Tuesday, 29 October 2013

Kaki bengkak : petanda dah nak sampai waktu?


Petang tadi, aku balik keje tumpang kawan aku merangkap BFF kecayangan aku iaitu kak ika. On the way balik tu singgah rumah baby sitter anak2 kak ika dulu ambik dak2 comel dua orang tu. Memandangkan keadaan aku yang dah tak seberapa nak gagah perkasa ni, aku amik keputusan tuk duduk je dalam kete tunggu dia ambik kat pintu umah akak tu. Lagipun kak ika dah biasa bila datang hantar atau ambil anak2 dia berbual la dulu kan 2-3 patah..lagipun akak tu baik n peramah...mmg terkenal dgn sifatnya yang semulajadi itu.. :) takkan datang2 terus angkut anak dia naik kete.Lainlah kalau nak cepat baru dia terus tak menyembang panjang (Aku agak2 je la..hehe)
sumber : google

Pastu tak lame tu boboy (anak sulung kak ika) datang kat kete..aku pun keluar la tolong bukakkan pintu kereta, masa tu akak tu ngan kak ika dah nak beransur selesai beramah-mesra..cepat2 akak tu datang dekat aku..Ingatkan dia nak cakap ape..upanya dia tegur dah nampak kaki aku bengkak2, sembab..huhhu..malu pulak..dah la comot je kaki aku ni..bila sembab lagi la nampak buruk...

Dia cakap "dah dekat nak sampai waktu la tu..minggu lepas tak nampak sangat lagi..."pehh..takut pulak aku bila akak tu cakap camtu..tak tau la dia bergurau, atau berdasarkan pengalaman dia yang dah ramai anak..waduh2..risau kok gini dong..ntah la...jiwa kacau kejap aku ni..Ye arr...bukannye tak sedar yang kaki aku dah bengkak sembab...cuma perasaan lain macam tu je tiba2 datang....aku sedar ni minggu lepas...mase checkuup minggu ke-35..nurse check kaki aku dia cakap dah start bengkak..

Sebelum ni kaki aku biasa je..tak bengkak..tapi bila nurse dah cakap bengkak..barulah aku tau macam tu rupanya kaki bengkak.(bila tekan2 kat tempat bengkak, lambat kembali ke bentuk asal)...eehhh apekah..? cam berbelit je ayat aku...sorry x reti nak explain hahaa.. :P


Ni yang aku dapat dari www.babycenter.com (copy n paste)

Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?

Apa yang anda alami ini dipanggil oedema, iaitu keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil. 

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. 

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan. 

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat. 

Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. 

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi. 

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?

Ubat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil. Ubat-ubatan jenis ini membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu. Anda boleh mencuba cara-cara lain untuk mengawal kebengkakan: 

  • Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Minum banyak air. Yang peliknya, mengekalkan hidrasi dapat membantu badan anda mengurangkan penyimpanan air berlebihan.
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalanberenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Makan makanan berkhasiat, dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan
Semakan terakhir: April 2012 

http://www.babycenter.com.my/a1042750/bengkak-pada-tangan-dan-kaki-oedema#ixzz2j6ao6gfL

p/s :: errr....dah ready ke aku ni???? kompius ngan diri sendiri..








3 comments:

mizieyka said...

hehehe.. malu shaye.. tumpang glamer di belog awak.. emm ade org kate bile bengkak, dia surut balik.. tapi bile bengkak kali kedua tu bru nk bersalin..org la kete.. hahahah...

Puan Kutu said...

eh ada jugak org yg jenis awal2 lagi kaki dh bengkak tu tanda nk bersalin gak ke?hehe..

setahu sy selalu org tgok dekat perut,klu kt atas dh rasa kosong,baby dh turun bawah,tak lama dah la tu..

apa pun sy doakan awk dipermudahkan dan selamat semuanya

Bazlia Amoza said...

melalui pengalaman saya bila kaki bengkak tu ada 2 kemungkinan. pertama maybe ye masa dah dekat nak bersalin and keduanya maybe sebab banyak sgt berjalan atau kedudukan yg salah semasa duduk...(kaki tergantung). Pengalaman saya kedua2 anak saya lahir selang 2 minggu lepas kaki bengkak..just my sharing...

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts