Monday, 16 September 2013

stretch mark

MAKSUD STRETCH MARK

INFO : GOOGLE



"Hampir 90% wanita hamil terkena stretch mark," kata dr. Nanden S. Prabu, SpKK dari Obagi Dermatologi Medical Clinics.

* Biasa kelihatan di beberapa tempat seperti, perut, pinggul, pinggang, peha, payudara, lengan. 

* Stretch Mark muncul akibat kulit meregang dengan cepat dan ini menyebabkan kulit hilang elastisinya. 

* Kulit kita terbahagi kepada 3 lapisan. Lapisan paling dalam disebut subcutaneous, lapisan tengah dermis dan lapisan paling luar epidermis. 

Lapisan dermis penuh dengan pembuluh darah. Stertch Mark berlaku pada lapisan dermis dimana lapisan ini terbuat dari jaringan elastis, namun bila tubuh membesar dalam waktu singkat, saraf ini akan melemah dan akhirnya pecah akibat kulit yang menipis.



Contoh stretch mark:-


yang ni mase pregnant

yang ni pulak selepas bersalin.
Ade yang gerun ke..?
tu lah pengorbanan mak-mak kita dulu. Aku tengok perut mak aku pun jadi macam ni jugak lepas bersalin 9 orang anak-anak dia tapi lepas pantang aku tengok ok dan makin menipis parut tu mungkin nenek aku dah sapu ubat-ubat dan ramuan-ramuan tradisional kot.. Maklumlah orang zaman dulu-dulu, dan jugak duduk kat kampung pulak tu mane nak pandai beli krim-krim dan produk-produk terkini untuk kulit ni kan.

Alhamdulillah, sepanjang 30 minggu usia kandungan aku sekarang masih belum ada tanda-tanda kewujudan stretch mark pada perut aku ni. Sewaktu awal pregnant lagi aku dah bersiap sedia kerana aku rasa kulit badan aku ni cepat merekah dan dah banyak pun ade stretchmarks dekat bahagian-bahagian tertentu badan aku ni. Sebenarnye aku sendiri pun pelik, kenapa tak ada lagi stretchmarks ni? atau tak semua orang yang ada stretchmarks kat bahagian-bahagian badan yang lain bermakna akan ada juga dekat perut sewaktu pregnant? TAPI AKU RASA  AKAN TIMBUL JUGAK BILA DEKAT2 NAK BERSALIN NANTI HUHUHU...

Bulan 8 baru ni ade aku beli losyen untuk stretchmarks brand Palmers - Cocoa butter formula, aku beli dekat watsons 1borneo je masa tu hubby ajak masuk watsons dia ada nak beli barang dia sambil-sambil tu sempat aku belek-belek dekat losyen anti stretchmarks. Macam-macam jenama yang ada, salesgirl kat situ ada promote jugak brand lain tapi brand palmers jugak jadi pilihan aku. Kenape? ntah aku sendiri pun tak tau maybe sebab bau die wangi macam coklat hehe. Kan aku ni suka makan coklat muehehehe..[err ade kaitan ke?]

aku beli yang 250ml = harga : RM19.92
Aku ada jugak sapu prodk lain macam bio-oil tu. Tapi masa tu dah habis sebab sebelum ni aku pakai bio-oil untuk parut-parut kat badan aku ni, memang berkesan tapi dah name pun oil kan haruslah berminyak tu yang aku kureng sikit nak beli lagi tuk sapu kat perut..takut aku rimas lagi huhu..Tapi kalau losyen palmers ni tak ok ngan kulit aku terpaksa juga lah beli bio-oil pulak. :)



No comments:

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts