Tuesday, 12 November 2013

assalamualaikum dunia


Assalamualaikum...
introducing.
Our little princess..
- NUR SAFIYYA IZZ ZAHRAA BINTI MUHD SHAIROZI
- 8/11/2013
- @ HOSPITAL WANITA DAN KANAK2 LIKAS, KOTA KINABALU SABAH
- BERAT : 3.1KG
Alhamdulillah..kami bersyukur ya allah..
Will be update soon..insyaallah.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 7 November 2013

dah turun tanda nak bersalin

Assalamualaikum..

Hari ni sepatutnya aku ada appoinment dengan pakar o & g kat hospital likas. Hari ni jugak hubby keje..so aku decide nak tunggu hubby balik dari keje barulah kiteorang gerak pegi hosp. Lepas hubby ge keje..aku sambung tido..dalam pukul 8.30pagi aku bangun sebab nak terkencing..masuk je tandas..nampak ada something kat underware . Macam darah pudar2 sbb ade macam basah2 blendir sikit. Aku tetiba je rasa cuak. Nk call hubby? Tak nak pulak dia kelam kabut risaukan aku. Nak call nurse? Emm nanti dulu lah..sebab dah dapat agak mesti dia sruh aku terus pegi bilik penilaian kat hosp likas jugak nanti. .nak call mak aku...emm..tak nak lah buat kelam kabut org tua tu je nanti..


Memandangkan aku takde rasa sakit sangat2..n boleh dikatakan tak rasa sakit semacamm je..aku buat derkk je la..aku mandi..n pakai je pantilener mcm biasa (dah tabiat aku mmg hari2 pakai pantiliner).. lepas pakai2 baju aku baring2 pegang fon..aku whatsapp bff aku..kak ika..bgtau keadaan aku sepatah dua kata..

Dekat kul 9 hubby balik..masa tu aku ngah nak brekfast..bila je aku tunjuk darah tu kat hubby, muka dia terkejut..tapi under control.. sebab masa aku bagtau dia aku cakap ala2 kadar je tak nak dia nerves... sbb kalau dia neves aku lagii la neves..aku cakap tak sakit n siap buat lawak lagi..pastuh dia cakap "yang sakit nak bsalin kat hosp baru2 ni muka cam ibu je la...sengeh2..tup2 nk bsalin da.." -aku sengeh je..

Hubby cakap nanti kita bawak siap2 bag barang nak g spital tu..kot2 ade pape.bag tu dah ready..tersebek je kat atas sofa...pastu double cek barang2 dalam bag tu..aku lak bfast ngan milo suam..pisang 2 biji (terliur lak tengok pisang) n telur separuh masak 2 bijik..dah lapar...aku makan je la..huhu..

Siap je makan terus kiteorang gerak g hosp..dalam pejalanan tu aku masih trpikir2 lagi nak g register kat o & g dulu or terus naik blik penilaian..kang aku lambat2 g bilik pnilaian..kne marah lak..mm pape hal g bilik pnilaian tu dlu je la.. Sampai je kat bilik penilaian, aku tny kat kaunter pendaftran dlu mengenai appoinmnt aku tu cmne..ye arr risau gak kan takut2 kene marah ngan doc.. nurse2 kat situ cakap xpe..utamakan keadaan aku dulu..

Lepas letak buku kesihatan aku kat nurse, dia bagi aku stick untuk check urine, lepas tu timbang berat badan. Eh berat aku 78kg dah ari ni? semalam baru je 77.5kg..cepat sangat dah naik? mmm..biar je lah.. nak wat cmne kan..kemudian nurse suruh aku duduk dulu. Kemudian datang sorang  nurse berbaju biru, aku dengar nurse2 n patient lain semua panggil sister, dia datang bagi uniform patient kat aku, yang berwarna pink muda dan jugak kain sarung berwarna pink gelap. Sebelum aku tukar uniform patient, aku nampak hubby kat pintu bilik penilaian tu, sempat lagi aku gi sembang ngan hubby. Tapi tetiba lak aku teremosi bila tengok muka hubby..huhuhu..risau woo..kot2 dah nak terberanak ari ni jugak kannn..hubby tanye soklan biase je aku lak jawab pastu air mate menitik2??? apekah??? sob..sob..aku tak tau arr nape.. hoverr sensitip..dah nak bersalin nanti tak tau la camne drama aku tuh...puii kat diri sendiri hahaha...[hubby sempat gelakkan aku sebab emo lelebeyyy]

Then bermulalah sesi menunggu bak menunggu bulan purnama.....kekekee...aku sampai kat bilik penilaian dalam kul 10.00 pagi gitu arr..dekat kul 11 datang sorang nurse suruh aku baring kat katil, ambil bacaan tekanan darah n cek perut aku..dia ukur tinggi rahim, dah 38cm..kemudian dia suruh aku duduk balik kat tempat menunggu sehingga doktor panggil (dalam bilik tu jugak)..

dekat kul 12 lebih, datang sorang doktor muda pegang buku kesihatan aku, dia interview aku beberapa soalan biasa je, doc tu cina kalau x silap aku. Sopan je tutur kata, lega jugak ati ni bila dapat doktor yang baik. Sebab dalam ramai2 doktor yang ada dalam bilik tu adelah dalam 6 orang termasuk sorang doc pelatih UMS (aku tengok kat baju die arr) tapi ade gak sorang doc pmpuan melayu nampak cam badmood je nak senyum kat nurse pun malas apetah lagi nak senyum kat patient ni..mjurlah bukan dia yang cek aku..alhamdulillah..

Tak lama pastu dekat kul 1 doc suruh aku baring, masa tu aku dah ready dah memang nak tak nak doc akan seluk aku jugak nanti memandangkan aku dah keluar tanda nak bersalin iaitu salah satunya kelua darah..takut memanglah takut tapi kalau doc x cek camne nak tau keadaan aku kan. Mula2 doc suruh sister pasang ctg kat perut aku (nak monitor jantung baby katanya..n cek contraction)..pastu doc cina tadi datang n bagitau aku elok2 yang kejap lagi dia akan cek bukaan aku.."puan, kejap lagi sy akan periksa bukaan rahim puan, rasa tak selesa sedikit puan tahan nafas saja ya.." ..aku angguk2 je kat dia..doc2 lain pun aku dengar diaorang cakap camtuh jugak kat patient2 yang ade kat situ tadi..takde pulak aku dengar patient berteriak menangis ke ape..dalam ati aku tak sakit kooooottt...kikikiki..

tak lame pastu sister ngan dua orang nurse pelatih datang readykan aku sebelum pemeriksaan rahim (V.E) dilakukan.. Mula2 aku rase sister tu tuang air/gel kat miss v aku..sejuk2 je rase kemudian dia usik2 miss v n then dia seluk jari dia dalam miss v..aduii..cam sakit je..cam segan je..cam malu je...semua rasa ade woiii...festime kot???nak kangkang depan diaorang pun naik segan aku..cepat2 aku set dalam kepala "ahh lantak ko la nak segan apenye bukan aku sorang ko cek camni hari2 kot keje ko cek orang..dahtu pasni bukan nak hadap muke ko lagi maybe ari ni je kot jumpe ko..." kekkee..pastu x rase malu dah lepas set dalam pale otak camtuh..

Sister tu cakap dah ade bukaan, anggaran 4cm....nahh 4cm dah??? teringat kat bini shahidan yang dah bukak 4cm minggu lepas, aritu jugak dia besalin..adekah aku akan besalin ari ni jugak?? aku pandang atas je mase sister tu cek. merelakan je...hihihi...pastu doc cina tadi datang cek..lembut je dia seluk, xrasa sangat..pastu dia cakap 3cm..then sorang lagi doc pempuan cina cek jugak nak cnfirmkan bukaan v.e tu, dia pun cakap 3cm..pastu aku dengar sister tu cakap ngan doc yang dah rasa da kepala baby.aku??? biar betull.?? aku dah nak bersalin????

