Friday, 13 September 2013

Usaha dan Ikhtiar aku sebelum disahkan hamil

p/s : Entri ini agak panjang dan mungkin membosankan..Aku update kat sini jugak untuk memudahkan aku rujuk balik dan jugak senang tuk geng2 TTC nak baca.


Mungkin dah ramai yang tahu, mungkin juga ada yang tak tahu [sebab aku tak officially annaunce kat FB]. Alhamdulillah, penantian aku sebagai seorang TTC (Trying to conceive) telah membuahkan hasil apabila aku dah disahkan positif pregnant. Sebelum ni pelbagai susah,duka,lara,sedih dan hampir putus asa mengenangkan diri ni masih lagi belum berjaya melengkapkan diri sebagai seorang isteri iaitu untuk menjadi seorang ibu.


Aku bersyukur kepada-Nya kerana telah makbulkan doa-doa kami selama ini. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui bila saat dan ketikanya yang lebih sesuai buat kami untuk bergelar seorang ibu dan ayah. Genap 2 tahun usia perkahwinan kami barulah kami dapat merasai saat-saat yang diimpikan oleh semua pasangan yang berumahtangga. Siapa yang dah kahwin yang taknak anak kan? begitu juga dengan aku dan suami.

Sepanjang usia perkahwinan kami, sejak dari awal-awal perkahwinan lagi kami memang berserah kepadanya. Sekiranya Allah swt nak bagi, kami terima, sekiranya tak bagi lagi, mungkin bukan masanya lagi. Kat sini aku nak share ringkasan kronologi kehidupan aku dalam perjalanan sebagai seorang TTC (walaupun tak sepenuhnya aku sempat melakukan usaha-usaha yang sama dengan TTCians yang lain).


2011

Februari - Bermulanya episod cinta kami, diijabkabulkan pada 3 Februari 2011. Selesai majlis bersanding pada 4 Februari dan bertandang pada 5 Februari. Pada malam pertama kami sudah berbincang untuk dapatkan anak dan berusaha bersungguh-sungguh, berdoa serta bertawakkal kepada ketentuan-Nya. Hari majlis bertandang aku didatangi cik P dan berharap sangat agar lepas period aku terus hamil. huhu..


Mac - Didatangi oleh Cik P lagi yang membuatkan diriku agak kecewa dan bersedih. Hubby menenangkan aku dan memberi semangat kepadaku agar jangan cepat mengalah.



April - Period normal. Aku ambil Asid folic dan Virgin coconut oil sebagai supplement. Tapi hanya sebulan ni je kerana aku ni seorang yang tidak berdisiplin huhu.



Mei - Aku ke KL atas urusan kerja selama 5 hari. Aku telah dikejutkan dengan kehadiran Cik P yang sedikit iaitu hanya dot-dot selama 3 hari.  Aku google info pasal ni, dan menjumpai page ratuhati.com. Banyak info-info yang aku dapat dari page tersebut. Terdapatnya 2 tanda, samaada aku hamil, keguguran ataupun period aku ting tong. Namun aku tidak mengalami sebarang tanda yang meyakinkan aku keguguran atau sebagainya. Naluri aku kuat mengatakan itu hanyalah normal dan mungkin perubahan hormon sahaja lalu akuhanya membiarkn sahaja.



Jun- Aku berurut dengan seorang makcik di Karamunsing. Sewaktu dia urut bahagian peranakan aku, dia cakap rahim aku senget ke kanan sedikit. Tetapi masih boleh diperbetulkan. Hal ini terjadi kerana aku yang terlebih aktif yang selalu melakukan aktiviti lasak. Mana taknya, dari kecik aku suka main lompat2, lumba lari, netball, dan kat sekolah aku main lompat tinggi. Masa aku rekrut dengan tentera, macam-macam aktiviti lasak pernah aku kena buat.



Julai- Aku ambil Evening Primerose oil beli kat cosway. Isteri kawan hubby  baru disahkan hamil dan memberi tips2 pada aku agar mencuba EPO, mereka pun dah setahun kawin baru disahkan hamil. So aku tak lepaskan peluang untuk cuba jugak. Tapi sama juga dengan Asid folik dan VCO, hanya habiskan 1 botol sahaja. :P



Disember - Aku buat endah tak endah je. Kerja pun bertimbun, Malas nak fikirkan sangat pasal anak. Mungkin agak stress dengan sedara-mara dan kawan-kawn yang tak jemu bertanyakan pasal anak pada aku, aku layankan aje. Dan aku maafkan mereka, walaupun hati ni sedikit terguris. Diaorang tak berada kat tempat TTC, sebab tu diaorang tak tahu dan tak rasa apa yang kami rasa.



2012

Februari - sewaktu balik kampung, kakak ipar aku yang kahwin awal sebulan dari kami telah disahkan positif  hamil. Aku tumpang gembira untuk beliau, Aku faham perasaan dia kalaulah ditakdirkan aku yang hamil dulu. Mungkin ade hikmah disebalik apa yang jadi. Sebenarnya selepas kahwin aku ada terpikir, kalaulah aku disahkan hamil, aku selalu berdoa agar kakak ipar aku turut sama hamil supaya dia tidak merasa kekok dengan aku. Kalau aku pun, sekiranya adik ipar aku yang hamil dulu, maunya aku tak mental dan stress nak-nak dengan orang sekeliling.[pemikiran aku..huhu]


Dalam masa yang sama jugak, aku berurut dengan seorang nenek berdekatan dengan rumah mertua aku. Yang mengejutkan aku, nenek tu cakap aku dah berisi (hamil). Ya allah, betapa terkejutnya aku dengan kenyataan nenek tu. Gembira, Teruja, hanya Allah je tahu. Tengok muka hubby pun puas hati dengan kegembiraan yang dia rasa. Apatah lagi mak mertua aku, tak sabar-sabar nak menyambut kedua-dua cucunya kelak.



Tapi aku tak yakin dengan tekaan nenek tu. Aku beli UPT Kit dan berharap agar cakap nenek tu betul. Malam tu aku tidur dan buat pertama kalinya aku bermimpi aku cek UPT dan ianya positif!! Malangnya bangun pagi tu lepas buat UPT, keputusannya menghampakan aku. Dan juga hampakan hubby. Tapi kami hanya mampu pasrah dengan ketentuan illahi.



Mac - normal didatangi cik P.



April - normal didatangi cik p.



Mei - aku diuji lagi dengan ujian fizikal dan kecergasan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dalam jabatan aku sekarang. Sekiranya lulus dan menerima jawatan tersebut aku tidak dibenarkan mengandung dan beberapa tempoh latihan bagi melayakkan diri untuk mengikuti latihan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jiwa kacau. Selama 3 tahun berkhidmat, baru sekarang tercalon nama. Setelah berbincang dengan hubby dan keluarga, keputusan telah dibuat dan aku hanya mengikut sahaja arus perjalanan itu.



Antara jawatan atau anak, aku lebih cenderung untuk dapatkan anak. Sebab aku tahu susah bagi aku untuk memperolehi anak sekiranya tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh. Berkaitan jawatan, itu sebenarnya cita-cita aku jugak. Kalau nampak gaji besar, terfikir jugak boleh menstabilkan ekonomi keluarga dan membantu suami, tapi dalam masa yang sama, aku perlu difikirkan jugak tugas dan tanggungjawab yang akan dipikul setelah bergelar pegawai. Aku rasa part ni lah yang paling aku takut untuk mengatakan yang aku mampu buat.



Dalam tempoh menunggu keputusan ujian kecergasan dan interview aku dan hubby tak pernah merancang. Kami layankan je dengan harapan mana-mana yang dapat dulu, terima je yang dapat dlu. (maksudnya sekiranya aku hamil, aku kena lupakan je kalau lulus interview tu..sekiranya aku dapat jawatan tu, aku terpaksa merancang untuk dapatkan anak). Sedih sangat, dalam masa yang sama aku endah tak endah je pasal interview tu. Bila perasaan minat dah hilang, nak buat camne lagi kan. selesai interview bulan 11 (kalau x silap aku) ,..aku masih berusaha untuk hamil dengan menjaga berat badan aku agar lebih ideal.



2013

Januari - Rezeki aku dapat berpindah kuarters, dari tingkat 3 ke tingkat 1. Oklah dari duk penat-penat panjat tangga tu kan. 

Ni usaha-usaha yang aku lakukan sebelum aku disahkan positif  hamil.



1) BERURUT (TRADISIONAL MASSAGE)

sumber : google
Tempat berurut : Jalan Sang Kancil, Depan RTM Kota Kinabalu. [UPDATE : CONTACT NUMBER TUKANG URUT ]

2) FEMININE WASH - JENAMA SUSUK DARA 

sumber : google
sebelum ni jugak aku ada amalkan produk pembersihan vagina iaitu feminine wash JSD (jamu susuk dara) aku  disyorkan oleh kawan baik aku iaitu kak ika.. Sepanjang penggunaan F.W ni ok la not bad.. :) 


3) JUMPA DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN (GYNAE)



Selepas seminggu aku berurut  Aku demam. Mulanya aku taknak pegi klinik tapi dah tak larat sangat terpaksa jugaklah aku pegi semata-mata nak dapatkan m.c huhu..aku pegi klinik dr sofea (Klinik sihat Indah permai). Doktor tu dah kenal aku sebabnye sebelum ni aku pernah bagitahu dia berkaitan masalah dengan period aku ni. Doktor suggest supaya aku ambil notheristerone 5mg (pil hormon) untuk turunkan period aku yang dah berbulan-bulan tak de ni. Sebelum doc bagi pil tu dia buat UPT dan jugak scan untukpastikan aku tak mengandung time tu. Lepas je doc sahkan aku tak pregnant, baru lah aku diberikan pil notheristerone 5mg ni.  Pil tu perlu dimakan sebiji sehari selama 5 hari. Selepas 3 hari period akan turun.. boleh refer kat SINI. Dan selepas 3 hari period aku pun turunlah dengan jayanya tanpa rasa senggugut selama 7 hari. 



4) JUS PERAWAN D'HERBS




Habis je period aku start minum jus perawan keluaran d'herbs. Aku minum jus ni sebabnye jus ni banyak khasiatnye..antaranya adelah :-

  • Merawat masalah keputihan dan haid yang tidak teratur.
  • Menaikkan tulang punggung dan payudara wanita agar lebih montok dan anjal.
  • Menyihatkan rahim dan peranakan (baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).
  • Menegangkan dan mencerahkan kulit.
  • Memberikan tenaga dan membaiki sistem dalam badan.
  • Melambatkan proses monopous.
  • Mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Meningkatkan sistem imunisasi.
  • Mengurangkan senggugut.
  • Baik untuk sistem penghadaman
  • Sesuai untuk gadis dan wanita yang sudah berumahtangga.
  • Sesuai untuk gastrik.
  • Boleh diminum walau masih dalam pantang.
Cara minum :-
1) 2 sudu pagi dan 2 sudu malam.
2) Minum setiap hari tetapi kira-kira seminggu sebelum jangkaan tarikh untuk next period kena berhenti minum jus ni sebab kalau pregnant tak boleh minum tau...
3) Banyakkan minum air masak.


5) SUSU WYETH S-26 MAMA
SUMBER : GOOGLE
Disebabkan dekat-dekat dengan tarikh period kena stop jus perawan, aku pun stop jugaklah. Kebetulan kawan aku baru je pregnant dia dapat susu ni dengan harga murah dari biasa sebab dia berklinik dengan klinik swasta tu so klinik tu bagi murah. Tapi kawan aku tu takboleh minum susu ni sebab tak kena dengan tekaknye.. yelahkan tak semua orang boleh telan susu dan tiap2 susu lain rasanya. Jadi dia sedekahkan kat aku susu ni yang baru je sekali dua dia minum [alhamdulillah] ..aku pulak..kasi je ape memang boleh je telan..alhamdulillah..aku dapat habiskan susu ni dalam seminggu lebih sahaja...kemudian aku disahkan positif pregnant.

6) KERAPKAN MASA BERSAMA DENGAN SUAMI
Yang ni memang kena kerapkan..tapi aku rasa jadi kerap tu disebabkan badan aku lebih bertenaga dengan minum jus perawan tu...

7) PERBANYAKKAN BERDOA, SOLAT HAJAT, BERSEDEKAH
Kepada siapa lagi kita nak mohon kecuali padaNya yang satu. Dia yang maha mengetahui, maha pengampun, maha pemurah...kita hanyalah hamba yang perlu mengabdikan kepadaNya.. Alhamdulillah ya allah..

p/s : lain orang lain masalahnya, pape pun yang paling penting rujuk doktor dulu sebelum lakukan ape-ape usaha. aku sekadar ceritakan pengalaman aku dan tak berniat untuk menghasut orang supaya mengikut segala usaha yang aku lakukan...cuma niat aku satu je untuk sama2 berkongsi...mana yang korang rasa baik...korang ikut k... :)

10 comments:

miss ezzra said...

Askum..
Saya merupakan ttcian..nk tnya khidmat mengurut di kota kinabalu boleh dapat kat mana?

Anonymous said...

d asia city..che liah.. kat tuarab pon ada..ke dua2 tkg urut ni mmg mables..

Anonymous said...

Bole bgi info tmpat kamu berurut?

Suhaime Raeze said...

Salam ...boleh bagi info tukang urut ibu mengandung di kk? Baru berpindah dr kl n edd may 2015. Tq

Nor Murni Fairouz Rafingi said...

Tahniah atas usaha u dear :)

adra aisyah said...

Dear , mmg elok ek susu tu ? sy pom nak try jugak lah tak sabar

prog muten said...

UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
(cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,
SMS/WASSUP 0148004302

prog muten said...

UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
(cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya, wassup /sms 0148004302

Fatimah Bt Tony said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Berjaya Hamil

Diana Kalong said...

Wow!!! Suka pulak sya bca artikel ni. Lucu pun ada apa taknye hampir sma lh ceta kta. Yg beza sya Blum pregnant lgi.

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016