Thursday, 31 October 2013

kacang poi

-abaikan jari2 yang montel itu-
Ini namanya kacang poi.. ade member kat pejabat bagi rasa..dia org kedah...orang negeri lain tak tau lak panggil kacang ni kacang ape..mungkinkah kacang pool?? Kacang pool haji kerr yg femes kat johor tu..wallahuallam....mak dia yang bawakkan dari kampung..rasa? Cam kacang tanah rebus je..tp sedap jugak la..sape penah jumpa kacang ni? Ni first time aku jumpa...not bad la..makan time2 panas mmg sedap...
Published with Blogger-droid v2.0.10


Alhamdulillah, waren tiket flite dah lulus



Alhamdulillah,

Dah selesai 1 step. kalau refer balik kisah TIKET FLIGHT  , aku memang dah risau gila. Mana tak risaunya dah tak sampai sebulan je lagi nak gunakan kemudahan waren flite tu kan. Kalau status masih dalam semakan Cawangan sumber manusia, jawabnya lambat lagi lah benda ni nak settle.

Alhamdulillah jugak la..bila semak balik dalam sistem, permohonan aku dah dalam proses semakan unit kewangan. Maknanya dah lulus, cuma dalam semakan wilayah sabah je la untuk proses keluarkan tiket...nasib baik lah kawan aku yang jaga bahagian tiket tu je, 

boleh la mintak dia cepatkan tiket aku ni. Kui3x.. nak jugak pakai kabel..hihihii...Bukan selalu pun kali ni je nak mintak tolong dia. Ye arr...nanti insyaallah pas bersalin kalau dah settle hal tiket ni tak de lah menyusahkan aku nak pikir lagi. Kalau tiket ni tak settle terpaksa lah beli tiket lain..mane nak kena spare bajet lagi you!!!! $$$$$$$$$$$$$$$




Tuesday, 29 October 2013

Kaki bengkak : petanda dah nak sampai waktu?


Petang tadi, aku balik keje tumpang kawan aku merangkap BFF kecayangan aku iaitu kak ika. On the way balik tu singgah rumah baby sitter anak2 kak ika dulu ambik dak2 comel dua orang tu. Memandangkan keadaan aku yang dah tak seberapa nak gagah perkasa ni, aku amik keputusan tuk duduk je dalam kete tunggu dia ambik kat pintu umah akak tu. Lagipun kak ika dah biasa bila datang hantar atau ambil anak2 dia berbual la dulu kan 2-3 patah..lagipun akak tu baik n peramah...mmg terkenal dgn sifatnya yang semulajadi itu.. :) takkan datang2 terus angkut anak dia naik kete.Lainlah kalau nak cepat baru dia terus tak menyembang panjang (Aku agak2 je la..hehe)
sumber : google

Pastu tak lame tu boboy (anak sulung kak ika) datang kat kete..aku pun keluar la tolong bukakkan pintu kereta, masa tu akak tu ngan kak ika dah nak beransur selesai beramah-mesra..cepat2 akak tu datang dekat aku..Ingatkan dia nak cakap ape..upanya dia tegur dah nampak kaki aku bengkak2, sembab..huhhu..malu pulak..dah la comot je kaki aku ni..bila sembab lagi la nampak buruk...

Dia cakap "dah dekat nak sampai waktu la tu..minggu lepas tak nampak sangat lagi..."pehh..takut pulak aku bila akak tu cakap camtu..tak tau la dia bergurau, atau berdasarkan pengalaman dia yang dah ramai anak..waduh2..risau kok gini dong..ntah la...jiwa kacau kejap aku ni..Ye arr...bukannye tak sedar yang kaki aku dah bengkak sembab...cuma perasaan lain macam tu je tiba2 datang....aku sedar ni minggu lepas...mase checkuup minggu ke-35..nurse check kaki aku dia cakap dah start bengkak..

Sebelum ni kaki aku biasa je..tak bengkak..tapi bila nurse dah cakap bengkak..barulah aku tau macam tu rupanya kaki bengkak.(bila tekan2 kat tempat bengkak, lambat kembali ke bentuk asal)...eehhh apekah..? cam berbelit je ayat aku...sorry x reti nak explain hahaa.. :P


Ni yang aku dapat dari www.babycenter.com (copy n paste)

Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?

Apa yang anda alami ini dipanggil oedema, iaitu keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil. 

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. 

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan. 

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat. 

Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. 

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi. 

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?

Ubat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil. Ubat-ubatan jenis ini membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu. Anda boleh mencuba cara-cara lain untuk mengawal kebengkakan: 

  • Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Minum banyak air. Yang peliknya, mengekalkan hidrasi dapat membantu badan anda mengurangkan penyimpanan air berlebihan.
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalanberenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Makan makanan berkhasiat, dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan
Semakan terakhir: April 2012 

http://www.babycenter.com.my/a1042750/bengkak-pada-tangan-dan-kaki-oedema#ixzz2j6ao6gfL

p/s :: errr....dah ready ke aku ni???? kompius ngan diri sendiri..








Monday, 14 October 2013

Tiket Flight punye citerr

Asssalamualaikum,


Ari Jumaat minggu lepas, aku cek kat eTMWA, waren flight aku masih dalam semakan HR.
Tak puas hati sebab aku mohon 1/9 lagi..tapi status masih sama...
Sedangkan orang kat opis yang mohon lewat dari aku pun dah lulus dan tengah proses tiket diorang..
Tak puas ati...
aku terus call kak zaharah..yang jaga bahagian sabah..

Nasib baik dapat cakap ngan dia..orangnya baik, senang berurusan..
Bila disemak balik, rupanya dia dah luluskan permohonan aku, cuma dalam sistem je belum update..
Dia cakap dia akan maklumkan bahagian ICT supaya edit balik aku punye status..
yang jadi penyebab belom update tu sebab aaku tak samakan tarik flight aku dengan hubby..
tarikh KK-KB tu dah sama...cuma tarikh KB-KK je lain-lain..

Ye arr....aku buat asing2 pun bersebab...
kan aku habis pantang dalam awal bulan februari...sebab tu aku buat asing2..
tapi kata kak zaharah.kena samakan..baru sistem tak pening..
lepas dah dapat tiket baru boleh adjust sendiri antara kita ngan agen tiket tu..

oooh macam tu kerr...
emm...
kata kak zaharah benda boleh settle tu..
dia akan cakap dengan ICT..aku tak yah wat pape..
tapi aku lah yang risau...buatnye ade problem lain datang lak...satu keje pulak nak membeli tiket lain...

Setiap tahun, kiteorang laki bini (yang kawen sama jabatan) dapat 1 X waren flight untuk family dan jugak 1 X waren flight untuk diri sendiri..maknanya kalau tahun ni aku mohon untuk aku ngan hubby...tahun ni jugak hubby boleh mohon waren flight ntuk dirinya sendiri je...kire untung jugak la...boleh balik 2 kali setahun cuma sorang je kena beli lain..selama 2 tahun kawen ni..tahun pertama aku yang dapat free 2 kali...tahun kedua hubby lak...insyaallah tahun depan aku pulak..hehheee...

Pasal tiket baby..insyaallah bila bby dah lahir,,dah settle urusan JPN,,dah ade no ic..boleh la belikan tiket..tuk baby boleh add infant RM50 je kalau tak silap...aku refer kawan aku n pihak AA jgk la..cuma maybe kena beli tiket lain tuk mak aku ..ye ar..nak tunggu settle urusan JPN..nak tunggu tengok keadaan kesihatan aku nanti camne..tentu mak au kena stay sini n balik sekali ngan aku jugak nanti..

ohye..sebenarnya..mak, abah, kakak, n 2 orang lagi adik pmpuan aku akan datang bercuti kat sini 18 hingga 26 Nov ni....aku belikan tiket tuk diorang pada bulan 1 awal tahun baru ni..Mase tuh aku tak sangka yang aku akan pregnant,,masa beli tu ada promosi... total KB-KL-KK pegi balik untuk 5 orang hanye RM850.00 ...memang rugi kalau tak beli awal2..tu yang aku beli siap2..

Tup2...dapat tau aku peknen mase bulan 3..dan due nye adelah minggu mak abah aku ade kat sini...iaitu 22hb nov... tapi tu betul2 40 minggu...kalau ditakdirkan aku bersalin 36,37 or 38 minggu...jawabnye aku ngan hubby je lah kat sini..mak aku cakap kat aku aritu kalau bersalin awal  pun tak payah beli tiket lain tuk dia..dia suruh simpan duit tuk kegunaan kiteorang nanti.. :( :( ....tapi kesian lak kat famili aku..datang nak jalan2 tapi nampak gayanya macam tak dapat lah nak jalan2 kat sini bersama aku huhu...mb hubby je lah yang akan bawak diorang g jalan2..aku? emmm...wallahuallam..

Tapi aku hokeey je...insyaallah boleh tempuhinya nanti walaupun tak sempat dengan ma abah aku datang sini..kata nak berdikari kan...lagipun aku ade kawan2 n jiran2 yang baik hati.....insyaallah diorang boleh tolong aku kalau2 aku perlukan bantuan diorang....cuma dengan hubby je lah..wajib ade time aku tengah sakit tu huhuhu...

ya allah permudahkanlah urusan kami ya allah...



p/s :: Now 34weeks , 3 days...










Wednesday, 2 October 2013

Wordless Wednesday : Doa Ibu mengandung


Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016