Tuesday, 17 September 2013

Dapat Panggilan temuduga SPA.



Masuk je pejabat hari ni bukak je email dapat satu email daripada SPA. pengambilan khas katanya. Alhamdulillah, ni temuduga/peperiksaan ke-3 yang aku dapat setelah 5 tahun aku menyertai kerja kerajaan. maknanya nama aku ni agak bertuah la kan, asyik tercalon je..tapi dapatnye tak pun...huhuhu..

Kali ni aku dapat email yang agak pelik. Kenapa sampai 3 jawatan dalam satu hari? dah lah tarikh dan waktu pun same? tak faham betullah, ade sape-sape pernah dapat email macam aku tak? Aku dah email kat SPA, mintak kepastian dan penjelasan kenapa sampai 3 jawatan sekaligus pada hari dan waktu yang sama. Sekarang ni tunggu SPA balas je lah.

Oh ye..jawatan ni aku mohon dalam website www.spa.gov.my. Aku mohon jawatan ni sesaje je nak penuhkan borang kat website tu..---> takde keje [errr...boleh ke jawab macam tu? hehe] ..Tak sangka jugak dapat panggilan temuduga. Sebenarnya aku mohon jawatan lain yg bkaitan dengn belajar masa diploma dulu, tapi tak de rezeki ke arah itu dapat pulak jawatan lain. 

Tapi...aku masih confius..nak pergi atau tak masa temuduga tu nanti. Aku ni dahlah tak tau ape-ape pasal jawatan-jawatan tu. Dah lah tu sekarang aku dah dalam perkhidmatan awam jugak. Dan yang paling penting aku tak de kelebihan berkaitan jawatan tu n memang sah-sah aku kena reject awal-awal lagi. Dengan pregnant7 bulan sekarang ni nak ke diorang terima aku?

 Pastuh masalah pulak lepas bersalin nanti buatnya rezeki aku betul-betul kat jawatan tu sanggup ke aku tinggalkan anak aku yang masih merah nanti tuk kejar jawatan baru ni? Sedangkan sekarang pun aku dah keje kerajaan, walaupun hanya dengan kelayakan SPM, gaji pokok pun dah cecah RM1700 setelah 5 tahun keje..tak campur elaun-elaun lagi..Kalau aku lulus interviu nanti aku bukan boleh terus kerja, kena belajar dulu selama 3 tahun..Lepas belajar tu memanglah akan pakai gred gaji U29 [$$$$$$$$$$$$] tapi..lepas 3 tahun ok..masa tu gaji pokok aku mungkin dah 2k sebulan.dan elaun-elaun mungkin akan bertambah jugak..

Tapi perkara utama yang aku pikir adelah keluarga je lah. Aku tak nak yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak berciciran. Dalam tau maksud aku ni bukan berkaitan dengan duit semata-mata. huhuhu..

Hubby tak tau lagi pasal ni, aku tak call dia lagi sebab tadi dia pergi servis kereta, malas nak ganggu dia lagipun bukannya esok kena interview tu. Malam karang lah aku bincang dengan dia. maunya dia tak gelakkan aku lepas aku citer kat dia nih..Dah boleh agak dah dia mesti akan cakap yang aku ni takde jodoh lama ngan APMM sebab tu nama aku asyik naik je hehe..

Semoga Allah permudahkanlah urusan aku sekeluarga..Insyaallah..

1 comment:

Chekgu Azrine said...

pergi jela sis..cuba..mana tau ada rezki..gaji diploma skang rasanya pun dah banyak kot..

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts