Thursday, 19 September 2013

Bersalin kat mana?

Ade r beberapa orang tanye aku..

Nanti nak bersalin kat mana? [kat sini je..]
kenapa tak balik bersalin kat kampung? [saje..nak berdikari sendiri..lagipun kebetulan mak ayah memang nak datang sini dekat2 due saya tu]
alaa anak pertama bersalin kat kampung la..senang.. [senyum je]
alaa...nak berdikari ape..tak payah..<--sambung...coz masih tak puas hati  [senyum je]
Nanti anak ko IC 12 la kannnn...xrasa rugi ke..nanti susah nak beli tanah kat kelantan. [takpe..simpan je duit banyak2 nanti belakang kita cite..]
p/s : yang dalam kurungan tu aku yang jawab
Apedaaaaa~
Ade jugak spesis cam ni ek..Suke ati aku la nak bersalin kat mane pun. Naaak jugak ko cakap macam lah aku ni susahkan ko..err..ker ko rase tercabar bila aku cakap nak berdikari sendiri? Ntah pape je lah ko kan.. Tapii..Ade aku kesahhh??
Tak kuase nak layan pe yang ko cakapkan tuh.

KERAKYATAN KELANTAN


Dari segi anak jati kelantan tu memang agak rugilah sebab anak kami nanti akan memegang IC nombor 12 kat tengah2..menandakan tempat kita lahir.. dan bukannya IC 03 dan 29 yang menunjukkan lahir kat kelantan. Ade orang cakap [radio buruk] yang kalau bukan ic kelantan tak boleh beli tanah kat kelantan. errr..mane korang tau ye..memandai je kan..aku pun baru jugak tau..


"Syarat untuk membeli rumah atau tanah di Kelantan, pembeli mestilah ANAK KELANTAN dan takrif Anak Kelantan mengikut Enakmen Tanah Kelantan 1938 sebagaimana berikut :-
  • Seseorang yang dilahirkan di Kelantan dan bapanya berbangsa Melayu.
  • Seseorang yang dilahirkan di Kelantan, ibunya berbangsa Melayu dan bapanya beragama Islam.
  • Seseorang yang lahir di mana saja dan bapanya berbangsa Melayu yang lahir di Kelantan.
  • Seseorang yang lahir di mana saja berketurunan Melayu dan tinggal di Kelantan selama 15 tahun berterusan.
  • Seseorang yang lahir di Kelantan dan bapanya lahir di Kelantan."
Jadi hal jualbeli tanah atau rumah bukanlah satu masalah besar bagi kiteorang coz laki aku memanglah anak jati kelantan iaitu IC nye 03 dan aku pun sama anak jati kelantan dan memegang ic 29. Bak kata kakak aku "ape lah nak dirisaukan..u kumpul je duit banyak-banyak pastu fikirlah nak beli berapa ratus ekar pun...tak payah nak semakkan otak fikir pasal ni.." 

Ayat dia tu memang tak boleh blah...hihihiihii


Yerrrr....memang betul dari awal-awal pregnant lagi aku dah plan nak bersalin kat Sabah je. Sebab-sebab aku nak bersalin kat Sabah negeri di bawah bayu ni adelah seperti berikut...

NAK BELAJAR BERDIKARI SENDIRI

Yup..memang kami nak belajar berdikari sendiri. kalau boleh tak nak susahkan sesiapa tambah-tambah mak ayah aku yang selama ni dah banyak aku susahkan mereka. Aku tengok pengalaman kawan-kawan aku yang bersalin sendiri, jauh dari keluarga pun ok je..Bukanlah jadi satu masalah besar, mereka semua mampu hadapi dan tempuhinya walaupun pada hakikat yang kita sendiri tak nampak tapi aku yakin mereka kuat. Aku pun yakin yang kiteorang pun kuat sama seperti mereka semua.

KEBETULAN : DUE DATE DEKAT DENGAN FAMILY TRIP KE SABAH

Alhamdulillah, secara tak dirancang tarikh jangkaan bersalin aku adelah dalam minggu yang sama dengan tarikh mak ayah aku datang ke sabah buat kali pertama. Masa aku booking tiket masa cuti sekolah bulan 11 ni untuk mak ayah aku, kakak aku, dan 2 orang lagi adik perempuan aku awal tahun baru-baru ni, masa tu aku belum tahu pun yang aku akan pregnant. Family trip tu adelah pada 18-26 November 2013. Dan insyaallah aku akan bersalin pada 22 November 2013. Ya allah aku bersyukur di atas segala percaturan mu ini. Bila aku dapat tau tarikh jangkaan aku yang pada mulanya ialah pada 8 November, mak aku awal-awal lagi dah cakap "takpe..jangan fikir sangat family trip tu..jaga kesihatan yang lebih penting" Mak cakap diorang tak kisah kalau tak dapat datang ke sabah pun. Sedih pulak bila mak cakap macam tu. huhu..Lepas dapat due date yang baru iaitu 22 November, hati aku berbunga riang..yelah maknanya mak ayah aku nak tak nak kena lah datang jugaksebab dah alang-alang tarikh tu dalam minggu tu jugak kan..bukan ape..aku nak jugak mak ayah aku datang jalan-jalan kat sini walaupun pade masa tu aku tak boleh bawk dia jalan-jalan sangat pun..huhu..dah masuk 4 tahun anak dia ni duduk kat sabah sekali pun tak pernah lagi jejakkan kaki kat sini...Tapi..kiteorang dah bersiap sedia kirenye aku ter-bersalin awal dari due date tu..walaupun mase tu mak aku tak sempat datang sini insyaallah kiteorang ok je.

AKU SENDIRI YANG TAKNAK BERSALIN KAT KELANTAN

Bunyi cam kejam sangat..huhu..Sebenarnya aku memang tak nak bersalin kat kelantan ade lah disebabkan..nak kena naik flight ..... ni kena rujuk syarikat penerbangan di mana bagi Air Asia :

7.4Penumpang Hamil: Adalah menjadi kewajiban penumpang hamil untuk memberitahu kami tentang tahap kehamilan mereka semasa penempahan Tempat Duduk dan di kaunter daftar masuk. Pengangkutan bagi penumpang hamil adalah tertakluk kepada syarat berikut:
  • Kehamilan sehingga 27 minggu (termasuk): kami akan menerima tanpa surat akuan doktor dengan syarat penumpang itu menandatangani Penyata Liabiliti Terhad.
  • Kehamilan antara 28 minggu hingga 34 minggu (termasuk):
    1. Tetamu perlu menyerahkan surat akuan doktor yang disahkan.
    2. Surat akuan doktor itu mengesahkan bilangan minggu kehamilan dan surat tersebut hendaklah bertarikh tidak melebihi tiga puluh (30) hari dari tarikh perlepasan yang dijadualkan untuk penerbangan keluar atau masuk ke dalam negara, mengikut mana yang berkenaan.
    3. Penumpang hendaklah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad AirAsia/AirAsia X semasa daftar masuk untuk membebaskan AirAsia/Airasia X daripada apa-apa liabiliti yang timbul akibat pengangkutan semasa kehamilan tersebut.
  • Kehamilan pada atau melebihi 35 minggu: Pengangkutan melalui penerbangan AirAsia/AirAsia X tidak dibenarkan.
7.5Bayi berumur 8 hari dan/atau ke bawah: Kami berhak untuk tidak membawa bayi yang berumur lapan (8) hari atau ke bawah. Kami boleh, menurut budi bicara mutlak kami, memutuskan untuk membawa bayi tersebut dalam penerbangan kami apabila pengangkutan itu dibenarkan dengan jelas secara bertulis oleh pengamal perubatan dan apabila ibu bapa bayi itu menandatangani Penyata Liabiliti Terhad.

dan bagi syarikat penerbangan MAS -Malaysia Airlines 


When is air travel not recommended?

Travel by air is not recommended in the following cases:
i) Infants less than two days old.
ii) Women:
  • After 32nd week of pregnancy for those with multiple pregnancies (e.g. twins).
  • After 35th week of pregnancy for international flights.
  • After 36th week of pregnancy for domestic sectors.
  • Until seven days after delivery.
Jawabnye..aku perlu ambil cuti bersalin awal, dan perlu tambah lagi dengan cuti rehat untuk bersalin kat kampung. Dah nama pun kerja kerajaan..CUti rehat setahun 20 hari je..Tambah lagi cuti tahun lepas yang tak habis aku pakai ade lah dalam 6 hari, total baru 26 hari. Awal tahun baru ni aku dah pakai pun cuti tu dalam 2 minggu so tak banyak lah yang tinggal. Semua nya jadi dalam bukan perancangan kiteorang..

AKU TAK NAK BERJAUHAN DENGAN SUAMI SAAT-SAAT AKU SAKIT

Tapi aku tak kisah pun..Kalau cuti rehat aku banyak lagi pun memang aku takkan balik awal untuk bersalin kat kampung. Aku rasa tak mampu nak berjauhan dengan suami aku. Tambah-tambah pulak tu nak hadapi saat-saat sakit ketika akhir-akhir mengandung..Dah lah anak sulung..Kalau boleh aku nak suami aku ade kat sisi aku waktu aku sakit. Tak nak lah aku stress....tak nak jugak dekat-dekat due baru suami aku balik, kalau terus bersalin takpelah buatnye lambat pulak bersalin..rugi pulak cuti suami yang jugak dah tak seberapa banyak tu...hhhuhuu...Kesimpulannye,,balik kampung lepas bersalin adelah pilihan kiteorang laki bini..tu pun tengok kesihatan aku dan baby dulu camne..Kalau ok dan dah settle urusan pendaftaran kat JPN, bolehlah kiteorang terus balik kampung...Insyaallah..Kita hanya mampu merancang, allah yang menentukan... :)

oKehh...dah clear tak segala hujah-hujah yang aku sampaikan tadi. Orang hanye akan nampak benda cam senang tapi jenuh jugak arr aku nak menjawabnye..Bagi yang faham, faham la..yang jenis tak faham..susahlah ...kita pulak disalah ertikan....


6 comments:

Chekgu Azrine said...

Apa2pun sis akk doakan semoga dipermudahkan perjalanan sis.utk melahirkan bb tu ye..

Bestnya dok sabah..akk pnh dok kota belud..best sgt!!

eamy milea said...

@chejgu Azrine : Terima kasih akk.. :) wah yeke..best kan dk sabah ni..hehe

ily♥ said...

Bersalin kat mana pun, sama je. Bumi Allah juga kan...takpe, yang penting mudah2an selamat bersalin dan Allah permudahkan segala urusan. Rabbi Yassir wal tua;assir, Rabbi tammim bil khair.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. alhamdullilah. tak kira kat mana awak akan bersalin. yang penting baby tu keluar dengan selamat dan sihat. bestnyaaa pregnant :)

eamy milea said...

Aa kan..kat mane2 pun bumi allah jgk..thanks dear... :)

eamy milea said...

Waalaikumussalam awk..insyaallah...doa2kan ek...tq bnyk2...insyaallah pasni rzeki awk plk k..

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016