedikit allah tarik,..orang lain banyak lagi dah kena..huhu..bersyukur di uji olehNYA... =)

Saturday, 13 December 2014

REDHALAH JIKA DITAKDIRKAN BUKAN MILIK KITA

Assalamualaikum dan hai readers..lama saya menyepi..cerita holiday bersama family in laws pun belum ber-update..ni dah tercerita kisah hari ini... 'Mesin memancing' hubby..telah dikebas orang kat dalam kedai peralatan memancing di Inanam Taipan Kota Kinabalu..sekelip mata je..Walaupun harganya tak 'seberapa'..

Namun masih mampu berharap semoga dapat balik..jauh beli tu tau..ade je kat Malaysia tapi berganda2 mahalnye..saya geram jugak dengan si 'pengambil' tu..hubby cool je..redho..katanya bukan rezeki dia...(malas nak semakkan otak kot?..huhu..) tumpang sedih tuk hubby..dah la esok ada pertandingan memancing... Tapi saya tetap berdoa moga2 si 'pengambil'nye diberi hidayah oleh Nya.

Jom baca doa ni:- (thanks kepada tuan empunya www.darussyifa.org )


Nanti saya share video rakaman cctv tu dalam youtube..sekarang tak blh nak upload sebabnye video tu masih ada kat dalam handphone hubby..

P/s : "bila sesuatu barang kita hilang, redhaKanLah kehilangannya..mungkin Allah swt nak gantikan yang lebih baik..insyaallah"

Wednesday, 26 November 2014

FOR A COUPLE OF TIME, OR FOREVER.


Reason?

1. Busy for something.. Jeng jeng jeng..


Thanks and see u later..(ntah2 esok saya dah log in balik? Ye tak? Hihi)


Wednesday, 19 November 2014

PENGALAMAN DAN TIPS TEMUDUGA PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN KP27

Assalamualaikum & hai,

UNTUK MAKLUMAN : Entri ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sahaja. Tiada niat ingin berbangga-bangga. Jika anda merasakan saya berniat sebegitu, saya memohon maaf..Kalau tak suka anda tak payah baca...terima kasih..

Sebenarnya saya segan dah nak cerita kat orang pasal temuduga SPA ni. Temuduga je, dapatnye belum tentu lagi.. Huhu. Temuduga ni merupakan temuduga ke-3 yang saya hadiri tahun ni sahaja. Terasa agak "kepenatan" di situ. Cemuh pun ada. Saya rasa pegawai SPA cawangan Sabah dah kenal saya kot? Yelah muka ni je yang selalu datang jumpa dia? Haha.

Temuduga/Ujian fizikal yang saya pernah hadiri (tahun ni) 

 1) ujian fizikal penolong penguasa penjara kX27
2) temuduga penolong pegawai latihan vokasional J29
3) temuduga penolong penguasa penjara kx27

Kesemuanya gagal. Bukan rezeki saya.
4) ujian berkomputer latihan jururawat (saya tak jawab atas sebab-sebab tertentu)
Dan yang terbaru ..

Penolong penguasa imigresen KP27 Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan)  ].

Saya telah hadiri semalam, selasa 18 november 2014.

Pada mulanya saya bernekad tak nak pergi (juga atas sebab-sebab tertentu yang bersifat peribadi).. 
tapi saya ambil langkah berjaga-jaga dahulu untuk menyediakan semua dokumen yang diperlukan (sebagai penjawat awam yang sedang berkhidmat anda perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti Ringkasan kenyataan perkhidmatan, laporan penilaian prestasi terkini, pengisytiharan harta, surat akuan ketua jabatan, dan juga slip gaji terakhir,)

*Semua dokumen ni ada dinyatakan di dalam surat panggilan temuduga.

Keesokan pagi, saya bangun dan terfikir "kenapa saya perlu tarik diri awal2? Kenapa saya tak mencuba? Kenapa cepat nak putus asa? Kenapa nak jadi pengecut? Kita sendiri yang perlu berusaha untuk ubah masa depan kita. Allah tak suruh kita TAK MENCUBA DAN BERUSAHA.  Allah suruh kita mencuba sehabis baik, ikhtiar. Bukannya mengalah.!"

Kita ada pegangan agama, saat-saat kita buntu, kita kena sentiasa berdoa padaNya. kita kena ingat yang kita masih ada DIA. Yang sentiasa bersedia memberi kita sejuta Kekuatan. Insyaallah.

