Friday, 19 July 2013

Menu berbuka beta hari ini.



Wah wah wah..
Beta kot??
Bajet kaum kerabat lerr tu hihi..
Iftar-Day 10..
Ni juadah berbuka puasa aku hari ni.
First time aku ke bazar ramadhan sorang-sorang.
Sedih!!!
Tak biase, tapi aku perlu biasakan diri. 
Kenalah belajar hidup berdikari bila mat shah belayar/outstation. 
Tak kan nak harapkan ada orang temankan baru nak pegi.
Orang pun nak bersendirian jugak, nak dengan family dia jugak kan.
Malas kacau, so better sendiri-sendiri aku je.

Nak g mana aku pegi, nak balik aku balik.
Tak de lah timbul istilah ketidakikhlasan dalam hati ni kan. [astaghfirullahalazimm]
huhu..
tapi tu benar-benar berlaku, kita sedaya upaya buat ikhlas, tapi.
hakikatnya hati kecil memang takkan lari dari ketidak-ikhlasan itu.
Nama pun manusia, tak pernah lari dari kekurangan.

Mat shah pun selalu pesan kat aku, nak pegi mana, pegi je.
Tapi jangan sampai susahkan orang.
Seeloknya baik berteman, tapi kalau dah orang tak sudi,
sekali , dua kali, n tiga kali diajak, ada je alasan..
buat apa diajak lagi. tu namanya dah macam kita yang terhegeh-hegeh.
Padahal niat kita bukan nak menyusahkan orang pun,
mungkin adalah tu alasannya tersendiri.

Mungkin aku yang cepat sensitif, atau mungkin aku yang salah faham.
Tapi its ok..
Aku pun ada kelemahan jugak.
Macam yang aku cakapkan tadi..
aku pun nak jugak bersendirian,
bagi aku tu lebih selesa buat aku.

Eh..
Membebel panjang pulak..
Emo sorang-sorang.

Berbalik kat menu berbuka puasa aku tadi,

1) Nasi kerabu Kelate (konon). = RM6.00 (grrrrr....)

-First n Last. Tu je yang mampu aku cakapkan. Ntah pape la, nasi keras dah la warna biru bukan main terang n pelik semacam je..macam air soda tu ke..yg kaler biru tu, kelapa pun keras, nak patah gigi aku. dahla tak de rasa budu pun.tumis lagi lah. ngan nasi kerabu aku buat pun sedap aku buat lagi..ni yang terpikir nak g jual nasi kerabu jugak ni. huhu.. yelah dah aku buat pun dah tak berapa sedap, tapi jauh lagi sedap dari beli kat bazar tu. so baik aku je yang g jual gak. dah tentu-tentu dah cepat sikit aku kaya kan..hohoho...aku tak kenal pun sape peniaga tu. no gerai pun aku tak ingat, tu lah tadi aku nak g beli kat gerai isteri kawan sekerja aku tu, nasi kerabu dia sedap, tapi puas aku cari tak jumpa-jumpa. Mungkin aku yang malas cari kot..tadi pun aku bermalas-malasan nak jalan..dengan panas lagi..orang pun makin lama makin ramai. Serik sekejap. huhu.

2) Kuih Cara - RM1.00 (6 keping) -kat gerai sama dengan nasi kerabu tu.

-alhamdulillah sedap. Nasib baikkk...huhu

3) Kebab ayam - RM4.00

- alhamdulillah, rasa masih sama ngan tahun sebelum2 ni. Yang bestnye adik tu siap bagi aku dulu walapun ramai yang tengah beratur tunggu giliran. Katanya kesiankan aku yg mengandung. ehh..nampak ke perut akak dik oii..huhu..malu sekejap. Padahal bukan mengharapkan dapat layanan istimewa pun, akak masih larat la..walaupun panas n penat sikit je..pape pun Terima kasih banyak2 dik. moga2 allah memberkati perniagaanmu. dan terima kasih jugak kat pembeli2 lain yang bagi aku dulu tu huhuhu..

4) Satay ayam kak jaja isteri po faizal punye - 10 cucuk, RM6.00 .. (RM0.60 satu cucuk)

- Alhamdulillah sedap macam sebelum2 ni jugak..

5) Air Bandung Laici..

-Homemade. SUpaya puas hati..huhu..dah pernah terkena tahun2 sebelum ni beli kat bazaar..cam air kosong je tawar n tak de rasa..baik balik buat sendiri save bajet n yang paling penting kena ngan tekak kita.. huhu..

oh ye satu lagi dalam bekas kecik tu ialah sambal yang ma aku bekalkan masa balik kampung haritu.. Tak de belacan rasanya kaau ade pun ma aku letak sikit je.., ade bawang putih ngan limau kasturi je tapi mavelessssss....

Sebenarnya aku sekarang tak suka beli kat bazar, membazir dan semestinya indah rupa dari rasa..huhu
Tapi hari ni timbul satu kemalasan untuk memasak. Mungkin dah 4 hari aku makan apa yang aku terasa nak masak je kot.. Ni menu aku sempat snap mase hari ke-8 puasa..

Nasi putih
Sayur terung masak lemak
ikan kembung bakar
air asam
ulam n budu
air tembikai 

iftar - Day 8


tempek gambar lama je la..ni datang mood nak update blog. ampak sangat tengah boring hehe..
Ok lah, nak tengok tv lak..
k bai..
Selamat berpuasa..


No comments:

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016