Pas bacaan ctg diambil, doc tanye aku samaada nak stay kat hospital atau nak balik umah dulu..sebab aku tak de rasa sakit contraction n air ketuban pun belum pecah....laju je aku cakap nak balikkk..huhu..malas lah aku nak tunggu lame2 kat sane..buat penat je lagipun aku sendiri tak de rasa sakit pape pun buat ape nk penatkan diri tunggu tercongok kat sana kan..dah la kesian kat hubby mesti dia penat n boring gile tunggu aku.huhu..

Lepas je aku tukar baju, nurse yang nak bagi buku kesihatan aku balik tu double cnfirm ngan salah sorang doktor (nampak cam doktor senior) tapi dia india kalau x silap aku.pastu doc tu suruh aku baring balik tanpe tukar baju patient just pakai kain sarung tu je .. dia nak cek sendiri..Secara automatiknye aku telah diseluk oleh 4 orang sahaja ye ari ini..huhu..yang last skali doc india cek je yang aku rase sakit sikit lah berbanding doc2 n sister tu cek..maybe sebab dia jenis kasar sikit kuttt...dia confirm kan bukaan dah 3cm.tapi incase kalau aku rase sakit2 sangat n keluar air ketuban terus je datang balik..

Ok..settle sudah kejadian kat hospital tu...kiteorang balik umah, rehat2 je..dalam masa yang sama hubby dah call mak mertua (MIL) dan kak ipar aku (SIL), semua terkejut dengar berita aku ni..huhu..diorang doakan keselamatan aku n bayi..pastu aku call mak aku,cakap ngan ma abah..mintak ampun maaf,,risau gak ye lah tiba2 je kan mane nak tau ape akan jadi nanti..Sampai umah je terus whatsapp adik beradik aku..mintak ampun maaf..pastu sms jugak kat diorang kot2 tak dapat mesej kat w.apps aku tu..Lepas tu call balik kakak ipar aku (SIL) saje je sembang2 mintak petua2 n mntak ampun maaf jugak.

ni la rupa report aku tadi
Lepas solat zohor aku suruh hubby rehat2 je kesian jugak kat dia..penat je menunggu aku seharian..aku pun ingat nak tido same ngan dia tapi mata ni tak boleh nak lelap..Sakit perut contraction ade datang tapi tak kerap..ade 30 minit skali..ade 15 minit sekali..n ade 45 - 1 jam sekali...balik2 duk tengok jam je..nak kata sakit sangat2 tu tak jugak lah.tapi rase perut mengeras n rase cam nak buang air besar..mb tu lah kot contraction tu.. :P

aku cek pantiliner,.darah spotting tu masih ade..kerap la aku tukar panties n pantiliner..

Sekarang dah pukul 11.06 malam..aku masih lagi keadaan yang sama..tak sakit sangat..n tak de tanda2 untuk membolehkan aku gi hospital cepat2..tadi nurse ade sms aku tanye keadaan kesihatan aku..nurse biasa yang aku g review kat KKIA tu je yang merupakan kawan/jiran depan blok umah aku ni..aku call dia bagitau yang aku ok...tak sakit sangat..dia pun pelik nape aku tak sakit sangat...huhu..aku sendiri tak de jawapan tu...mungkin aku belum betul2 sakit...

kepada korang yang baca blog aku ni...

Dikesempatan ni aku nak mintak ampun maaf zahir n batin..
sekiranya ada kesalahan n kekhilafan aku..
doakan aku semoga dipermudahkanNya..

Terima kasih banyak2..hanya allah sahaja yang mampu balas jasa kalian..


Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 6 November 2013

Wordless Wednesday : Alhamdulillah, syukur pada-Mu

[ No caption ] 

Alhamdulillah,

Dengan segala limpah dan kurnia-Nya,
Semoga Kau kekalkan kebahagiaan yang kami rasa dan nikmati saat ini
Semoga Kau lindungi segala malapetaka dan bencana dari kami
Semoga Kau jauhkan kami dari segala kekufuran, angkuh, sombong, bongkak, riak.

:: Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ::

-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

Sumber: http://ibuhamil.com/diskusi-umum/38159-doa-ketika-bayi-dalam-kandungan.html#ixzz2jqSxJmpv

Tuesday, 5 November 2013

New Header Design by Umie Sue

Assalamualaikum.salam maal hijrah..

Hari ni tak de buat apa, malam tadi aku tempah header ngan watermark dengan Umie Sue ,, kejap je su buatkan..sebab tukar? mm...sebelum ni aku pernah tempah edit full blog ngan sorang blogger ni (lupe nama blog dia lak)..pastu tangan aku ni gatal sikit nak tekan tu tekan ni tup2 ntah apa yang aku tekan jadi hilang rosak ..so nak cari balik dah tak jumpa dengan dashboard blogger canggih manggih camni..memang malas lah nak godek2 sendiri..

Tu yang aku pm su sebab su hanya bukak tempahan bila dia ada kat rumah mak ayah dia je..kalau dia kt umah dia sendiri dia tak ambil order..kiranya cam limited edition la.

Lepas je bagi details ape yang aku nak..(kali ni aku pilih yang paling simple je sebab kalau aku letak gambar aku kat header mesti aku rase semak je mata ni n mula lah nak tukar...huhu)...su buat x sampai 15-30 minit je aku rase..kejap sangat je....hihi..name pun orang kretif kan..dah biasa buat header2 ni..

Dan malam jugak dapat siap aku nye header n watermark..Sesape nak tempah header n watermark boleh lah tempah dengan Umie Sue,, :)

Tengok...

Comel kan...

screen capture - blog aku

credit to Suhaida Supalio

Comel kannn...

TQ banyak2 sue..

Kalau sape2 berminat boleh cekidaut kat blog sue 



p/s : ekceli banyak lagi citer lain aku nak citer kan..tapi tak pa..nanti ada masa aku citer lagi ye...selamat bercutiiii...









Sunday, 3 November 2013

maternity photoshoot @ 37weeks pregnancy


baru balik dari studio..
Photoshoot lah sangat....
Wakakakaka....
Nak gelakkan diri sendirik dulu..

Alkisahnya..
Aku ngajak la matshah wat maternity photoshoot.. 
sebab ade arr sorang dua kawan2 kiteorang yang jadi jurukamera amatur..tengok hasil keje diorang sume cantik2..pastuh ditambah lagi ngan ade salah sorang member yang offer free je kat kiteorang..sebab nak penuhkan portfolio dia..cuma kalau nak mntak dia printkan dlm bentuk hardcover ke ...baru kena bayar.. 

sape tak nak kan..tapiiiiii...ade tapinye..hubby lak xnak..dia malu..tah ape la yang dimalukan tu..dia cakap kalau dengan member2 dia jadik segan...ao alu hormat je la keputusan dia xkan nak membantah pulak kang durhaka namanya...lagipun bab2 bergambar gini kena lah dengan kerelaan hati baru best..cuma dia sedapkan n pujuk aku dengan bgtau kalau kat studi0 dia nak..sebab alasan dia kita tak kenal orang tu n skali tu je berurusan ngan diorang..apekah,??


Aku pulak..secara x sengaja dapat email dari groupon..ada promosi studio photoshoot yang bernilai rm400++ boleh dapat dengan hanya rm28.00 ... (katanya) ape lagi terus lah aku grab..bila bgtau matshah dia setuju je cam tak caye pun ade..
Aku beli secara online (1st time)
Total payment rm28.00 ...
Kemudian call vendor tu (wedding in venice), lokasi : luyang plaza..kk..

Call untuk buat appoinment.. 
dengan keadaan aku yang dah sarat ni kena buat dalam masa terdekat jugak lah kan..
So aku booking hari jumaat 1/11/2013 (37 weeks pregnant)...dapat slot jam 4 ptg..

Pakej yang dah bayar secara online rm28 tu termasuk:-
-free simple make-up
-Free 3 keping gambar 
-free 3 keping salinan gambar dalam cd yang dah diedit


Tu je..pastu kena bayar lagi rm28.00 secara cash..yang ni aku kureng faham kenapa kena bayar lagi..aku kan jakun.mane penah beli melalui groupon..nasib baik rm28 je kena bayar..kalau rm280.....?? Tak ke menangis tak berlagu aku time tu jugak..?

Bila semak balik terms n condition dia..
Caj akan dikenakan sebanyak Rm28 sekiranya pilih background..
Mungkin lah yang tu aku kena bayar lagi RM28 ..
Pastu kiteorang ada tambah lagi sekeping gambar untuk di print n di frame kan (berserta copy cd yang dah edit)
caj yang dikenakan untuk sekeping gambar RM28.00

Total bayar : RM56.00 + RM28 (bayar online) = RM 84.00

huhu..macam mahal jugak tapi aku rase berbaloi lah sebab hubby pun tak brapa suka yang outdoor kan...
So ni je lah jalan terbaik..kikikiki...(takpe bos besar yang bayar..kire ok lah ni hihi..)

oh ye... staff kat situ cakap gambar yang diedit akan diemel kat aku dalam tempoh seminggu..(errrr...seminggu kah??.)
pastu kalau kta setuju baru diorang akan print out..
n poskan tuk kita...

Tak sabarnye...
Tapi..malas nak berharap sangat ...sebab biase la keje2 edit2 gambar ni ambik mase sikit kan.
Just wait n see..

:)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, 2 November 2013

Barut baby murah dan comel

Assalamualaikum..

Kisah persiapan barang baby aku..
Ekceli aku baru je beli 1 helai (satu) je barut baby masa shopping wat kali pertama..
Sebab beli satu..adelah kerana barut baby tu aku tengok kecikkkk semacam je.
Rata2 tengok kat kedai semua kecik2 je..

Aku ni dah la badan jenis besar...
orang cakap kalau baka besar..anak pun besar jugak kann..
Wallahuallam..
Tapi aku dengar jugak la nasihat kawan2 ,,, mak mentua ...n mak aku..
suruh ready kang baby besar...mane nak muat kalau barut keciik comel tu je..

Dah la baby ni cepat besar gak kan...
Jadi kalau beli yang besar tak de salahnye..
:)

So aku beli satu je yang dah ready made..
Mak mentua aku jahitkan 5 lai barut baby n dia poskan kat menantu dia ni..
Tq ma.. (love u)

Pastu ma aku pun cakap nak jahitkan jugak tuk aku..
tapi...
aku ni kan...memang tak leh duk diam jugak lah..
terberkenan kat barut baby moden tu...
ala yang corak2 comel...
kain coton flannel (kalau x silap)

aku tempah ngan sorang seller ni..
Murah je .... RM 20 untuk 5 helai...
nama kat FB : Suria Rahman
call / whatsapp : 0193578766 


salah satu barut yang aku beli, yang putih tu mak mertua aku jahitkan

Kualiti jahitan memang kemas n cantik..
depan belakang ade corak tau...
sesetengah barut camni aku tengok ade yang akai kain cotton corak kosong je kat bahagian dalam..

Aku beli kesemuanya jenis yang bertali..
Tak berapa minat yang tampal2 tu.. :)

So aku suggest kalau sape2 nak beli baru baby comel2 cam ni boleh terus call / whatsapp suria rahman ...
memang puas hati la...
dah la cepat je dapat..:)




Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016