Dengan sedikit penyesalah ( kerana dah agak lewat..) saya bergegas ke pusat temuduga. Berbekalkan keyakinan diri yang datang secara tiba-tiba, saya pasrah. Ape nak jadi, jadi lah.

Saya cepat2 iron baju kurung ( saya ambil baju yang kainnya jenis susah berkedut) lepas iron saya lipat dan simpan dalam bag galas saya. Saya mengenakan baju-t  lengan panjang berwarna hijau, sluar track, tudung hitam dan kasut sukan kerana tu pakaian hang dinyatakan dalam surat panggilan bagi ujian fizikal. Baju untuk temuduga pun perlu bawa, yang jadi masalah sebab pusat temuduga yang saya hadir tu jarak parkir kereta agak jauh.

 Saya ambil keputusan untuk sumbat kesemuanya dalam 1 bag sahaja bersama fail sijil, resume dan juga alatulis. Tak lupa juga charger telefon coz malam tadi saya lupa charge telefon! (Cari powerbank x jumpa, mane ntah saya simpan)

Sesampai di pusat temuduga ( bilik PERAK, kompleks pentadbiran persekutuan sabah) kaunter pendaftaran masih di buka. Saya lihat jam, 9.45pagi. Cepat-cepat saya memohon maaf kepada pegawai bertugas kerana lambat. Kemudian dia memberikAn saya sekeping borang ujian fizikal untuk diisi terlebih dahulu.

Sewaktu saya sampai, saya lihat masih ramai calon yang sedang diuji. Calon lelaki dalam 10 orang, calon perempuan ada 7 orang termasuk saya.

Lebih kurang 15 minit, seorang pegawai memanggil saya untuk diuji. Dimulai dengan pemeriksaan berat badan, dan ketinggian. Berat saya 62kg. (Fuh..lega coz saya takut berat saya dah naik!) dan tinggi saya 163cm (tak berubah coz x ambik produk langsing_tinggi...ok yang ni saya melawak je hehe)

Lepas tu saya diuji oleh pegawai lain pula. Ujian mata (pemeriksaan samaada pakai kanta lekap atau tak) yang ni jangan nak menipu ye..diorang cek betul-betul. Disusuli dengan ujian rabun jauh, dan ujian pengecaman warna (macam masa nak ambik lesen memandu tu laaa..hihi)

UPDATE : disertakan gambar untuk penjelasan lanjut berkenaan ujian penglihatan

Ujian rabun jauh
gambar kredit kepada blog tanya dok


Ujian Pengecaman warna
Kredit gambar ni kepada blog Abu Naim


lebih kurang macam ni - untuk ujian rabun jauh
gambar kredit kepada blog : JPAM Sarawak
Saya melepasi kesemua ujian tersebut. Cara berjalan, cara berkawad. Semua lulus. Alhamdulillah. Kemudian last sekali. Pemeriksaan badan. Yang ni saya kurang pasti calon lelaki diperiksa jugak atau tak. Tapi yang pastinya pemeriksaan badan dilakukan oleh pegawai perempuan, dan dilakukan dalam bilik lain (one by one).

Pemeriksaan badan dilakukan bagi menentukan anggota badan ok..(nanti korang akan tau sendiri ape yang akan diperiksa - jangan terkejut je hehehehe)
Yang pastinya :- Calon  WAJIB bukan khunsa...sihat walafiat, sihat tubuh badan..[ehh macam sama je maksud die? hehe]

Selesai urusan ujian fizikal, tidak perlu ujian kecergasan seperti temuduga penolong penguasa penjara yang lepas. Dimana perlu menghabiskan larian..lompat2..huhu

Setelah dimaklumkan yang saya dah melepasi tapisan tersebut.saya (kami) diarahkan menukar pakaian untuk ditemuduga di bilik temuduga Lankayan (aras bawah pusat SPA - suruhankaya perkhidmatan awam)

Saya mendapat angka giliran 14. Calon yang lulus hanya 15 orang daripada sekian sekian (yang ni saya kurang pasti berapa orang calon yg hadir..tapi tadi saya tengok agak ramai..dalam 30 orang jugaklah.)
Saya menunggu giliran dengan penuh kesabaran, dan masa prnantian tu satu anugerah dan rahmat buat saya. Kerana masa itu adelah emas. Saya manfaatkannya untuk membuat ulangkaji (last minit punya kerja!) janganlah kamu meniru saya ok! [terima kasih kak ha coz banyak bantu saya - hantar maklumat2 berkenaan jabatan imigresen kepada saya melalui whatsapp]

Saya ringkaskan pengalaman temuduga saya : 

Sekitar jam 1.45..barulah tiba giliran saya. Hampir 3 jam juga saya menunggu.   Masuk ke bilik panel temuduga.. Ini lah kali pertama saya ditemuduga, di mana panel temuduga tidak meminta saya perkenalkan diri seperti sebelum-sebelum ni.

Saya : assalamualaikum dan slmt petang tuan-tuan.
Panel 1 : waalaikumussalam, jemput duduk puan hamelia sunita.Apa khabar? 
Saya : khabar baik tuan.
Panel 2 : ok hamelia sunita, orang semenanjung ye..asal mane?
Saya : saya berasal dari bachok , kelantan tuan..
Panel 1 : ok..dan blaa..blaa..blaaa...

Antara soalan yang ditanya..[seingat saya,,maaf andai ada yang tercicir]

Kerja di mana?
Dah berapa tahun kerja sini?
suami kerja disini jugak ke?
Jawatan suami? 
Dah ada berapa orang anak?
Umur anak?
Pinjaman peribadi berapa banyak?
Gaji sekarang dah berapa?
Ape ada pada potongan gaji awak ?
Sekiranya anda terpilih dan ditempatkan di semenanjung atau sarawak, anda dah bersediakah untuk berjauhan dengan keluarga?

Masuk kepada soalan berkaitan bidang tugas imigresen :-

Awak minat ke jawatan ni?
Kenapa awak minat?
Apa kaitan kerja awak dengan imigresen?
Apa pertindihan kuasa antara jabatan awak sekarang dgn imigresen [sekiranya ada]?
Apa akta yang imigresen pakai? 
Boleh awak jelaskan kenapa masalah PATI makin berleluasa di malaysia?
Pandangan awak tentang isu semasa - kes Pati di genting highlands/cameron highland (sorry saya lupa which one-nampak sangat saya x alert..huhu)
Boleh awak cadangkan apa langkah2 untuk membanterAs kemasukan Pati?
Boleh awak terangkan nama pintu masuk di kelantan?
Berikan nama pintu masuk di sarawak?
Apa pandangan awak mengenai integriti?


Lebih kurang 20 minit jugak..

Kemudian macam biasa panel akan tanya : ada apa2 soalan awak nak tanya?


Tips dari saya:-

Panel hanya nak uji pemikirAn dan mentaliti kita. 
Disamping uji pengetahuan kita dalam jawatan yang kita mohon ni.
Jawab dengan ikhlas,
 jangan cuba nak menipu. 
Jangan over tunjuk pandai. 
Jangan terlebih yakin. 
(Tapi kena yakin jugak..jawab ape yang kita tahu) 

Antara soalan2 yang ditanya oleh panel kepada calon2 lain ( thanks coz sudi berkongsi):-

Apa fungsi, misi, visi imigresen
Apa itu passport, permit, visa
Berkenaan urusan visa pembantu rumah asing
Berkenaan kelahiran diluar negara
Berkenaan integriti,
Pandangan2 untuk memajukan dan memantapkan lagi imigresen
Cadangan2 penambahbaikan yang lagi bagus untuk masa akan datang..
Bidang tugas penolong penguasa imigresen kp27
Kad pengenalan biru dikeluarkan oleh jabatan mana? 
Kad pengenalan merah dikeluarkan jabatan mana?
Tahanan imigresen?
Tahanan di rumah merah?

**************************************************
Lain orang lain skop soalannya..
Bergantung atas rezeki masing2..
Ada yang dapat soalan yang senang..ada yang susah..
So berdoa lah banyak3 semoga di permudahkan..

So kepada calon-calon yang bakal hadapi temuduga ni. 





Hafal ayat ni, insyaallah dipermudahkan..[ terima kasih kakak ipar saya yang ingatkan saya doa ini]


selebihnya bertawakkal padaNya..

Selamat berjuang!! alhamdulillah, Saya dah lepas!! Hehe yea yea yeaaaa


p/s : Ape2 pun keputusan kelak, saya redha.. kalau dah tertulis rezeki tu untuk saya, alhamdulillah...

:)

Sekadar perkongsian : Sempat saya hubungi ayah saya..dan beliau dah dimaklumkan lebih awal oleh kakak saya [terima kasih kak ha] abah cakap dia dah buat solat hajat untuk saya..(sama seperti sebelum2 ni jugak)[terima kasih abah,,mie sangat2 terharu...sebak..] bila saya cerita dengan dia..perihal kurangnya semangat saya untuk hadapi temuduga...perasaan cemuh saya tu..

abah pesan [dalam loghat kelate]
" kita ni hendaklah sentiasa minta (apply SPA) tak kisah la dapat ke tak, jangan putus asa. sama juga dengan Allah, kita sentiasa mintak padaNya..mintak diampunkan segala dosa2 kita..mintak dimurahkan rezeki,,mintak diberi kesihatan..mintak dipermudahkan urusan...dan sebagainya...kena selalu mintak (BERDOA).."
Calon ke 13 - ke-14 (saya) dan yang belakang sekali tu ke -15.

 :)

TEMPAT SAYA MEMBELI BARANG-BARANG KEK

Entry ini ditujukan khas buat seseorang yang ada bertanya saya melalui whatsapp.sorry x dapat reply malam tadi coz akak dah mengantuk sangat2. ;-)

Akak selalu beli barang-barang kek, dan perkakas2 kek di kedai Bake With Me, lorong Durian 5, inanam. Kedai ni kalau dari jalan menggatal-pekan inanam, lalu lepas shell inanam, dan akan jumpa trafik light menuju ke inanam stesen bas..ambik lorong kiri ada bangunan maybank lama dan bank alliance (sebelah kiri). 

Ambil jalan depan bank alliance, jalan terus je sampai jumpa simpang. Belok kanan, kemudian awak akan jumpa simpang pertama. Masuk simpang tu (belah kiri). Kalau awak pandang belah kanan jalan..ada deretan gudang2 kedai..ada satu gudang Bake with Me (ada sign board) tapi jangan masuk gudang tu coz tu store saje.

Awak jalan lurus je sampai jumpa signboard Lorong Durian 5 (signboard kaler hijau)..pastu masuk kiri..jalan sikit je akan nampak kedai Bake with me kat sebelah kiri.

Kat kedai tu macam2 barang buat kek, biskut, packaging items, cake decorations dan macam2 lagi Yang boleh didapati dengan harga murah serta berbaloi. 

Ada lagi cawangan Bake with me tapi akak tak pernah pegi lagi cawangan tu.,kalau x silap dekat lintas dan satu lagi di putatan. Boleh pakai apps waze, senang je jumpa kedai ni... :)


peta lakaran...[kalau dari pekan menggatal - inanam]



Boleh check website bake with me : http://bakewme.com/contact/contact.htm

Hope dapat membantu anda! 

Keep calm & Happy baking!

Thanks for reading..  :)




Monday, 17 November 2014

LIRIK LAGU DAN MAKSUD 'SELIMUT TETANGGA' - REPVBLIK

Lagu ni dah jadi lagu WAJIB saya mainkan di pejabat..
incas (penyelia) saya suka sangat lagu ni..
saya pun suka jugak.
layan je kan..



Lirik Lagu Repvblik - Selimut Tetangga
Bersabarlah sayang aku akan pulang
Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku
Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu
Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku
Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian
Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian
Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu
Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku
Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku
Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian
Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian
Bersabarlah sayang aku akan pulang


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pastu hari ni, tetiba je dia tanya saya..
Ape ye maksud 'selimut tetangga?'
errrr..saya pun tertanya2 jugak..
terus saya google...
dan terjumpa satu blog dari seberang..
Dewi Setyorini 
Beliau menjelaskan maksud 'selimut tetangga'
Owhh rupanya maksudnya lebih kurang macam 'perempuan simpanan'
Kiranya penulis lagu ni nak nyatakan yang dia tetap setia walaupun dilanda kesunyian percintaan jarak jauh..
Sama dengan situasi incas aku yang sorang ni..yang menjalani liku-liku hidup sebagai seorang PJJ (percintaan jarak jauh) bersama isteri dan anak-anaknya.

Semoga mereka terus tabah hadapi ujian ni. - tak semua orang 'mampu' tuk hadapinya, termasuk lah saya sdiri err tak sanggup nak fikir camane bila berjauhan dengan insan tersayang kan? huhu..kirenya saya amat respek kat korang yang berjaya hadapi hidup PJJ ni. Syabas!!





Saturday, 15 November 2014

REZEKI YANG TAK TERDUGA


Alhamdulillah, sekali lagi nama saya tercalon untuk menghadiri temuduga SPA. Tanpa disangka-sangka jugak, ingatkan dah tak tercalon lagi. Huhu. Doakan saya..terima kasih.


P/s : rezeki sentiasa ada, cuma masa dan ketika nya sahaja..berusaha, berdoa, sabar, dan bertawakkal kepadaNYA. In shaa allah..

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts