Monday, 23 September 2013

Family day picnic @ Motung-Lotung

Aku dapat tau pasal family day picnic - unit matshah keje (KM BANGGI) adelah pada petang semalam [sabtu] dalam pukul 6 petang. Maunya nak tersedak aku bila matshah minta tolong aku gorengkan mee. Tu pun dia sms je tanya aku apa bahan-bahan yang nak kena beli. Masa tu dia tak cakap pun nak bawak family [aku lerr tu]..ingatkan dia nak pegi dengan geng2 bujang kat kapal dia tu je, so masa tu aku dalam hati..emm ok lah boleh je tolong bangun awal2 pagi n goreng mee je..bahan2 bolehlah aku ready malam ni terus,esok tinggal campak2 je..Nak pegi @ tak? masih bermain2 dalam fikiranku..Matshah cakap dia dah bayarkan tuk aku sekali masa budak2 kapal dia buat collection..tapi kalau aku tak nak pegi takpe dia faham..dengan keadaan aku sekarang yang cepat penat ni dia takut aku tak larat je..Tapi kalau aku tak ikut dia bosanlah dia drive sorang2.. 

Aku cakap nanti lah esok aku bagi keputusan nak pergi atau tak..Bukan ape..aku takut malam ni aku cakap nak pegi..esok datang malas aku nak jalan..kang mengharap pulak dia...hihihi...Ye arr...aku tak nafikan sejak dua menjak ni aku malas nak keluar..Aku lebih selesa duduk kat umah je layan intenet n tengok tv..[untung beli full channel astrok..] Tambah2 kalau sabtu ahad ni matshah ada kelas, Kadang2 dia kesiankan aku duduk rumah je hujung2 minggu...dia ajak keluar malam..tapi aku nak keluar pun agak keberatan ye lah dah la dia seharian ada kelas..nak jalan2 malam lagi..aku pun kesian jugak kat dia mestilah dia penat..Kalau tak de benda penting yang kiteorang nak beli memang tak kan keluarla..melainkan dah betul2 keboringan tak de benda nak buat barulah keluar jugak,,, :P

Pagi tadi, siap2 goreng mee dia tanya lagi aku..nak pegi tak..lepas tengok dia tanya dengan penuh semangat..ape lagi....cepat2 aku bersiap sebabnye kawan2 dia dah janji berkumpul pukul 8..memang plan nak gerak awal nak sampai kat sana lebih kurang 40 minit.pastu kalau sampai lewat, takut orang dah ramai yang sampai kat situ n tak de tempat pulak kami nak berteduh..

Alhamdulillah, sampai2 je kat sana ade tempat, nasib baik separuh dari kawan matshah dah gerak awal dari kami, nak booking tempat tu dulu..Mula2 aku tak berapa nak ikut matshah tu aku takut aku je pempuan yang pegi..rupanya ramai juga yang bawak family..dah nama pun family day picnic kannn....hehehee...Semuanya isteri2 geng kapal tu jugak adelah dalam 7 orang termasuk aku yang dah aku kenal sebelum2 ni..Tak de lah kekok sangat dengan diorang sebab dah biasa..

Aku tak ambil gambar pun..henpon pun elok je simpan dalam handbag tak kelua2 pun..
Ni aku cilok dari fon matshah..
Member2 dia ramai lh yang ambik gambar...




Sebenarnya kiteorang dah biasa pegi kat sini..Airnya sejuk..best je mandi..tapi tadi aku tak mandi pun..main air pun tak..takut tergelincir je sebab kat situ batu2 nya agak licin...aku duduk2 je kat pondok...








2 comments:

AzieFirdaus Kamarudin said...

kat mana ni eamy?

eamy milea said...

kat jalan penampang - tambunan.. :)

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts